Ha! Teruja sungguh dah TAL18 tentang trip ke S'wak ni, sampai H1N1 punya cerita pun dia dah keluarkan. Tapi untuk pengetahuan semua, trip tu kita plan bulan 12 ni. Lambat lagi. Mungkin masa tu dah keluaq wabak baru pulak. HaN2 pulak ka? Sapa tau kan. Cadangan mesti di realisasikan dulu. Pas tu kita tengoklah wabak apa yang kita nak kena lawan pulak.
Tadi TAL18 ada singgah breakfast ngan aku kat Gurun ni. Dia on the way ke Penang. Sambil sembang ada gak terkeluaq cerita kisah org mati sana dan sini dan memba yang dok sakit camtu camni. Memang begitulah cycle dia atau pun putaran hidup kita. Dah berumoq, mula lah peralatan karat sana sini dan tidak berfungsi ngan betul. Maintenance kena buat selalu.
Terpikiaq jugak apa kata kita pakat pikiaq kut2 boleh buat cam khariat kematian ke atau apa2 ke. Kecik2 lah. Cari gang dan kita buat satu grup. Sebulan RM20/= ke.. Bukan banyak mana pun. Dapat 10 orang pun dah kira RM200/= sebulan. Setahun mai dah RM2400/=. Boleh gak kita nak buat amal sikit sebanyak sana sini kan? Buat moreh ka bulan ramadan nanti. Buat kebajikan lah cerita nya. Amacam?
Sapa nak jaga tu semua? Ini lah soalan paling best dan yang akan terpacul dari mulut ramai. Sekiranya tak formal sangat, aku tak kisah handle benda ni. Tetapi kalau dah keahlian jadi ramai, kita ada kawan yang dah pencen dan memang handal dalam hal2 sebegini. Dia pun aku rasa tak kisah. Insyaallah. Buat amal. Amacam? Amacam?
Aku teringin sangat nak feedback dari hampa semua. Setuju ka, tak mau ka, tak percaya ka dan apa2 sajalah.
Mai kita undi kat sebelah tu..Kalau dapat sepuloh orang setuju je, aku jalan.. La nie dah ada 2. Pencadang dan penyokong. Aku ngan TAL18.
WASSALAM
12 comments:
Salam,
Rasanya loghat besaq lah manusia yg tak setuju dgn kerja2 'amal jariah. Tapi aku tak mau undi lagi sbb aku amat risau urusan perlaksanaan. Kata org " biaq pahat berbunyi masa rumah tak siap lagi. Kalau rumah dah siap, pahat dok bunyi lagi..., rumah tu ada hantu kot????"
Kalau kita confident boleh penuhi kritiria 1- menubuhkan persatuan/khariat, 2- besedia nak berimpun tiap2 tahun utk mesyuarat agung, 3- garis panduan pelaksanaan n kelayakkan penerima, 4- Kuasa membuat keputusan, 5- Menyimpan penyata akaun utk d audit n d bentang, 6- apa akan jadi dekat akaun n niat murni kita bila generasi kita dah pupus? (kena sedia blueprint utk ank2 kita teruskan niat kita).
Komposisi kita tak semudah komposisi masyarakat 1 kampung/taman. 7- dan mungkin ada lagi permasaalahan yg aku tak catat dsini.
Amal jariah ni tak semestinya dlm jumlah terkumpul yg besaq2. Kalau pakat2 sua2 senyap2 sendiri2 pun boleh jadi 1 jumlah yg besaq.
Yg lebih molek nya, masa tu lah kita dpt lihat keikhlasan sebenar diri kita berjariah sbb pemberian kita tu bak kata pepatah "tangan kanan memberi, tangan kiri dok korek taik hidung!" (haram tak sedaq partner dia dok buat jariah).
Tapi..., sekali lagi aku berharap supaya aku tak dsalah tafsir again. Aku tidak menolak niat murni ber'amal jariah tapi sakadar memandang jauh kehadapan liku, lurah, aloq n belukaq yg mungkin kita kena arungi utk merealisasikan niat murni ni.
