Wednesday, April 9, 2008

GANU to PENANG...

Aku pun jalan lah masuk ke dalam airport...Alhamdulillah...Sejuk. La nie Ganu panas. Tengah malam kul 3/4 pagi baru nak hujan. So just imagine how panas it is. Bila dok kat site lagi lah panas. Site aku tu, kalau hampa biasa lalu kut Paka, nampak chimney ka, nozzle ka yang dok keluar api tu, situlah tempatnya. Panas gak kat situ. Just imagine, walaupun hujan masih tak padam api tu.

Ok lah, dah melalut aku ni. Bila aku masuk dalam airport aku tengok jam, baru pukul 1:15. Lambat lagi nak bertolak. Dok relax kat cafe dia dan order nescafe, baca paper. About 1:40 aku pi check in. Tambang yang aku dapat ni actually RM9.99. Pi balik comes to RM112. Murah kan? Ha...tu yang buat aku ambik tu. Anyway kapal terbang dia kecik je. Fokker. Pakai kipas. Hari tu kat dalam departure hall tu ramai, sebab kena dengan cuti Maulidur Rasul jadi ramai lah rakyat yang belah balik. Student pun ramai gak.

Seperti biasa lah bila low cost carrier ni, kena jalan kaki lah pi naik kapal. Mujoq lah tak jauh. Masuk je, tengok wah...ramai betul.Pack lah. Ni yang aku tak berapa syok ni. Tempat duduk dia kecik. Aku ni besau. Tengok pulak aku kena kat tepi tingkap. Ada la tangachi duk kat sebelah aku, tapi ni jenis western punya tangachi lah. Student kut. Nak masuk dalm punya lah susah, last aku offer dia masuk dalam dan aku dok kat aisle lah. Aku suka kat situ sebab boleh tengok stewardess ...hehehehe...BAPA SUKA...Oleh kerana kecik kapal tu, tiap kali dia lalu dia mesti senerih, orang kata...hahahaha.

Yang bestnya kan, stewardess yang dok cakap tu orang panggil apa ha? Ketua pramugari lah kut. Dia ni berbangsa Cina, mata sepet la cikit, tapi cantik... Bila dia bercakap melayu, sedap, betui pronunciation dia. Tapi bila dia cakap omputih, alahai, aku macam nak suruh dia berhenti cakap je. Ni semua masa dok cerita camana nak pakai tali pinggang apa semua tu lah. Gah cekap lah pasai benda ni kut. Dia cakap omputih bunyi Cina habisss....

Takpa pi lah...Flight tu adalah lebih kurang sejam. Dekat nak sampai Penang, mamat yang bawa plane ni dah masuk dalam awan...Bergegar gegar kapal tu..Alahai..tak best betuilah feeling dia..Pasai kita dok tempat tinggi. Keluaq dari awan tu aku pun lega, dah dia masuk pulak. Gegaq lagi..Sekali ni lama gegaran dia...lepas tu siap masuk air pocket. Terjerit makcik kat dalam tu. Aku pun terkantoi sat.Panik jugak. Tapi orang tak berapa nampak lah panik aku sebab aku pakai kacamata gelap..hahahaa..ni supaya boleh tengok stewardess golek...hahaha joking lah. Aku nak tidoq sebenaqnya.

Bila dia touch down, aku lega sungguh. Jalan kaki lagi kat Bayan Lepas, naik tangga turun tangga. Tunggu bag keluaq, aku capai, terus keluaq, sebab aku dah terbau bau nasi kandaq Tajuddin Hussin kat Penang street. Keluaq tengok, kereta dah tunggu aku...Salam dan dia cium tangan aku......

1 comment:

Anonymous said...

Assallamualaikum,

Haaa, lama sungguh aku tak jampuk. Aku sibuk kais pagi makan pagi, kais ptg mkn sampai malam la. Bila balik nak ngadap kmputer, Mrs aku pula dok guna line. Dia pun sibuk. cerita pi la sikit no...
Mrs aku ni tengah sibuk program nak jadi Guru Besaq. Cukup la takat tu cerita rmhtangga.

Balik ke crita hang naik k/terbang,
Hang tu memang cayaq kalau dgn amoi. So tok sah dok crita hal lain la. Yg aci tadi tu teruih keluaq dari plot crita bila bila chief pramugari lenggok p mai p mai. Tapi takpa la asalkan bahagia.
OK cukup la dulu buat kali ni.

CIOW

Wassallam.

KODEN