Assalamualaikum gang...
Wah...aku baru sampai dari Penang. La ni kul 1:34 t/hari, 2/1/2008. Naik bas pukui 8:15 tadi. Benda pertama sekali aku buat adalah check komen hampa semua.Hahahaha syok nya aku bila hampa masuk dan participate.Cool guys...banyak ni la saja kawang kawang aku yang tau pasai komputer kut..hahahaha.
Terima kasih banyak pada yang dok hantar sms ucap selamat tahun baru.Aku tak dan nak balaih pun ada,tapi lagi satu aku rasa tahun baru ni tak dak benda lah sangat.Macam hari hari lain lah juga. Klu raya tu ok lah.. 10hb ni awal muharram...Apa kata kita break tradisi dan wish every body selamat. That'll be cool.
28 sampai 30hb Dis tu aku kat Ganu, pas tu aku balik pi Penang. Sibuk ngan gerai Glass Art dan sibuk nak cuci gerai,angkat barang sebab 31hb tu last day. Alhamdulillah it goes quite smoothly though we didn't make in terms of monetary but we did score on promotion. Lots of queries and contacts that we had which prompt me into setting a website to sell Madood's creativity world wide!!! Idea besaq..But what the heck,its worth a try and doesn't need that much money to start with anyway. But surely need support from u all semua.Bagi lah idea dan tolonglah at the same time promote product tu. Aku rasa untuk permulaan aku akan buatkan blog lagi satu yang akan menunjukkan product2 yang boleh di buat dan juga menerima tempahan.What say u guys?
Bila dah on nanti aku war warkan kat hampa semua.
La ni definitely semua orang dok sibuk ngan anak2 nak pi sekolah dan juga yang nak start semester baru. Anak anak aku dah besaq dan dah bermisai dan janggut,maklumlah mak depa tu darah keling/pakistan semua campoq jadi berbulu la depa ni.Hehehe.
Anak aku yang eldest Hafriz, akan start sem dia 3hb ni kat UiTM dlm bidang Broadcasting.Dah 2nd sem dia untuk degree ni.Dia ni kat kolej depa panggil dia Chino. Mujoq la dapat Universiti ini Tolong Melayu,kalau tidak banyak juga nak kena korek....Koden pun aku rasa anak2 dia tiga2 sekali ada kat UiTM gak latest one masuk January intake ni whereas abang dan kakak tu dah masuk earlier.
Anak aku yg No2,Zaqwan, tangguh sem dia kat Uni Malaysia Perlis sebab dapat Air Asia Academy. Suppose to join 14hb ni tapi belum dapat surat.Dok tunggulah tu.
Anak Din Luyen dengan bini ni, kecik2 lagi dan cute2 belaka..Tak sekolah lagi kut. Jit yang aku tau anak dia sorang ad a kat Sek Sains kut dan yang sorang lagi sekolah rendah. Anak Mc 'e sorang ada di Medan buat medic agaknya.Yg lain tak tau la pulak.Anak Dik D pun ada yg jadi Doktor dah kut.Tapi jangan tanya aku anak ngan bini mana, aku tak sure...hahahaha.
Klu hampa rajin updatelah pasai anak2 hampa,mana tau depa dok berkawan la ni..kita haram tak tau apa pung.
Hampa ingat dak masa kita SATS dulu. Aku paling ingat sekali bau krayon masa kita darjah satu tu...Krayon ngan plasticine kut.Bau dia semacam lah dan aku syok bau tu.Bila terbau la ni aku teringat sek. rendah dulu.
Aku dulu stat darjah satu kat Sek Rendah Sultan Abdul Halim kut.Kat Aloq Setaq.Dok sat saja.Aku langsung tak ingat detail dia.Pas tu bapak aku mengajaq di Jenan,baru transfer pi sekolah Ahmad Tajuddin.Di sinilah mula kenai hampa semua.Koden ngan aku ni bila rehat kamimakan bekai sama2.Masa tu sandwich lah...hahahaha.Naktergelak lah tu. Boleh share lagi.
Aku ingat klas tu Std.1C. Baju putih seluar warna choklat kut? Dlm kelas aku ada juga nama Zamri. Kami panggil dia Zamri gemok.Dia ni selalu nak pukui Koden...Koden takut kat dia. Hahaha. Tapi lepas tu dia dah tukaq sekolah kut.Tak jumpa lagi.
Guru besaq tu apa nama ha? Dari mula std.1 sampai aku belah pun dia juga kan.Yang aku ingat cikgu2 kita masa tu adalah Mr.Heng.Dia ni class teacher masa std.5.Dia juga guru rumah Pelandok masa tu.Warna Biru...kan?Tapi masa tu tiap kali sukan semua pakat seronok bila dapat kupon minum F&N...berebut2. Hadiah pulak ada tahun dapat medal,ada tahun dapat raket badminton lah,tuala lah...hampa ingat dak?
Mr.Fong..bawa volkswagon.Dia guru scout. Aku ingat dia sebab aku masuk scout dulu. Scout meeting hari Jumaat ke Sabtu..Tak berapa ingat. Tapi syoklah.Kamporee pun banyak kali juga buat kat padang sekolah. Dok dlm khemah.Tapi klu hujan semua tidoq dalam kelas.Masa tu lah belajaq buat gajet..Guna buloh buat meja dan sbgnya. Belajaq masak. Hehehe. Syok.
Mrs Chong.Dia ni klas teacher kita masa std4.Muka dia cengeh kan..But I find it very sexy...hahahaha. Dia ni kan bini Chong Eng Kong. HM SMJ. Aku , Mail Ahmad ngan Zan Loceng telah diarahkan main ngan anak dia tiap hari Jumaat kut.Nama anak dia Bahagia. Dapatlah kami merasa permainan Monopoly,Scrabble dan mcm2 lagi.Depa kan kaya.Mrs Chong nanti masak bagi kami makan.Hentam.Aku ingat lagi dia buat Mee Kicap la kut..sedaaaap..Tapi masa tu tengok laki dia aku takut..sampai lah aku masuk SMJ pun dok takut kat dia lagi.Anyway dengan Bahagia dah lost kontek, sampai la ni. Depa ni semua klu tak silap, baik ngan Tengku Abdul Rahman masa tu.Pasai tu anak dia ada nama camtu.
Ustaz Yaakob pun aku ingat juga.Apa yang aku ingat tentang dia ni mungkin gigi dia jongang sikit kut. Dia ajaq ugama la kan..Tak banyak yang aku boleh cerita pasai ustaz ni. Lagi pun aku ni subjek ugama ni kat sekolah aku berat betui lah.Ada lagi sorang ustaz yang aku lupa nama dia.Kurus2 tu perawakan dia dan sentiasa senyum.For that matter Ust Yaakob pun sentiasa senyum gak....hahahaha.
Chop office boy aku ingat...Kuruih tinggi.Yang ni pun senyum selalu.
Yang jaga kantin tu apa nama ha? Ada misai tu..Dia tu pun best jugak.
Tapi guru yang tak boleh lupa adalah Mr.Ainon Din.Takut gila aku kat dia ni dulu.Harap harap jgn masuk Std 6A,supaya tak jumpa dia.Smart je dia ni.Pakai kereta sport tu.MG kan. Tulisan atas papan hitam punya lah cantik.Klu dia marah pun punyalah cantik.Hampa ingat dak tiap tiap bulan ada test. Pas tu tempat duduk semua kena dok tiga2 kan. Position dlm test menentukan tempat duduk.Aduh tension la klas dia ni.Aku biasa kena pukui ngan dia ni...walaupung head prefect. Sedih gila.Tapi bila lama ngan dia hang nanti rasa dia cikgu paling best sekali. Budak klas lain tengok klas dia mesti risau.Kita pulak tengok budak klas lain jealous sebab depa banyak relax.Kita asyik homework saja.Whatever it is Mr.Ainon...we salute you.
Hari tu Gah ajak balik raya haji nak melawat guru2 kita.Anybody knows the whereabout cikgu2 kita tolonglah update kan kat aku.Gah punya gesture tu baik.Nantilah bila kita dapat gather dan buat benda tu.
Ain kata: Assalamualaikum Rasanya belum lambat lg kut i pun nak ambil kesempatan nak wish selamat tahun baru utk semua! dgn semangat baru, azam baru tentu banyak yg kita semua nak buat dlm masa yg akan datang ni...so apa2 pun sama2lah kita doakan supaya kehidupan yg bakal kita lalui ini diiringi taufik dan hidayah drpd Allah. p/s Dzamri/koden...i hairan jugak Gah tak masuk comment apa2 utk memeriahkan suasana...kita tunggulah
Gah tolong komen...kawang2 dok tanya mu ada mano nih?
Koden sampuk: Asslkum, Well done Dzamri. Ni hang dah dapat Mc E to chip in dah. All this while aku dok tak-teh taip ni is just to support ur good intend/vision. And Mc E, terus2kan la k. Tringin juga nak dengaq your version of nostalgia SSAT. Honestly I like Hasaza's version of nostalgia tapi (rasa2nya la)sayang sikit askar ni pangkat besaq sangat sampai tak pernah taip apa pun. SMS pun gagau! Kalau hampa tak percaya, please sms to his no. 0133311552. Tengok sendiri... oops sorry, dengaq sendiri la macam mana dia jawab. Im sure Dzamri, Dek D, Din ILY dah tersenyum kalau baca this statement. INGAT: JANGAN CALL DIA. SMS SAJA. OK, aku pun dah tak dak modai dah ni. Oh ya satu saja lagi, apa dah jadi kat Gah and Ain? Jgn la diam sangat. Aku selalu juga jumpa Gah sebab dia jelous kat aku dgn Zaki (husband dia) and I know for sure she's got alot of nostalgic memories of our "pra dapat i/c days". Hampa nak tau pasai apa Gah jelous kat aku/Zaki??? HAHAHA next time ok. CIOW Bro/Sis KODEN
Apa yang Koden kata pasai Hasaza tu amat lah benar sekali...hehehehe.Aku memang gelak bila baca komen hang ni.
Mc'e kata: DeZamri, hang x balik KL ke weekend ni.. hang dok lama2 di T'ganu tu nnty lupa cakap Kedah kot.. la ni pung asyik sebut ikang dalang pinggang saje.. La.. x tau pun Madud ada kat Pesta Penang, klau tau aku pi gerai dia lah, bagi moral support sikit.. ok, ada keja ganggu tpaxa stop. Cu guyz in 2008 n Selamat Tahun Baru pada smua kawan2. Salam dari McE (pronounced mcm org Kedah panggil Mc'e, not Mael).
2 comments:
Assalammualaikum kawan semua. rindu juga lama tak run through your blog. Terima kasih kepada kawan-kawan yang hantar new year greetings. Minta maaf kalau tak sempat balas. Sory lama tak jampok sembang dengan you all. Maklum saja la hujung tahun. Terkilan la juga balik Raya tak dapat jumpa kawan-kawan sorang pun. Tak dak kereta and patah kaki la kat kampung.Raya kali ni takdak lain but kenduri saja-saja. Kakau bukan wedding korban. sejak balik hari-hari I masak sea food. Tak lalu daging and ayam. Koden, mintak maap banyak last Monday lupa macam orang tutup-tutup tennis Affiq. phone dalam beg and I kat bawah. Bila sedak dah tengah hari dah. SORRY.Today I sembang dengan Puziah and Zurina Nayan. Depa kirim salam kepada semua kawan-kawan. ada la habaq kat depa pasai blog Dzm ni. Hopefully they will join in.Ain ingat Puziah dak. Dia nak ajak I jumpa next week insyaallah. Her husband nak pi night stop 2 weeks next week.If you dapat join kan best. Sapa ingat Saadiah.Dia ada contact Puaiah. Dah lah penat la pula dok raba computer ni till next time Wassalam. GAH
Asllkum,
By far aku paling enjoy baca crita hang "dua Ribu Lapang" ni. Somehow nostalgia Sekolah Mat Tajudin memang have a very big place in my heart la. Semua cikgu2 yang hang sebut tu aku tak payah jampuk dah sbb dah well discribed.
Hang lupa ka cikgu Std 2 kita? Miss Khoo Foo Seong. Aku syok style dia bila nak stress certain points. Lepas dia tuleh d papan hitam, dia nanti jalan n xplain. Yg best nya dia akan flick kapur balik ke papan hitam(d blakang dia)without even looking back. Memang cikgu2 kita dulu tu best.
Ustaz yg telupa nama tu, Ustaz Salleh kot. Dia ni ustaz cum coach sepak takraw. Nampak lembut tapi can be very cenge juga. Dulu dok Taman Jitra tapi rasa nya dah pindah kot, tapi masih menetap d Jitra, maybe d Kg Tok Kesop kot n dengaq kata dah makin uzur juga dah.
Head Master Mat Tajudin masa kita std 1 smpai std 6 is Mr. Thong Yin Yau @ Yin How. Cakap lembut n meleret saja. Dia ni la manusia pertama aku start belajaq mengajuk.
Nanti bila2 kita cakap pasai cikgu masa d SMJ pula. Kesian kat kawan2 yg tak p Mat Tajudin.
Gah sebut pasai Saadiah. Yes I've seen her latest gambaq d kamera Dek D. Kalau jumpa memang dah tak kenai sbb nampak dia macam orang yang hati senang n makan lalu sungguh2 dah. Harap kalau Saadiah baca pun dia tak marah kot. Dari perbualan dlm phone dgn dia, dia ni memang dok sporting macam dulu juga.
Last but not least, syok dengaq Dzamri pun dah mula crita pasai anak2. At least Chino n my son Syafiq yang sama umoq kenai each other. My anak2 n ank2 Gah pun kenai each other juga.
Kan best kalau depa boleh berkenalan dgn anak2 gang kita yang lain. So Persatuan Ibubapa kena mula buat tindakan la.
OK la modai pun dah kering, ketiak pun dah basah, elok la aku stop dulu. InsyaALLAH aku akan terus menjampuk bila ada crita yang d buka.
Wssllam, Ciow.
KODEN
Post a Comment