Hello gang...assalamualaikum...
Panduan: Klu yang baru jinak2 masuk blog ni dan kurang arif sila lah masuk kat archive yang sebelah kanan skrin dan bacalah cerita cerita dari mula.Klik aje tarikh yg paling awal.Tima kacih.
Hari ni aku sepatutnya pi Ganu lagi tapi tiba2 depa postpone meeting ke hari senayan depan.Jadi lega lah sikit.Pagi tadi ada gak colleague yang pi Ganu, tapi dengaq habaq depa kena detour kat Karak sebab banjir. Semoga banjir tu lebih teruk lagi dan aku tak yah pi lagi...hehehehe.
Ha...aku boh panduan kat atas tu sebab setelah kontek mengontek kawan2, didapati ramai juga yg tak berapa arif ngan komputer ni. Jadi, sajalah bagi panduan cikit.Klu yg dah pandai tu tolong2 la ajaq yg kurang arif...aku tau lah perangai depa ni jenih tak mau ambik tau langsung. Aku rasa ramai yg tau guna words ngan excel saja, lepaih tu tak tau dah. Come on la gang, tak berapa lama lagi semua pakat nak pencen dah, inilah alat untuk kita berhubung nanti.Kerajaan buat infra berbillion ringgit hampa tak mau guna. Hampa asyik nak kutuk je...hehehe. Macam berkempen la pulak aku ni. Tapi aku kata yang benaq.La ni komputer bukannya susah nak belajaq. Main ngan tikus saja.Takkan benak sangat kut. Ini lah masa hampa nak dapat balik modal yang hampa habih bagi anak2 belajaq dengan menyuruh depa ajaq hampa balik...hehehe.
Tetapi dengan bangga nya aku nak habaq kata aku yang mengajaq anak aku bagi ada interest dlm komputer,pasai aku stat jatuh cinta ngan komputer tahun80an lagi...hehehe..
Tapi aku paling seronok sekali pagi ni bila aku nampak Ain @ Fatimah Zaharin masuk komen dlm blog ni...Inilah komen dia...
W'salam dan Assalamualikum buat kawan2 yg lain
Seronok dan ralit dok baca blog ni (gah yg bagi tau i)baguih la inisiatif u ni...dalam u dok sibuk ke sana sini pun masih dapat luangkan masa utk create blog ni...Syabas! Hmm..banyak cerita2 yg mengimbau nostalgia...i mula ingat balik muka-muka depa-depa yg u sebut dan terbayang gelagat2 kita semua masa tu..Harapan i dan mungkin semua semoga blog ni akan merapatkan lagi jalinan silaturrahim sesama kita, insyaAllah. - Fatimah zahrin
Best kan...Benda2 camni lah yang dok bagi semangat kat aku untuk terus merapu ngan hampa semua.
Gambar kat atas tu adalah yg terbaru aku ambik kat jamuan makan yg Talib buat kat dusun dia pada 2006.
Ain ni kan...ingat2 aku lah dia jarang juga cakap ngan gang2 jantan ni or is it aku yg tak cakap ngan gang2 pompuan...?Anyway aku suka tengok cara dia jalan dulu dan dia ni very approachable.Senang bawa bicara.Senyum je selalu.Dia klu jalan mesti laju punya dan rambut dia ketak2 dan pendek.Tangan dia selalu dok dlm poket bila dia berdiri...hehehe. La ni dia jadi pustakawan kat Dewan Bahasa dan Pustaka.Anak dia 6 org kut klu tak silap lah...ini betui ikut seruan k'jaan dulu nak rakyat jadi 70 juta. Aku dari Form 1 sampai Form 3 ngan dia.Tapi sekolah rendah tak sama.Dia sekolah mana aku tak tau. Tapi sampai la ni pung dia aku tengok camtu juga gerak geri dia dan the things yg different adalah dia dah pakai tudung jadi aku tak nampak lah rambut dia yg ketak2 tu...Anyway...thanks for the comment Ain. You make my day...
