Wednesday, March 5, 2008

Kubang Pasu

Assalamualaikum,

These last 2 weeks ni adalah hari hari yang paling sibuk bagi aku. Rasa macam 24 jam tu tak cukup. Bila hari dah gelap, kerja kerja nak kena hentikan, walhal masih banyak yang perlu di buat kat tapak kerja aku sekarang. Due date dah dekat. Tapi apakan daya bulan Februari tu tak panjang, dah campoq ngan Kong Hee Fatt Choy lagi maka tinggal lah lebih kurang 23 hari bekerja.
Nak tengok blog pun tak dak masa sampai lah Koden sms tanya blog address sebab puter dia dah kaput.

Aku rasa kawan2 pung banyak yang sibuk la ni apa lagi dekat ngan Pilihanraya Umum 8hb. ni, mungkin lah ada juga yang sibuk berkempen atau pun meluangkan masa mengikuti perkembangan terkini parti parti yang bertanding.

Musim berkempen ni, paling syok sekali adalah mengikuti kempen parti pembangkang, sebab depa akan berjanji nak buat apa yang pemerintah tak buat. Macam macam yang di janjikan tetapi tak taulah nak kata samaada depa boleh deliver ke dak kalau depa menang. Depa punya janji ni adalah sekiranya depa memerintah Malaysia, kalau takat menang 2/3 kerusi ni tak leh buat mende jugak. Tapi sanggupkah rakyat Malaysia ni bertukar kerajaan dari yang sediaada ni ke satu kerajaan yang totally baru? Yang kita tak tau lagi tahap kepimpinan depa. Tak tau lenggok depa. Tak tau tahap korupsi depa. Aku doubt sangat sangat.

Kebanyakkan kita ni dah suka dan selesa ngan kerajaan yang ada ni bukan apa, pasai tak banyak masaalah sangat. Kita ni selagi boleh makan, pakai, berjalan jalan kira ok lah tu. Cuma la ni rasa tak selamat lah ngan budak2 pasai ada org gila yang tak dapat di tangkap lagi yang suka pelari budak2 kan?

Aku ni bukan lah pro gomen atau pun anti gomen. Aku cuma tengok dan terima yang mana baik dan buanglah yang mana tak elok. Tapi aku memang suka kat Tun Mahathir. Although banyak cerita yang dia buat tak elok, tapi yang dia buat elok lagi banyak. Dan aku sedih sangat bila orang cuma cerita hak tak baik saja..Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali...Sebab yang sekali tu lah orang dok ingat. Ini tak adil...hahahaha. mulut orang nak buat camana, camtu jugak lah ngan aku pun, aku punya sukalah nak tulis apa kat blog aku ni kan..

Ni aku nak cerita sikit kisah kat Kubang Pasu ni. Punya lah banyak cakaq mencakaq di sana, mengalahkan kucing. Sama sama depa pun depa cakaq. Johari Baharum ni kalau dalam forum Mykmu tu depa panggil dia Jo derhaka sebab dia yang buat bagi Tun kalah dulu. Di Jitra ni rupanya ramai sangat yang tak suka ngan Jo. Aku pun tak tau lah pasai apa. Ada juga katanya Cina2 Jitra tak suka dia sebab apa yang dia buat kat Tun lah. Depa kata itu tangan dulu kasi lu makan pun lu mau gigit ka? Tala patut punya olang.

Orang2 yang dok ampu dia pun banyak yang lari pi ke Ad Man. Katanya ada satu malam tu depa pi buat ceramah ka kempen ka aku pun tak pasti kat Kg Naga. Lepaih Jo minta diri untuk nak pi ke tempat lain, gang yang mai ngan dia ni dok tunggu lagi dan sembang ngan orang2 kampung tu. Elok Jo belah gang gang dia bawa keluaq buku, cerita kisah Jo. Cerita yang tak baik punya lah. Macam buku dalil gitu...Sama sama gang lah tu..

Baru ni pulak ada meeting kat pejabat UMNO, Jo sudah hentam Din Hj Ahmad Setiausaha Bhgn. sampai terkeluaq ayaq mata hamba Allah tu. Reason dia pasai Din ni dok tolong arrange Saad Man jumpa ngan pengundi2 dia. Sama sama Barisan tu...

