Nak nangis pasai Ain jampuk hari ni dan dia bagi reason pasai apa dia tak kompom. Aku amat bersimpati ngan dia dan kalau aku stat nangis jadilah macam hujan di PAKA ni yang dah masuk hari kedua...Berhenti sat..pastu angin kuat...pastu hujan lagi..Ain ni baik hati dia, sampai dia tak tau nak buat camana. Kalau bagi tau tak leh mai, satgi kawan2 kecik hati. Tapi dalam hati dia nak mai. Whatever it is Ain...family first. Like what u said tu betul, kita ada mode of communication macam lain lagi. Wa respek lu punya decision whatever it is.
Mula mula aku rasa nak marah tapi kalau aku put myself in their situation aku paham gak lah akhirnya.
Aku ni pung dulu masa ada spouse pung lebih kurang lah..Klu spouse aku ada function ngan opis mate dia ka ngan member sekolah dia ka, aku kalau boleh memanglah tak nak join.Senang cakap memang aku tak mau join lah. Tambahan pulak kalau kena bayaq.
Reason yang aku tak mau join ni bukan pasai apa! Cuma aku ni bukan pandai sangat nak socialise ngan orang yang baru kenai. Rasa kekok. Jadi kalau aku pi pung aku rasa cam tak selesa dan kira nak ajak balik awai lah kan, walhal kita yang dah kenai daripada sekolah ni, ada saja topik yang nak bercakap. Tak berhenti2. Kekadang naik jealous pulak kita ni tengok bini kita dok cakap ngan jantan mana ka dan boleh dok bergelak ketawa dengan penoh mesra. Bila pikiaq balik kita kena paham bahawasanya depa ni kenai sebelum kita kenai bini kita lagi. Dah macam adik beradik lah..sebab kita kalau jumpa sama2 kita, kita akan bercerita pasai kawan2 kita. Dia ni dok tang mana? Hang jumpa dia ka? Anak berapa? Mak hang apa habaq? Ada lagi ka bapak hang? Hang ingat dak masa kita.....? Macam2 lah yang nanti keluaq..
Aku rasa aku akan terima banyak soalan pasai Pak aku yang sakit hari tu sebab Madud ngan Kamal sudah war war kan. Aku ucap terima kasih kat depa ni..Pak aku sihat dah la ni. Dok pi jamming studio dah la ni... Dia menyanyi berlirikkan ayat ayat Allah...Alhamdulillah.
Kalau Fadzillah ngan Roshita tu tak dak lain lah depa nak tanya kat aku...Status aku lah top priority depa..Tapi aku bersabar menjawab..Hahahaha. Dah lalut aku ni dari apa yang aku nak bicara...Dah nak biar bulan bicara pulak.
Ok, balik pada topik diatas tu, aku nak suggest lah macam mana Koden kata. Hampa pakat2 pujuklah pelan pelan. Takkan nak marah lagi kut.Hampa mesti pandai punya camana bagi dia ok. Masih ada masa...Kalau dia tak mau mai juga, bawa lah anak sorang sebagai teman. Oleh kerana nakkan hampa semua hadir juga, sapa2 yang bawa anak atau suami mai ke gathering tu(seorang sahaja) dikecualikan daripada fees. Ini hanyalah untuk sister2 kita sahaja okay. Tidak termasuk kepada suami yang bawa bini. Macam ni:
1. WANITA (SATS/SKJ/SMJ) + SUAMI = RM30 sahaja.
2. WANITA (SATS/SKJ/SMJ) + ANAK = RM30 sahaja.
3. LELAKI (SATS/SKJ/SMJ) + ISTERI = RM60 sahaja.
Hampa agak2 hampa boleh paham dak? Jualan murah ni dibuat setelah penganjur mengadakan mesyuarat tergempar melalui SMS dan telah bersetuju dengan sebulat suara untuk memudahkan lagi bagi kawan2 pompuan kita hadir sebab tau lah kan, depa ni kebanyakkan nya tak dapat kelebihan untuk membuat keputusan dalam keluarga walau minor sekali pung, jadi ini kami bagi sebagai insentif.
Kalau husband tak mau mai, bawa lah anak sebagai teman. Kalau dia nak ikut sekali alhamdulillah penganjur sanggup sponsor untuk dia. Kami bukan nak untung tapi kami nak tolong.
Kalau aku ni berkemampuan aku sanggup pi ambik hampa yang pompuan2 ni di rumah...bawa mai ke Kelab...pastu pi hantaq balik. Tapi apakan daya setakat nak waive fees to boleh lah walaupun ada sedikit kepayahan tetapi kami sanggup untuk menempoh kepayahan,kesusahan dan kerugian supaya hampa semua dapat mai dan kita sama2 bernostalgia mengingati zaman teenage kita dulu. So..Anchua? (makna nya dalam Hokkien ialah amacam?).
Lagi satu aku nak stress kat hampa lah kan..Kami buat ni semua lima ret pun tak dapat. Habis kut atas lagi ada. Tapi kami (aku,koden,hasaza) rasa bangga dan seronok dan berjaya sekiranya kami dapat kumpulkan semua gang2 yang ada ni. Aku harap jugak lah kita boleh cari sapa sapa yang se berani ngan kami yang sanggup buat di Utara..selain daripada Kamal. Bukan apa sebab dia dok buat pun sorang2..aku kesian kat dia. Kami di sini Superman semua...hahahaha. Nak cakap besaq tu tak dak lah, tapi aku kalau sorang2 saheh tak leh buat. Nasib baik Koden ni bila bab2 camni dia sekepala ngan aku..pastu kami heret Hasaza untuk menjaga keselamatan sebab dia asker...(baca perkataan tu umpama E tande)...
Komen dari Ain berbunyi begini :
Assalamualaikum
first n foremost i nk minta maaf bebanyak pasai perjumpaan ni...(sbb x respon dan dok diam je), bukannya apa hati ni berbelah bagi..(nak sgt pergi tapi x leh)lagi satu tak sampai hati nak bagi tau u all. so sorry kawan2...ada masa, ada rezeki n panjg umur kita jumpa lain kali. 4 ur info i ni salah sorang yg rajin masuk blog ni..tapi tu la i x pandai bercerita sbb tu i jampok sekali sekala. apa2 pun i enjoy sgt baca "usik mengusik" u all (esp. koden n Dz).
p/s utk kawan2 semua,walaupn tak dpt bersua muka tapi kita masih ada ruang untuk berkomunikasi, walaupun jauh di mata tapi dekat di hati! (esp. melalui blog ni..so my special Thanks to DZ!)- Ain
Menitik nitik ayaq mata aku baca komen dari Puan Fatimah Zaharin. Cheerio Ain..Ada rezeki kita jumpa.
Penjampuk tetap blog ni pula berbunyi begini....
Assalamuallaikum,
Andre Andre... YaRiva YaRiva...Knock knock... who's there?
Aku lagi.....
This morning I had breakfast dgn Gah n Zaki. Zaki is not well but Gah is extra well. Siap cemburu depan2 aku. Nasib u la Zaki... sapa suruh handsome sangat. Cuba u tu "well done" mcm I ni, tak dak sapa yg nak jelous.
Gah habaq Tharu tak boleh mai sbb kalau dia mai banyak kes mahkamah Aloq Staq kena tangguh. Tengok, 1 lagi kes study aku tentang tajuk KELEBIHAN N KEKURANGAN..... yg aku nk sentuh nanti. Noor Asma pun tak boleh mai, d samping Ain (Ain dah crita masaalah dia, so aku tak payah nak crita la).
Before aku p Jumaat tadi Gah cal habaq Fadzillah tak boleh kompom lagi sbb dia tengah sebok dgn bisness, tapi Gah rasa kemungkinan besaq dia akan mai kot. Jadi Dz, kita masuk dia dlm budget order makan. Nanti tak cukup makan kat dia, dia semboq hang, aku tak tau. Aku ada imunisasi... dia tak kan semboq!!! hehehehe
Lepaih Jumaat, dapat sms dari Jit tanya berapa kutipan yg kita nk kenakan. Aku dah jwb panjang lebaq n dia pun dah senyap. Senyap Jit ni, kena tunggu gedembai tempit la baru dia bagi salam pula.
Aku rasa ada sis-sis kita susah sikit nak mai sbb nak keluaq rumah mlm. Mcm Dz kata la..., kami ni mcm pakai kain pelekat, tutup muka... betih terserlah. tutup betih..., dada tenganga. Jadi harap maaf la.
I would like to suggest to all our sis to invite n pujuk ur better half to join us sama. Masih sempat to pujuk tau. Lepaih tu kompom dgn kami.
So Ain pun, we r still hoping to see u n ur hubby on that nite.
Cukup la for this round of jampukking. Kalau Dz contribute lagi, u can count on me to continue my jampukking.
Last but not least.... sejuk hati aku tengok gambaq Mak Tom kat sebelah tu.
Wssllam.