Aku boh tajuk kat atas tu pasai kemarin kami kat Selangor ni cuti birthday dia.Sajalah...la ni depa dok check blog yg dok hentam k'jaan jadi aku kena la jack cikit.
Aku dpt info dari Bangau yesterday kata dia nak mai Ulu Langat,jaga periksa.Dia akan ada disini sampai Raya Haji kut. Dia mai ngan famili dia lah...kan cuti cuti malaysia...Anyway,big possibility aku akan jumpa dia sebab nak ambik adress dan email collection dia.Banyak yg dia collect,macam aku kata dulu,dia dah buat buku utk tu.Jadi klu dgn kontek tu senanglah lagi kita nak organise kawan2 lama kita.
Hasaza...Mamat ni sibuk gila la ni..Asyik keluaq negeri saja.Tapi hari tu aku kontek dia dan bagi tau pasai makan2 yg nak buat ni dan dia setuju kerana kata dia, dia tak pi mana dah sampai hujung tahun kut.Tapi hampa tau lah asker ni...bila2 pun boleh perang.Ni pun satu jugak,bila nak buka blog anak dia kena tolong.Anak2 dia terkejut bila dia suruh depa tunjuk kat dia camana nak buka blog dan suruh dia save dalam favorite so that lain kali dia boleh buka ngan senang...Best kan..semua dok belajaq dah. Pasai kapal terbang dia cekap tapi komputer hancus...
Kalau musuh attack pakai komputer nampak gaya kalah la kita...hahahaha.
Gambaq kat atas tu lah aku punya vision dari Januari ni sampai March...Tenang.Aku akang bercerita dari sana la nanti ni...Bestkan...Tenang. Mungkin kerajaan langit naik balik...hahahaha
Take care guys...Wassalam.
1 comment:
Assalamuallaikum,
Nasib baik aku tak dak darah tinggi. Tekejut aku tengok Ain respon. Yg lebih tekejut lagi, dia dapat tau tentang blog ni dari Gah.
Ladies, I betoi2 tabek both of you. It'll be a great motivation for Dzamri.
Untuk makluman semua, bila Dzamri start this blog, I think I'm (probably)one of the 1st kawan yang dia contect. Minta komen.
Honestly, aku malas dengan benda2 ni. Lebih2 lagi aku tengah dok venture into the 1st of my 3 years full swing before nak pencen and (kalau boleh)nak balik dok di Jitra (I'm sure my wife has got other idea - nak balik dok di Kuantan). Anywhere luaq KL is OK for me.
Anyway, balik ke cerita blog ni, aku continue to respon to Dzamri's blog ni is just bcos aku sanjung niat dia. Lagi pun mangkuk ni dok sorang2, dia sunyi laaa.
Jadi kawan2, layan la kawan kita ni k. Nanti dia pun jadi seniman jalanan macam Dude, makin ramai yang akan pening. Tambah2 Din Luyen, aku risau juga kat kawan aku yang same name sake ni. Macam2 penyakit dia dok galaih tu. Tapi dia amat prihatin dgn masaalah kawan2. Take it easy Yen.
Oh ya, few days ago, aku pi jumpa Teh Hamid. Kalau pi jumpa Pengurus PTPTN ni, hampa tau la pasai apa kan. Anyway, dia cukup helpful untuk layan rayuan my daughter nak minta tambah pinjaman. Ni lagi sorang kawan kita yang berjaya dalam kumpulan white colar.
Jangan salah faham, kebanyakkan kita dah berjaya dalam bidang masing2 tau. Ada yang berjaya ada anak banyak. Ada yang berjaya nak kerja di Jitra sendiri. Ada yang berjaya nak jadi pendakwah. Ada juga yang berjaya menikah ramai n masih dok tunjuk skill gatai lagi.
Dzamri, hang setuju dak dgn statement aku ni?
OK la, ada hal2 lain yang aku nak kena buat. That's it gang for this time.
Wassallam.
KODEN
Post a Comment