Wednesday, December 12, 2007

Ampun Tuanku...Happy Birthday Tuanku

Paka,Trengganu.

Hello gang...assalamualaikum...

Panduan: Klu yang baru jinak2 masuk blog ni dan kurang arif sila lah masuk kat archive yang sebelah kanan skrin dan bacalah cerita cerita dari mula.Klik aje tarikh yg paling awal.Tima kacih.

Hari ni aku sepatutnya pi Ganu lagi tapi tiba2 depa postpone meeting ke hari senayan depan.Jadi lega lah sikit.Pagi tadi ada gak colleague yang pi Ganu, tapi dengaq habaq depa kena detour kat Karak sebab banjir. Semoga banjir tu lebih teruk lagi dan aku tak yah pi lagi...hehehehe.

Ha...aku boh panduan kat atas tu sebab setelah kontek mengontek kawan2, didapati ramai juga yg tak berapa arif ngan komputer ni. Jadi, sajalah bagi panduan cikit.Klu yg dah pandai tu tolong2 la ajaq yg kurang arif...aku tau lah perangai depa ni jenih tak mau ambik tau langsung. Aku rasa ramai yg tau guna words ngan excel saja, lepaih tu tak tau dah. Come on la gang, tak berapa lama lagi semua pakat nak pencen dah, inilah alat untuk kita berhubung nanti.Kerajaan buat infra berbillion ringgit hampa tak mau guna. Hampa asyik nak kutuk je...hehehe. Macam berkempen la pulak aku ni. Tapi aku kata yang benaq.La ni komputer bukannya susah nak belajaq. Main ngan tikus saja.Takkan benak sangat kut. Ini lah masa hampa nak dapat balik modal yang hampa habih bagi anak2 belajaq dengan menyuruh depa ajaq hampa balik...hehehe.
Tetapi dengan bangga nya aku nak habaq kata aku yang mengajaq anak aku bagi ada interest dlm komputer,pasai aku stat jatuh cinta ngan komputer tahun80an lagi...hehehe..

Tapi aku paling seronok sekali pagi ni bila aku nampak Ain @ Fatimah Zaharin masuk komen dlm blog ni...Inilah komen dia...

W'salam dan Assalamualikum buat kawan2 yg lain

Seronok dan ralit dok baca blog ni (gah yg bagi tau i)baguih la inisiatif u ni...dalam u dok sibuk ke sana sini pun masih dapat luangkan masa utk create blog ni...Syabas! Hmm..banyak cerita2 yg mengimbau nostalgia...i mula ingat balik muka-muka depa-depa yg u sebut dan terbayang gelagat2 kita semua masa tu..Harapan i dan mungkin semua semoga blog ni akan merapatkan lagi jalinan silaturrahim sesama kita, insyaAllah. - Fatimah zahrin

Best kan...Benda2 camni lah yang dok bagi semangat kat aku untuk terus merapu ngan hampa semua.

Gambar kat atas tu adalah yg terbaru aku ambik kat jamuan makan yg Talib buat kat dusun dia pada 2006.

Ain ni kan...ingat2 aku lah dia jarang juga cakap ngan gang2 jantan ni or is it aku yg tak cakap ngan gang2 pompuan...?Anyway aku suka tengok cara dia jalan dulu dan dia ni very approachable.Senang bawa bicara.Senyum je selalu.Dia klu jalan mesti laju punya dan rambut dia ketak2 dan pendek.Tangan dia selalu dok dlm poket bila dia berdiri...hehehe. La ni dia jadi pustakawan kat Dewan Bahasa dan Pustaka.Anak dia 6 org kut klu tak silap lah...ini betui ikut seruan k'jaan dulu nak rakyat jadi 70 juta. Aku dari Form 1 sampai Form 3 ngan dia.Tapi sekolah rendah tak sama.Dia sekolah mana aku tak tau. Tapi sampai la ni pung dia aku tengok camtu juga gerak geri dia dan the things yg different adalah dia dah pakai tudung jadi aku tak nampak lah rambut dia yg ketak2 tu...Anyway...thanks for the comment Ain. You make my day...