CIOW
KODEN
Okay Den...for your info gambaq mak tom tu was 2 years ago..La ni lagi cantik lepas cucuk botox...Hahahaha..lawak je. Mak aku baca kalu mampuih dia maki.
Aku baru saja telefon kat Fadzillah dan dia dengan senang hati nya suruh boh nama 4 orang utk mai 25hb... Ha amacam? Dia + hubby + 2anak. Okay tuan penyimpan kira2, masukkan 4 orang lagi..Alhamdulillah syukur nikmat.
Okay dibawah ni aku updatekan sahabat2 ku yang telah pung kompom mai....
1. Teh Hamid & Suami
2. Saadiah & Adik
3. Sharehah Salim
4. Roshita Mansor
5. Roshdi Abdullah(Mualaf)
6. Kamal
7. Jit Md Nor
8. Hasaza Hanafiah
9. Rosli Bakar
10.Koden
11.Aku
12.Madud
13.Rajan
14.Pauziah & Suami
15.Bangau
16.Ismail Ahmad
17.Jan Loceng
19.Fadzillah + hubby +2anak
Hak lain lain ni camana ha? Jan Darus, Hasni, Mail Shukor, Lan Pak Noq, Hassan, Nazri Zakaria, Khalid, Rogayah Baharum, Mat Lazim dan lagi2 yang aku dah tak ingat...mai la woi...
C U There...25hb Januari 2008.
Wassalam.
3 comments:
ASSALAMMUALAIKUM. Ramai juga yang sudi sambut seruan kawan-kawan kita. Alhamdulillah. Tak dak ka guru-guru kita yang masih berupaya yang sudi meluangkan masa untuk bermesra kembali dengan kita . Amboi Koden nak pebetoi sikit cerita pagi tadi, ....dak aih bukan cek cemburu tapi pompuan tu tak betoi. Apa lagi jantan ni la jadi mangsa. Sekali sekala excercise my rights apa salah nooooo. Amboi segaknya mak Dz. Sayang dia tak ikut macam mak dia. Nak buat macam mana tapi jangan marah kawan melawak ja.Tapi kita semua tau hati kawan kita ni baik. Kalau tak pecaya cuba belah dada dia dan tengok. Betoi dak Dz. Kalau ada kawan-kawan kita yang nak mai dari Kedah and kalu tak da transport kalu cek boleh tolong ambil Please let me know. Insyaallah kalu nak I boleh tolong ambik juga. so last but not least if there is anything that I can do to assists please let me know. So thats it for now. See you all then. Bye. Gah
Assallamualaikum,
Dah tak larat sangat2 ni sbb baru sampai balik dari KL dgn Mrs n daugther Syazalina. P pulun urusan nak pencen cepat la katakan.
Tapi sbb adik Saadiah (Khatijah - harap spelling betoi)sms tanya adress blog kita. Otak ni pun dah lembab dah, jadi kena refer baru boleh jwb sms tu. Alang2 refer, aku jampuk la sekali.
Memang le terharu kalau ada kwn2 yg tersepit d kedudukkan telan mati mak, luah mati bapak. Nak suruh kulum... takut dia sendiri yg mati pula. Buat la keputusan yg terbaik. Major or minor decision, doesn't matter.
Pelawaan Gah utk nak ambik kwn2 pun amat lah menyentuh hati aku sbb it reflects how akrab our bonds are.
Aku pun dah ckp kat my son Syafiq to free himself petang n mlm tu, kot kot ada yg perlu transpot.
Tapi apa yg lebih menyeronokkan aku is that my whole family mungkin join the dinner. Mungkin depa ciow awai sikit tapi enough time for me to introduce them (Anak2 dah kompom, Mrs saja nak pikiaq before nak buat major decision). Kan itu antara vision aku for our group. Syukur.
So cukup la for tonite. Ngantuk pun Ngantuk dah. Esok pagi aku kena p kais pagi makan pagi lagi.
So ingat kwn2 yg baca .........
WAR WARKAN N KEMPEN HABIS-HABISAN. MAI LA KITA BERJUMPA 25hb ni k.
Wssllam.
CIOW
KODEN
bagi pihak juniors yang tak berapa junior dah, kami extend ucapan terima kasih kami pada 59ers yang dah jemput kami join gathering tu.Kami juga minta maaf lah pasai lupa nak hot2 setengah seniors tu, terlalu asyik jumpa gang yang tak pernah jumpa dari darjah 6 sampai lupa orang keliling. Ada terlintas nak tegur tapi seriau tengok muka...ranggi la, berkabung kot..Tapi kami tegur juga yang kenai2 tu. Anyway ..maafkan kami, maafkan kami...
Post a Comment