Monday, December 15, 2008
BOWL
Oleh kerana terlalu hangat nya sembang pasai boling dan ada yang tak puas hati pasai kalah dan ada jugak yang nak sangat resultnya...maka aku terpaksa boh lah disini...Aku boh sejibik camana aku dapat dari Madud....
Flamingo Final Score:
Mc E = 141,113,109
Wirdanim= 112, 131, 102
Amira = 74, 74, 54
Koden = 92, 114, 103
Mus = 109, 111, 97
Ina = 55, 73, 89
Kiena = 131, 100, 145
Madud = 122, 158, 139
1st Madud 2nd Kiena 3rd Mc E, Wirda & Mus. Last Koden, Amira & Ina.
Itu adalah keputusan mutakhir yang aku terima melalui sMS semalam.
Ada yang jadi camni tak?
Aku harap hampa tak dak lah jadi macam dalam video ni. Kalu ada aku rasa aku rugi sangat sebab tak dak disana masa tu...
AMPUN...
Aku ingin mohon ampun dan maaf kerana tak hadirkan diri untuk bowling hari tu. Ini adalah kerana sistem komunikasi kita telah "down". Aku yang salah pasai tak bawak telefon dan last minit hampa pulak dah change venue.
Anyway seperti yg aku sms, aku sampai kat Endah Parade lewt. About 3:30pm. lari naik ke Bowling Alley dan terkezutnya aku bila ramai sangat budak2 kat dalam tu. Tetapi bila aku masuk, ternyata "budak2" yang aku nampak dari luaq tu rupanya dah mak dan bapak budak yang comel lote belako. Aku pun dok carilah gang sebab senang nak cari dalam tu sebab hampa semua tinggi2 belaka. Klu Jit mungkin susah sikit lah...hahahaha. Jgn marah haaa...
Rupanya persatuan Orang Kerdil buat pertandingan bowling kat situ hari tu. Patut tu lah depa tukaq venue dan aku yang tak dak fon masa tu kira "lost" lah..Mungkin tak dak rezeki untuk berjumpa lah kut.
Anyway next day aku dapat msg dari Madud yang memberi result lagi sapa menang dan sapa kalah. Aku rasa tak yah lah boh kat sini, sebab bukannya niat depa nak berlawan hanya sekadar riadah saja.
Lagi satu yang aku nak minta maaf adalah kepada Mutallib kerana tak dapat hadir ke kenduri anaknya sebab aku di arah balik ke KL masa tu. Ampun...
Saturday, December 13, 2008
BOWLING....

Salam...
Aku masih dok ada kat opis aku kat Shah Alam sebab nak kena siapkan engineering drawing untuk PFK kat Gurun...Sedaq2 fon pulak lupa bawak..Depa tu semua ajak main boling apa ka hari ni...
Sat gi depa call tak dapat mesti dok hamput kat aku punya...Alahai, nak balik rumah nak kena kerabat tingkat 5, tak dak lift pulak tu, pikiaq 2x lah...
Friday, December 12, 2008
UHUK....

Salam...
Uhuk uhuk uhuk...Sedih aku bila ada orang yang terasa cadangan nya tak di terima tapi own punya cadangan semua di terima..Menitik nitik ayaq mata aku ni, sambil dok taip. Takut ayaq mata masuk dalam keyboard je..mesti short habis..
Yang sebenaqnya semua cadangan tu aku dok simpan dan sedang dok kontek pelan2 utk dapatkan lebih maklumat supaya aku boleh masukkan dan war2 kan pada hangpa semua. Jgn lah bersedih hati lagi. Kan aku dah kata yang aku akan come out with something for everybody?
Yes...betul semalam atau kemarin aku, Koden, Mc E dan Madud berjumpa di Pelita, Subang Jaya. Sebenaqnya aku travel dari Penang ke Shah Alam kemarin. Bertolak lebih kurang kul 10am camtu lah. Driving sorang2, lama lama mulalah boring. Suara pun dah naik serak sebab tak sembang ngan orang. Dekat nak sampai Ipoh aku call Mc E, sebab lama tak cakap ngan dia dan lama gak tak jumpa dia. Dok tengok dalam blog je dia tenggelam timbul. Aku pun ajak dia kena teh tarik lepas kerja nanti dan dia setuju and suggest panggil gang lain lagi.
Aku pung kontek Koden dan dia kata opis dia start kerja pukui 4 dan tak dapat nak join lah. Mai petang sikit dia SMS aku mintak kami buat malam sebab dia nak join sama... Aku pun buat tak layan je, tetiba dia call. Katanya opis dia dah tiris..Maksudnya hujan lah. Dia pun terus ke Pelita dan aku pun sampai shortly after. Memang hujan lebat pun. Mc E mai ngan Madud. Kami berempat je lah..Depa semua makang. Aku je yang minum teh tarik sampai dua mug. Reason sebab aku baru sudah makan, mak aku masak kat rumah adik aku di Kg Subang U5.
Bila Madud order nasi ngan burung puyuh, aku ngan Koden look at each other. Aku tanya Madud samaada dia nak potong burung tu, Koden lagi kasaq sebab tanya samaada dia nak boh blender dulu..Ni semua sebab "pagaq" Madud dah roboh...Gigi dia dah kurang daa...
Sembang je lah...Nanti kita bercerita lagi..
Oh ya..Kami plan nak main boling kat Endah Parade, Bukit Jalil, hari Sabtu ni..Sesiapa nak meramaikan situasi, sila kontek..aku atau Koden atau Madud atau Mc E...
WASSALAM
Wednesday, December 10, 2008
OUTING 1
Assallamuallaikum,
Menarik betoi tengok makin ramai yg teruja dgn idea FAMILY DAY ni. Aku tak mau cadang anymore tempat2 baru tapi nak cadang kita narrow down pilihan tu berdasarkan
1- kesenangan/keselesaan kwn2 d Kedah n d tempat2 lain utk nak p ke venue tu.
2- kos tempat pun agak mampu dicapai oleh semua. Jgn la sampai ada kwn2 yg nk kena hanggau. Kita kena pikiaq juga aspek tu.
Aku yakin Dz faham apa yg aku maksudkan sbb dia pun pernah banyak membantu kwn - makan tengahari, beli tiket bas, bayaq duit masuk tender n sbgai ny. Jadi kita kena pikiaq la juga kat kwn2 yg bgini.
So aku minta kita sama2 timbang2 n fikir2kan lah sudut yg aku ketengahkan ni. As for me...., insyaALLAH aku akan join.
Wassallam.
CIOW
KODEN
December 10, 2008 1:04 PM
Salam...
Itulah kata2 Koden dalam komen dia dalam posting yang terlatest aku... Sedapnya perkataan tu kan? Terlatest...Anyway aku gelak terbahak bahak bila baca. Certain part tu buat aku ketawa sungguh. Aku nak tanya satu bendalah..kena hanggau tu apa? Dak paham aku nie...!
Aku teringin sangat nak minta kawan2 yang nak komen agar kenalkan diri, supaya gang lain tahu sapa yang dok cakap tu. Lagi pun bukannya susah sangat nak tulis nama macam Koden buat tu, tapi kalau tau register nama lagi lah baguih..Satu saranan sahaja.
Bab tentang tolong orang tu, aku ni memang lah selalu camtu. Apa salahnya tolong kawan2 in need sekiranya aku mampu. Tapi kalau dah kawan ni, kalau kurang mampu pun aku try to make do jugaklah. Tak berkira dan tak mau ungkit. Done my part and happy doing it. Sometimes rasa cam being played out pung ada gak..LIFE....
Ya lah kan..Own cuti cuti Malaysia tak cuba cari kawang2 pung. Tapi maybe this is the quality time yang dia dapat bersama satu famili, keep it up..Next time cari kawang..bila tak berapa sibuk sangat.
Ok..aku akan streamlined kan cadangan tempat outing dan come out with something for everybody..Cheerio...
WASSALAM....