Thursday, June 4, 2009

Salam semua...

Nampaknya tinggai 2 hari saja lagi maka kita akan berparti sakan..hahahaha. Aku ni memang sibuk gila la nie sebab projek yang aku dok handle ni dah nak sampai ke penghujung nya. Banyak lah songehnya sana sini. Walau bagaimanapun, BB50 kat MBR ni tak lekang dari kepala aku. Dok terpikiaq hari2.

Yang selalu bermain di fikiran adalah kerisauan yang amat sangat tentang kehadiran jemputan. Risau samada yang mai tu ramai ka atau sikit sangat ka.. Tapi aku masih konfiden yang ramai akan mai pada hari tersebut. Tapi kalau....

Yang keduanya, risau akan cuaca. Kita punya makang2 ni buat kat luar. Nak enjoy angin lautlah katakan. Tapi memang dah ada plan B sekiranya cuaca tak mengizinkan. Kita akan dipindahkan kedalam dewan sekiranya hujan. Tapi kalu dalam tak cun lah sangat BBQ kita ni kan?

Walau apa pun yang akan jadi aku terimalah saja dia sebagai Qada n Qadar...

MAI LAH WOI..BERAMAI RAMAI... 

Wassalam...

Sunday, May 31, 2009

NORHAYATI ISHAK


Salam...

Khas utk Kamal :

Yati ni aku ingat dia masa kat SATS je. Masa SMJ aku tak tau dia ada lagi ke tidak.

WASSALAMSmiley Sunglasses

SALAM

BBQ
Salam semua..

6hb ...6 hari lagi dari hari ni. Tak lama dah. pejam celik, pejam celik, dah sampai hari yang ditunggu tunggu. Walaupun ramai yang berkeyakinan bahawa majlis tu sejuk bak salju, tapi aku ngan kawan2 lain akan memastikan bahawasanya ia akan jadi panas dan meriah..Hahahaha Devil

Ok lah..apa nak buat kalau ada orang yang tak mau support, takat ni sajalah aku boleh buat. Lebih tak dak dah. Kamal, Mazlee, Koden, Talib dan yang lain2 lagi aku rasa dah menjalankan tugas depa dengan penoh hemah. Aku dah kira banyak2 terima kasih pada depa ni semua.Thank YouA big thank you untuk Jan Darus yang hantaq duit, walaupun dia tak leh nak hadir. Untuk yang kata Jan tak dak tak mau mai, oklah, pi lah rumah Jan kat Selayang..

Masih terbuka untuk sesiapa saja yang nak mai...Walaupun tak confirm awai, sebab aku tau hampa semua tak mau rugi bayaq awai, takut tak jadi mai, kan? Biaq kami rugi tak pa.

Acara kita....

3pm - Dah pakat boleh check in dah. Utk yang ambik bilik nama2 nya seperti berikut:

1. TAL18
2. Sharehah
3. Puziah
4. Koden
5. Chong
6. Kamal
7. Mazlee
8. Roshita

Kalau ada yg aku miss hampa tolong bagi tau cepat ha...Crazy 1

Kita dah sediakan aktiviti sedikit sebanyak dengan minum petang...Naik bot pi Tg Dawai, naik canoe, berenang dsb...In The Pool Klu nak..Surfer 2 boleh gak..hahaha

Maghrib kita pakat berhenti lah dan yg nak mandi manda dan yang bertahlil dsb nya lah, sebab pastu kita akan...Party! Love Song

Semoga kita semua berjaya sampai ke tempat yang dituju....Gangster

WassalamFrench


FLORA FEST

Salam semua...

31st May sampai 7th June berlangsungnya pesta bunga di Kebun Bunga Penang. Kalau org Penang dolu2 panggil Jln Waterfall lah kat situ. Actually dari rumah aku dok la nie, berjalan kaki sajalah.

Hari ni pembukaan Pesta ni. Tadi aku pun pi lah melawat. Toh Puan isteri Gabenor ngan isteri Lim Guan Eng meresmikan pembukaannya. Macam2 jenih bunga yang dipamer dan dijual. Kalau yang suka gardening dan nak dapatkan bunga2 ni hampa mailah melawat. Paling elok kalau yang gang dari Kedah tu, hampa mai melawat pagi hari Sabtu ni, 6hb Jun, sebab pagi tak panas dan menyamankan. Pastu lepas makan tengahari hampa balik lah dan teruih singgah kat Pantai Merdeka pulak untuk majlis BB50..Amacam? Lagi pun hari Sabtu depan mesti banyak barang depa dah start lelong, definitely hampa boleh dapat harga yang amat berpatutan. Kan?

Semasa pembukaan tadi adalah persembahan tarian dari Sarawak. Best jugak. Memang teruja aku tengok.

Hampa tengok2 lah gambaq yang dipaparkan ini..



Ini adalah gubahan bunga dari Penang Flower Society kut kalau aku tak silap.







Ni pun something unique jugak kan..





Kaktus ni memang buat bagi aku teruja. 3 for RM10.

Assalamualaikum..

Wednesday, May 27, 2009

LEE KATA...

Salam semua...

mazlee said...

Salam semua...
Takziah pada Tal18 atas musibah yang menimpa cucunya dan syukur kerana diberi Allah kesihatan yang beransur baik sekarang ni...

Pada teman-teman yang kan menyertai BB50nanti, kita cuma tinggal 9 hari saja lagi untuk bersama-sama, cukup atau tidak BB50 kita jalankan jugak, kita lakukan sekadar termampu, berkumpul bersama-sama memeriahkan majlis kita ini.. pada yang datang nanti bersama anak2, bersama cucu dan mungkin juga bawa ibu bapa yang dok sekali, dialu-alukanlah kedatangan tuan/puan semua..

Kisah saya.
saya punyai 3 org anak (2 lelaki dan 1 pompuan) 22, 21 dan 11 tahun.. Tahu ajalah bila anak2 dah besar panjang ni susah sikit depa ni nak jalan2 dengan kita, mcm2 alasan yang depa bagi, itu lah inilah.. tapi untuk BB50 ni, saya minta mereka luangkan masa mereka untuk bersama bapak dan mak depa ke BB50, bukan apa, cuma nak bagitau ni la kawan2bapak depa....ermmmm... dah 50 dah yer umur kita...itulah realitinya.... 

Berbalik pada BB50...pihak penganjur telah menyediakan hadiah yang agak istimewa, mai la ambik kepada yang mendapat cabutan bertuah.. antara 
hadiah2nya .....ooo sorry tak boleh habaq...rahsia..hehehehehe..
apa-apa pun tuan-tuan dan puan-puan adalah dialu-alukan menghadiri majlis ini bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara kita....
Semoga Allah memperkenankan nita suci kita ini....

Sekian, salam untuk semua....