Ad Man punya cerita lagi best. Langau langau dia ni dok pi cerita kat orang ramai kata Pak Lah dah bisik kat depa katanya nak bagi Ad Man ni jadi Menteri Besar. Kus...Tok Det depa nak pi boh tang mana. Cerita kisah dia tinggai bini tua dia gantung tak bertali lah, cerita dia ni kaki pompuan lah, cerita dia guna duit haram untuk laboq kat Jitra lah dan macam macam lagi. Dia ni pun tak leh pandang kat Jo. Paling terbaru dan sensasi sekali ialah PAS dah pi ambik bini Ad Man utk berucap atas pentas. Bini dia siap kutuk Ad Man sambil menangis nangis atas pentas tu. Dahsyat juga strategi PAS.

Datuk Zaini punya cerita ni aku kurang dengaq. Tapi harap harap semua OK lah kut.Kalau hampa rasa nak baca pasai politik di Kedah hampa rajin rajin lah masuk 2 blog yang aku terjumpa.
1. www.depakata.blogspot.com
2. www.dengaqhabaq.blogspot.com

Menarik juga cerita dalam blog ni.

So, aku harap hampa buatlah pilihan yang betui.Aku kena balik Penang undi. Aku masih mengundi di kawasan Parlimen Pmtg Pauh sebab dulu masa aku kerja kat Kulim aku dok di B'worth, kat Jln Baru Prai. Sampai la ni pun tak tukar lagi. Wan Azizah atau bekas imam Mesjid negara?

Kalau Kak Wan ni nak maintain terus tak pa jugak tapi katanya dia nak bagi kat Anwar nanti bila laki dia habis edah dia. Aku tak suka kat Anwar la ni lah. Dia ni hipokrit lah pada aku. This is just my personal opinion ok? Dia berjanji perkara yang dia pun tak leh buat masa dia dok dalam gomen dulu. Dia berjanji ni semua sekiranya dia jadi PM. Dia nak jadi PM saja sebenaqnya. Betuilah orang kata dia ni "A man with many faces". Depan Hindu dia support gila gila. Dulu kat Penang ngan Kg Jawa dia buat apa? Macamtu jugak lah ngan bangsa lain. All he wants is the PM's chair. semua orang tak betui. Semua orang tak reti kerja pada dia. Uni Malaya pun dia kata kerajaan lantik Prof yang tak bagus. Dia kata nak lantik Cina jaga Uni la ni.Hang tau pasai apa? Pasai audience dia banyak Cina..Kepala keretapi warna merah..PIIIrah...

Oklah aku chow dulu.Dah emotional sikit bila aku cakap pasai Anwar Al Jub ni...

WASSALAM.

Thursday, February 21, 2008

Calun....

Salam....

Maka terjawab sudahlah calun ayng dok tunggu dengan berdebar samaada di pilih atau tidak. Nama lekat ke tak? Pak Lah suka ke tak? KJ ok ke tak?

Malang dan sedih sekali kawan aku yang aku beria ia sangat dok kempen langsung tak dak...Langsung tak di mention pun masa run up to the pencalunan..Apa nak buat. Nasib lah dan aku rasa syukur sebenaqnya untuk dia sebab kalau terjadi nya pencalunan, maka akan bersedih lagi lah kawan aku tu.

Anyway budak SMJ, senior aku dapat calun kawasan Bukit Kayu Hitam. Datuk Zaini Japar. Dia ni menggantikan seorang calun pompuan dulu kat situ. Jitra pun muka baru gak. Amar Khan. Aku tak kenai dia ni tapi aku gerenti Koden kenai dia.

Datuk Jo mempertahankan kerusi dia dan ssatu lagi muka baru ialah Datuk Mukhriz..Parlimen Jerlun. Tough jugak tu kat situ. Harap harap nak dengar nama Amin Bahari ke kat Langkawi, hampehh..

Anyway aku ni punya lah teringin sangat nak tau tadi punya lah dok try nak masuk Kedahonline langsung tak leh sebab busy sangat. Last sekali masuk ke Hijau Kuning .com, download FM Kedah dan dengar news kat Paka Trengganu..Punya lah dahsyat teknologi la ni, syukur alhamdulillah..

Aku dapat satu email tadi dari sorang hamba Allah nama Ust. Zainuddin Hashim yang menyatakan 2 perkara yang aku tengok kebanyakkan kawan2 ada buat. Hampa baca lah sendiri.

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.


Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

'Apakah bendanya ini'?Lelaki itu berkata,'Ia adalah gelang perubatan'. Rasullulalah bersabda,'Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. ' Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-

1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

wallhualam.

Ustaz Zainuddin Hashim


Aku rasa macam tak tau nak kata apa bila aku baca benda ni. Entah lah hampa renung2 kan lah tengok rasa boleh terima pakai ambik kalau tak pun hampa buat tak tau sudah. Nak berjawab esok kita ngan dia saja.

Ok guys..Take care.

WASSALAM.

Monday, February 18, 2008

TA....

Assalamualaikum gang,

Tadi dok saja2 teringat kat Ta, jadi aku pun SMS dia tapi aku ada mention yang aku dah tak reti nak cakap protokol ngan dia dah sebab nak jaga kan kesedihan dia tu...Lama baru dia jawab dan dia kata,"TQ sbb kacau aku, tp aku la hanya ALLAH yg tahu. Aku terlalu rindukan kenangan dgn arwah".....Those were her exact words...

So, aku pun jawab kat dia suruh dia cari sesuatu untuk occupy kan diri dia dan aku rasa this is the 2nd time dah aku mention kat dia, dan aku suggest dia get involve dengan plan kita nak buat gathering kat Jitra tu, bulan 7 ni lah dan mention kat dia yang Mat Lazim will be the coordinator kat sana. Tapi aku tak dapat apa2 jawapan after that. Aku tak expect dia setuju straight away. Aku cuma harap dia consider and you know maybe get her mind off her late hubby..

Semua orang akan melalui ni. Kita tak akan faham selagi tak melalui nya sendiri. Aku pun rasa serba salah tak tau nak kata apa.Kalau nak kata aku tau apa yang dia rasa, aku menipu sebab aku tak tau camana dia rasa. Mungkin untuk menyedapkan hati dia sekejap boleh lah tapi hang tak rasa ke yang hang menipu dia?...Dah le kawan tu dok bersedih, kita tipu dia pulak.

Tiap orang ada cara dan perasa dia yang tersendiri dan kita mungkin boleh faham akan kesedihan dia saja no more than that. Mungkin ada yang kata dia dah melalui episod ni tapi argument aku adalah tiap orang mempunyai cinta perasaan yang berlainan. Rambut sama hitam tapi hati lain lain...Itu lah pepatah orang tua2 kita dulu, tapi la ni nak kata tu pun dah tak boleh sebab la ni banyak rambut dah tak hitam. Yang perang ada, yang blonde ada yang two tone(macam Koden), dan yang beruban pung ada. Yang tak dak rambut pun banyak.

So, soalan cepumas...Apa yang boleh kita buat untuk tolong dia come back to alam nyata? Setakat kita call dia dan SMS dia pun aku rasa selalu dapat jawapan yang menyebakkan saja. Aku tahu dia perlu simpati. Bukan kah itu saja cara kita tunjuk simpati kat dia. Apa yang kita boleh buat ha?

Pada pendapat aku, semuanya dalam tangan dia. Dia lah yang kena get over it and dia jugak lah yang nak kena make the first move to come back to society and be the Roshita yang kita kenai, yang buat laksa sedap, yang banyak gelak, yang selalu lip lap lip lap...

Aku dah kontek Mc 'E' supaya dia dapatkan nombor talipong Mr Inon. Hopefully kita boleh invite dia to our gathering in July nanti...

Ok gang gua chow dulu...

WASSALAM.

Friday, February 15, 2008

JAWI

Assalamualaikum Gang,

Aku ni baru saja melayari satu website dan terjumpa dengan satu perbalahan diantara rakyat yang berlainan kaum aku rasa. Tapi apa pun kita tetap rakyat Malaysia.

Depa berbalah pasai papan tanda yang ada tulisan Jawi. Kenapa kena ada tulisan Jawi? Ini lah soalan nya. Satu pihak telah mempersoalkan tulisan tu.Satu pihak lagi menegakkan tindakan kerajaan tempatan tu. Lama kelamaan dah jadi ugutan antara dua pihak sehingga aku baca dah jadi tak syok.

Dari pandangan orang yang menyokong aku rasa dia lebih beremosikan sifat ketuanan dalam Negara Malaysia yang tercinta ni. bagi yang membangkang mungkin dia merasakan kenapa perlu ada suatu tulisan yang dia tak paham dan mungkin pada mereka tulisan tu melambangkan tulisan dalam Al-Quran...Mungkin...Jadi depa tak syok.

Untuk maklumat semua sepanjang pengetahuan aku dalam setiap perlaksanaan projek kerajaan tempatan ni mesti ada meeting yang di hadiri oleh Ahli Majlis.

Ahli Majlis ini adalah terdiri dari semua kaum.Ada yang dilantik berdasarkan posisi dia dalam parti politik etnik masing2 dan ada juga yang di pilih atas jawatan masing2. So sepatutnya benda ni dibawa berbincang dan dapat kelulusan barulah di laksanakan, maksudnya telah dapat persetujuan.Tetapi kenapa boleh terjadi perbalahan lepas dilaksanakan? Adakah kerana pepatah Melayu rumah siap pahat berbunyi? Atau ahli majlis tak ambil pot apa orang nak kata? Atau saja2 nak buat tu sebab nak bagi kontrek kat member dia!! HAhahaha.

Pasai apa nak kena ada tulisan Jawi? Itu bukan tulisan yang boleh dibaca oleh semua. Melayu pun ada yang tak leh baca tulisan tu.Tapi aku tau baca ..jangan silap haribulan. Mungkin merangkak sikit tapi boleh baca.

Kita kan menggunakan Bahasa Malaysia , tulisan rumi...kat sekolah semua orang belajaq tulisan tu dan tau baca tulissan tu. Pasai apa nak kena bagi orang komplen. Adakah tulisan Jawi tu menunjukkan tahap ke Islaman kita? Dak kan..Ada ka?

So, tak silap kalau bangsa lain dari bangsa Melayu question dengan tindakan tu. Depa pun nak minta tulisan bahasa depa yang kita tak tau baca di paparkan di signboard. Guna satu tulisan yang semua orang tahu kan senang...Aduh..betui ka salah ka apa yang aku kata ni? Hampa kalau tak setuju hampa tolong bagi feedback kat aku. Aku nak tau lah apa yang hampa pikiaq bila aku kata camtu..

Cheerio..

Make Love Not War

WASSALAM.

POLITIK?

Dr M : Well, I think the Government does not seem to know how to progress. How to implement things. Its already quite sometime since I stepped down. (It) would have been easier perhaps to just continue with the projects already on the ground but it was decided to postpone ostensibly because of lack of funds. But what I do know is that when I stepped down there was enough money to go ahead with all the so called mega projects. Now they have dedcided to go ahead with some of the mega projects but the cost is very high, as much as 50 % more simply because the cost of living, the cost of everything has gone up in the meantime. So the postponement was totally unjustified. Now they realised that these are needed infrastructure..

Assalamualaikum gang,

Tun M kata semua tu semasa sessi sidang akhbar bila dia melancarkan bukunya yang memuatkan surat surat dia kepada orang orang kenamaan dunia semasa tenure dia menjadi PM.

Well well well...Hari ni tengok2 ada kawan yang menjampuk dan siap ada juga yang terjerat dalam jerat aku untuk berbincang sikit hal politik. Jerat aku tu bukan lah yang menyakitkan atau pun yang akan menyusahkan diri, jerat aku tu hanyalah supaya ada kawan yang boleh turut sama membincangkan isu isu semasa kita ni. Tak salah. Tak boleh kena tangkap. Tak seditious kangsung. Ghandi punya time dulu, bila dia buat artikel mengutuk orang putih...salah... bukan mengutuk tetapi menceritakan keadaan yang sebenar yang di alami oleh rakyat India dia di tangkap. Tapi la ni kita baru sikit saja menceritakan atau mengeluarkan pendapat, takkan nak kena tangkap kut no? Kalau salah kita cari Herjit Singh lah.

Yang sebenaq nya aku pun tak pasti Herjit ni practise law apa. Mana tau dia kut mahir dalam kes cerai saja ka atau lawyer S&P saja ka. Tapi definitely dia tak sampai tahap Lingam lagi lah tu.

Hari ni kami cuti kat Trengganu ni. Jumaat la katakan. Kat Paka ni dah banyak untungdah orang yang jual kain dan printing shop sebab banyak nya bendera...Yang hijau yang biru yang ada keris dan macam2 lah dah berkibar merata jalan. Kalau kat jambatan lagi lah dahsyat. Cuma aku miss tak dapat tengok yang ada gambaq roket kat sini. Klu kat Penang mesti banyak dan KL pun serupa gak.

Pukul 4 ptg tadi aku keluar dari rumah dan pi ke tepi pantai sebab kat situ ada benda untuk di makan. Beli paper Star dan order makan tapi aku tak dapat baca ngan selesa sebab angin laut hari ni kuat dan sejuk sekali. Lepas makan terus masuk opis sebab kat opis sajalah aku dapat melayari dunia virtual aku dan dapat update berkenaan apa saja.

Dalam Star hari ni ada menceritakan kisah seorang pelakon komedi India bernama A.Vivekanandan. Dia di interview berkenaan kerjaya dia dan it seems dia ni ada masters degree dan juga was a political secretary to some bigshot kat India sebelum dia jadi full time actor. The reason for his visit kat sini tak diceritakan dengan jelas dalam The Star tetapi aku korek dalam internet baru aku dapat tau dengan jelas. Rupanya dia ni is a big fan of Tun Dr M. Dia dah buat appointment about 3 years back untuk bersemuka ngan TDM. Jadi dua hari sudah dia dapat call dari Sec TDM granting his wish. Dia teruih mai.Gambaq dia ada dibawah ni.


PUTRAJAYA: When Tamilnadu’s famed comedian A. Vivekanandan received a surprise call from Putrajaya granting his request to meet former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, he boarded the next plane to Kuala Lumpur without a second thought.

The popular comedian, better known as Vivek, arrived from Chennai yesterday morning and headed straight for the Perdana Leadership Foundation here to meet a man he most admired.

“Meeting Dr Mahathir is a dream come true. I compare him with (Dr APJ) Abdul Kalam (India’s former president).

“I have admired him from afar and have read a lot about him and the development he had brought to Malaysia.

“I have been waiting to see him for the last three years,” he said, adding that he missed an appointment three years ago when he was filming in Ipoh due to a massive traffic jam.

“Last month, I made another appointment to see him when I was filming here but he was not well and when I suddenly got a call yesterday, I came straight over,” he said, adding that he was now busy acting in five films.

Vivek, who presented Dr Mahathir with a Tanjore Plate made of copper and silver and a miniature Taj Mahal, was especially impressed with Dr Mahathir’s reply on what drove him.

“He immediately said that it was his love for the nation,” he said, adding that he would treasure the 30 minutes with Dr Mahathir forever.

Vivek had also asked the former Malaysian prime minister to autograph a book.

Aku ni saja lah masukkan cita ni sebab aku rasa dia ni best lah. Dia berani, outspoken dan bijak. Dan aku masuk jawi kat dia..hahahaha. Banyak kali aku cita tu kan? Tapi tak pa lah. Orang tua tua ni dia suka ulang bila dia cakap kan?

Same goes to video clip yang kat sebelah tu, aku boh sebab Nik Aziz puji dia dan Nik Aziz kata dia pun tak leh buat apa yang TDM buat. Aku tak tau lah pasai apa, tapi aku rasa bangga lah ngan TDM ni.

Hello geng, bila bab politik- Dz bukan main lagi karang crita dia.. tapi syok baca sbb dia n koden ada 1st hand xperience wat's on the mind of a YB. Apa YB dok pikiaq n hw u guys bleh chot sikit dia dah syok kut.. amacam kali ni hampa nak chot YB mana plak? Critalah kat kami sama no - dia mlatah ka atau dia smakin smart sbb org asyik nak gula2 kan dia sbb dia yg YB banyak duit (in general lah... personally aku x tau sapa yg dz cakap).

Tapi aku notice rakyat Msia overallnya contented sbb negara aman, boleh cari makan n anak bleh p sekolah. Apa yg segolongan rakyat tak happy ialah org2 trtentu (political brokers/ cronies) bolot kat depa trlalu bnyak sangat RM hinggakan duit depa bolot tu klau di labur di Kubang Pasu, contohnya dah boleh buat bbrpa projek utk rakyat miskin such as specialist hospitals, drainage to avoid floods, atau upgrade sek. kita, SATS with all the latest IT facilities with latest broadband technology n also boleh beli stiap pelajar sbuah computer. Bleh subsidise anak kita pi IPTA or IPTS. Student kat IPT kadang2 mmpu makn nasi ngan teloq saja. Imagine broker dapat commission jual kapai selam, skali dapat beratus juta RM (refer to Altantuya's case, wlaupun kita tak bleh prove, tapi sapa yg stay in KL will definitely know how these money changed hands in the corridors of Putrajaya).

