Thursday, January 3, 2008

Tiga Haribulan Januari Dua Ribu Lapan

BackRow(L-R) Roshdi,Mansor,Hasaza,Mokhtar,Dzamri,Muhiddin,Ang Hee Lai,Rajan,Lau Chen Chong,Ng Gun Heng,Teh Kok Way,Law
Yam Gin,Yong Hong Loo,Lim Wee Det,Ahmad Zabidi,Aziz Md Noor.
Centre(L-R) Zainuddin Idrus,Nor Asma,Chan Mee Mee,Teh Meng Here,Foo Moo Ai,Fatimah Zahrin,xxx,Hasni,Farizat,xxx,Latifah
Lee Chooi Teen,Chandran.
Seated(L-R) Wan Aini,Teh,Maziah,Lee Poh Tee,Fong Goot Yee,Mr.Looi Ban Bee,Ong Kim Teng,Yew Kok Lik,Lau Seng Ka,Cheong Hong
Khoon,Badrunhisham.

Salam gang semua....

Hampa tengok sat gambaq diatas tu....Hampa teringat dak masa tu. Jit hantaq kat aku. Punya lah menyusahkan sebab dia hantaq format words. Alahai mamat ni..Tapi org besaq dlm kerajaan camana pung ok lah. Aku nak masukkan apa yang Jit kata....

Assalamualaikum,

Ni aku bagi gambaq budak2 cerdik tahun 1974. Aku rasa la ni depa masih cerdik, tapi kita tak tau depa dok tang mana, cuma tiga empat orang yang kita tau dan ada kontak nombor. Jadi hang guna lah apa cara yang patut untuk dapatkan maklumat depa ni. Lepas tu hang pesan kat depa suruh poskan gambaq kelas masing-masing masa Form 3 (1974) atau masa Form 5 (1976) tak kira kelas cerdik dan tak cerdik kerana pada masa ni depa semua dah cerdik. Tapi hang punya Form Five tak payah lah.

Selamat Tahun Baru.

Dia tak mau tengok gambaq Form 5 aku...Ada gak yang hampa kenai, aku,hasaza,rajan n wee dek...Tak pa lah. Sedih aku..huhuhuhu

Aku dah masukkan gambaq kita masa form 3.Mr Looi cikgu kita.Aku syok tengok muka Farizat.Dalam gambaq pun dia cenge.Yang lain tu cam biasa lah.Ain dengan rambut ketak dia dan senyuman yang tak lekang.

Jit ngan Chandran nampak cam dua beradik..hehehe. Un pun nampak cam gang Ong Kim Teng jugak.

Teh nampak tertib sungguh ngan Wan Aini.
Hasaza kerenyeh pasai panas kut...Hasni posing sempoi...Ahmad Zabidi yang dok sebelah Jit tu la ni ada mana ha? Langsung tak dak sapa tau ka kisah mamat ni?Mokhtar yg berdiri sebelah aku tu pun kita tak tau mana kan.

Apa yang Jit kata pun betui...Klu sapa2 yang dapat kontek sapa2 gang cina ni,mesti kita dapat kontek yang lain. Lagi satu si Badrunhisham ni...mana dia pi ha?Takkan gang2 Jitra lain tak tau kut.Katanya dia jadi motivation punya pensyarah apa ka? Mungkin klu fofular cam Datuk Dr Fazilah Kamsah tu org kenai la kut no?

Mr Looi ni ajaq sains kan? Aku dah tak berapa ingat.Dia sambung where Mr.Heng left la kan. My favourite teacher Mr.Heng...dia mengajar la yang buat aku score...Cara Amin buat terkejut bila dia buat experiment sungguh membanggakan dia.hahahaha..celaka betui Amin tu kan.

Masa ni sapa lagi yg mengajar kita? Form 2 ada cikgu cina pompuan yang mengajar History tu aku suka...Mmmmhh..Putih melepak. Asyik tengok betis dia je bila dia mengajaq..hehehe.

Ha...ni ada Koden mengata sikit...
Asllkum,

By far aku paling enjoy baca crita hang "dua Ribu Lapang" ni. Somehow nostalgia Sekolah Mat Tajudin memang have a very big place in my heart la. Semua cikgu2 yang hang sebut tu aku tak payah jampuk dah sbb dah well discribed.

Hang lupa ka cikgu Std 2 kita? Miss Khoo Foo Seong. Aku syok style dia bila nak stress certain points. Lepas dia tuleh d papan hitam, dia nanti jalan n xplain. Yg best nya dia akan flick kapur balik ke papan hitam(d blakang dia)without even looking back. Memang cikgu2 kita dulu tu best.

Ustaz yg telupa nama tu, Ustaz Salleh kot. Dia ni ustaz cum coach sepak takraw. Nampak lembut tapi can be very cenge juga. Dulu dok Taman Jitra tapi rasa nya dah pindah kot, tapi masih menetap d Jitra, maybe d Kg Tok Kesop kot n dengaq kata dah makin uzur juga dah.

Head Master Mat Tajudin masa kita std 1 smpai std 6 is Mr. Thong Yin Yau @ Yin How. Cakap lembut n meleret saja. Dia ni la manusia pertama aku start belajaq mengajuk.

Nanti bila2 kita cakap pasai cikgu masa d SMJ pula. Kesian kat kawan2 yg tak p Mat Tajudin.

Gah sebut pasai Saadiah. Yes I've seen her latest gambaq d kamera Dek D. Kalau jumpa memang dah tak kenai sbb nampak dia macam orang yang hati senang n makan lalu sungguh2 dah. Harap kalau Saadiah baca pun dia tak marah kot. Dari perbualan dlm phone dgn dia, dia ni memang dok sporting macam dulu juga.

Last but not least, syok dengaq Dzamri pun dah mula crita pasai anak2. At least Chino n my son Syafiq yang sama umoq kenai each other. My anak2 n ank2 Gah pun kenai each other juga.

Kan best kalau depa boleh berkenalan dgn anak2 gang kita yang lain. So Persatuan Ibubapa kena mula buat tindakan la.

OK la modai pun dah kering, ketiak pun dah basah, elok la aku stop dulu. InsyaALLAH aku akan terus menjampuk bila ada crita yang d buka.


Wssllam, Ciow.

KODEN

Betui2..Ust Salleh.Aku ingat dia mengajar cara nak mandi hadas masa darjah enam sebab dia kata dia takut ada yang dah kawin lepas tu...Aku benda2 camtu ingat sampai la ni.

Gah : Kata...
Assalammualaikum kawan semua. rindu juga lama tak run through your blog. Terima kasih kepada kawan-kawan yang hantar new year greetings. Minta maaf kalau tak sempat balas. Sory lama tak jampok sembang dengan you all. Maklum saja la hujung tahun. Terkilan la juga balik Raya tak dapat jumpa kawan-kawan sorang pun. Tak dak kereta and patah kaki la kat kampung.Raya kali ni takdak lain but kenduri saja-saja. Kakau bukan wedding korban. sejak balik hari-hari I masak sea food. Tak lalu daging and ayam. Koden, mintak maap banyak last Monday lupa macam orang tutup-tutup tennis Affiq. phone dalam beg and I kat bawah. Bila sedak dah tengah hari dah. SORRY.Today I sembang dengan Puziah and Zurina Nayan. Depa kirim salam kepada semua kawan-kawan. ada la habaq kat depa pasai blog Dzm ni. Hopefully they will join in.Ain ingat Puziah dak. Dia nak ajak I jumpa next week insyaallah. Her husband nak pi night stop 2 weeks next week.If you dapat join kan best. Sapa ingat Saadiah.Dia ada contact Puaiah. Dah lah penat la pula dok raba computer ni till next time Wassalam. GAH

Mualaikumsalam...kesian dia dok raba komputer.Awat Gah! Gelap ka sampai dok meraba tu.Anyway thank you very much for ur comments..

Selamat menempuh 2008.

Over n out...

Wednesday, January 2, 2008

Dua Ribu Lapang


SCORPION
(Glass Art)
Assalamualaikum gang...

Wah...aku baru sampai dari Penang. La ni kul 1:34 t/hari, 2/1/2008. Naik bas pukui 8:15 tadi. Benda pertama sekali aku buat adalah check komen hampa semua.Hahahaha syok nya aku bila hampa masuk dan participate.Cool guys...banyak ni la saja kawang kawang aku yang tau pasai komputer kut..hahahaha.

Terima kasih banyak pada yang dok hantar sms ucap selamat tahun baru.Aku tak dan nak balaih pun ada,tapi lagi satu aku rasa tahun baru ni tak dak benda lah sangat.Macam hari hari lain lah juga. Klu raya tu ok lah.. 10hb ni awal muharram...Apa kata kita break tradisi dan wish every body selamat. That'll be cool.

28 sampai 30hb Dis tu aku kat Ganu, pas tu aku balik pi Penang. Sibuk ngan gerai Glass Art dan sibuk nak cuci gerai,angkat barang sebab 31hb tu last day. Alhamdulillah it goes quite smoothly though we didn't make in terms of monetary but we did score on promotion. Lots of queries and contacts that we had which prompt me into setting a website to sell Madood's creativity world wide!!! Idea besaq..But what the heck,its worth a try and doesn't need that much money to start with anyway. But surely need support from u all semua.Bagi lah idea dan tolonglah at the same time promote product tu. Aku rasa untuk permulaan aku akan buatkan blog lagi satu yang akan menunjukkan product2 yang boleh di buat dan juga menerima tempahan.What say u guys?
Bila dah on nanti aku war warkan kat hampa semua.

La ni definitely semua orang dok sibuk ngan anak2 nak pi sekolah dan juga yang nak start semester baru. Anak anak aku dah besaq dan dah bermisai dan janggut,maklumlah mak depa tu darah keling/pakistan semua campoq jadi berbulu la depa ni.Hehehe.

Anak aku yang eldest Hafriz, akan start sem dia 3hb ni kat UiTM dlm bidang Broadcasting.Dah 2nd sem dia untuk degree ni.Dia ni kat kolej depa panggil dia Chino. Mujoq la dapat Universiti ini Tolong Melayu,kalau tidak banyak juga nak kena korek....Koden pun aku rasa anak2 dia tiga2 sekali ada kat UiTM gak latest one masuk January intake ni whereas abang dan kakak tu dah masuk earlier.

Anak aku yg No2,Zaqwan, tangguh sem dia kat Uni Malaysia Perlis sebab dapat Air Asia Academy. Suppose to join 14hb ni tapi belum dapat surat.Dok tunggulah tu.

Anak Din Luyen dengan bini ni, kecik2 lagi dan cute2 belaka..Tak sekolah lagi kut. Jit yang aku tau anak dia sorang ad a kat Sek Sains kut dan yang sorang lagi sekolah rendah. Anak Mc 'e sorang ada di Medan buat medic agaknya.Yg lain tak tau la pulak.Anak Dik D pun ada yg jadi Doktor dah kut.Tapi jangan tanya aku anak ngan bini mana, aku tak sure...hahahaha.
Klu hampa rajin updatelah pasai anak2 hampa,mana tau depa dok berkawan la ni..kita haram tak tau apa pung.

Hampa ingat dak masa kita SATS dulu. Aku paling ingat sekali bau krayon masa kita darjah satu tu...Krayon ngan plasticine kut.Bau dia semacam lah dan aku syok bau tu.Bila terbau la ni aku teringat sek. rendah dulu.

Aku dulu stat darjah satu kat Sek Rendah Sultan Abdul Halim kut.Kat Aloq Setaq.Dok sat saja.Aku langsung tak ingat detail dia.Pas tu bapak aku mengajaq di Jenan,baru transfer pi sekolah Ahmad Tajuddin.Di sinilah mula kenai hampa semua.Koden ngan aku ni bila rehat kamimakan bekai sama2.Masa tu sandwich lah...hahahaha.Naktergelak lah tu. Boleh share lagi.

Aku ingat klas tu Std.1C. Baju putih seluar warna choklat kut? Dlm kelas aku ada juga nama Zamri. Kami panggil dia Zamri gemok.Dia ni selalu nak pukui Koden...Koden takut kat dia. Hahaha. Tapi lepas tu dia dah tukaq sekolah kut.Tak jumpa lagi.

Guru besaq tu apa nama ha? Dari mula std.1 sampai aku belah pun dia juga kan.Yang aku ingat cikgu2 kita masa tu adalah Mr.Heng.Dia ni class teacher masa std.5.Dia juga guru rumah Pelandok masa tu.Warna Biru...kan?Tapi masa tu tiap kali sukan semua pakat seronok bila dapat kupon minum F&N...berebut2. Hadiah pulak ada tahun dapat medal,ada tahun dapat raket badminton lah,tuala lah...hampa ingat dak?

Mr.Fong..bawa volkswagon.Dia guru scout. Aku ingat dia sebab aku masuk scout dulu. Scout meeting hari Jumaat ke Sabtu..Tak berapa ingat. Tapi syoklah.Kamporee pun banyak kali juga buat kat padang sekolah. Dok dlm khemah.Tapi klu hujan semua tidoq dalam kelas.Masa tu lah belajaq buat gajet..Guna buloh buat meja dan sbgnya. Belajaq masak. Hehehe. Syok.

Mrs Chong.Dia ni klas teacher kita masa std4.Muka dia cengeh kan..But I find it very sexy...hahahaha. Dia ni kan bini Chong Eng Kong. HM SMJ. Aku , Mail Ahmad ngan Zan Loceng telah diarahkan main ngan anak dia tiap hari Jumaat kut.Nama anak dia Bahagia. Dapatlah kami merasa permainan Monopoly,Scrabble dan mcm2 lagi.Depa kan kaya.Mrs Chong nanti masak bagi kami makan.Hentam.Aku ingat lagi dia buat Mee Kicap la kut..sedaaaap..Tapi masa tu tengok laki dia aku takut..sampai lah aku masuk SMJ pun dok takut kat dia lagi.Anyway dengan Bahagia dah lost kontek, sampai la ni. Depa ni semua klu tak silap, baik ngan Tengku Abdul Rahman masa tu.Pasai tu anak dia ada nama camtu.

Ustaz Yaakob pun aku ingat juga.Apa yang aku ingat tentang dia ni mungkin gigi dia jongang sikit kut. Dia ajaq ugama la kan..Tak banyak yang aku boleh cerita pasai ustaz ni. Lagi pun aku ni subjek ugama ni kat sekolah aku berat betui lah.Ada lagi sorang ustaz yang aku lupa nama dia.Kurus2 tu perawakan dia dan sentiasa senyum.For that matter Ust Yaakob pun sentiasa senyum gak....hahahaha.

Chop office boy aku ingat...Kuruih tinggi.Yang ni pun senyum selalu.

Yang jaga kantin tu apa nama ha? Ada misai tu..Dia tu pun best jugak.

Tapi guru yang tak boleh lupa adalah Mr.Ainon Din.Takut gila aku kat dia ni dulu.Harap harap jgn masuk Std 6A,supaya tak jumpa dia.Smart je dia ni.Pakai kereta sport tu.MG kan. Tulisan atas papan hitam punya lah cantik.Klu dia marah pun punyalah cantik.Hampa ingat dak tiap tiap bulan ada test. Pas tu tempat duduk semua kena dok tiga2 kan. Position dlm test menentukan tempat duduk.Aduh tension la klas dia ni.Aku biasa kena pukui ngan dia ni...walaupung head prefect. Sedih gila.Tapi bila lama ngan dia hang nanti rasa dia cikgu paling best sekali. Budak klas lain tengok klas dia mesti risau.Kita pulak tengok budak klas lain jealous sebab depa banyak relax.Kita asyik homework saja.Whatever it is Mr.Ainon...we salute you.

Hari tu Gah ajak balik raya haji nak melawat guru2 kita.Anybody knows the whereabout cikgu2 kita tolonglah update kan kat aku.Gah punya gesture tu baik.Nantilah bila kita dapat gather dan buat benda tu.

Ain kata: Assalamualaikum Rasanya belum lambat lg kut i pun nak ambil kesempatan nak wish selamat tahun baru utk semua! dgn semangat baru, azam baru tentu banyak yg kita semua nak buat dlm masa yg akan datang ni...so apa2 pun sama2lah kita doakan supaya kehidupan yg bakal kita lalui ini diiringi taufik dan hidayah drpd Allah. p/s Dzamri/koden...i hairan jugak Gah tak masuk comment apa2 utk memeriahkan suasana...kita tunggulah
Gah tolong komen...kawang2 dok tanya mu ada mano nih?

Koden sampuk: Asslkum, Well done Dzamri. Ni hang dah dapat Mc E to chip in dah. All this while aku dok tak-teh taip ni is just to support ur good intend/vision. And Mc E, terus2kan la k. Tringin juga nak dengaq your version of nostalgia SSAT. Honestly I like Hasaza's version of nostalgia tapi (rasa2nya la)sayang sikit askar ni pangkat besaq sangat sampai tak pernah taip apa pun. SMS pun gagau! Kalau hampa tak percaya, please sms to his no. 0133311552. Tengok sendiri... oops sorry, dengaq sendiri la macam mana dia jawab. Im sure Dzamri, Dek D, Din ILY dah tersenyum kalau baca this statement. INGAT: JANGAN CALL DIA. SMS SAJA. OK, aku pun dah tak dak modai dah ni. Oh ya satu saja lagi, apa dah jadi kat Gah and Ain? Jgn la diam sangat. Aku selalu juga jumpa Gah sebab dia jelous kat aku dgn Zaki (husband dia) and I know for sure she's got alot of nostalgic memories of our "pra dapat i/c days". Hampa nak tau pasai apa Gah jelous kat aku/Zaki??? HAHAHA next time ok. CIOW Bro/Sis KODEN

Apa yang Koden kata pasai Hasaza tu amat lah benar sekali...hehehehe.Aku memang gelak bila baca komen hang ni.

Mc'e kata: DeZamri, hang x balik KL ke weekend ni.. hang dok lama2 di T'ganu tu nnty lupa cakap Kedah kot.. la ni pung asyik sebut ikang dalang pinggang saje.. La.. x tau pun Madud ada kat Pesta Penang, klau tau aku pi gerai dia lah, bagi moral support sikit.. ok, ada keja ganggu tpaxa stop. Cu guyz in 2008 n Selamat Tahun Baru pada smua kawan2. Salam dari McE (pronounced mcm org Kedah panggil Mc'e, not Mael).

Monday, December 24, 2007

Selamat...selamat...Tahun BAru????

Assalamualaikum....

Apa habaq kawang2 semua...Mesti hampa dok letih lagi kut pasai senbelih lembu buat korban. Apa pun semoga everything jalan lancaq.

First n foremost sorry lah sebab tak dapat nak arrange utk buat makan hari raya tahun ni. Anyway aku ngan Koden dah sepakat nak arrange next year.Apa pun kami rasa elok bagi time sekurang2 nya sebulan utk buat arrangement dan juga utk hampa semua allocate the time.Sibuk semua kan...Family lagi, kerja lagi...aku paham.

Aku balik Aloq Setaq hari Raya pertama tu..Petang dah balik Penang sebab malam kan berniaga kat Pesta...Gambaq kat atas tunjuk madud tengah dok ber kreatif kat gerai kami di Pesta Pulau Pinang. Hampa semua tak teringin ka nak tolong2 sikit kawan kita tu...

Aku actually tak tau nak tulih apa la hari ni.Actually aku dah boh gambaq Madud tu dah 2/3 hari tapi tak dak idea nak tulis apa pung. Tiba2 hari ni tengok ada la komen yang bernas2 dari sahabat2 ku...aagh...syok aku bila hampa participate.Klu tidak aku rasa macam org gila dok tulis sorang2...tak tau ada hamba allah baca ka,hantu baca ka,syaitan mana baca ka...tapi nampak counter tu adalah jugak kutu2 yg dok baca...hahahha...you guys make my day.

Aku post lah kat sini apa yg Koden kata:

Assallamuallaikum,

Hai kawan2. Apa habaq semua? I think most of us will b sibuk dok buat persediaan anak2 nak masuk sekolah. That is the main reason why kita tak jadi buat gathering yang d warwarkan sebelum ni. Short notice is another reason.

Tapi yang penting, I hope lebih ramai la kwn2 yang sanggup play a bigger role in making this gathering ni jadi. No fingers should be pointed to anybody kalau tak jadi.

Paham2 la, semua kita dah ada multiple t/jawab dah. So come-on gang mai la pakat2 tolong Jit n Dzamri to make this gathering ON somewhere in January ka.

Amacam, boleh kot?!?!??

OK la, ni nak crita sikit tentang "when Jan comes" ni. Macam yang d sebut tadi la, ramai yang kalut dengan persediaan anak2 nak masuk sekolah semula. For me alhamdulillah my days of antaq anak2 ke sekolah dah berakhir ujung 2006. Yesterday, aku hantaq my youngest daughter masuk UiTM. My nasib is agak baik sebab ketiga-tiga anak2 d tempatkan d kampus Shah Alam which is just +-7km dari rumah.

La ni, kalau tak cakap pasai anak2, nak cakap pasai apa lagi kan. Hope we can share more about anak2 kita juga supaya kalau depa jadi classmates then they'll know n will b proud of the kebetulan.

Last but not least, tajuk kebetulan ni. Recently my son (sulung) lawan tenis antara kampus n kebetulan dia berpasangan dgn anak my partner masa zaman dolu-dolu, zaman I became johan kebangsaan.

Syok n nostalgic la bila benda2 gini berlaku. Think about it gang.

OK tu saja la buat kali ni. Harap2 lebih ramai la yang menjengok n menjampuk BLOG ni.

Wassallam.

CIOW

Regards

KODEN

Mc E said...

Salam to kawan2 smua, esp. Dzamri yg rajin buat blog site ni(aku slalu tringat dia as De Zamri sbb dia sorang nama Zamri yg ada D didepan.) Seronok gak baca blog hampa wlaupun tak ingat smua. Tapi klau sbut nama Dzamri,Koden, Harjit S., Nor Asma, Fazilah, Ku Azlan, Hasaza, Rajan, Cheng, Chong Nyuk Chong, Madud - nama lain will come in due course,etc.2 memang nostalgia habis. Tambah plak jumpa depa (Zainudin Ahmad, Koden, Dzamri, Cheng, Madud) baru2 ni. Actually I jz came back from Raya Haji dJitra, attend cucu sedara punya akad nikah, yes - cucu sedara - dah tua dah kita ni, oops.. bukan tua, dah berpengalaman (anak pada Liza-my niece, class mate Norehan, adik Koden - SATS 1968-1973). Pastu pi tidoq kat Penang. My son n daughter tringin nak pi Pesta Penang (tak pernah pi)bawak depa n so happened ada Awie n Wings performing dpatlah kami tengok rockers tu di Pesta tu. Lain kali ada krke, Koden msti suka nyanyi lagu rock Awie tu.. Neway, tak tau Dzamri balik Penang baru2 ni, tidak leh jumpa kat Nasi Kandaq Line Clear. Ok geng, bila nak buat gathering habaq no, ajak Rajan skali nk tanya pndapat dia pasal Hindraf.. acah je.. yg pnting dapat jumpa member2 lama. Salam to all. McE Ahmad (SATS 1966-1971)

Hahahaha...Tapi Mael, hang dah pi pesta hang tak pi cari ke Madud kat situ...Sampai hati hang.Kesian kat dia...Dia dok ada kat gerai Z10 tu, dekat ngan surau.
Ok,macam dok kata lah, kami memang nak arrange buat makang2 bulan Januari ni,klu hampa rasa ada date yang sesuai bagi tau lah...Give me some idea man...

Aku ni la ni ada kat opis lagi,time is about 8:55pm..Tunggu member mai sebab kami nak kena pi buat final acceptance test kat satu kilang kabel kat Penang pagi esok...jadi mlm ni kami calo lah pelan pelan.Sementara tunggu dia ni aku melalut lah sat.

