Saturday, December 8, 2007

Apa Apa Aje

(Anak sulung aku ngan mak dia masa convo kat UiTM baru ni)

Hi Assalammualaikum. Terharu la juga hati ini mendengarkan nasib kawan kita yang di rundung malang.I doakan semuga hidupnya di masa hadapan akan di berkati Allah dan di limpahi rahmat.Semuga hamba Allah ini akan mendapat banyak tempahan lantas bertambahlah rezekinya. Amin.Raya ni sapa nak balik kampung? Kalau ada yang nak balek khabar-khabar lah. Semuga tahun yang akan datang ini membawa seribu rahmat buat kita semua lebih-lebih lagi kepada yang kurang bernasib baik pada tahun yang sudah-sudah.Till we meet again Wassalam. -Sharehah-

Gah la ni dah rajin masuk2 baca dan komen...Best betui..adajugak kawan.
Aslkum, Alhamdulillah tengok Gah pun dah rajin nak respon.Well done la Gah!! Aku ada banyak hal yang nak d sebut dalam respon aku kali ni. Mula2 aku nak latah kat Dzamri's mentioning about mungkin ada yg dah jadi tok dah ka. For the records, yg aku tau Cik Wangi and Ta dah jadi tok. Tapi aku tabik kat tok2 yg 2 orang ni sebab kalau dukung cucu, silap2 orang ingat dukung anak. Malam Sabtu lepas aku p makan kenduri d Bukit Beruntung. Aku tak pasti hampa ingat tak Mat ni. Mana dia Ismail Yunus @ Mae Yunuih @ Mae Tikuih. Aku kamceng dgn dia sebab masa zaman aku jadi penyanyi dulu (Form 3), Mae ni gitarist band kami. Masa aku p tu, aku jumpa ramai la gang SMJ tapi kebanyakkan gang senior.Yang junior Jan Badak saja. Anybody remember budak ni? - BESAQ MACAM GASI (kena pronounce macam wayang kulit Asun). So moral of this story is that giliaq kita pun dah nak sampai and if we strengthen our bond, it'll b so beautiful if we can b uncles/aunties to our children yg nak menikah nanti. Aku for one would love to see all of you s my anak's important uncles/aunties in my ceremony. (insyaALLAH). Jadi mai la kita sama2 usaha to akrabkan lagi our brotherhood ni(Amboi aku terasa macam dok buat ucapan nak pilihanraya pula la). Next agenda is ; tadi aku dapat sms dari Jit.Dia cadang kita get together 16/12/08 ni. Im all for this. Now aku pass it all to you guys/gals to comment/respond. Hasaza mana haaaa?????? HASAZA TOLONG RESPON!!!!

Ha...Koden klu respon camni lah dia...tapi dia okay...Best..tak pernah miss, tu yg aku sayang kat dia ni.

Nampak gaya aku pun sibuk sikit lani,dok kena naik turun pi t'ganu, pas tu dok sibuk ngan kawan kita kat Pesta Pulau Pinang sama...2/3 hari ni dengaq kata sale boleh tahan jugak. Cukup utk depa makan je lah..Depa tu maksud aku Dude ngan anak aku Zaqwan, dok jaga sana. Hari tu 4 dan 5hb kami tinggai dia sorang(Dude) sebab anak aku kena buat medical check up kat PUSRAWI utk nak masuk Air Asia sebagai Engineering Trainee. Aku saja lah cita sebab klu aku kata Air Asia saja semua org ingat jadi pramugari/a....Hehehe.

Klu kata MAS mesti jadi cam Gah...hahaha..Anyway, kemarin Dude punya fon kong terus,langsung tak leh guna..For ur info lah sekiranya hampa try telefon dia tak dapat ke apa ke itulah masaalah dia tapi anak aku ada telefon spare satu dan dah bagi kat dia,batt pulak tak elok.Klu sms boleh la tahan lama tapi klu cakap sekeeeejap je dah habis.Takut pulak bila sms dia takleh jawab bila kredit dia habis. Klu hampa rasa nak cakap ngan dia hampa boleh call Zaqwan @ 017-4739443. Bagi bagi lah support sikit.Dia tu perlukan attention kawan2 lah since family dia tak berapa nak ambik tau atau dia tak ambik tau pasai family dia...aku pun masih musykil.

Klu hampa semua rasa nak sponsor sorang sikit utk mengurangkan burden hampa kontek lah aku.Tak elok lah nak tulih dalam blog ni. 016-2180574 no.aku. Aku sebut sponsor sebab takut hampa harapkan keuntungan dlm venture ni.Bila kata sponsor tu paham paham je lah...aku boh nama hampa besaq2 kat gerai tu...bagi tau satu donia...hahaha.

Okay ada berita baik lagi satu,katanya Jit dok go around tanya samaada 16hb ni sesuai utk perjumpaan kita...Pada aku hari apa pun tak kisah cuma mcm Koden kata klu buat 15hb possibility kawang2 dari Kedah boleh turun ngan family ke apa ke. Well,ikut suka hampa lah..den ikut yo.

Tetapi, Jit ni pun satu...lepas dia sms aku,aku jawab balik dia terus diam.Apa jadi ngan budak ni aku pun tak tau.Susah sungguh la nak interaksi ngan dia.Payah org besaq dlm kerajaan ni sibuk selalu....tambah2 pulak dok dlm KDN,mungkin sibuk pasai HINDRAF lah tu.