Aku boh tajuk kat atas tu pasai kemarin kami kat Selangor ni cuti birthday dia.Sajalah...la ni depa dok check blog yg dok hentam k'jaan jadi aku kena la jack cikit.

Aku dpt info dari Bangau yesterday kata dia nak mai Ulu Langat,jaga periksa.Dia akan ada disini sampai Raya Haji kut. Dia mai ngan famili dia lah...kan cuti cuti malaysia...Anyway,big possibility aku akan jumpa dia sebab nak ambik adress dan email collection dia.Banyak yg dia collect,macam aku kata dulu,dia dah buat buku utk tu.Jadi klu dgn kontek tu senanglah lagi kita nak organise kawan2 lama kita.

Hasaza...Mamat ni sibuk gila la ni..Asyik keluaq negeri saja.Tapi hari tu aku kontek dia dan bagi tau pasai makan2 yg nak buat ni dan dia setuju kerana kata dia, dia tak pi mana dah sampai hujung tahun kut.Tapi hampa tau lah asker ni...bila2 pun boleh perang.Ni pun satu jugak,bila nak buka blog anak dia kena tolong.Anak2 dia terkejut bila dia suruh depa tunjuk kat dia camana nak buka blog dan suruh dia save dalam favorite so that lain kali dia boleh buka ngan senang...Best kan..semua dok belajaq dah. Pasai kapal terbang dia cekap tapi komputer hancus...
Kalau musuh attack pakai komputer nampak gaya kalah la kita...hahahaha.

Gambaq kat atas tu lah aku punya vision dari Januari ni sampai March...Tenang.Aku akang bercerita dari sana la nanti ni...Bestkan...Tenang. Mungkin kerajaan langit naik balik...hahahaha

Take care guys...Wassalam.

Tuesday, December 11, 2007

Majlis Makan Makan Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum semua,

Apa habaq ya sahabat sahabat ku semua....

Aku tau la ni semua org tengah dok sibuk bercuti dan juga sibuk menyibuk kenduri dan sebagainya.Jadi harap harap hampa semua dalam keadaan sihat walafiat dan cergas sentiasa walaupun dah berumur semua..dah dekat sangat dengan angka separuh dah ....

Ok...selesai dengan mukadimah tu lets get down to something else. First aku nak repot pasai biz kat Pesta Penang,Nampak gaya amat positif lah penampilan Dude kat sana.Org semakain kenai dan jatuh cinta ngan produk dia.Tiap malam walaupun tak banyak sale tetapi banyak enquiries yg dapat dan juga special orders.Aku harap harap lah benda ni boleh menaikkan semangat dia untuk lebih memajukan diri dia sendiri. Lagi satu perangai org kat pesta ni yang aku tau lah,depa semua suka mai beli barang pada minggu terakhir pesta.Depa rasa barang nanti jadi murah,tapi aku rasa aku tau lah apa nak buat bagi dapat modal...

Lagi satu...Jit Md Nor hari tu ada kontek utk nak buat makan2 kat gang semua lah.Katanya 16hb. ni. Pastu dia teruih diam.Jadi kemarin aku sms dia dan dia call aku balik katanya dia teramatlah sibuk la ni dan menyerahkan tugas tu kat aku la pulak.Awat dia ingat aku tak reti sibuk ka? Anyway pasai banyak sangat kawan dok tanya maka aku pung setujulah ambik alih dan dgn segeranya aku pung konteklah sidekick aku dalam hal2 camni yaitu saudara Zainuddin Idrus aka Koden. Jadi kami akan cuba lah menjayakan benda ni utk kesenangan semua. Tetapi masaalah dia kami nak tau juga lah hari apa yg elok utk hampa semua. Buat masa la ni kami tetapkan pada 23hb Disember 2007.Hari Ahad. Siang atau malam tak tau lagi. Aku dah kontek Kamal dan dia minta aku confirm kan date dan dia akan war warkan kepada seluruh rakyat malaysia. Buat masa sekarang plan dia macam gini:

Tarikh : 23/22hb.Disember 2007
Tempat : Kelab Shah Alam Selangor
Masa : Akan di tetapkan
Bayaran : Akan ditetapkan

Klu sapa2 ada idea lain yg lebih bernas dan mengancam hampa habaq mai.Jgn dok diam2.
Aku baru sudah cakap ngan Shukri aka Bangau.Dia ada banyak kontek2 gang2 SMJ76.Jadi dah bagi blog aku untuk dia communicate dan mungkin boleh tambah lagi kaum2 kita dlm blog ni...Dah la kut. Perut aku meragam lah...Chow bro n sister..

Wassalam.

Saturday, December 8, 2007

Apa Apa Aje

(Anak sulung aku ngan mak dia masa convo kat UiTM baru ni)

Hi Assalammualaikum. Terharu la juga hati ini mendengarkan nasib kawan kita yang di rundung malang.I doakan semuga hidupnya di masa hadapan akan di berkati Allah dan di limpahi rahmat.Semuga hamba Allah ini akan mendapat banyak tempahan lantas bertambahlah rezekinya. Amin.Raya ni sapa nak balik kampung? Kalau ada yang nak balek khabar-khabar lah. Semuga tahun yang akan datang ini membawa seribu rahmat buat kita semua lebih-lebih lagi kepada yang kurang bernasib baik pada tahun yang sudah-sudah.Till we meet again Wassalam. -Sharehah-

Gah la ni dah rajin masuk2 baca dan komen...Best betui..adajugak kawan.
Aslkum, Alhamdulillah tengok Gah pun dah rajin nak respon.Well done la Gah!! Aku ada banyak hal yang nak d sebut dalam respon aku kali ni. Mula2 aku nak latah kat Dzamri's mentioning about mungkin ada yg dah jadi tok dah ka. For the records, yg aku tau Cik Wangi and Ta dah jadi tok. Tapi aku tabik kat tok2 yg 2 orang ni sebab kalau dukung cucu, silap2 orang ingat dukung anak. Malam Sabtu lepas aku p makan kenduri d Bukit Beruntung. Aku tak pasti hampa ingat tak Mat ni. Mana dia Ismail Yunus @ Mae Yunuih @ Mae Tikuih. Aku kamceng dgn dia sebab masa zaman aku jadi penyanyi dulu (Form 3), Mae ni gitarist band kami. Masa aku p tu, aku jumpa ramai la gang SMJ tapi kebanyakkan gang senior.Yang junior Jan Badak saja. Anybody remember budak ni? - BESAQ MACAM GASI (kena pronounce macam wayang kulit Asun). So moral of this story is that giliaq kita pun dah nak sampai and if we strengthen our bond, it'll b so beautiful if we can b uncles/aunties to our children yg nak menikah nanti. Aku for one would love to see all of you s my anak's important uncles/aunties in my ceremony. (insyaALLAH). Jadi mai la kita sama2 usaha to akrabkan lagi our brotherhood ni(Amboi aku terasa macam dok buat ucapan nak pilihanraya pula la). Next agenda is ; tadi aku dapat sms dari Jit.Dia cadang kita get together 16/12/08 ni. Im all for this. Now aku pass it all to you guys/gals to comment/respond. Hasaza mana haaaa?????? HASAZA TOLONG RESPON!!!!

Ha...Koden klu respon camni lah dia...tapi dia okay...Best..tak pernah miss, tu yg aku sayang kat dia ni.

Nampak gaya aku pun sibuk sikit lani,dok kena naik turun pi t'ganu, pas tu dok sibuk ngan kawan kita kat Pesta Pulau Pinang sama...2/3 hari ni dengaq kata sale boleh tahan jugak. Cukup utk depa makan je lah..Depa tu maksud aku Dude ngan anak aku Zaqwan, dok jaga sana. Hari tu 4 dan 5hb kami tinggai dia sorang(Dude) sebab anak aku kena buat medical check up kat PUSRAWI utk nak masuk Air Asia sebagai Engineering Trainee. Aku saja lah cita sebab klu aku kata Air Asia saja semua org ingat jadi pramugari/a....Hehehe.

Klu kata MAS mesti jadi cam Gah...hahaha..Anyway, kemarin Dude punya fon kong terus,langsung tak leh guna..For ur info lah sekiranya hampa try telefon dia tak dapat ke apa ke itulah masaalah dia tapi anak aku ada telefon spare satu dan dah bagi kat dia,batt pulak tak elok.Klu sms boleh la tahan lama tapi klu cakap sekeeeejap je dah habis.Takut pulak bila sms dia takleh jawab bila kredit dia habis. Klu hampa rasa nak cakap ngan dia hampa boleh call Zaqwan @ 017-4739443. Bagi bagi lah support sikit.Dia tu perlukan attention kawan2 lah since family dia tak berapa nak ambik tau atau dia tak ambik tau pasai family dia...aku pun masih musykil.

Klu hampa semua rasa nak sponsor sorang sikit utk mengurangkan burden hampa kontek lah aku.Tak elok lah nak tulih dalam blog ni. 016-2180574 no.aku. Aku sebut sponsor sebab takut hampa harapkan keuntungan dlm venture ni.Bila kata sponsor tu paham paham je lah...aku boh nama hampa besaq2 kat gerai tu...bagi tau satu donia...hahaha.

Okay ada berita baik lagi satu,katanya Jit dok go around tanya samaada 16hb ni sesuai utk perjumpaan kita...Pada aku hari apa pun tak kisah cuma mcm Koden kata klu buat 15hb possibility kawang2 dari Kedah boleh turun ngan family ke apa ke. Well,ikut suka hampa lah..den ikut yo.

Tetapi, Jit ni pun satu...lepas dia sms aku,aku jawab balik dia terus diam.Apa jadi ngan budak ni aku pun tak tau.Susah sungguh la nak interaksi ngan dia.Payah org besaq dlm kerajaan ni sibuk selalu....tambah2 pulak dok dlm KDN,mungkin sibuk pasai HINDRAF lah tu.

Bila sebut pasai HINDRAF ni aku teringat member kita 2 org yg aku rapat lah masa sekolah dulu.Chandran ada kat Telekom Alor Setaq.Dia ni klu main bola dulu cukup laju,mcm lipas kudung da,,Dia pun kecik cam Jit juga.Hari tu aku jumpa dia. Masih cute camtulah.Aku harap dia tak join kut. Yang sekoq lagi ni aku tak pasti..org paling sibuk dlm dunia..."RAJAN". Mungkin dia dok sibuk tu sebab masuk benda ni kut.Aku dok tengok TV juga masa depa bawa pi court kutu2 yg kena tangkap tu tapi tak nampak cam dia pung.But I can bet, dia takkan masuk campoq sebab dia ni bukan berani sangat klu pasai2 ni semua. Dulu masa kami sekolah kat Teknik, kami ni kira satu grup lah dari Jitra. Aku,Hasaza,Rajan ngan LimWee Dek. Bas kami selalu lambat sebab dari Jitra sampai AS kena tukaq naik bas pi Simpang Kola baru sampai sekolah.Berlari dari depan Sek.Adabi lah dulu kan, kat Bangunan Ukir kut,pas tu masuk lorong seneghih yg ada jual mcm2 tu, pi ke stesen bas lama. Almost tiap hari kami lewat.Tak lah sampai miss satu period, tapi lewatlah dan Rajan ni akan sentiasa dok di belakang grup dari Jitra ni. Apa2 pun org lain nanti kena dulu...hehehehe.