Macam Koden kata tu aku setuju lah...sekiranya semua kawan kawan pakat bermuzakarah dalam blog ni,kut kut la kita boleh berbisan ka apa ka? hahahaha...we'll never know.Its a good gesture actually bila kita selalu interact...Anak aku yg 18 tahun tu pun baru ni dah buat reunion gang sekolah rendah dia,reason being dia seronok tengok aku dok jumpa gang2 lama.Dia pun buat jugak...

Hampa ceritalah pasai anak anak hampa semua...pastu kita boleh lah bertukaq pendapat.Klu ada nak crita pasai bini baru depa ka,laki baru depa ka pun boleh jugak.

Walau camanapung aku kena buat juga gathering untuk bulan Januari ni.Anyway stat 2hb aku kena base kat Paka T'ganu lah sat..Maybe 2/3 bulang kut.Tapi arrangement utk muzakarah kita aku mesti pi punya. Koden boleh arrange, aku pun boleh...now technology dahsyat...dok tang mana pun boleh kontek.Cuma hampa saja dok segan silu tak mau nak belajaq komputer ..Hahaha...Member aku dah sampai...Aku chow dulu. Esok lusa berborak lagi gang..

Wa sayang lu.....

Wassalam.

Thursday, December 20, 2007

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Takbir raya bergema... Mai umur tua2 ni dia jadi sebak sikit dan jauh hati klu tak dapat jumpa anak2 ke,mak bapa ka...kan? kan?

Walau camana pun aku nak ucap Selamat kepada semua kawang2 yg baca blog ni dan juga klu hampa jumpa kawan2 yg tak baca,hampa tolong kirim salam dari aku.

Apa kah korban yang hampa buat tahun ni ? Pada aku lah, jaagan pikiaq hari raya je nak korban, hari lain pun korban lah sikit masa ka,tenaga ka atau pun minda ka utk hala kebaikan.Insyaallah,ada balasan sebalik tu semua.

Aku bukan la nak mengata, tapi trend la ni ada yang buat korban tu untuk nak menunjuk kat orang kata dia boleh buat tiap2 tahun. Ada juga yang korban kan unta untuk Aidil Adha ni. Memanglah dia mampu, tapi niat mau betui. Perkara ngan Tuhan ni, dolu dolu ustaz habaq niat atau Nawaitu mau betui. Pasai tu klu kita lupa niat puasa tak boleh posa. Org pakat share 1 ekoq lembu ada mamat nak buat sekoq sebab dia kata esok di "sana" nak naik lembu tu sorang dia saja. Tak payah dok bersusah payah. Bini dia pun buat sekoq,anak2 pun sorang sekoq.Kiranya camana depa bawa kereta sorang satu disini depa ingat mcm tu lah kut disana. Depa tak mau lembu pooling juga.Walhal semua nak pi tempat yang sama. Sa kata diatas dunia pakai kereta mewah, disana esok esok ni nak naik unta...tinggi sikit. Org lain dok tengok depa je lah....hahaha aku ni mula merapu.

Tadi...19hb Disember...aku keluaq opis kul 6ptg. Kena teh..pas tu kul 6:25 member hantaq aku pi stn komuter Batu 3. Jam la kat simpang TTDI Jaya tu,jadinya aku sampai komuter 7.02. Pakai TnGo tak yah la beratur ambik tiket..Tren sampai kul7.05. Org penoh hang kata...Tak kisah lah.Berdiri lah aku ni sampai Sentral..Turun kat situ kul 7:35,lari pi tukar Putra LRT plak. Sampai kat Mesjid Jamek kul 7:47 camtu lah...Lari pulak naik satu lagi LRT pi ke Plaza Rakyat. Sampai ngam2 kul 8:00 kat Puduraya.Bas aku pukul 8:00 gak. Dengan penat dan peloh nya aku naik lah bas Konsortium Snoozer Seat balik ke Penang. Dia keluaq dari Pudu lebih kurang 8:10 camtu lah...Jam gila...Trafik Heavy lah bukan as in jam tak jalan...Sampai Penang tepat jam 2:00pagi 20hb.Disember 2007....Hahahaha. Nasib baik naik Snoozer, sebab dia ada private entertainment..Boleh tengok vdo dan seat dia luas...Banyak movie aku tengok sebab bas jln slow... Sampai Penang, kena nasik kandar Kapitan Keling atau la ni org panggil Nasi Beratoq sebab,belum dia buka pukul 10mlm...org ramai dah beratoq. Dia ni buka malam saja..sampai pagi subuh camtu clear lah dia. Dia ni betui2 sebelah Mesjid Kapitan Keling. Klu2 la hampa rasa nak try... Dia ada satu lagi Restoran Kapitan Keling. Yg tu nasi dia tak cun, tapi tandoori dia aku rasa paling best lah...Aku compare dia ni ngan North Indian Restoran yg standard2 tu , dia punya ayam memang on-par or maybe better.Very juicy...Amaa..

Balik rumah tak leh nak tidoq jadi tulih je lah. Lepas sembahyang raya aku balik AS la jengok org tua sat.