Bila sebut pasai HINDRAF ni aku teringat member kita 2 org yg aku rapat lah masa sekolah dulu.Chandran ada kat Telekom Alor Setaq.Dia ni klu main bola dulu cukup laju,mcm lipas kudung da,,Dia pun kecik cam Jit juga.Hari tu aku jumpa dia. Masih cute camtulah.Aku harap dia tak join kut. Yang sekoq lagi ni aku tak pasti..org paling sibuk dlm dunia..."RAJAN". Mungkin dia dok sibuk tu sebab masuk benda ni kut.Aku dok tengok TV juga masa depa bawa pi court kutu2 yg kena tangkap tu tapi tak nampak cam dia pung.But I can bet, dia takkan masuk campoq sebab dia ni bukan berani sangat klu pasai2 ni semua. Dulu masa kami sekolah kat Teknik, kami ni kira satu grup lah dari Jitra. Aku,Hasaza,Rajan ngan LimWee Dek. Bas kami selalu lambat sebab dari Jitra sampai AS kena tukaq naik bas pi Simpang Kola baru sampai sekolah.Berlari dari depan Sek.Adabi lah dulu kan, kat Bangunan Ukir kut,pas tu masuk lorong seneghih yg ada jual mcm2 tu, pi ke stesen bas lama. Almost tiap hari kami lewat.Tak lah sampai miss satu period, tapi lewatlah dan Rajan ni akan sentiasa dok di belakang grup dari Jitra ni. Apa2 pun org lain nanti kena dulu...hehehehe.

Wee Dek ni aku ada jumpa dia masa aku kerja kat TNB Penang dulu. Jumpa dia kat one of the factories kat Bayan Baru.Dia ni jadi Engineer kat situ.Aku tak ingat nama factory tu dah.Bila aku panggil dia,terus dia mai kat aku.Bukan nak tanya apa habaq dulu tapi dia kata di sini org panggil dia Willie...Nama mat salleh...Hampeh..Dia mcm dulu gak tersengih sengih. Dan aku socialise ngan dia sat, pas tu dah lost contact. Hampa ingat dak dia ni? Bapa dia berniaga kedai basikal sebelah kedai Pesta kat pekan Jitra. Mungkin ada yang ingat.

Tapi masa form 3 kita banyak member Cina kan? sebab depa masuk lepas remove class...sama ngan Jit dan Amin. Yang aku ingat lah kan....Chan Mee Mee, Lau Seng Ka, Ong Kim Teng, Yam Gin dan tidak lupa pompuan cina paling cantik masa tu Fong Goot Yee...hehehehehe. Yang ni klu. Koden boleh describe dengan lebih lanjut sebab dia banyak buat jahat time tu dlm class.Aku tak tau sampai lah baru2 ni dia cerita. But I heard Yam Gin dah kick the bucket and Kim Teng jadi Cikgu,yang lain2 tak tau lah den... Kim Teng ni dulu klu pakai seluar pendek dia tu mesti pakai tali pinggang hitam...dan dia main bola jadi full back. Macam Soh Chin Aun lah konon. Tapi dia steady..

Megat Faisol lagi sekoq yang tak pernah jumpa.Dengaq kata dia tak nak jumpa kita semua masa buat gathering kat Jitra dulu.Jahat betui dia ni.Dulu dlm klas mesti dok belakang punya dia..Badan besaq,jalan cam Gigantor,naik basikal mai sekolah.Kacau dia sikit je mesti dia nak pukui....Pemalu dia ni.

Masa kita dok tunggu result form 3 dulu,aku ngan Dik D p hitch hiking.Masa tu kan selamat.Tak dak kisah kisah liwat ka apa ka mcm la ni.Aku ingat lagi mak aku bagi RM30 saja.Kami berjalan dari AS sampai Tandop baru dapat tumpang org.Manage to reach Parit Buntar.Jln punya jln dah maghrib...tempat duduk tak tentu hala lagi.Ada juga hamba allah ni dok bersantai depan rumah dia teruih panggil kami utk bermalam kat rumah dia.Alhamdulillah...Kami manage sampai kat Ipoh kut after that, mcm2 jadi lah kat Ipoh...syok mengenangkan semua ni...Kena halau ngan Station Master kat Stn Keretapi Ipoh sebab kami cuba nak tidor kat situ....hehehehe. Bnayak lagilah...Bila kami sampai balik di Penang,aku masih ingat lagi masa tu musim Haji,jadi org ramailah kat Pdg Kota.Kami lepak kat situ.Kami kena warning pasai kacau pompuan,pas tu tidoq kat Dewan Sri Pinang pun kena halau..Nak tidoq luaq hujan! Nasib lah tapi good experience..Pas tu u guys know what happen? Dik D left me....huhuhuhu sorang2 aku... Lain kali aku sambung cita ni klu aku ingat.

Cuma nak minta Hasaza ka Jit ka klu baca ni respon lah cikit.Dik D pung langsung tak respon lepas kita kacau dia... Kita tambah2 lah cita baru syok...

WASSALAM guys...
(Mlm ni gi Ganu...esok ada meeting kul 8am..Aduh letih bro)

1 comment:

Anonymous said...

Assalammualaikum kawan-kawan. lama tak run through your blog. ni nak tanya ada sapa nak balek Jitra ka raya ni?. kalu ada gang jom la kita pi cuba bring joy to guru-guru kita yang dulu.Hari apa minggu lepas tak ingat dah, ada la terbaca berit kemalangan kat Jelapang.Tersebut la pula nama kawan kita Zurina Nayan. Terkejut la sat. Pas tu cuba call tak dapat. Nasib baik dapat Hamidah, Alhamdullillih bukan kawan kita, tapi kesian la juga orang lain tu. Anyway, amboi kalau Dzamri jumpa anak dia please convey my congrats to him. Tapi kat mak dia yang comel loteii tu please sampaikan salam itu pun kalau sudi. dah lah mula nak melalut macam pompuan tua. Till next time Bye you all.
-Gah-