Wee Dek ni aku ada jumpa dia masa aku kerja kat TNB Penang dulu. Jumpa dia kat one of the factories kat Bayan Baru.Dia ni jadi Engineer kat situ.Aku tak ingat nama factory tu dah.Bila aku panggil dia,terus dia mai kat aku.Bukan nak tanya apa habaq dulu tapi dia kata di sini org panggil dia Willie...Nama mat salleh...Hampeh..Dia mcm dulu gak tersengih sengih. Dan aku socialise ngan dia sat, pas tu dah lost contact. Hampa ingat dak dia ni? Bapa dia berniaga kedai basikal sebelah kedai Pesta kat pekan Jitra. Mungkin ada yang ingat.

Tapi masa form 3 kita banyak member Cina kan? sebab depa masuk lepas remove class...sama ngan Jit dan Amin. Yang aku ingat lah kan....Chan Mee Mee, Lau Seng Ka, Ong Kim Teng, Yam Gin dan tidak lupa pompuan cina paling cantik masa tu Fong Goot Yee...hehehehehe. Yang ni klu. Koden boleh describe dengan lebih lanjut sebab dia banyak buat jahat time tu dlm class.Aku tak tau sampai lah baru2 ni dia cerita. But I heard Yam Gin dah kick the bucket and Kim Teng jadi Cikgu,yang lain2 tak tau lah den... Kim Teng ni dulu klu pakai seluar pendek dia tu mesti pakai tali pinggang hitam...dan dia main bola jadi full back. Macam Soh Chin Aun lah konon. Tapi dia steady..

Megat Faisol lagi sekoq yang tak pernah jumpa.Dengaq kata dia tak nak jumpa kita semua masa buat gathering kat Jitra dulu.Jahat betui dia ni.Dulu dlm klas mesti dok belakang punya dia..Badan besaq,jalan cam Gigantor,naik basikal mai sekolah.Kacau dia sikit je mesti dia nak pukui....Pemalu dia ni.

Masa kita dok tunggu result form 3 dulu,aku ngan Dik D p hitch hiking.Masa tu kan selamat.Tak dak kisah kisah liwat ka apa ka mcm la ni.Aku ingat lagi mak aku bagi RM30 saja.Kami berjalan dari AS sampai Tandop baru dapat tumpang org.Manage to reach Parit Buntar.Jln punya jln dah maghrib...tempat duduk tak tentu hala lagi.Ada juga hamba allah ni dok bersantai depan rumah dia teruih panggil kami utk bermalam kat rumah dia.Alhamdulillah...Kami manage sampai kat Ipoh kut after that, mcm2 jadi lah kat Ipoh...syok mengenangkan semua ni...Kena halau ngan Station Master kat Stn Keretapi Ipoh sebab kami cuba nak tidor kat situ....hehehehe. Bnayak lagilah...Bila kami sampai balik di Penang,aku masih ingat lagi masa tu musim Haji,jadi org ramailah kat Pdg Kota.Kami lepak kat situ.Kami kena warning pasai kacau pompuan,pas tu tidoq kat Dewan Sri Pinang pun kena halau..Nak tidoq luaq hujan! Nasib lah tapi good experience..Pas tu u guys know what happen? Dik D left me....huhuhuhu sorang2 aku... Lain kali aku sambung cita ni klu aku ingat.

Cuma nak minta Hasaza ka Jit ka klu baca ni respon lah cikit.Dik D pung langsung tak respon lepas kita kacau dia... Kita tambah2 lah cita baru syok...

WASSALAM guys...
(Mlm ni gi Ganu...esok ada meeting kul 8am..Aduh letih bro)

Monday, December 3, 2007

Salam semua,

Aku kata nak balik Shah Alam semalam tapi tak jadi lah..oleh kerana sesuatu sebab yang tak dapat di elakkan.

