Monday, April 21, 2008

PENANG

Adooohh... Sakitnya Koden mengata kat aku. Yang sakit tu pasai betui...Hahahha. Lama sungguh dia tak menjampok. Walaupung gitu, kami ada jugak kontek mengontek thru fon. Latest sekali kemarin lah, bila dia call sebab aku tegor dia tinggai kawan kat KL...Hahahaa..Klu dia baca ni dia mesti dok gelak dan maki aku. Anyway, tak kisah lah. He got his reason for doing that.

Aku ni tergedik sangat balik Penang hari tu pasai dengaq habaq orang Melayu nak buat perhimpunan semasa menyambut Maulidur Rasul. Jadi teringin sangat lah aku nak tengok apa nak jadi.

Lepas sampai Penang saja hari tu aku terus ajak nyonya aku pi makan nasi kandaq la, apa lagi. Kedai Tajuddin Hussin kat Penang Street. Sedap gila. Kari dia boleh hirup. Aku lahap betuilah, sebab lama sangat aku tak rasa. Dah lebih dari dua bulang. Aku atoq kedai, lepas makang nasi pi minum kopi O kat padang kota, kedai KIM. Best kopi O in town. Kedai Cina lah. Mungkin ada gang yang tak suka masuk. Aku punya formula kat sini senang je. Nak kopi best, kedai Cina. Nak teh best kedai mamak. Inilah Penang. Starbuck pun kalah. Siap dok tepi pantai lagi.

Malam sikit pi kena nasi kandaq misai. Hampa nak tau kat mana? Sebelah Chowrasta Market. Dia start berniaga kul 5 ptg camtulah. Lauk dia panas2 lagi. Dulu Tamil Street tu banyak nasi kandaq, tapi yang survive lanie Misai satu saja. Kari ikang dia...pooohh.. Amma! Kami panggil kedai Misai sebab yang dok boh nasi tu, misai dia bertaring...

Keesokkan hari tu, pi breakfast kat Dickens Street. Sebelah balai polis Penang Road. La nie kira dibelakang Maidin lah. Kedai Cina. Tapi dia punya customer 80% Melayu.Char Koay Teow dia, haiya...sedap gila. Kena ngan kopi o ais, makes my day.Customer dia banyak in uniform lah, sebab sebelah Balai Polis.

Waduh..Lepas makan aku nanti relax kat situ sat baca paper, sambil enjoy kopi o ais dia. Pastu jalan jalang kat Maidin, beli shaver murah, cd murah, dvd kosong murah...

Masa tu pun dah dekat kul 12 t/hari. Takkan nak makan nasi lagi, masih kenyang. Ronda jelah kat2 situ. Gi Chowrasta Market beli buah pala, bawa balik utk neighbour aku kat Paka dan juga untuk staff kat plant yang aku buat kerja tu.

Pok pet pok pet dah dekat kul 2 lebih. Yang aku dimaklumkan, perhimpunan tu start lepas asar. Aku pun ronda lah kat meeting point dia Mesjid Kapitan Keling. Alangkah terkezutnya aku bila Polis anti rusuhan sampai dulu daripada aku!!!!

Bila aku ambik gambaq depa, depa terkezutlah sikit.

Bersambung......

3 comments:

Anonymous said...

Assallamualaikum,

Hang silap!!! Aku tak marah infact aku tegelak dgn crita hang. Dunia hang ni mcm tak dak benda lain langsung.
1- Amoi
2- Makan
Cuba la cari lain2 kegemaran yg lebih berfaedah. Macam.....
1- Bela kambing ka
2- Kutip besi buruk juai kati ka

Haaa.... cuba hang pikiaq tengok, baguih dak cadangan aku ni?

Dah la, aku tak larat. Minggu ni aku kerja pun banyak n stress pun menggunung juga. Tidoq pun tak berapa "kaw" la.

Oh ya, tadi asker cal aku ckp dia akan available bila hang balik for us to meet up for a teh tarik n a round of bowling. McE n Ceng pun dah ON. Aku harap ada la gang lain yg baca n jealous n nak join. Baguih juga if it works that way kan?

Orait nak keluaq ronda2 n kena teh tarik dgn Mrs aku @ Major aku.

CIOW

Wassallam.

KODEN

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Webcam, I hope you enjoy. The address is http://webcam-brasil.blogspot.com. A hug.

Anonymous said...

Assalamulaikum,

Saya setuju dengan apa koden kata, tak dak ingat benda lain, pasai makan saja, tapi bila makanan yang di sebut semua sedap2 belaka, menitik air liok jugak. Saya pun dah lama tak menjampok, tapi dok buka juga blog tapi nampak senyap saja. Orang yang suka tulih pun tak rajin tambah lagi yang penyegan lagi tak menjampok. Bila turun KL habaq la sama boleh la kita pekena teh tarik tang mana2, lama tak dengaq suara koden gelak.

Wassalam

Hasaza