Salam....
BB50 - Telah sudah aku mengambil kira pendapat kawan2 melalui SMS dan juga perjumpaan yang diadakan di Country Heights, Jenan, petang tadi.
SMS yang aku hantar kepada 5 kawan bertanyakan waktu untuk diadakan majlis berkesudahan dengan 4 menyokong agar diadakan disiang hari. 2 diantaranya cadang agar diadakan petang hingga malam. Jadi dari sini aku terimalah siang hari sebagai waktu majlis. 5 SMS tu adalah kepada Koden, Sharehah, Mazlee, Kamal dan Talib.
Seterusnya aku bercadang untuk brainstorm ngan gang dari Jitra pulak untuk mendapatkan pendapat mereka tentang BB50. Bertempat di Country Heights, Jenan, aku dan Talib berjaya memanggil Hamsan, Non Jalil, Mat Lazim dan Azizan Hussin. Azizan ni adalah sahabat kita yang dari aliran Melayu masa kat SMJ dulu. Aku yang suruh TAL18 kontek agar kita dapat menyatukan sahabat2 dari SMJ yang berlainan aliran yang sehingga sekarang masih ada gap. Aku nak hapuskan gap itu dan memeriahkan lagi BB50 ini.
Terkezut jugak aku dengan mindset depa ni..Kami bersetuju untuk mengadakannya disebelah petang dan berlanjutan hingga ke malam. Beginilah lebih kurang aturcara untuk hari itu..
TARIKH : 06HB JUN 2009 (SABTU)
TEMPAT: MERDEKA BEACH RESORT, PANTAI MERDEKA.
JAM : 3 petang.
Hadirin mendaftar dan minum petang.
4 petang.
Aktiviti ringan dijalankan (akan di jelaskan dengan terperinci nanti)
7 petang.
Rehat dan Solat Maghrib.
8 mlm
Jamuan makan Malam(BBQ) bermula serta acara2 yang telah dirancang untuk
memeriahkan majlis ini.
10 mlm
Acara memotong kek menyambut BB50. Acara diteruskan.
Juga diputuskan dalam perbincangan ini ialah, yuran yang dikenakan adalah RM60/= seorang untuk yang dewasa dan RM30/= untuk anak2. 12 tahun kebawah adalah percuma.
Yuran ini adalah untuk minum petang berserta makanan ringan, makan malam(BBQ), aktiviti dan hiburan. Yuran ini TIDAK TERMASUK penginapan. Penginapan adalah bebas. Harga untuk penginapan adalah seperti tertera didalam posting yang terdahulu dalam blog. Atau hampa semua boleh melayari Merdeka Beach Resort website untuk membat booking. Tetapi harga yang didalam website sedikit tinggi dari harga yang di offerkan kepada aku semasa aku dan TAL18 pergi ke MBR untuk membincangkan majlis ini. Aku pun tak keberatan untuk buat booking untuk sesiapa yang ingin bermalam sekiranya ada permintaan.
Yuran hendaklah dimasukkan sebelum 20hb Mei 2009. Akaun no tertera dibawah. Untuk melancarkan lagi, sila telefon pemegang akaun setelah memasukkan wang.
Mazlee Ahmad : 157112134710 MAYBANK (0124231661)
Mudtalib Ismail : 07230003951520 CIMB (0195528966)
Sekiranya perlu keterangan lanjut sila telefon aku..0162180574 atau emai dzamriabdulrahman@gmail.com
Aku harap dengan penjelasan ini maka terhapus sudahlah keraguan dan ketidak tentuan tentang majlis yang keramat ini.
WASSALAM
7 comments:
ALHAMDULILLAH..
SEMUA DAH SELAMAT N SELESAI..dZ PUN DAH JALANKAN TUGAS DGN BAIK SEKALI.ANGGAPLA KEJADIAN YG SEBELUM INI HANYA KEROSAKKAN TEKNIKAL KEYY!!!!
CUMA SALAH FAHAMMMM KUDA TUAAA!!!
I M REALLY HAPPY FOR THIS..DZ NGAN FAZIE PUN DAH O/O..WE R REALLY BRO N SIS..LOV U ALWAYS.
FAZIE
tringin nk p dgn ank2 tpi i just cant afford it.klu p bajet lari.xpala lain kali ajela klu ada rezeki.kesian kat ank2 tu lama x bwa p jalan2.
Alhamdulillah,segala kekeliruan telah selesai,la kita tumpu ke BB50,untuk menjayakannya.
Love all played...
Sallam semua,
Akan mulakan sms untuk kawan2 kita besok
Salam,
Dah kompom tempat, tarikh, time n yg penting sekali...., fulus nya, aku akan mula contec kwn2 MCA bila aku balik dari A/S nanti.
InsyaALLAH hari Selasa aku sampai A/S +-10.30am. Padat sampai 4-5ptg kot. Depa boh aku tang hotel mana tak tau. Lepaih tu free sampai 9am Rabu pulak aku ada hal d Kangaq. 6pm., aku berangkat balik KL.
Kalau dapat jumpa sapa2 yg ada kelapangan, syok jugak.
Baguih la, semua dah dok pikiaq nak jayakan BB50 saja ni.
Wassallam.
CIOW.
KODEN
Anonymous kat atas yg nak bawa anak2 can contact no ni 012-5652790..ada caranya.
Post a Comment