Saturday, March 22, 2008

ASSALAMUALAIKUM

Anonymous said...

Salam Dz n friends, amacam Dz? Kwn hang Datuk Jo terlekat lagi jadi menteri? Hebat btui dia...

McE

Ain said...

Assalamualaikum
Sunyi je…hehe..sebenarnya I nak jemput u all semua datang ke DBP Sabtu ni ada majlis diskusi, kalau free datang le ke Dewan Bahasa (ajak le sapa pun takpe), bukan ada apa acara santai, datang minum pagi dlm kul 9.00 then dok dengar diskusi dan berkongsi pengalaman dgn 2 orang bloggers . . Sudilah kiranya tuan/puan meluangkan masa untuk bersama-sama kami di majlis ini. Maklumat majlis
Dengan segala hormatnya mengundang
........................................................................
ke
Majlis Diskusi
PENULIS DAN BLOG: TREND MASA KINI
Pada
22 Mac 2008 (Sabtu)
Masa
9.00 pagi hingga 12tgh hari
Tempat
Dewan Seminar, Tingkat 2,
Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka


Halo gang...

Aku nak minta maaflah sebab lama sangat aku rasa tak menulis apa apa pung dalam blog ni. Reason dia aku terlalu amatlah sibuk. Kerja kerja dekat Optimal ni masih belum siap sepenohnya dan hari penyerahan dah semakin dekat. Itu lah masaalahnya la nie.

Aku baru balik dari Penang hari ni, selepas dah dekat 3 bulan tak jengok Penang. daripada kerajaan BN sampai terlepas dapat kat DAP barulah aku balik jengok. Semuanya masih sama lagi, nasik kandaq tak berubah rasa.

Cuma aku notis pemimpin Melayu di Penang ni macam dok gusar tak tentu arah sebab selama ni depa tak pernah dok dalam situasi camni. Selama ni depa selalu berkuasa tapi la nie dak lagi. Depa dah ambik alih PKR punya perngai yang selalu buat protes dijalanan.

Aku rasa aku nak jemput lah sesiapa antara kita yang boleh bercerita, maka boleh juga masukkan cerita cerita apa2 oung dalam blog ni. Buat permulaan aku rasa aku nak jemput Koden dulu, pas tu sesiapa yang rasa boleh contribute bagi tau lah kat aku,jadi kita sama2 keep this alive and well.

Hari tu dengaq habaq dok rioh kata nak buat game bowling ka apa ka, tapi ni dah senyap je. Apa dah jadi. Aku harap perjumpaan kita di Jitra bulan 7 ni akan berjalan lancar. Mc'E' yang sepatutnya cari no telefon Mr Inon pun belum kontek apa2 lagi bagi tau aku. Aku tau benda ni kecik dan tak important tapi, aku rasa dia sangat pentiing untuk kita semua nanti.

Aku akan follow up tentang gathering kita kat Jitra, sebab la nie dah nak masuk bulan 4 dah. Kerajaan Kedah pun dah bertukaq dah, mungkin kita perlu buat perubahan dalam kita punya gathering tu, maksud aku mungkin nak kena pakai baju melayu ka, ketayap ka atau puradh ka...hahahaha.

Aku melawak saja , hampa jangan lah marah. Yang sebenaqnya aku pun suka jugak dengaq pasai kerajaan baru ni. Yang terbaru depa bagi tiket bola free pada 24/3/08 ni antara Perak lawan Kedah. Best tu kan, kan, kan...

Aku letih lah hari ni sebab aku naik firefly dari Penang kul 12t/hari. Berhenti kat Kuantan sat, 15min. Pastu sambung ke K.T'ganu. Sampai Ganu aku ambik teksi dari Airport pi ke Stn Bas. naik bas express balik ke Paka. Bas yang sepatutnya ada air con tiba2 tak dak air con. Bayangkanlah..Aduh...Melekit lekit lah.

Hari tu Rosli Bakaq kata nya report for duty kat Subang Jaya, aku siap offer dok kat rumah aku. Tup tup lepas dua hari dia belah balik lumut sebab dia kata kerja tu tak sesuai ngan dia. haru jugak mamat ni sekoq. Tapi all the best to him lah.

Hampa tengoklah sat, sampai jemputan Ain pun aku tak sempat nak boh utk hampa semua.

Oklah gang hope to hear from u all soon... Aku chow dulu.

No comments: