Wednesday, December 24, 2008

ASSALAMUALAIKUM

Salam semua...

Lama sungguh aku tak kerunaih benda allah ni sebab aku sibuk gila lah. Dan lagi aku punya broadband ni masaalah cikit. Hope everything will turn out fine now.

Last week aku balik dari KL ngan bapak aku dan anak saudara aku sorang. The drive was good. Jalan lengang dan tak banyak kerenah. Volume kereta kat jalan pun so so saja. Bertolak 4 lebih dan sampai Aloq Staq about 9:30pm. Hujan lebat gila bila sampai kat Juru dan it drag until Sg Petani..

After almost 50 years of age, I realize that I don't really know how to interact with my dad. Well anyway, dia pun jenih tak cakap banyak. Kami manage sembang sat sampai ke Slim River kut, pas tu was quiet all the way lah, except bunyi radio...Has got to do something about this... Communication ngan mak is easier rasa aku, pada aku lah... Hangpa ada rasa camtu dak? Atau aku sorang je camtu? Kasi lah feedback sikit.

Esok Krismas..Ada ke kawang2 kita yang celebrate? Mungkin yang Chinese tu banyak yang ada "English" name tu akan celebrate kut..Merry Christmas lah...



Hari tu aku sempat gak pi tengok Jazz Festival kat Penang. Hari Sabtu. Manage to catch a few acts. On the whole untuk malam tu aku rasa Adibah Noor lah yang aku paling suka..performance dia I mean. Lantang dan full of energy. Musician dia pun semuanya local dan muda2 belaka. Bila habis show, MC cakap sesiapa nak ambik autograph boleh jumpa Adibah kat one of the booths, maka ramailah yang terpa pi dan tinggalkan tempat duduk depa. Masa tu lah aku cari tempat yang best sikit. Apa nak buat festival camni bukan ada kerusi yang teratoq, dok atas rumput. Lepak gitu gitu je lah... Umoq dah masuk 50 ni, dok lama sikit je kira nak kebas sana sini. Jenoh dok belunjoq nak bagi hilang kebas.

Aku teruja bila aku dah duduk sat, 2 orang Mat Salleh, in their 20's kut, terkinja kinja mai dok belakang aku sebab member depa pun ada kt situ, dan tergedik2 serta dengan bangga nya dok cerita dia dapat jumpa Adibah dan dapat autograph dia serta dok cerita dapat salam dan cakap ngan Adibah.. Kira oklah tu kalau Mat Salleh boleh dok puji melayu...

Ada jugak band dari Hungary, nama Djabe, dia intro lagu dia semua dalam bahasa Melayu dan campoq2 lah ngan english yang broken gak. Steve Hackett, lead guitarist GENESIS dulu, main ngan depa ni gak.. Individual play depa dahsyat. Skill depa ama...

APU
APU..Asean Percussion Unit, band dari Malaysia...ramai depa ni, dan meriah sungguh kat stage. KUDOS to them...tapi aku tak tunggu sampai habis cos depa ni last band dan aku risau jam, jadi aku belah awai lah.

Tuesday, December 16, 2008

TIP


Salam semua....

Minyak turun lagi sekupang hari ni. Macam dia tau tau, aku nak ke Gurun hari ni dari KL, so minyak pun diturunkan harga. Alhamdulillah....Minyak naik, harga barang naik...minyak turun, harga barang maintain kat situ gak...Betui ke? Aku ni tak pernah pi market. Asyik makang kat luar je..Tak tau lah nak kata lebih lanjut.

Kawan aku sorang ni sepatutnya dia kena email sesuatu kat aku, bila aku tanya, dia kata dah email. Aku tengok tak dak. Di sini aku cuma nak bagi tip je..Kalau tak pasti samaada dah hantaq ke belum, klik aje kat "sent" atau "dihantar"(utk yg pakai Yahoo Malaysia), dan kita dapat tengok samada benda allah tu dah hantar ke belum..Senang aje kan? Kalau banyak sangat yang dah hantar, dalam search tu masukkan nama recipient dan dia akan keluar semua message yang dihantar kepada nama itu..Comprendo!

Itulah sahaja tip untuk hari ini...Sehingga berjumpa lagi.....

WASSALAM

Monday, December 15, 2008

BOWL

Salam...

Oleh kerana terlalu hangat nya sembang pasai boling dan ada yang tak puas hati pasai kalah dan ada jugak yang nak sangat resultnya...maka aku terpaksa boh lah disini...Aku boh sejibik camana aku dapat dari Madud....

Flamingo Final Score:
Mc E = 141,113,109
Wirdanim= 112, 131, 102
Amira = 74, 74, 54

Koden = 92, 114, 103
Mus = 109, 111, 97
Ina = 55, 73, 89

Kiena = 131, 100, 145
Madud = 122, 158, 139

1st Madud 2nd Kiena 3rd Mc E, Wirda & Mus. Last Koden, Amira & Ina.

Itu adalah keputusan mutakhir yang aku terima melalui sMS semalam.

Ada yang jadi camni tak?





Aku harap hampa tak dak lah jadi macam dalam video ni. Kalu ada aku rasa aku rugi sangat sebab tak dak disana masa tu...

AMPUN...

Salam semua..

Aku ingin mohon ampun dan maaf kerana tak hadirkan diri untuk bowling hari tu. Ini adalah kerana sistem komunikasi kita telah "down". Aku yang salah pasai tak bawak telefon dan last minit hampa pulak dah change venue.

Anyway seperti yg aku sms, aku sampai kat Endah Parade lewt. About 3:30pm. lari naik ke Bowling Alley dan terkezutnya aku bila ramai sangat budak2 kat dalam tu. Tetapi bila aku masuk, ternyata "budak2" yang aku nampak dari luaq tu rupanya dah mak dan bapak budak yang comel lote belako. Aku pun dok carilah gang sebab senang nak cari dalam tu sebab hampa semua tinggi2 belaka. Klu Jit mungkin susah sikit lah...hahahaha. Jgn marah haaa...

Rupanya persatuan Orang Kerdil buat pertandingan bowling kat situ hari tu. Patut tu lah depa tukaq venue dan aku yang tak dak fon masa tu kira "lost" lah..Mungkin tak dak rezeki untuk berjumpa lah kut.

Anyway next day aku dapat msg dari Madud yang memberi result lagi sapa menang dan sapa kalah. Aku rasa tak yah lah boh kat sini, sebab bukannya niat depa nak berlawan hanya sekadar riadah saja.

Lagi satu yang aku nak minta maaf adalah kepada Mutallib kerana tak dapat hadir ke kenduri anaknya sebab aku di arah balik ke KL masa tu. Ampun...

Saturday, December 13, 2008

BOWLING....


Salam...

Aku masih dok ada kat opis aku kat Shah Alam sebab nak kena siapkan engineering drawing untuk PFK kat Gurun...Sedaq2 fon pulak lupa bawak..Depa tu semua ajak main boling apa ka hari ni...

Sat gi depa call tak dapat mesti dok hamput kat aku punya...Alahai, nak balik rumah nak kena kerabat tingkat 5, tak dak lift pulak tu, pikiaq 2x lah...