Saturday, May 23, 2009

SEMALAM DI MBR

Salam semua...

Semalam aku ber "YM" ngan 2 org kawan. Sorang di Jitra dan sorang lagi di KL. Aku di Gurun. Tengoklah wahai kawan2..betapa teknologi la nie dah boleh menemukan kita dalam satu masa walau pun dok jauh jauh. MAi lah ramai2..Tapi Koden tak dapat join sebab line dia putuih...

Aku berharap sangat agar kumpulan kita ni tak lah stringent sangat seperti mana yang cuba diserapkan oleh sesetengah ahli. Maksud aku kita berkumpul ni bukanlah dengan agenda yang tertentu. Agenda majlis tu adalah.

Bila ada kawan2 yang pakat dok kata bahawasanya majlis kali ni tak dapat sambutan, ada yang kata mahal, ada yang kata jauh, ada yang kata hari tak sesuai dan ada gak yang kata sejuk gedi, tetapi tak dak sapa pun yang bagi cadangan camana nak bagi "hot". Tak dak sapa pun yang rasa cam nak tolong panggil kawan lain dan jemput depa sekali lagi ke, explain ke, walhal harga dan tempat sama2 kita setuju. Dan yang dok buat kerja pun semuanya sukarela. Janganlah sangka RM60 tu cover semua sekali termasuk tenaga kerja. HR free..Kalau yg rasa tak berapa nak meriah, tolong2 lah buat promo lebih sikit.

Aku tau ada yang kata "mampuih pi lah..dah bayaq 60 bagi lah depa buat...", ada gak aku dengaq. Tak pa, memang untung beribu buat majlis ni..hahahaha..

Apa kata sama2 kita pakat kontek kawan yang terdekat ngan kita yang belum confirm dan pakat2 bincang camana nak mai BB50...Amacam?

Satu cadangan semalam dalam YM tu aku setuju sangat, walaupun mendapat tentangan dari sorang lagi. CADANGANNYA : Since kita memang dok bincang nak buat ni macam event keluarga, apa salahnya sekiranya sesiapa yang masih ada parents, bawak lah sekali.. Apa rasa hampa..Sempoi tu. Ajak mai makan, pas tu bagi depa tidoq semalam kat Pantai Merdeka..good idea. Aku rasa akan jemput parents aku. Tengok camana..samada depa nak ikut atau tak!

Apa lagi dok tunggu...mula call memba agar join, pas tu ajak parents pulak pi bercuti..Semalam Di Merdeka Beach Resort.


WASSALAM...

PS: Komen dah di buka semula.