Thursday, December 20, 2007

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Takbir raya bergema... Mai umur tua2 ni dia jadi sebak sikit dan jauh hati klu tak dapat jumpa anak2 ke,mak bapa ka...kan? kan?

Walau camana pun aku nak ucap Selamat kepada semua kawang2 yg baca blog ni dan juga klu hampa jumpa kawan2 yg tak baca,hampa tolong kirim salam dari aku.

Apa kah korban yang hampa buat tahun ni ? Pada aku lah, jaagan pikiaq hari raya je nak korban, hari lain pun korban lah sikit masa ka,tenaga ka atau pun minda ka utk hala kebaikan.Insyaallah,ada balasan sebalik tu semua.

Aku bukan la nak mengata, tapi trend la ni ada yang buat korban tu untuk nak menunjuk kat orang kata dia boleh buat tiap2 tahun. Ada juga yang korban kan unta untuk Aidil Adha ni. Memanglah dia mampu, tapi niat mau betui. Perkara ngan Tuhan ni, dolu dolu ustaz habaq niat atau Nawaitu mau betui. Pasai tu klu kita lupa niat puasa tak boleh posa. Org pakat share 1 ekoq lembu ada mamat nak buat sekoq sebab dia kata esok di "sana" nak naik lembu tu sorang dia saja. Tak payah dok bersusah payah. Bini dia pun buat sekoq,anak2 pun sorang sekoq.Kiranya camana depa bawa kereta sorang satu disini depa ingat mcm tu lah kut disana. Depa tak mau lembu pooling juga.Walhal semua nak pi tempat yang sama. Sa kata diatas dunia pakai kereta mewah, disana esok esok ni nak naik unta...tinggi sikit. Org lain dok tengok depa je lah....hahaha aku ni mula merapu.

Tadi...19hb Disember...aku keluaq opis kul 6ptg. Kena teh..pas tu kul 6:25 member hantaq aku pi stn komuter Batu 3. Jam la kat simpang TTDI Jaya tu,jadinya aku sampai komuter 7.02. Pakai TnGo tak yah la beratur ambik tiket..Tren sampai kul7.05. Org penoh hang kata...Tak kisah lah.Berdiri lah aku ni sampai Sentral..Turun kat situ kul 7:35,lari pi tukar Putra LRT plak. Sampai kat Mesjid Jamek kul 7:47 camtu lah...Lari pulak naik satu lagi LRT pi ke Plaza Rakyat. Sampai ngam2 kul 8:00 kat Puduraya.Bas aku pukul 8:00 gak. Dengan penat dan peloh nya aku naik lah bas Konsortium Snoozer Seat balik ke Penang. Dia keluaq dari Pudu lebih kurang 8:10 camtu lah...Jam gila...Trafik Heavy lah bukan as in jam tak jalan...Sampai Penang tepat jam 2:00pagi 20hb.Disember 2007....Hahahaha. Nasib baik naik Snoozer, sebab dia ada private entertainment..Boleh tengok vdo dan seat dia luas...Banyak movie aku tengok sebab bas jln slow... Sampai Penang, kena nasik kandar Kapitan Keling atau la ni org panggil Nasi Beratoq sebab,belum dia buka pukul 10mlm...org ramai dah beratoq. Dia ni buka malam saja..sampai pagi subuh camtu clear lah dia. Dia ni betui2 sebelah Mesjid Kapitan Keling. Klu2 la hampa rasa nak try... Dia ada satu lagi Restoran Kapitan Keling. Yg tu nasi dia tak cun, tapi tandoori dia aku rasa paling best lah...Aku compare dia ni ngan North Indian Restoran yg standard2 tu , dia punya ayam memang on-par or maybe better.Very juicy...Amaa..

Balik rumah tak leh nak tidoq jadi tulih je lah. Lepas sembahyang raya aku balik AS la jengok org tua sat.

Berkenaan jamuan makan kita tu aku rasa tak leh nak organise lagi lah sebab ujung tahun ni sibuk. Aku dah cakap ngan Koden dan juga inform Jit about this. Aku rasa elok kalau boleh bagi notice kat hampa semua sebulan in advance baru boleh plan ...betui dak?

Ok lah aku chow dulu..Utk menghiasi halaman aku ni, aku tampilkan dara kebanggaan kita.


Bertugas di sebuah pejabat guaman di Alor Setar,bersebelahan ngan opis admirer Gah kecik2 dulu..Loyar juga..Herjit Singh. Aku dapat cakap ngan Herjit hari tu,1st thing dia tanya ada lah Gah...hehehe..And they call it...puppy love....hahaha joking da..klu marah klu aku tak mau kawan dah.

Tharumambal itu lah namaya...Dari kecik ni aku sekali ngan dia.Suara dia bunyi serupa cam dulu.Ala Lata Mangeskar gitu.Dia ni baik jadi tak dak lah apa nak cerita pasai dia, yg ada dlm kepala jemala aku ni semua yg tak elok2 saja. Masih belum berpunya...Sila kan.Apa2 pun hampa kontek aku dulu.Aku akan screen kan..

Wassalam.

Monday, December 17, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum,

Bertemu lagi lah kita ni...Aku dok ada kat TTDI Shah Alam la ni. Kat opis lah. Aku dah terjumpa gambaq yang kita buat reunion pertama kali kat Quality Hotel KL.Jadi aku masukkan lah utk tatapan kawan2 semua.

L-R, Row Belakang:
Dik D,Jan Darus,Brahim Chin,Kamal,Amin Bahari,Jit Md Nor
Row Tengah:
Zainuddin Ahmad,Koden,Muhiddin,Ah Huat,Hassan,Hanin,Aku
Depan:
Dess(Bini Din Ahmad),Sharehah,Hasni,Roshita,Nor Asma,Fatimah Zahrin,Fadzilah,Madud.


Itulah perjumpaan pertama kami. Best gila.Asyik bersembang tak habih2. Yg pompuan mcm pompuan dan yg janyan mcm jantan. Gambaq diatas tu anak Gah ambik,pasai aku dok jadi cameraman jadi kena bagi org lain ambik utk nak boh muka aku kat situ...hehehe.

Aku harap Dik D syok lah sebab muka dia ada sama.Klu tak dia nanti bising lagi.Tapi aku rasa dia marah kat akulah la ni.Mungkin pasai aku dok mengata kat dia kut.Ya lah dah tua2 ni cepat 'jauh hati' kan...Tapi pung kira nasiblah.Aku ngan dia ni memang camni dari dulu lagi.

Walau camanapun aku harap kita semua boleh lah berjumpa sembang sembang.Mengingatkan kembali segala nostalgia lama2 tu.Tapi aku masih rasa kita tak boleh nak jumpa sepenuhnya lagi.Hampa semua klu ada idea camana nak buat tolong lah bagi sikit.Aku tau hampa semua sibuk,aku pung sibuk gak,tapi bila ada masa tu cuba cuba la melalut ngan hampa semua.

Gambaq ni kami pi melawat Cikgu Wahab kat rumah dia.Dia ni kan cenge dulu.Asyik pukui org saja.Tapi la ni dia tak berapa sihat.Katanya kena stroke. Klu tak silap aku dia ni tak mengajaq kita kan?Tapi dia ni banyak sebelah Tingkatan la dulu.Masa kita dok tunggu di pavillion sebelum masuk sekolah tu kadang2 dia adalah.Tapi banyak lagi Cikgu Jaafar yg aku ingat.Cengeh tak tentu hala kan.Aku kata camtu pasai aku cukup seriau tengok dia.

Masa tu yg jantan kena pakai uniform warna putih dan pompuan pakai pinafor ke? Betui ke? Aku tak berapa tau lah sebab aku tak dak anak pompuan...Biru muda gitu betul dak? Paling syok tengok masa tu Rogayah Baharum lah...hahahaha and not forgetting Goot Yee. Klu aku lupa dia ni Koden marah. Sebelum masuk kelas aku dah berpeluh dah.Dah la panas masa tu kena pulak jumpa firaun lain2 semua jadi tak tentu hala.Nak buat homework(meniru) pun masa tu lah.Aduhhhh...syok jugak masa tu.

Cikgu yg sorang ni pun aku tak leh lupa jugak.Mr.Tee...Dia ajaq maths.Bercakap melayu mcm apek kongsi.Tapi aku suka dia mengajaq. Kena mai hari sabtu belajaq cepuaa'..Semua kena beli sorang satu.Aku sampai la ni ingat camana nak pakai benda tu. Tapi paling best sekali bila dia dapat penyakit gatai dia tu lah kan? kita cutiii.... Dia tu ada mana la ni ha? Ada suatu hari tu,aku rasa masa kita Form 2 kut,klas kita kat bawah kan!Amin sudah buat lawak dan aku gelak.Masa aku gelak tu lah dia masuk klas.Dia bagi kita kerja utk buat pas tu dia mai cubit pipi aku sambil aku buat kerja sampai dia habis klas.Geram nya aku....Tapi aku sayang dia lah..

Pak Ooi..ajaq Industrial Arts. Tapi dia ni buat camana pun org tak marah kat dia.Pasai dia tua kut no..Kadang2 dia cenge' tapi kadang2 seronok gila klas dia. Aku ingat sekali tu dia buang satu besi apa ka kat dalam klas lepas tu dia tanya "What is that sound?"...Sapa tak leh jawab dia bagi ngan ruler panjang tu. Yang aku ingat semua org tak leh jawab sampai sudah. Rupanya jawapan yang dia nak tu ialah "ringing sound". Sebab bunyi dia cam loceng...rriiinnnggg...gitu. Dia juga biasa menyusahkan aku bagi aku buat projek copper tooling la sepatutnya,tapi oleh kerana tak dak copper dia bago aku aluminium sheet suruh buat mcm lukisan/ukiran suasana kampung gitu.Ya Allah punya sussah sebab menatang tu besar pas tu aku nak kena dok angkut pi mai pi mai naik bas dari Pulau Nyoq tu.

Tengah dok menulis ni aku teringat nak tengok komen...tiba2 ada dua org yg komen jadi aku boh la kat sini..


Assalammualaikum kawan-kawan. lama tak run through your blog. ni nak tanya ada sapa nak balek Jitra ka raya ni?. kalu ada gang jom la kita pi cuba bring joy to guru-guru kita yang dulu.Hari apa minggu lepas tak ingat dah, ada la terbaca berit kemalangan kat Jelapang.Tersebut la pula nama kawan kita Zurina Nayan. Terkejut la sat. Pas tu cuba call tak dapat. Nasib baik dapat Hamidah, Alhamdullillih bukan kawan kita, tapi kesian la juga orang lain tu. Anyway, amboi kalau Dzamri jumpa anak dia please convey my congrats to him. Tapi kat mak dia yang comel loteii tu please sampaikan salam itu pun kalau sudi. dah lah mula nak melalut macam pompuan tua. Till next time Bye you all.
-Gah-
Assalamuallaikum,

Nasib baik aku tak dak darah tinggi. Tekejut aku tengok Ain respon. Yg lebih tekejut lagi, dia dapat tau tentang blog ni dari Gah.

Ladies, I betoi2 tabek both of you. It'll be a great motivation for Dzamri.

Untuk makluman semua, bila Dzamri start this blog, I think I'm (probably)one of the 1st kawan yang dia contect. Minta komen.

Honestly, aku malas dengan benda2 ni. Lebih2 lagi aku tengah dok venture into the 1st of my 3 years full swing before nak pencen and (kalau boleh)nak balik dok di Jitra (I'm sure my wife has got other idea - nak balik dok di Kuantan). Anywhere luaq KL is OK for me.

Anyway, balik ke cerita blog ni, aku continue to respon to Dzamri's blog ni is just bcos aku sanjung niat dia. Lagi pun mangkuk ni dok sorang2, dia sunyi laaa.

Jadi kawan2, layan la kawan kita ni k. Nanti dia pun jadi seniman jalanan macam Dude, makin ramai yang akan pening. Tambah2 Din Luyen, aku risau juga kat kawan aku yang same name sake ni. Macam2 penyakit dia dok galaih tu. Tapi dia amat prihatin dgn masaalah kawan2. Take it easy Yen.