Anyway pagi ni aku dpt call dari Gah and she ask lebih lanjut berkenaan Dude dan aku pung ceritalah.

Pas tu aku sms Ta tanya samaada dia internet savvy atau tak,dia terus telepon aku and so happen Saadiah ada ngan dia. Aku cakap lah sat.

Ok...semalam bisnes kami tu adalah dapat beberapa tempahan,walau pun tak lah besar utk dapat keuntungan tapi its a good start.Member aku pun dah willing nak masukkan product Dude dlm itenary dia sebab dia dok buat event management dan akan cuba push this glass art further.

Kebanyakkan org yg berhenti dan tengok dude "perform" has never seen it before. Dan banyak query yg kami dapat berkenaan projek ni.Itu lah yg aku target pun.

So aku nak mintalah sapa2 yg dok baca ni bagi taulah yg lain2 supaya kita dapat lah kut guna blog aku ni sebagai perantara kita yg duduk jauh jauh ni.Kalau harap aku saja nak boh cerita lama2 kering kontang la idea aku. Hampa tulih la apa apa pung aku cuba masukkan,tapi kalau nak maki kawan2 aku lebih suka masukkan...Hahahaha

Anyway 2/3 hari ni memang aku dok cakap pasai glass art ni saja lah sebab memang dok sibuk ngan menatang ni pun.

Hampa semua ingat tak Ismail Ahmad ngan Zan loceng? Depa ni pun ada di Selangor dan KL jugak. Aku boh gambar depa kat bawah ni,hampa tengok dan teka yang mana satu mail dan Cheng.
Depa semua kerja besaq2 belaka. Sorang financial, sorang lagi architectural field. Seronok bila jumpa kawan2 lama ni...ada saja cerita yang keluaq.Kisah baru dan lama.

Ni lah mami jarum...hehehe. Roshita Mansor. Dulu masa sekolah dia duduk kat kuarters JKR batu 13 kut.Aku pun ingat2 lupa.Dah tua.Dulu depa dua orang ngan Noraini selalu naik mini bike depa beremba la dua2 depa. Mai sekolah sama. Ta ni lah sorang2 nya kawan sekolah yang aku jumpa dan in touch lepas sekolah.Tak tau camana tapi kami terjumpa Pas sekolah aku jumpa dia.Dia besa bawa aku naik lori pi kemana ka sebab masa tu dia kerja kat kuari dan aku dok mengaji lagi. Selalu juga p rumah dia kat Tongkang Yard dulu.Pi makan nasi pung besa.Mak dia pung kenai aku. Lepas dia kawin kami lost contact for quite sometime...like a few years.Last sekali dia transfer mai ke JPJ Seberang Jaya B'worth dan dia kontek TNB penang cari aku.Walau pun aku dah berhenti tapi nasib baik lah ada lagi org yg kenai aku terus bagi kontek no.Jadi kami berjumpa lah lepas tu sampai la ni.Dia punya perangai kan bila aku call dia ,dia mesti tanya aku smaada aku ada nak buat apa2 kerja ngan JPJ.Sebab kata dia kalau tak dak kerja apa2 aku mesti tak call.Hahaha...Tapi dia selalu tolong.Masa bapak aku sakit hari tu pun dia mai melawat kat PMC Aloq Setaq. Dia kerap juga mai KL dan selalunya call kami utk berjumpa dan bersembang.Aku panggil dia mami jarum dlm blog ni je.....sebab dia banyak pakai barang kemas..Gelang sampai ke siku...Hahahaha..Jgn marah.Rantai lagi...Lip lap Lip lap. Aku tak mau kata banyak2 nanti dia merajuk,susah lah kalau ada problem ngan JPJ. Lagi satu dia buat laksa seeedaaaaap.....Dia pun baik ngan Dik D dan Koden lah best fren dia.Selalu bawa buah tangan kat Koden.Kat aku hampeh apa pung tak dak. Dia memang suka melawat kalau orang sakit.Pasai tu dia melawat Pak aku dan dia adalah orang pertama sekali melawat Dik D bila Dik D di serang angin ahmar di Hospital Metro Sg.Petani. Rajin dia dan baik sekali aahh.