Berkenaan jamuan makan kita tu aku rasa tak leh nak organise lagi lah sebab ujung tahun ni sibuk. Aku dah cakap ngan Koden dan juga inform Jit about this. Aku rasa elok kalau boleh bagi notice kat hampa semua sebulan in advance baru boleh plan ...betui dak?

Ok lah aku chow dulu..Utk menghiasi halaman aku ni, aku tampilkan dara kebanggaan kita.


Bertugas di sebuah pejabat guaman di Alor Setar,bersebelahan ngan opis admirer Gah kecik2 dulu..Loyar juga..Herjit Singh. Aku dapat cakap ngan Herjit hari tu,1st thing dia tanya ada lah Gah...hehehe..And they call it...puppy love....hahaha joking da..klu marah klu aku tak mau kawan dah.

Tharumambal itu lah namaya...Dari kecik ni aku sekali ngan dia.Suara dia bunyi serupa cam dulu.Ala Lata Mangeskar gitu.Dia ni baik jadi tak dak lah apa nak cerita pasai dia, yg ada dlm kepala jemala aku ni semua yg tak elok2 saja. Masih belum berpunya...Sila kan.Apa2 pun hampa kontek aku dulu.Aku akan screen kan..

Wassalam.

Monday, December 17, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum,

Bertemu lagi lah kita ni...Aku dok ada kat TTDI Shah Alam la ni. Kat opis lah. Aku dah terjumpa gambaq yang kita buat reunion pertama kali kat Quality Hotel KL.Jadi aku masukkan lah utk tatapan kawan2 semua.

L-R, Row Belakang:
Dik D,Jan Darus,Brahim Chin,Kamal,Amin Bahari,Jit Md Nor
Row Tengah:
Zainuddin Ahmad,Koden,Muhiddin,Ah Huat,Hassan,Hanin,Aku
Depan:
Dess(Bini Din Ahmad),Sharehah,Hasni,Roshita,Nor Asma,Fatimah Zahrin,Fadzilah,Madud.


Itulah perjumpaan pertama kami. Best gila.Asyik bersembang tak habih2. Yg pompuan mcm pompuan dan yg janyan mcm jantan. Gambaq diatas tu anak Gah ambik,pasai aku dok jadi cameraman jadi kena bagi org lain ambik utk nak boh muka aku kat situ...hehehe.

Aku harap Dik D syok lah sebab muka dia ada sama.Klu tak dia nanti bising lagi.Tapi aku rasa dia marah kat akulah la ni.Mungkin pasai aku dok mengata kat dia kut.Ya lah dah tua2 ni cepat 'jauh hati' kan...Tapi pung kira nasiblah.Aku ngan dia ni memang camni dari dulu lagi.

Walau camanapun aku harap kita semua boleh lah berjumpa sembang sembang.Mengingatkan kembali segala nostalgia lama2 tu.Tapi aku masih rasa kita tak boleh nak jumpa sepenuhnya lagi.Hampa semua klu ada idea camana nak buat tolong lah bagi sikit.Aku tau hampa semua sibuk,aku pung sibuk gak,tapi bila ada masa tu cuba cuba la melalut ngan hampa semua.

Gambaq ni kami pi melawat Cikgu Wahab kat rumah dia.Dia ni kan cenge dulu.Asyik pukui org saja.Tapi la ni dia tak berapa sihat.Katanya kena stroke. Klu tak silap aku dia ni tak mengajaq kita kan?Tapi dia ni banyak sebelah Tingkatan la dulu.Masa kita dok tunggu di pavillion sebelum masuk sekolah tu kadang2 dia adalah.Tapi banyak lagi Cikgu Jaafar yg aku ingat.Cengeh tak tentu hala kan.Aku kata camtu pasai aku cukup seriau tengok dia.

Masa tu yg jantan kena pakai uniform warna putih dan pompuan pakai pinafor ke? Betui ke? Aku tak berapa tau lah sebab aku tak dak anak pompuan...Biru muda gitu betul dak? Paling syok tengok masa tu Rogayah Baharum lah...hahahaha and not forgetting Goot Yee. Klu aku lupa dia ni Koden marah. Sebelum masuk kelas aku dah berpeluh dah.Dah la panas masa tu kena pulak jumpa firaun lain2 semua jadi tak tentu hala.Nak buat homework(meniru) pun masa tu lah.Aduhhhh...syok jugak masa tu.

Cikgu yg sorang ni pun aku tak leh lupa jugak.Mr.Tee...Dia ajaq maths.Bercakap melayu mcm apek kongsi.Tapi aku suka dia mengajaq. Kena mai hari sabtu belajaq cepuaa'..Semua kena beli sorang satu.Aku sampai la ni ingat camana nak pakai benda tu. Tapi paling best sekali bila dia dapat penyakit gatai dia tu lah kan? kita cutiii.... Dia tu ada mana la ni ha? Ada suatu hari tu,aku rasa masa kita Form 2 kut,klas kita kat bawah kan!Amin sudah buat lawak dan aku gelak.Masa aku gelak tu lah dia masuk klas.Dia bagi kita kerja utk buat pas tu dia mai cubit pipi aku sambil aku buat kerja sampai dia habis klas.Geram nya aku....Tapi aku sayang dia lah..

Pak Ooi..ajaq Industrial Arts. Tapi dia ni buat camana pun org tak marah kat dia.Pasai dia tua kut no..Kadang2 dia cenge' tapi kadang2 seronok gila klas dia. Aku ingat sekali tu dia buang satu besi apa ka kat dalam klas lepas tu dia tanya "What is that sound?"...Sapa tak leh jawab dia bagi ngan ruler panjang tu. Yang aku ingat semua org tak leh jawab sampai sudah. Rupanya jawapan yang dia nak tu ialah "ringing sound". Sebab bunyi dia cam loceng...rriiinnnggg...gitu. Dia juga biasa menyusahkan aku bagi aku buat projek copper tooling la sepatutnya,tapi oleh kerana tak dak copper dia bago aku aluminium sheet suruh buat mcm lukisan/ukiran suasana kampung gitu.Ya Allah punya sussah sebab menatang tu besar pas tu aku nak kena dok angkut pi mai pi mai naik bas dari Pulau Nyoq tu.

Tengah dok menulis ni aku teringat nak tengok komen...tiba2 ada dua org yg komen jadi aku boh la kat sini..


Assalammualaikum kawan-kawan. lama tak run through your blog. ni nak tanya ada sapa nak balek Jitra ka raya ni?. kalu ada gang jom la kita pi cuba bring joy to guru-guru kita yang dulu.Hari apa minggu lepas tak ingat dah, ada la terbaca berit kemalangan kat Jelapang.Tersebut la pula nama kawan kita Zurina Nayan. Terkejut la sat. Pas tu cuba call tak dapat. Nasib baik dapat Hamidah, Alhamdullillih bukan kawan kita, tapi kesian la juga orang lain tu. Anyway, amboi kalau Dzamri jumpa anak dia please convey my congrats to him. Tapi kat mak dia yang comel loteii tu please sampaikan salam itu pun kalau sudi. dah lah mula nak melalut macam pompuan tua. Till next time Bye you all.
-Gah-
Assalamuallaikum,

Nasib baik aku tak dak darah tinggi. Tekejut aku tengok Ain respon. Yg lebih tekejut lagi, dia dapat tau tentang blog ni dari Gah.

Ladies, I betoi2 tabek both of you. It'll be a great motivation for Dzamri.

Untuk makluman semua, bila Dzamri start this blog, I think I'm (probably)one of the 1st kawan yang dia contect. Minta komen.

Honestly, aku malas dengan benda2 ni. Lebih2 lagi aku tengah dok venture into the 1st of my 3 years full swing before nak pencen and (kalau boleh)nak balik dok di Jitra (I'm sure my wife has got other idea - nak balik dok di Kuantan). Anywhere luaq KL is OK for me.

Anyway, balik ke cerita blog ni, aku continue to respon to Dzamri's blog ni is just bcos aku sanjung niat dia. Lagi pun mangkuk ni dok sorang2, dia sunyi laaa.

Jadi kawan2, layan la kawan kita ni k. Nanti dia pun jadi seniman jalanan macam Dude, makin ramai yang akan pening. Tambah2 Din Luyen, aku risau juga kat kawan aku yang same name sake ni. Macam2 penyakit dia dok galaih tu. Tapi dia amat prihatin dgn masaalah kawan2. Take it easy Yen.

Oh ya, few days ago, aku pi jumpa Teh Hamid. Kalau pi jumpa Pengurus PTPTN ni, hampa tau la pasai apa kan. Anyway, dia cukup helpful untuk layan rayuan my daughter nak minta tambah pinjaman. Ni lagi sorang kawan kita yang berjaya dalam kumpulan white colar.

Jangan salah faham, kebanyakkan kita dah berjaya dalam bidang masing2 tau. Ada yang berjaya ada anak banyak. Ada yang berjaya nak kerja di Jitra sendiri. Ada yang berjaya nak jadi pendakwah. Ada juga yang berjaya menikah ramai n masih dok tunjuk skill gatai lagi.

Dzamri, hang setuju dak dgn statement aku ni?

OK la, ada hal2 lain yang aku nak kena buat. That's it gang for this time.

Wassallam.

KODEN

Oleh kerana Gah ada mention pasai Zurina Nayan aku masukkan gambaq dia kat sini.Aku nak cerita banyak tak tau pasai dia ni sebab masa dia masuk SMJ aku dah kena buang. Mungkin sidekick aku boleh buat article pasai dia...Koden...where r u? All yours...

Gambaq ni diambil masa pertemuan kat Etong...Klu gah boleh kontek dia suruh la diia tengok2..

Oklah...esok pagi aku nak gi Ganu,hari ni kena prepare utk meeting esok. Ok guys thank u for ur support.

Wassalam.