Oh ya, few days ago, aku pi jumpa Teh Hamid. Kalau pi jumpa Pengurus PTPTN ni, hampa tau la pasai apa kan. Anyway, dia cukup helpful untuk layan rayuan my daughter nak minta tambah pinjaman. Ni lagi sorang kawan kita yang berjaya dalam kumpulan white colar.

Jangan salah faham, kebanyakkan kita dah berjaya dalam bidang masing2 tau. Ada yang berjaya ada anak banyak. Ada yang berjaya nak kerja di Jitra sendiri. Ada yang berjaya nak jadi pendakwah. Ada juga yang berjaya menikah ramai n masih dok tunjuk skill gatai lagi.

Dzamri, hang setuju dak dgn statement aku ni?

OK la, ada hal2 lain yang aku nak kena buat. That's it gang for this time.

Wassallam.

KODEN

Oleh kerana Gah ada mention pasai Zurina Nayan aku masukkan gambaq dia kat sini.Aku nak cerita banyak tak tau pasai dia ni sebab masa dia masuk SMJ aku dah kena buang. Mungkin sidekick aku boleh buat article pasai dia...Koden...where r u? All yours...

Gambaq ni diambil masa pertemuan kat Etong...Klu gah boleh kontek dia suruh la diia tengok2..

Oklah...esok pagi aku nak gi Ganu,hari ni kena prepare utk meeting esok. Ok guys thank u for ur support.

Wassalam.

Wednesday, December 12, 2007

Ampun Tuanku...Happy Birthday Tuanku

Paka,Trengganu.

Hello gang...assalamualaikum...

Panduan: Klu yang baru jinak2 masuk blog ni dan kurang arif sila lah masuk kat archive yang sebelah kanan skrin dan bacalah cerita cerita dari mula.Klik aje tarikh yg paling awal.Tima kacih.

Hari ni aku sepatutnya pi Ganu lagi tapi tiba2 depa postpone meeting ke hari senayan depan.Jadi lega lah sikit.Pagi tadi ada gak colleague yang pi Ganu, tapi dengaq habaq depa kena detour kat Karak sebab banjir. Semoga banjir tu lebih teruk lagi dan aku tak yah pi lagi...hehehehe.

Ha...aku boh panduan kat atas tu sebab setelah kontek mengontek kawan2, didapati ramai juga yg tak berapa arif ngan komputer ni. Jadi, sajalah bagi panduan cikit.Klu yg dah pandai tu tolong2 la ajaq yg kurang arif...aku tau lah perangai depa ni jenih tak mau ambik tau langsung. Aku rasa ramai yg tau guna words ngan excel saja, lepaih tu tak tau dah. Come on la gang, tak berapa lama lagi semua pakat nak pencen dah, inilah alat untuk kita berhubung nanti.Kerajaan buat infra berbillion ringgit hampa tak mau guna. Hampa asyik nak kutuk je...hehehe. Macam berkempen la pulak aku ni. Tapi aku kata yang benaq.La ni komputer bukannya susah nak belajaq. Main ngan tikus saja.Takkan benak sangat kut. Ini lah masa hampa nak dapat balik modal yang hampa habih bagi anak2 belajaq dengan menyuruh depa ajaq hampa balik...hehehe.
Tetapi dengan bangga nya aku nak habaq kata aku yang mengajaq anak aku bagi ada interest dlm komputer,pasai aku stat jatuh cinta ngan komputer tahun80an lagi...hehehe..

Tapi aku paling seronok sekali pagi ni bila aku nampak Ain @ Fatimah Zaharin masuk komen dlm blog ni...Inilah komen dia...

W'salam dan Assalamualikum buat kawan2 yg lain

Seronok dan ralit dok baca blog ni (gah yg bagi tau i)baguih la inisiatif u ni...dalam u dok sibuk ke sana sini pun masih dapat luangkan masa utk create blog ni...Syabas! Hmm..banyak cerita2 yg mengimbau nostalgia...i mula ingat balik muka-muka depa-depa yg u sebut dan terbayang gelagat2 kita semua masa tu..Harapan i dan mungkin semua semoga blog ni akan merapatkan lagi jalinan silaturrahim sesama kita, insyaAllah. - Fatimah zahrin

Best kan...Benda2 camni lah yang dok bagi semangat kat aku untuk terus merapu ngan hampa semua.

Gambar kat atas tu adalah yg terbaru aku ambik kat jamuan makan yg Talib buat kat dusun dia pada 2006.

Ain ni kan...ingat2 aku lah dia jarang juga cakap ngan gang2 jantan ni or is it aku yg tak cakap ngan gang2 pompuan...?Anyway aku suka tengok cara dia jalan dulu dan dia ni very approachable.Senang bawa bicara.Senyum je selalu.Dia klu jalan mesti laju punya dan rambut dia ketak2 dan pendek.Tangan dia selalu dok dlm poket bila dia berdiri...hehehe. La ni dia jadi pustakawan kat Dewan Bahasa dan Pustaka.Anak dia 6 org kut klu tak silap lah...ini betui ikut seruan k'jaan dulu nak rakyat jadi 70 juta. Aku dari Form 1 sampai Form 3 ngan dia.Tapi sekolah rendah tak sama.Dia sekolah mana aku tak tau. Tapi sampai la ni pung dia aku tengok camtu juga gerak geri dia dan the things yg different adalah dia dah pakai tudung jadi aku tak nampak lah rambut dia yg ketak2 tu...Anyway...thanks for the comment Ain. You make my day...

Aku boh tajuk kat atas tu pasai kemarin kami kat Selangor ni cuti birthday dia.Sajalah...la ni depa dok check blog yg dok hentam k'jaan jadi aku kena la jack cikit.

Aku dpt info dari Bangau yesterday kata dia nak mai Ulu Langat,jaga periksa.Dia akan ada disini sampai Raya Haji kut. Dia mai ngan famili dia lah...kan cuti cuti malaysia...Anyway,big possibility aku akan jumpa dia sebab nak ambik adress dan email collection dia.Banyak yg dia collect,macam aku kata dulu,dia dah buat buku utk tu.Jadi klu dgn kontek tu senanglah lagi kita nak organise kawan2 lama kita.

Hasaza...Mamat ni sibuk gila la ni..Asyik keluaq negeri saja.Tapi hari tu aku kontek dia dan bagi tau pasai makan2 yg nak buat ni dan dia setuju kerana kata dia, dia tak pi mana dah sampai hujung tahun kut.Tapi hampa tau lah asker ni...bila2 pun boleh perang.Ni pun satu jugak,bila nak buka blog anak dia kena tolong.Anak2 dia terkejut bila dia suruh depa tunjuk kat dia camana nak buka blog dan suruh dia save dalam favorite so that lain kali dia boleh buka ngan senang...Best kan..semua dok belajaq dah. Pasai kapal terbang dia cekap tapi komputer hancus...
Kalau musuh attack pakai komputer nampak gaya kalah la kita...hahahaha.

Gambaq kat atas tu lah aku punya vision dari Januari ni sampai March...Tenang.Aku akang bercerita dari sana la nanti ni...Bestkan...Tenang. Mungkin kerajaan langit naik balik...hahahaha

Take care guys...Wassalam.

Tuesday, December 11, 2007

Majlis Makan Makan Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum semua,

Apa habaq ya sahabat sahabat ku semua....

Aku tau la ni semua org tengah dok sibuk bercuti dan juga sibuk menyibuk kenduri dan sebagainya.Jadi harap harap hampa semua dalam keadaan sihat walafiat dan cergas sentiasa walaupun dah berumur semua..dah dekat sangat dengan angka separuh dah ....

Ok...selesai dengan mukadimah tu lets get down to something else. First aku nak repot pasai biz kat Pesta Penang,Nampak gaya amat positif lah penampilan Dude kat sana.Org semakain kenai dan jatuh cinta ngan produk dia.Tiap malam walaupun tak banyak sale tetapi banyak enquiries yg dapat dan juga special orders.Aku harap harap lah benda ni boleh menaikkan semangat dia untuk lebih memajukan diri dia sendiri. Lagi satu perangai org kat pesta ni yang aku tau lah,depa semua suka mai beli barang pada minggu terakhir pesta.Depa rasa barang nanti jadi murah,tapi aku rasa aku tau lah apa nak buat bagi dapat modal...