Ok lah..Takat ni hari ni.Sebut banyak kali pasai sakit sat gi ada org sakit sekali lagi pulak.

Gah...TQ for your concern and I hope your kids are happy with the answer.
Saadiah...Mungkin kita dapat jumpa bila buat reunion nanti.

WASSALAM.


Sunday, December 2, 2007

Pesta Pulau Pinang

Fr.Left - Ah Huat,Jan Darus,Muttalib,Hamsan(membelakangi)Amin Bahari,Muhyideen,Chot

Assakamualaikum gang,

Alhamdulillah hang idup lagi n nampak gaya mungkin akan murah rezeki d Ganu pula.
Pulung jangang tak pulung bro.!!
Yes aku nak tambah sikit tentang prjupaan kita d Quality Hotel Sh Alam tu. Mula2 kita kena TQ kat Hj Hasaza la yang kiliaq kot mana tak tau sampai dpt sponsor that get together.
Then macam yang hang cakap, aku pun TABEK kan gang kita yang mai dari Kedah :- Lid, Ta, Fadzilah n Kamal. Depa ni memang words cannot discribe how strong their bonds r with this SSAT/SMJ 59ers Allumni
ni.
Hari tu, beside Rajan n Puziah yang timboi, Ismail Shukor (budak berek polis) pon mai juga. Memang syok n nostalgic.
PASAI APA KITA TAK BUAT LAGI TAHUN NI HA?
Next I'll move on to Hj Dek D's request ;
Pak aji ni ada apa2 yg tak kena kot?!?!?!? Amboi nak kena crita yg elok2 saja. Piiii raaah. Kalau tulih blog gang pun nak kena mcm tu, lagi baik tuleh skrip drama.
Dek D,
Awat hang ni, banyak dok putaq dgn bini ka? He he he. jgn maraaah. Kalau marah kena juai mcm Ahmad Nisfu.
Story yg nak tolong kwn tu, GREAT MOVE n aku cadang sapa yg berminat n ada lebihan sila contec Dzamri over the phone. Kwn kita ni memang kesian betoi. Tapi kalau ikut2 aku pun patut dapat bantuan sbb aku dah anak yatim piaTWO. Dia baru yatim piaONE.He he he... aku harap none of us is too sensitive about this piaONE n piaTWO thing ni k. Kan tadi dah kata, kalau nak tulis yg serious n elok2 saja, baik tulis skrip drama.
OK lah aku dah nak kena p opis aku dah. Aku ni kerja kais pagi makan pagi n kais petang makan petang.
COBAAAAAN

Message/Komen dari KODEN..

Sibuk gila aku 2/3 hari ni nak setup stall kat tapak Pesta Pulau Pinang ni..Banyak sangat yang kena sediakan,maklumlah tak pernah dok buat...1st.time la katakan.

We arrive kat Penang about 10pm Thursday,terus relax lepas tu sebab jln jauh dan it was raining off n on kat hiway tu. Letih. Anyway the next day tu start lah...acquire the stall pas tu stat angkut barang,beli barang dan sbg. Sampai lah yesterday evening pukul 8.00 mlm baru we are able to produce the first product.

