Salam semua..
Aku ingin mohon ampun dan maaf kerana tak hadirkan diri untuk bowling hari tu. Ini adalah kerana sistem komunikasi kita telah "down". Aku yang salah pasai tak bawak telefon dan last minit hampa pulak dah change venue.
Anyway seperti yg aku sms, aku sampai kat Endah Parade lewt. About 3:30pm. lari naik ke Bowling Alley dan terkezutnya aku bila ramai sangat budak2 kat dalam tu. Tetapi bila aku masuk, ternyata "budak2" yang aku nampak dari luaq tu rupanya dah mak dan bapak budak yang comel lote belako. Aku pun dok carilah gang sebab senang nak cari dalam tu sebab hampa semua tinggi2 belaka. Klu Jit mungkin susah sikit lah...hahahaha. Jgn marah haaa...
Rupanya persatuan Orang Kerdil buat pertandingan bowling kat situ hari tu. Patut tu lah depa tukaq venue dan aku yang tak dak fon masa tu kira "lost" lah..Mungkin tak dak rezeki untuk berjumpa lah kut.
Anyway next day aku dapat msg dari Madud yang memberi result lagi sapa menang dan sapa kalah. Aku rasa tak yah lah boh kat sini, sebab bukannya niat depa nak berlawan hanya sekadar riadah saja.
Lagi satu yang aku nak minta maaf adalah kepada Mutallib kerana tak dapat hadir ke kenduri anaknya sebab aku di arah balik ke KL masa tu. Ampun...
5 comments:
kena boh ngannn.... lagi pun nak perangat McE yg nak rematch, ceng pun mungkin nak cuba try test tengok kot. dia dok masuk baca dak blog hang ni? nick apa tatau dia punya.
Madud, Dz tak pi bowling sbb tu dia tak announce sbb dia tak dapat rasakan kehangatan dan saingan swaktu kita brhempas pulas n bagi strike.. Koden n Mrs n daughter pun masing2 sengit. Sama gak aku n Mrs n daughter (9yrs.old). Madud n partner lagi dahsyat. Bila dah panas swktu 3rd game, asyik strike n spare aje.. tu lah kena ada rematch. Mrs Koden kata tak pandai main tapi hebat gak, kalah partner dia!
Sebut pasai Ceng, aku ada sms kt dia ajak main bowling sbb dia suka boling gak. Sorry aku lupa habaq dia kirim salam kt semua yg nak main bowling ari tu sbb dia on de way back from Jitra to KL. Dz, hang kna denda sbb kantoi, so next game hang tolong organize pulak! Salam dari McE.
Assallamualaikum,
Aku cadangkan next time kita p main lawn-bowling pula kot. Baru adil sbb semua tak reti main. Cayaq telinga aku kena kutuk dgn Mrs. n anak2 sbb aku kalah.
Kalau tak mau lawn-bowl, KONDA-KONDI pun takpa. Asalkan kita main game yg all r of same level. Kan? Kesian kat aku..., mangkit tidoq pagi Ahad... anak2 dara aku dok senyum kambing lagi.
Camna???? Boleh d pertimbangkan???
CIOW
Wassallam
KODEN
Alahai hang ni,,,kalah ngan famili n kengkawan apa salah nya...
aju bukan sungguh2 , saaja2 kata camtu pun hang niiiiiii
Post a Comment