Tu tak kira kntrak lain lagi, bli helikopter ke (Hasaza - sori bukan hang), commission buat Hospital baru AStaq ke yg bbrapa kali kena repair tu.

My point is that govt. kita bila buat kerja trlalu banyak pembaziran yg dsalurkan kpd kroni depa
(dulu aku buat supply contract financing so more or less kita taulah cara depa brunding). Kononnya nak tolong bumi buat bisnes tapi yg kaya asyik org tu saja (dulu geng Tun).. la ni..?bak kata org Jepun, I come from the land of the rising sun but u come from the land of the rising sun-in-law... he..he

So bila hampa nak vote nnty, pikiaq habih2.. nk kena ada check n balance ka, so that "they" will not abuse our tax money or nak development ka, esp. for those staying in Klantanlah.. (mayb depa lebih maju in spiritual/ religious development.. tu pun kna pikiaq jgak..)

Let's see hw it goes sbb undi tu rahsia... unless Dz can convince us to vote his choice of candidate..

Salam from McE.

Aku setuju sangat ngan hang Mc'E'.. Memang depa ni lah dok buat bagi harga jadi mahai. Daripada kontrek yang harga 100 jadi 500. Habis tu yang akan bear the cost eventually is the rakyat. Buat bangunan mahai2, tapi sat saja rosak. Why? Because by the time kontrak tu sampai kat kontraktor yang nak buat kerja dia dah jadi murah sebab kroni kroni ni semua dok balaih kut atas. Pastu mcm mana dia nak bagi barang yang baguih. Terpaksa lah bagi sub standard punya barang. Kontraktor mesti tak mau rugi. Kerja apa pun kita buat tak mau rugi. Kerja ngan kerajaan pun tak mau rugi. Tapi rugi orang kerajaan is in terms of tenaga. Kalau kena buat kerja lebih sikit nak overtime, nak claim so basically tak mau rugi lah.

Anyway berkenaan mamat yang nak jadi YB tu, hang mungkin tak kenai sebab dia budak SMJ. Koden memang rapat ngan dia lah. Aku ada jugak provoke hari ni tapi nampak gaya tak dak response mungkin dia sibuk kempen kut.

Tapi sekarang ni semua nya memerlukan duit. Nak kencing pun kena bayar.Apa nak buat. So apa kita nak kata kat ahli politik kalau dia buat camtu untuk dapatkan duit untuk pilihanraya. Keadaan memaksa.

Hampa elok juga hari ni kalau baca satu lagi artikel dalam Star..kisah datuk apa tu , laki Tiara.
Lupa lah pulak. Its a good article. Check it out.

Paling best sekali aku jumpa satu website yang pro TDM...tapi depa ni semua orang UMNO. Depa diskus banyak pasai politik negeri negeri dan termasuk Kedah. Kalau interested check it out...http://www.mykmu.net/

Ok lah aku chow dulu..Tapi sebelum tu aku nak masukkan komen Ain.

Terasa juga ya bahang pilihanraya kat dlm blog ni...ok la tu isu2 semasa yg boleh kita sama2 share.Teringin juga nak dengar komen Umno Langkawi. koden, i agree with u yg Dz memang ada tokoh seorang columnist..kalau tak dlm BH or Utusan, well dlm majalah2 DBP pun boleh kalau DZ (or sapa2 saje) nak berkarya cerpen ke,puisi or artikel2 umum..kalau tersiar kita bayar...P/s senyum sorang2 bila baca secebis kisah di dalam mahkamah inquiry - Ain

Kah kah kah Ain...Umno Langkawi akan masuk dalam masa dua tiga hari lagi kut..Hahaha Amin kena masuk lah tu.

Tapi yang kuatnya berita kat Kedah la ni adalah bahawasanya UMNO Kedah tak kuat macam dulu dan ramai yang tak suka Mahathir Khalid dan calun yang disebut2 untuk naik kerusi tu adalah Datuk Dr Wan Azmi Wan Ariffin..hampa kenai ke?


Cheerio guys..sehingga berjumpa lagi......

WASSALAM