Alhamdulillah dah ada pikiaq2 kearah jariah. Keep it up bros/sis!!!
Wassallam,
CIOW.
KODEN
WOW - Good feedback.
Apa maksud Saudara Koden sebenarnya yg bagi comment terlalu jauh?Kalau tak mau tak perlulah Saudara campur,Apa yg difikirkan oleh Saudara Koden membuat kawan2 yg lain menjadi takut sahaja.Ini sampai cerita tangan kiri,tangan kanan,apa cita?Cadangan DZ bukan sampai macam tu?Coba tanya Saudara Koden,sudah berapa banyak yg pernah dia derma sacara diam?Bapa Jit hari tu meninggal sekupang pun dia tak hulok pub
ITULA RESAM MANUSIA..YG BAIK DINAMPAKKAN NEGATIV.I DAH SOUND BUT STIL...MASA MADUD KAT JITRA..ADA A FEW OF OUR FRIEND VOICE UP THIS TOPIC..MACAM NILA TOK PENGHULU KITA ON JUGA..SETAKAT 10 AHLI GHASA DAH ADA..BENDA YG BAIK GO ON...TAK SALAH..KALAU ADA KAMATIAN,KENDURI DLL TAK PAYAH LA DOK MINTA SANA SINI...
YG TAK DOK TAKUT SANGAT TUUU..DOK DIAM..SAYA PERCAYA YG NAK JOINT TU MEREKA DAH BSEDIA..KALAU APA2 TJADI PUN DUIT ITU DAH HULURKAN SEBAGAI SSATU SEDEKAH JARIAH...
FAZIE.
Cool gang..koho koho..cadangan adalah open utk discussion. Tak perlu hentam menghentam. Biaq kita bincang secara sihat dan bersikap mature..
HAI DZ..NAMPAK MACAM KAWAN SEKAPAI U DONT V FULL TRUST ON U FOR THE NEW PROPOSAL ON KHAIRAT KEMATIANNNNN....
TAK APA I SETUJU....TAKAT SEBULAN DUA TIGA PULUH RM INSYAALAHHH...AMBIK CONTOH FR HAMSAN...EVERY MONTH FAMILY DIA KUTIP SORANG 200RM ADAYG TAK SETUJU SO KATA HAMSAN KUTIP KAT YG SETUJU AJA...NOW DIA ORG DAH DPT BELI SEBUAH RUMAH KEDAI KAT PJ2...N THEY ARE RENTING IT AT GOOD PRICE!!!!!
FAZIE.
SOMETHING GOOD PROCEED CEPATTTTT.
HAI DZ..NAMPAK MACAM KAWAN SEKAPAI U DONT V FULL TRUST ON U FOR THE NEW PROPOSAL ON KHAIRAT KEMATIANNNNN....
TAK APA I SETUJU....TAKAT SEBULAN DUA TIGA PULUH RM INSYAALAHHH...AMBIK CONTOH FR HAMSAN...EVERY MONTH FAMILY DIA KUTIP SORANG 200RM ADAYG TAK SETUJU SO KATA HAMSAN KUTIP KAT YG SETUJU AJA...NOW DIA ORG DAH DPT BELI SEBUAH RUMAH KEDAI KAT PJ2...N THEY ARE RENTING IT AT GOOD PRICE!!!!!
FAZIE.
SOMETHING GOOD PROCEED CEPATTTTT.
contoh pada Hamsan... kutip pada yang setuju aja.. yang tak setuju boleh derma (Huluq) cara diam2 kiranya perlu.
Sebenarnya kedua2nya baik, jadi bila dah baik tu tak perlu bertegang sampai mcm ni...
Satu lagi comment dari saudara/saudari anonymous berkaitan koden tak huluq derma atas kematian Ayahda Jit, tempohari..kita tak tau dia huluq ka dak sebab tangan kanan memberi tangan kiri pun tak tau (Asyik dok korek hidung)hanya dia yang tau dan Jit pun takkan cerita pada kita.... betoi dak..
Tak payah ler dok gaduh lah.....
mazlee..
p/s. Madud mana hang punya comment?
