Thursday, November 13, 2008

Berlainan Tapi Serupa


Salam...

Aku terlambat hari ni... terlambat jumpa Own sebenaqnya. Early morning dok diskus ngan gang aku pasai kerja, terbawak bawak lah time tu.. Tapi aku bagi tau dia aku lambat.

10:45 sampai ke kedai Hussain Nasi Kandaq..Jerai Plaza. Baju batik biru, long sleeve, seluaq hitam dan bersongkok hitam..Own dah order teh tarik ngan murtabak kat atas meja dia. Tapi belum sentuh lagi. Aku ingat kan benda tu baru sampai, rupanya dia dah ada second thought about eating the murtabak cause he has his eyes on the nasik kandaq..Haahaha..aku lah yang makan murtabak tu. Dia order nasik. Lauk sotong ++.

Sembang lah...usual, pasai anak2 dan family and kisah blog, kisah kawan macam2 lah. Politik je tak sentuh. Tapi Own ada mention sikit bila dia nampak gambaq dia dalam laptop aku dan kata rupa dia dengan expresi muka dan jari menuding tu macam Anwar Ibrahim...Tu lah paling dekat ngan politik dalam 'sembangan' kami.

Aku manage jugak register dia untuk masuk forum, maybe dia akan celoteh dalam forum lah pulak kut.

Own mention Pantai Merdeka tu dah teruk dia punya chalet dsb. Tak maintain ngan elok. So how? Nak keluarkan dia dari poll? You all decide.

Sebenaqnya masa di sekolah dulu pun bukan rajin sangat cakap ngan Own ni. Dia pulak jenis pendiam. La ni baru aku sedaq yang Own ni pun ada sense of humour jugak dan dia pun boleh bersembangan jugak..hahaaha..bahasa camni semua, sahih aku dah kena luku ngan aruah Mamak Maidin. Own masih ingat hari dia kena luku ngan Mamak. Aku kata semua orang kena luku ngan dia. Tapi Own kata hari tu dia kena luku sorang saja. Pasai tu dia ingat sampai la nie...Ingatan gajah sungguh..

Dressing aku hari ni, jeans, round collar T shirt & cap. Berlainan kan? Tapi serupa....

Wednesday, November 12, 2008

KELUMPANG RESORT

Salam...

Gah ada suggest satu tempat. This is the only pic aku dapat cari kat web. According to Gah, tempat ni cantik and banyak aktiviti macam jungle trekking dan sebagainya.. Check it out..Kelumpang Resort...

hs - Berkenaan undian tu its an idea to instill interest towards the event..Then ideas start coming in...Cheerio, tak yah formal sangat...Kawang2 je...



Holiday in Kelumpang Resort
WASSALAM...

NURIN


HAPPY BIRTHDAY NURIN QISTINA

Salam...

Hari ni burstday anak penakan aku, NURIN.. Happy happy burstday to you....

Tuesday, November 11, 2008

UNDIAN...

Salam...

Aku ikut nasihat OWN dan come out with a poll...Peti undi untuk semua buat undian. Kalau hampa rasa nak tambah tempat lagi, bagi tau dan aku akan tambahkan...

OWN


Salam semua...

Lepas tengok blog tak sat dan baca komen OWN, aku pun SMS kat dia. Bukan apa yang SMS tu, takut lah depa orang besaq2 ni tengah dok meeting ka, dok bagi ceramah ka kan?

Dia pun call balik dan kami ada lah plan nak berdating hari Khamis ni kat gurun. Dia kata nak pi ambik anak dia kat Sekolah Sains so boleh lah jumpa sat kut...Memang betui hari tu aku tak sempat nak bersembang banyak ngan dia. Sebenaqnya tak sembang langsung lah. Aku tegoq dia bila dia masuk tempat gathering kita tu kut pintu belakang dan aku suruh dia pi register nama. Pas tu aku dah dok sibuk menyibuk. Dia ada gak hantaq SMS hari raya tapi aku tak balaih. Maklumlah, kadang2 terlupa..dah tua..reaching the big FIVE O in 11 mths time.

Untuk Own... Cadang kita jumpa kat HUSSAIN NASI KANDAR di Plaza Jerai. Keluaq dari highway, traffic light turn left, traffic light lagi turn left dah jumpa..Food is good. Ada WIFI lagi. Ni aku dok kat kedai lah. Dah jadi site office aku kat sini. Kalu ada sapa2 kat around this area nak sembang2, sila lah hadirkan diri, Khamis ni...

WASSALAM....