Friday, February 15, 2008

JAWI

Assalamualaikum Gang,

Aku ni baru saja melayari satu website dan terjumpa dengan satu perbalahan diantara rakyat yang berlainan kaum aku rasa. Tapi apa pun kita tetap rakyat Malaysia.

Depa berbalah pasai papan tanda yang ada tulisan Jawi. Kenapa kena ada tulisan Jawi? Ini lah soalan nya. Satu pihak telah mempersoalkan tulisan tu.Satu pihak lagi menegakkan tindakan kerajaan tempatan tu. Lama kelamaan dah jadi ugutan antara dua pihak sehingga aku baca dah jadi tak syok.

Dari pandangan orang yang menyokong aku rasa dia lebih beremosikan sifat ketuanan dalam Negara Malaysia yang tercinta ni. bagi yang membangkang mungkin dia merasakan kenapa perlu ada suatu tulisan yang dia tak paham dan mungkin pada mereka tulisan tu melambangkan tulisan dalam Al-Quran...Mungkin...Jadi depa tak syok.

Untuk maklumat semua sepanjang pengetahuan aku dalam setiap perlaksanaan projek kerajaan tempatan ni mesti ada meeting yang di hadiri oleh Ahli Majlis.

Ahli Majlis ini adalah terdiri dari semua kaum.Ada yang dilantik berdasarkan posisi dia dalam parti politik etnik masing2 dan ada juga yang di pilih atas jawatan masing2. So sepatutnya benda ni dibawa berbincang dan dapat kelulusan barulah di laksanakan, maksudnya telah dapat persetujuan.Tetapi kenapa boleh terjadi perbalahan lepas dilaksanakan? Adakah kerana pepatah Melayu rumah siap pahat berbunyi? Atau ahli majlis tak ambil pot apa orang nak kata? Atau saja2 nak buat tu sebab nak bagi kontrek kat member dia!! HAhahaha.

Pasai apa nak kena ada tulisan Jawi? Itu bukan tulisan yang boleh dibaca oleh semua. Melayu pun ada yang tak leh baca tulisan tu.Tapi aku tau baca ..jangan silap haribulan. Mungkin merangkak sikit tapi boleh baca.

Kita kan menggunakan Bahasa Malaysia , tulisan rumi...kat sekolah semua orang belajaq tulisan tu dan tau baca tulissan tu. Pasai apa nak kena bagi orang komplen. Adakah tulisan Jawi tu menunjukkan tahap ke Islaman kita? Dak kan..Ada ka?

So, tak silap kalau bangsa lain dari bangsa Melayu question dengan tindakan tu. Depa pun nak minta tulisan bahasa depa yang kita tak tau baca di paparkan di signboard. Guna satu tulisan yang semua orang tahu kan senang...Aduh..betui ka salah ka apa yang aku kata ni? Hampa kalau tak setuju hampa tolong bagi feedback kat aku. Aku nak tau lah apa yang hampa pikiaq bila aku kata camtu..

Cheerio..

Make Love Not War

WASSALAM.

No comments: