Salam...
Tergerak hati aku untuk update blog ni banyak kali sangat2. Tapi tiap kali aku taip 2/3 line aku jadi cam hilang mood. Tak tau lah nak buat camana. Men 'O' Pause kut..
Walau bagaimanapun posting yang last tu aku tunggu penjelasan, jadi aku pun tunggu punya tunggu, sampai lah jadi satu keadaan dimana mulut2 yang "jelabaih" ni dah mula bawak keluaq kata2 yang kurang enak didengaq. Tapi bagi aku, hangpa nak mengata ka, nak memuji ka, mengutuk ka, tolong dapatkan fakta2 yang betui dan tepat. Maka hendaknya janganlah ada iri hati antara kita.
Untuk Makluman (jawapan kepada komen "Anony mouse"), Honda Accord tu betui dah, tapi balik ngan bas dan di bayaq tambang tu meleset. Cerita naik bas ni memang terjadi, tapi pelakun dia orang lain bukan Shah Rukh Koden...Hahahaha..
Aku ni bukan nak defend sapa2, tapi bila mai masa yang kita ni sibuk teramat, maka dia jadi letih nak melayan komputer ni. Aku pun serupa lah camtu, mai boring je, dah jadi cam "BLOCK".
29hb March aku terbang ke Miri ngan memba aku. Kawan aku ni ex Liason Officer ngan Jabatan Ukoq (JUPEM), jadi dia konteklah kawan2 dia kat Miri utk take us round. 2 mlm kat Miri, 1 malam kat Kuching...28th April ni aku nak pi lagi dan stay sana 1 bulan, sampai 30 Mei.. Jumpa aku di BINTANG MALL..Miri...
Koden ada hantaq email untuk disebarkan...
Salam semua bro/sis of Darah59,
Rata2 selama ni kita amat terbuka dalam komen-mengkomen, sakat-menyakat serta usik-mengusik. Tahniah semua amat terbuka dan sporting bila kena n mengena.
Terpanggil aku untuk menulis dgn panjang lebar ni setelah aku baca komen2 yg tersiar d tajuk terkini pada blog Darah59. Nada yg sinis, nyakat n kutuk tu.., insyaALLAH aku ok saja. Tapi nampak gaya ada yg bernada serious melontarkan fitnah yg mengguris hati.
Aku nekad memilih tajuk ni semata2 utk meluruskan beberapa kenyataan yg terpesong. Kenyataan yg mempunyai tujuan tidak baik. Apa yg lebih menyedihkan kenyataan ni adalah FITNAH!!!
Adalah menjadi hak semua bro/sis Darah59 utk mencoret rasahati selagi ianya sehaluan dgn bincang2 n ukhwah Darah59. Maka adalah hak juga kepada bro/sis yg sekadar nak baca tapi memilih utk menyepi. Adalah hak bro/sis utk menampilkan nama bila membuat komen. Adalah hak juga jika kita memilih utk berselindung d belakang nama "ANONYMOUS". Hari ni aku menulis atas dasar "HAK AKU UTK MEMBELA DIRI" yg telah d FITNAH n dAIBKAN. Aku menulis kerana aku yakin yg mana2 hukum alam mau pun hukum tuhan pun tidak memberi hak kpd sesiapa sekalipun utk menfitnah sesama insan. Apa yg amat menyedihkan ialah rata2 semua wargaDarah59 ni aku dah anggap sebagai my bro/sis. N it's my bro/sis that shoot me in the back!
Atas dasar hak aku utk memajukan diri n memperbaiki taraf hidup keluarga, aku semakin sibuk lantas terkikis lah masa utk melayari/komit dgn blog Darah59. Adakah ini satu kesalahan? Anehnya, ramai lagi bro/sis yg sibuk n ambil "cuti" dari berinteraksi d Darah59 tapi tak dcemuh dan dfitnah macam yg aku kena.
Mungkin isu berkaitan ALUMRA yg memberi lesen utk aku d ganyah, which i think is ok n fair, But does it warrant for it to b push to the level of fitnah? Tu pun bila d lihat dari satu sudut. Tapi ada juga sudut yg memberikan hak utk menyimpan semua makluman ALUMRA strickly for me.
Utk makluman bro/sis sekalian, aku djemput utk menyertai kumpulan penggerak ALUMRA atas kapasiti "Zainuddin bin Idrus". Aku memilih utk memaklumkan kpd Darah59 atas dasar mutual respect. Tapi hari ini terbukti yg the respect is not mutual. So adalah hak aku utk revisit my intention n decide on my direction.
Aku amat terguris apabila aku baca komen 1 "anonymous" yg mengatakan tambang bas aku balik ke function Darah59 pun dbiayai. Sedangkan aku hanya balik 2X utk function d utara. Yg pertama aku balik dgn Dz manakala yg kedua aku balik dgn famili.Walau bagaimanapun, jika bro/sis ni ada bukti yg aku dbiayai, silalah buktikan sbb memang kita sama2 mempunyai hak utk membukti n dbukti demi kebenaran yg lantas akan menjaga maruah n harga diri.