Lagi satu...Jit Md Nor hari tu ada kontek utk nak buat makan2 kat gang semua lah.Katanya 16hb. ni. Pastu dia teruih diam.Jadi kemarin aku sms dia dan dia call aku balik katanya dia teramatlah sibuk la ni dan menyerahkan tugas tu kat aku la pulak.Awat dia ingat aku tak reti sibuk ka? Anyway pasai banyak sangat kawan dok tanya maka aku pung setujulah ambik alih dan dgn segeranya aku pung konteklah sidekick aku dalam hal2 camni yaitu saudara Zainuddin Idrus aka Koden. Jadi kami akan cuba lah menjayakan benda ni utk kesenangan semua. Tetapi masaalah dia kami nak tau juga lah hari apa yg elok utk hampa semua. Buat masa la ni kami tetapkan pada 23hb Disember 2007.Hari Ahad. Siang atau malam tak tau lagi. Aku dah kontek Kamal dan dia minta aku confirm kan date dan dia akan war warkan kepada seluruh rakyat malaysia. Buat masa sekarang plan dia macam gini:

Tarikh : 23/22hb.Disember 2007
Tempat : Kelab Shah Alam Selangor
Masa : Akan di tetapkan
Bayaran : Akan ditetapkan

Klu sapa2 ada idea lain yg lebih bernas dan mengancam hampa habaq mai.Jgn dok diam2.
Aku baru sudah cakap ngan Shukri aka Bangau.Dia ada banyak kontek2 gang2 SMJ76.Jadi dah bagi blog aku untuk dia communicate dan mungkin boleh tambah lagi kaum2 kita dlm blog ni...Dah la kut. Perut aku meragam lah...Chow bro n sister..

Wassalam.

Saturday, December 8, 2007

Apa Apa Aje

(Anak sulung aku ngan mak dia masa convo kat UiTM baru ni)

Hi Assalammualaikum. Terharu la juga hati ini mendengarkan nasib kawan kita yang di rundung malang.I doakan semuga hidupnya di masa hadapan akan di berkati Allah dan di limpahi rahmat.Semuga hamba Allah ini akan mendapat banyak tempahan lantas bertambahlah rezekinya. Amin.Raya ni sapa nak balik kampung? Kalau ada yang nak balek khabar-khabar lah. Semuga tahun yang akan datang ini membawa seribu rahmat buat kita semua lebih-lebih lagi kepada yang kurang bernasib baik pada tahun yang sudah-sudah.Till we meet again Wassalam. -Sharehah-

Gah la ni dah rajin masuk2 baca dan komen...Best betui..adajugak kawan.
Aslkum, Alhamdulillah tengok Gah pun dah rajin nak respon.Well done la Gah!! Aku ada banyak hal yang nak d sebut dalam respon aku kali ni. Mula2 aku nak latah kat Dzamri's mentioning about mungkin ada yg dah jadi tok dah ka. For the records, yg aku tau Cik Wangi and Ta dah jadi tok. Tapi aku tabik kat tok2 yg 2 orang ni sebab kalau dukung cucu, silap2 orang ingat dukung anak. Malam Sabtu lepas aku p makan kenduri d Bukit Beruntung. Aku tak pasti hampa ingat tak Mat ni. Mana dia Ismail Yunus @ Mae Yunuih @ Mae Tikuih. Aku kamceng dgn dia sebab masa zaman aku jadi penyanyi dulu (Form 3), Mae ni gitarist band kami. Masa aku p tu, aku jumpa ramai la gang SMJ tapi kebanyakkan gang senior.Yang junior Jan Badak saja. Anybody remember budak ni? - BESAQ MACAM GASI (kena pronounce macam wayang kulit Asun). So moral of this story is that giliaq kita pun dah nak sampai and if we strengthen our bond, it'll b so beautiful if we can b uncles/aunties to our children yg nak menikah nanti. Aku for one would love to see all of you s my anak's important uncles/aunties in my ceremony. (insyaALLAH). Jadi mai la kita sama2 usaha to akrabkan lagi our brotherhood ni(Amboi aku terasa macam dok buat ucapan nak pilihanraya pula la). Next agenda is ; tadi aku dapat sms dari Jit.Dia cadang kita get together 16/12/08 ni. Im all for this. Now aku pass it all to you guys/gals to comment/respond. Hasaza mana haaaa?????? HASAZA TOLONG RESPON!!!!

Ha...Koden klu respon camni lah dia...tapi dia okay...Best..tak pernah miss, tu yg aku sayang kat dia ni.

Nampak gaya aku pun sibuk sikit lani,dok kena naik turun pi t'ganu, pas tu dok sibuk ngan kawan kita kat Pesta Pulau Pinang sama...2/3 hari ni dengaq kata sale boleh tahan jugak. Cukup utk depa makan je lah..Depa tu maksud aku Dude ngan anak aku Zaqwan, dok jaga sana. Hari tu 4 dan 5hb kami tinggai dia sorang(Dude) sebab anak aku kena buat medical check up kat PUSRAWI utk nak masuk Air Asia sebagai Engineering Trainee. Aku saja lah cita sebab klu aku kata Air Asia saja semua org ingat jadi pramugari/a....Hehehe.

Klu kata MAS mesti jadi cam Gah...hahaha..Anyway, kemarin Dude punya fon kong terus,langsung tak leh guna..For ur info lah sekiranya hampa try telefon dia tak dapat ke apa ke itulah masaalah dia tapi anak aku ada telefon spare satu dan dah bagi kat dia,batt pulak tak elok.Klu sms boleh la tahan lama tapi klu cakap sekeeeejap je dah habis.Takut pulak bila sms dia takleh jawab bila kredit dia habis. Klu hampa rasa nak cakap ngan dia hampa boleh call Zaqwan @ 017-4739443. Bagi bagi lah support sikit.Dia tu perlukan attention kawan2 lah since family dia tak berapa nak ambik tau atau dia tak ambik tau pasai family dia...aku pun masih musykil.

Klu hampa semua rasa nak sponsor sorang sikit utk mengurangkan burden hampa kontek lah aku.Tak elok lah nak tulih dalam blog ni. 016-2180574 no.aku. Aku sebut sponsor sebab takut hampa harapkan keuntungan dlm venture ni.Bila kata sponsor tu paham paham je lah...aku boh nama hampa besaq2 kat gerai tu...bagi tau satu donia...hahaha.

Okay ada berita baik lagi satu,katanya Jit dok go around tanya samaada 16hb ni sesuai utk perjumpaan kita...Pada aku hari apa pun tak kisah cuma mcm Koden kata klu buat 15hb possibility kawang2 dari Kedah boleh turun ngan family ke apa ke. Well,ikut suka hampa lah..den ikut yo.

Tetapi, Jit ni pun satu...lepas dia sms aku,aku jawab balik dia terus diam.Apa jadi ngan budak ni aku pun tak tau.Susah sungguh la nak interaksi ngan dia.Payah org besaq dlm kerajaan ni sibuk selalu....tambah2 pulak dok dlm KDN,mungkin sibuk pasai HINDRAF lah tu.

Bila sebut pasai HINDRAF ni aku teringat member kita 2 org yg aku rapat lah masa sekolah dulu.Chandran ada kat Telekom Alor Setaq.Dia ni klu main bola dulu cukup laju,mcm lipas kudung da,,Dia pun kecik cam Jit juga.Hari tu aku jumpa dia. Masih cute camtulah.Aku harap dia tak join kut. Yang sekoq lagi ni aku tak pasti..org paling sibuk dlm dunia..."RAJAN". Mungkin dia dok sibuk tu sebab masuk benda ni kut.Aku dok tengok TV juga masa depa bawa pi court kutu2 yg kena tangkap tu tapi tak nampak cam dia pung.But I can bet, dia takkan masuk campoq sebab dia ni bukan berani sangat klu pasai2 ni semua. Dulu masa kami sekolah kat Teknik, kami ni kira satu grup lah dari Jitra. Aku,Hasaza,Rajan ngan LimWee Dek. Bas kami selalu lambat sebab dari Jitra sampai AS kena tukaq naik bas pi Simpang Kola baru sampai sekolah.Berlari dari depan Sek.Adabi lah dulu kan, kat Bangunan Ukir kut,pas tu masuk lorong seneghih yg ada jual mcm2 tu, pi ke stesen bas lama. Almost tiap hari kami lewat.Tak lah sampai miss satu period, tapi lewatlah dan Rajan ni akan sentiasa dok di belakang grup dari Jitra ni. Apa2 pun org lain nanti kena dulu...hehehehe.