Salam semua'
Bro/sis anonymous brapa yg hang bagi derma untuk kematian ayahanda jit..RM 10.000.00 ke..awat hg tak tulis dlm blog ni..bagi tau..boleh lah kami puji hang..
Salam,
Sabaq Attaturk sabaq. Masing2 dgn nawaitu masing2 dlm buat jariah. Tok sah dok panjang2 benda tak elok bila ada niat yg murni. Aku sanjung tujuan Dz n Tal18 tapi aku sekadar nak memaparkan kemungkinan jangka panjang.
Hak utk menolak wawasan/risau yg aku utarakan terletak kat individu. Aku tak perlu bela diri sbb walaupun kualiti menulis aku lemah tapi message aku clear. Kalau ada yg tak faham sepatutnya tanya. Kalau ada pendapat sepatutnya utarakan.
Anyway, Lee n Attaturk.., TQ so much utk "mengawal keadaan". Hehehe. Tapi kita patut terus alu-alukan pendapat yg dah mula mengalir.
Pikiaq n bertindak utk menjayakan cadangan dgn efektif, berterusan n berwawasan. Jgn tengok selangkah d depan saja. Kena tengok berbatu2 kehadapan, baru insyaALLAH selamat.
Wassallam,
CIOW.
KODEN.
assaa laamualaikom.
bis millah hirroh mannirrohhim.
dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
benda baik2 ni kena mula dengan elok, betoi dak?
Nampaknya nama saya di sebut, dua kali! Pertama Fazie, sebut pasai masa saya di Jitra, kedua, Mazlee minta pendapat saya. Terima kasih kepada kedua2nya. Persoalan masa saya di jitra, perbualan berkisar hal ehwal bab lain, ia itu berkenaan pelaburan/perkongsian. Lari tajuk dari hal tajuk masakini ia itu Khairat kematian/amal jariah. Baik. Settle isu Fazie sebut masa Madud di Jitra. :)
Untuk Brader Mazlee. NI baru aku buka blog ni dan baru nak baca, nampak nya hangpa lagi awai dari aku masuk komen, heheheehee.
Walau pun aku rajin korek hidung, tapi bab nak amal jariah ni, aku kena tengok dlm poket aku dulu laa. hahaha. jgn marer(lecey knorr? kalau ada "E-tanda" kan sedap skit baca marer tu)
Jadi isu utama kali ni ialah amal jariah. Satu usaha murni yang ikhlas sahaja. Kalau buat usaha pelaburan/perkongsian memang wajib ada pendaftaran secara rasmi seperti yang Khoden sebut. Tapi bagi pendapat saya dalam usaha2 amal jariah ni, kita boleh la buat secara tak berapa rasmi.
Kita pilih sahaja beberapa kerat kawan2 yang kita fikir 1. waras. 2. amanah. 3. rajin. Rasa2nya 3 ciri2 tersebut cukup buat masa ini.
Dalam soal kematian, kadang2 kena perlu perjalanan yang jauh ketika nak menghantar uang, maka kena laa bagi sikit duit belanja minyak kereta. kalau depa tak mau ambik pun lagi bagus bagi mereka, dan duit pun tak cepat kurang, hehehe.
Kawan2 tokok tambah laa lagi pada saranan saya yang tak seberapa ini.
sekian terima kasih.
PS, tak baik laa dok jolok2 kuat2 sangat.Kesian kawan kita tu.
Salam alaikom sekali lagi.
Sambil dok dudok, terlintas di fikiran idea2.
Pertama: Tak perlu letak jumlah tertentu untuk, sekadar termampu bagi setiap individu.
Kedua : Kita di zaman IT, kita dah boleh berinteraksi di alam siber, jadi tak perlu nak jalan jauh nak meeting.
Kawan2 kena mula ada email sendiri masing2, supaya setiap undi atau pendapat di kenal pasti benar2 dan tidak terjadi overlapping mengundi. Paling mudah, kawan2 daftar sahaja dengan google. G-mail.
Idea ketiga dah lupa dah, lain kali saja.
Post a Comment