Ramai yg berhenti dan lihat while Dude dok bakar kaca tu and make into shapes. First product dia adalah burung yg duduk atas palang dan di sangkut pada dahan...cantik...Tetapi semalam tiada jualan di buat. Promo kena kuat sikit kut no? Tak pa lah mlm ni aku nak bising2 sikit kat situ and anyway Dude ngan anak aku akan masuk pesta jam 3ptg utk buat lebih banyak produk2 yg kecil mcm letters ka yg boleh di gantung kat leher...hehehe

Tapi tak apalah...Klu ada gang mana2 yg nak mai melawat..Gerai no Z10, sebelah kedai jual karpet Pakistan. Semalam Din ILY ngan Des bini dia dan kakak bini dia mai...Kak ipar dia ni mcm Des la juga habis2..Nyanyi dangdut ia...Katanya sekarang solo2 gitu..Enggak ada yg punya.Nasib baik aku ni 1 woman man,klu taksiap...Hahahaha.Ini ada satu msg utk anak Mak Chom...Jgn rapat2 ya...hehehe..tapi kriteria dia kena lah Den...

Aku dengar kata hampa nak buat makan2 apa ka...Best tu sebab 2007 dah nak habis.Hari tu kontek Jit pun diam je...Jit ni pun lagi satu..Takat nak sms ka,tinggal komen ka takkan tak leh kut...Maklumlah kita ni bukan org gomen mcm dia.

Jit ni dulu masuk SMJ stat klas remove kan? Dia ngan Amin sekali lah. Jit ni dari dulu pun memang diam dan kecik.Tapi boleh bawa dia ke hulu hiliaq punya.Aku sempat bermesra ngan Jit ni 3 tahunsaja.Tapi aku suka dia. Dulu rambut dia kerinting dan belah tengah. Last I met him maybe dah buat technique rrebonding kut,nampak straight je.

Hari tu aku ngan Koden dpt opportunity jumpa Jit n family kat Alamanda Putrajaya.Itu pun pasai Ta JPJ (mami jarum) mai dan nak jumpa kami so...pi lah. Dik D pun hadir setelah lama berdiam diri dengan kami,walaupun he claims that we all tak kontek dia whatsoever tapi ...aaaagghhh segan nak cakap lah pasai dia ni. Sat gi aku kata banyak2 kena "heart attack" pulak.Masuk hospital jadi invisible man..Sapa pun tak leh nampak dia kat hosp.,Kawan kawan ramai pi melawat tapi malangnya Doktor sudah salah bagi ubat hingga dia tak boleh menjelma lagi...Tapi aku ngan Koden jumpa dia kat Pelita Subang Jaya..Dok heret kaki ngan muka herot semua,aku panggil pun tak jawab.Taapi Koden yg dok sebelah aku dah gelak berdekah2..Tak hormat langsung la dia ni kat org sakit.Anyway now he is better...hope for the best.

Melalut lah bila cakap topik dia ni...banyak lagi..lain kali. Balik pasai Jit,bila kami jumpa dia dan ajak pi minum dan sembang2 kat kedai mamak 24hrs tu,bini dia asyik tanya kat mana je..Pas tu dia kena hantar bini dia balik dulu baru lah join kami,so semua org check la peha dia kut2 kena cubit ke ..Hehehehe.Jit oh Jit...U the man... Dia ni berkhidmat kat embassy Russia ngan Pakistan dulu ni.Lebih kurang mcm James Bond punya kerja lah...Tak padan ngan kecik jadi spy utk malaysia tu..Dahsyat wa respek sama lu.

Malam tu . aku, koden, dik d,jit ngan Ta&anak2nya bersembang lah.Tapi Ta balik awai jadi tinggal lah kami smpai pagi juga punya menyembang.

Jit,klu hang baca ni ..cepat2 lah buat gathering tu..nak tunggu raya haji kut.Boleh kita korban Dik D...semeleh jgn tak semeleh...

Aku chow dulu sebab mlm ni nak berniaga lagi dan aku nak pikiaq apa cara promo paling best for Dude..Pengacara radio Penang aku dah minta tolong dah...Hopefully jln...

Bye guys..Cheerio.
(Mlm ni aku balik Shah Alam daaa)