Wee Dek ni aku ada jumpa dia masa aku kerja kat TNB Penang dulu. Jumpa dia kat one of the factories kat Bayan Baru.Dia ni jadi Engineer kat situ.Aku tak ingat nama factory tu dah.Bila aku panggil dia,terus dia mai kat aku.Bukan nak tanya apa habaq dulu tapi dia kata di sini org panggil dia Willie...Nama mat salleh...Hampeh..Dia mcm dulu gak tersengih sengih. Dan aku socialise ngan dia sat, pas tu dah lost contact. Hampa ingat dak dia ni? Bapa dia berniaga kedai basikal sebelah kedai Pesta kat pekan Jitra. Mungkin ada yang ingat.

Tapi masa form 3 kita banyak member Cina kan? sebab depa masuk lepas remove class...sama ngan Jit dan Amin. Yang aku ingat lah kan....Chan Mee Mee, Lau Seng Ka, Ong Kim Teng, Yam Gin dan tidak lupa pompuan cina paling cantik masa tu Fong Goot Yee...hehehehehe. Yang ni klu. Koden boleh describe dengan lebih lanjut sebab dia banyak buat jahat time tu dlm class.Aku tak tau sampai lah baru2 ni dia cerita. But I heard Yam Gin dah kick the bucket and Kim Teng jadi Cikgu,yang lain2 tak tau lah den... Kim Teng ni dulu klu pakai seluar pendek dia tu mesti pakai tali pinggang hitam...dan dia main bola jadi full back. Macam Soh Chin Aun lah konon. Tapi dia steady..

Megat Faisol lagi sekoq yang tak pernah jumpa.Dengaq kata dia tak nak jumpa kita semua masa buat gathering kat Jitra dulu.Jahat betui dia ni.Dulu dlm klas mesti dok belakang punya dia..Badan besaq,jalan cam Gigantor,naik basikal mai sekolah.Kacau dia sikit je mesti dia nak pukui....Pemalu dia ni.

Masa kita dok tunggu result form 3 dulu,aku ngan Dik D p hitch hiking.Masa tu kan selamat.Tak dak kisah kisah liwat ka apa ka mcm la ni.Aku ingat lagi mak aku bagi RM30 saja.Kami berjalan dari AS sampai Tandop baru dapat tumpang org.Manage to reach Parit Buntar.Jln punya jln dah maghrib...tempat duduk tak tentu hala lagi.Ada juga hamba allah ni dok bersantai depan rumah dia teruih panggil kami utk bermalam kat rumah dia.Alhamdulillah...Kami manage sampai kat Ipoh kut after that, mcm2 jadi lah kat Ipoh...syok mengenangkan semua ni...Kena halau ngan Station Master kat Stn Keretapi Ipoh sebab kami cuba nak tidor kat situ....hehehehe. Bnayak lagilah...Bila kami sampai balik di Penang,aku masih ingat lagi masa tu musim Haji,jadi org ramailah kat Pdg Kota.Kami lepak kat situ.Kami kena warning pasai kacau pompuan,pas tu tidoq kat Dewan Sri Pinang pun kena halau..Nak tidoq luaq hujan! Nasib lah tapi good experience..Pas tu u guys know what happen? Dik D left me....huhuhuhu sorang2 aku... Lain kali aku sambung cita ni klu aku ingat.

Cuma nak minta Hasaza ka Jit ka klu baca ni respon lah cikit.Dik D pung langsung tak respon lepas kita kacau dia... Kita tambah2 lah cita baru syok...

WASSALAM guys...
(Mlm ni gi Ganu...esok ada meeting kul 8am..Aduh letih bro)