Sunday, June 21, 2009

KUCING...

Salam...

Kemarin aku balik ke Penang. Lepas kerja lah..terkezut aku bila sampai kat Jambatan, Penang dah hilang dari pandangan..Adusss...Sampai ke middle span pun masih belum kelihatan. Pas mid span tu barulah nampak bayang2 dia dan seterusnya. Jerebu lah kawan. Teruk, nampak gayanya.

Aku dah siap beli ayam organik "RADIX" sebab anak aku dah pesan. Balik rumah, relax jap pastu keluaq dinner. Pas dinner saja2 lalu kat New World Park. Poohh..siap ada Festival pancaragam sekolah untuk Jazz section ngan Battle of The Drum.. Cool gila..

La nie dah ada kat Gurun balik dah.. Tengok respon Gang tentang trip ke Sarawak amat amat memberansangkan. Sekali ni tak yah nak ajak2 cara formal. Kalau nak pi sekali, hoit2 lah kawan2. Kut2 tang rasa nak pi ngan kapai terbang lain pun ikut je lah. Jumpa di Kucing saja lah..

Osmat pun dah dok mula pasang Network. Best betui Mat ni. Make sure kita bagi respon yang lebih lagi kalau depa nak mai sini nanti..Kan? Harap2 dia dapat kontek gang yang dia sebut tu dan trip ni menjadi satu realiti..bukan fantasi...

Mungkin dalam seminggu dua ni kita kompom kan tarikh dan hopefully Osmat pun boleh sediakan sedikit program utk kita, kira jalan lah..betui dak?

Kuching, is thought to derive from the Malay word kucing, meaningcat. Many of the locals refer to Kuching as the "Cat City" but it more likely comes from the Chinese word for port ("cochin") coupled with the Malay name mata kucing (cat's-eye) for the longan fruit, a popular trade item.

The capital city, Kuching, gets its name from a small river that no longer visible which once rose from the hill called Mata Kuching where trees known as mata kuching (not mata pusa) were found and its fruits said to resemble mata kuching (cat�s eyes)

Dua pendapat berbeza...Hhhhmmmm

WASSALAM

6 comments:

TAL18 said...

Mohon maaf sebesar2nya tetntang trip ke Serawak,harus kena pending dulu,pasai disana dah ada HINI,Aku pun seriyau nak pi,kita pikiak2 dululah pasai ke Kucing ini.

TAL18 said...

Sarawak catat kes pertama

MIRI 22 Jun - Seorang pelajar berusia 23 tahun dari Universiti Swinburne di kampus Kuching menjadi mangsa pertama disahkan menghidap penyakit influenza A (H1N1) di Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan di sini malam ini.

Katanya, pelajar itu dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Besar Sarawak (SGH) di Kuching sejak semalam apabila menghidap demam selepas kembali dari Melbourne, Australia, Jumaat lepas.

Dr. Chan berkata, seramai 21 penumpang berada dalam penerbangan MH2504 dari Kuala Lumpur ke Kuching, penerbangan sambungan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Melbourne dengan menaiki pesawat MH128. - BERNAMA

KODEN said...

Salam,

Betoi sangat2 Mr Talib. Aku pun buka blog pagi ni nak minta kwn2 pikiaq utk tangguh tarikh p ke Srwak. InsyaALLAH trip ni kita akan buat juga. Mungkin bila H1N1 ni reda.
Malam esok aku cadang nak p tengok wayang dgn anak2 tapi terpaksa batalkan tujuan ni walaupun tiket dah d book terebih awal dulu. Kena avoid tempat2 public yg air-con n enclosed.
Kita kena pikiaq keselamatan dulu. Kamdian baru boleh pikiaq hal2 sampingan.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

bukan ustat said...

H1N1 ni maca bawa kereta laah. Kalau dia nak eksiden, buat macam mana pun, tetap dah kena eksiden. Dah termaktub di dlm loh mahfuzz. H1N1 pun sama lah. jgn mara

KODEN said...

Salam,

"bukan ustat" tafsir termaktub di dlm loh mahfuzz gitu ka??? Kalau gitulah loh mahfuzz harus ditafsir, maka telah termaktublah di dlm loh mahfuzz yg "bukan ustat" ini adalah seorang yg tiada upaya ikhtiar dan malas menukar nasib halatuju diri.
Kalau dah nak eksiden, buat macam mana pun tetap eksiden juga?!?!?? Wow celaru betoi ni. Tak kan tak cuba elak langsung kot? Tak kan tak brek kot? "bukan ustat" patut bersyukur banyak2 sebab tanpa ikhtiar menekan brek n iktiar mengelak selama yg dok memandu ni, "bukan ustat" masih sihat wal affiat.
Kena pikiaq lain kot tafsiran termaktub tu?

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

non ustad said...

laa. dah tentu dok elak, dok tekan brek dan macam2 usaha dah, tapi kalau nak kena tu, kena juga.