Utk 2 org bro yg aku n Jit cadangkan namanya kpada ALUMRA, insyaALLAH akan aku langsaikan "hutang penjelasan" d forum yg lain.
Setiap individu berhak kpd banyak hal. Berhak bersuara n menyatakan pendapat. Berhak memajukan diri dlm apa bentuk sekali pun. Berhak berdiam diri. Berhak membela diri. Pemberi hutang berhak utk menuntut hutang. Berhak utk menghalalkan hutang yg tak mau dibayar. Berhak utk memaafkan.
Apa yg kita TIDAK BERHAK ialah berdendam n menfitnah. Apatah lagi sesama bro/sis. Atas kesedaran ini, aku bersuara n tak mau berdendam. Dan aku sedia memaafkan bro/sis yg fitnah aku. Tapi adalah lebih afdhal jika aku dpt bersalaman dgn org yg nak aku maafkan. Oleh itu, aku meminta bro/sis yg sedang berselindung d belakang title "Anonymous" utk contect aku at 012-3168555 so that we can put this episod behind us.
Aku kurang pasti tapi aku tau yg dosa fitnah ni memang lebih besar dari dosa berzina ke dosa membunuh tah. Apa2 pun, besar lah dosa tu n aku tak sanggup tengok bro/sis aku masuk kubur dgn dosa menfitnah aku.
PIkiaq2 la.
Wassallam.
KODEN
WASSALAM Semua
6 comments:
Ok anonymous..koden dah jawab dan beri penjelasan ngan panjang lebar..kami dok tunggu bukti dan fakta2 dari hg pulak..
cooooooooooollllllll,sudah sudah,tok sah dok pepanjang cerita...kira tamat saja
blogmaster pun pi pelepas mak andeh celoteh cerita lain pasal apa plakkkk? adehhhhhhhhhhh
aku pun dah malas nak update blog aku walau macam2 cerita ada di dunia sekarang..
patut laa komen aku tak masuk,,, komen koden potong trip, tadi tak ada pun komen koden... heheh,.. aku pun pelik bin hairan juga laa, aku pun hutang budi juga dengan kawan2 tapi,, kalau kawan tak betoi , aku pun tak boleh nak defend la kan,. betoi dak? makin lama makin merapu kawan aku ni,,
Sorry daa..aku punya fon tak leh nak delete tadi. Balik rumah je aku teruih pangkah.
salam semua....
Baru sekarang dapat menjenguk blog darah59 ni. bukak-bukak aja tu dia, macam-macam ada.. berkata kawan kepada kawan..mengata kawan juga pada kawan tapi rasanya tidak ler bertujuan menyakitkan hati, mungkin sekadar memeriahkan lagi suasana di blog darah59 ni. Tapi tu la..kadang tu ada yang terasa dan terkecil hati, sebenarnya mungkin juga kata-kata atau perbuatan itu tidak disengajakan kerana kita ni menganggap diri kita dan diri kawan2 adalah adik beradik, bergurau lebih kurang, bersenda bercakaran tanpa had kerana kita menganggap semuanya ini tak dilekatkan dihati dan sanubari, tetapi sebaliknya pulak terjadi...
Kita tgk disini Koden membalas kata dan tuduhan yang dilemparkan kepada dia, menafikan segala tuduhan dan tomahan yang ditulis dalam blog ditujukan khas itu kepadanya. Dia berani menjawab semua tuduhan, menafikan sekeras-kerasnya dan meminta bukti atas perbuatannya, jadi apa yang perlu kita fikir dan renung sejenak kepada suasana ini adalah tuduhan yang dilempar dan penjelasan yang dibuat.. Mengapa semua ini terjadi? Adakah kerana bergurau bersenda, adakah kerana Koden lama mendiamkan diri atau adakah kerana Koden cuba membawa ALUMRA didalam kehidupan keluarga Darah59 dan ISA. Sebenarnya tiada penjelasan kalau yang menyatakan sikap perubahan Koden(mungkin) bila dah menjadi orang yang berada. Kalau dia menjadi sombong dengan kedudukannya sekarang, apa salahnya kita menegur secara berhemah, tak menjatuhkan maruahnya kerana kita sebagai insan ni dikurniakan Allah satu sifat iaitu 'pelupa'. Dan yang pentingnya sekarang Koden telah membuat satu penjelasan atas 'teguran' tersebut...... Kita bangga punyai kawan yang berjaya didalam kerjaya masing-masing, antaranya Hasaza, Jit, Talib, Amin, ISA, Bad, Fazie, Darah59, Koden dan ramai lagi. Anak-anak kita juga terasa akan kebanggaan itu.. Demi kita, demi anak-anak demi kerjaya kita, biarlah kemeriahan di DARAH59 ini terus berkekalan sehingga tuan punya blog ini merasai blog ini sudah tidak perlu diteruskan lagi, barulah kita mencari altenatif lain pulak... salam dan sayang saya pada semua kawan-kawan disini.
Wassalam.
Post a Comment