Monday, April 12, 2010

HORMAT...

Salam ...

Wahai sahabat2 ku semua..Untuk pengetahuan semua, mai bulan Oktober ni aku akan mencecah 51 tahun(umoq) menghuni dunia ni. Lama sungguh..Separuh abad orang kata.

Dari kecik dok bertelanjang bogel, lari sana lari sini bila mak aku pelekoh aku suruh mandi. Masa tu kami dok kat Bagan Dalam, Butterworth. Mai besaq sikit, dah pandai rasa malu kalau bertelanjang. Bila disuruh mandi, dah tak berlari telanjang lagi dah, tapi masih memberontak sebab tak puas lagi nak main ngan memba2 semua. Tu belum bersekolah lagi. Bila masuk sekolah apatah lagi, dah pandai malu dan segan. Tambahan pulak masa Std 1, pertama kali seumoq hidup berjumpa kawan dalam jumlah yang ramai(aku tak masuk tadika). Pelbagai bangsa dan agama dan juga terdapat classmate pompuan...Adus, selama ni aku berinteraksi ngan pompuan cuma sepupu aku je. Masa tu aku anak mak sorang...Kekok tapi sifat "ingin tahu" tu semakin hari semakin bertambah. Sifat malu dah menebal. Segan...macam2 ada.

Semakin membesar, sifat hormat menghormati ditanamkan dalam diri aku. Bila tengok orang tua2 je, dah segan, dah rasa kekok. Mesti hormat. Sebab depa tua dari aku, sebab depa kawan bapak aku, sebab depa kawan tokwan aku dan sebagainyalah. Aku cuba mengelak selalunya. Segan. Tak tau apa nak cakap. Paling sangat depa nak tanya...Std berapa? Sekolah mana? Periksa dapat nombor berapa? Walau pun tu adalah soalan standard dan aku ada jawapannya, tapi aku rasa cam segan silu..Hormat yang amat sangat. Tengok depa nampak cool je..Satu hari nanti aku nak jadi cam depa..

Hari yang aku nantikan tu mai pelan pelan..50 tahun aku mengharungi dunia ni, baru sampai tahap gang2 tokwan aku dulu. La ni dah sampai dah. Hormat pada yang lebih tua tak pernah lekang. Hormat menghormati sesama kawan2 tetap menebal. Tambahan lagi la nie kita dah sampai tahap dimana anak2 kita dah dewasa. Ada yang dah menikah, beranak pinak, dah berkeluarga..Yang ni pun aku amat menghormati juga. Tak salah kita hormat orang kalau kita nak orang hormati kita.

Ni masanya mungkin ada antara kita yang dok hambat cucu depa yang bertelanjang suruh mandi. Tapi kalau dah samapai anak atau cucu pulak yang hambat kita suruh mandi, dan kita dok bertelanjang bulat berlari, maka sah dah nyanyok maka complete lah satu puitaran kehidupan apabila dari kecik jadi tua dan lepas tu jadi perangai budak2 balik.

Aku rasa kita dah sampai era memaafkan yang salah, merenung segala kemungkaran kita, memberi nasihat dan petunjuk pada golongan yang lebih muda dan bukan lagi masanya untuk kita menelanjangkan segala kemungkaran atau keikhlafan sesama insan di khalayak ramai, apatah lagi di laman "darah59"ni, dimana anak serta cucu cicit kita ada yang menjenguk. Apa kata mereka sekiranya melihat pertelingkahan sesama kita keatas perkara atau kejadian yang hanya diketahui oleh 2 individu yang terbabit mungkin 20/30 tahun yang lalu...? Daripada orang yang tak tahu menahu, dah jadi sebuah cerita yang memalukan kepada generasi yang jauh lebih muda dari kita yan tua bangka ni. Perlukah kita berkokok supaya semua orang tahu akan cerita yang tak sepatutnya disebarkan..Topik yang telah dibincangkan sekian lama dulu tetiba muncul kembali dengan lebih "ZEST" dan tanpa selindung langsung dengan kain basahan atau sebagainya. "KLEAR" sungguh...Telanjang bogel..BULAT...Adus..malu aku sebagai moderator @ penghulu laman ni.

Let bygones be bygones. Gunalah SMS ke, fon ke, YM ke, facebook ke atau apa saja lah modus operandinya, tapi jangan sekali2 gunakan blog ni..

Yang paham apa yang aku cuba nak terangkan...ambik iktibar.

Anyway...aku melawat MIRI pada 29 - 31 Mac..adalah gambaq2 yang aku nak share ngan hangpa semua..

Aku ambik dari rumah api yang berbentuk kuda laut kat MIRI. ak ingat dah apa nama tempat tu. Kamera fon je, tak lah cun sangat...

Ni dia "Rumah Api" tu..Cantik kan?

Seafood restoran punya pintu yang diukir ngan kayu jati..Fuuhhh seni tu...
Pemandangan dari restoran..

Aku dapatlah tempat untuk para artis aku yang nak buat lakaran potret ngan karikatur kat BINTANG PLAZA, MIRI...30Apr - 29Mei...Jumpa disana..disana..

31hb aku terbang ke Kucing. 8 pagi flight, kul 6 dah kena check out dan tuju ke Airport..Nasib baik disini kul 6am dah terang benderang..








5 comments:

kamal said...

Ramai dah memba sarawak dlm fb, hg kontek depa suruh mai jumpa hg

Own said...

Asm wm., So long no c & I'm inactive at this blog. Thousand apology! I am indeed surprised and was urge 2 convey my thoughts. Dz, may I know why Koden wrote such a remark at this blog? It seems that 'something' had triggered his mind at that moment and hurts his feelings. What struck my mind at this instant was - The Power of Love & The Power of Apology may lead to betterment of our life!

darah59 said...

Well said OWN....

madud said...

Salam jua pada Own.
well, I Own care to look at a couple of previous post, or as stated, older post and read some of the comments, then you can get a clearer picture of the sticky situation we all are in. Because we are all friends here, and it has become sticky for all of us...

Anonymous said...

a small correction for the above, well, if Own ,....