Sunday, April 26, 2009

KONPOM JGN TAK KONPOM

Salam...

Sure heboh...Semua dah di canangkan dan sedia untuk dimulakan. Di harap kawan2 yang selalu menjengok blog war warkan pada yang tak tengok blog. Kita nak agar BB50 ni menjadi sehebat Jom Heboh..hahahaha..apa kata..?

Aku lupa nak canangkan bahawasnya Tema untuk malam itu adalah "BEACHWEAR". Apabila ku kata beachwear, hampa jangan pulak dok expect nak pakai bikini 1 pc atau 2 pc. Hahahaha. Cuma kita nak bersantai masa BBQ dinner tu. Pakailah apa yang kita pakai bila kita pergi ke pantai. Tak yah dok berbaju batik dan seluaq pentelon lah. Itu yang jantan..Hok tino ni, mu pakai lah relax relax sikit. Reason dia sebab aku nak buat games dan sebagainya. Kita kan nak sambut B'day. Tapi tiada halangan pun kalau hampa nak "Dress to Kill". No problemo.

Di sini aku nak sarankan juga yang sekiranya..sekiranya hampa rasa nak lebihkan yuran tu, aku dan gang2 yg dok jalankan majlis ini dengan tangan terbuka akan menerima. Mungkin di suatu masa nanti kita boleh buat amal jariah sikit dengan kutipan2 kita tu.

Tak lupa juga, sekiranya ada sesiapa yang rasa nak bagi sumbangan berupa hadiah atau sebagainya, sebab kita bercadang jugak nak buat cabutan bertuah ke? Ini pun kalau ada kawan2 yang sanggup sponsor hadiah apa2 ka.. Setakat 3 hadiah tu kita dah dapat. Kalau nak bagi lebih, alhamdulillah..Kalu tidak..setakat tu je lah. Kalau ada yang nak bagi kereta ka motor ka sebagai hadiah pun aku terima.

Nampak gaya, perbalahan yang terjadi pun dah selesai dan kedudukan sekarang ni dah 0-0. Jadi jangan lupalah untuk cepat2 confirm kan kehadiran dan buat pembayaran agar kami dapat melancarkan lagi persiapan BB50 ini.

WASSALAM...

No comments: