Friday, December 12, 2008
UHUK....
Salam...
Uhuk uhuk uhuk...Sedih aku bila ada orang yang terasa cadangan nya tak di terima tapi own punya cadangan semua di terima..Menitik nitik ayaq mata aku ni, sambil dok taip. Takut ayaq mata masuk dalam keyboard je..mesti short habis..
Yang sebenaqnya semua cadangan tu aku dok simpan dan sedang dok kontek pelan2 utk dapatkan lebih maklumat supaya aku boleh masukkan dan war2 kan pada hangpa semua. Jgn lah bersedih hati lagi. Kan aku dah kata yang aku akan come out with something for everybody?
Yes...betul semalam atau kemarin aku, Koden, Mc E dan Madud berjumpa di Pelita, Subang Jaya. Sebenaqnya aku travel dari Penang ke Shah Alam kemarin. Bertolak lebih kurang kul 10am camtu lah. Driving sorang2, lama lama mulalah boring. Suara pun dah naik serak sebab tak sembang ngan orang. Dekat nak sampai Ipoh aku call Mc E, sebab lama tak cakap ngan dia dan lama gak tak jumpa dia. Dok tengok dalam blog je dia tenggelam timbul. Aku pun ajak dia kena teh tarik lepas kerja nanti dan dia setuju and suggest panggil gang lain lagi.
Aku pung kontek Koden dan dia kata opis dia start kerja pukui 4 dan tak dapat nak join lah. Mai petang sikit dia SMS aku mintak kami buat malam sebab dia nak join sama... Aku pun buat tak layan je, tetiba dia call. Katanya opis dia dah tiris..Maksudnya hujan lah. Dia pun terus ke Pelita dan aku pun sampai shortly after. Memang hujan lebat pun. Mc E mai ngan Madud. Kami berempat je lah..Depa semua makang. Aku je yang minum teh tarik sampai dua mug. Reason sebab aku baru sudah makan, mak aku masak kat rumah adik aku di Kg Subang U5.
Bila Madud order nasi ngan burung puyuh, aku ngan Koden look at each other. Aku tanya Madud samaada dia nak potong burung tu, Koden lagi kasaq sebab tanya samaada dia nak boh blender dulu..Ni semua sebab "pagaq" Madud dah roboh...Gigi dia dah kurang daa...
Sembang je lah...Nanti kita bercerita lagi..
Oh ya..Kami plan nak main boling kat Endah Parade, Bukit Jalil, hari Sabtu ni..Sesiapa nak meramaikan situasi, sila kontek..aku atau Koden atau Madud atau Mc E...
WASSALAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment