Tuesday, November 11, 2008
OWN
Salam semua...
Lepas tengok blog tak sat dan baca komen OWN, aku pun SMS kat dia. Bukan apa yang SMS tu, takut lah depa orang besaq2 ni tengah dok meeting ka, dok bagi ceramah ka kan?
Dia pun call balik dan kami ada lah plan nak berdating hari Khamis ni kat gurun. Dia kata nak pi ambik anak dia kat Sekolah Sains so boleh lah jumpa sat kut...Memang betui hari tu aku tak sempat nak bersembang banyak ngan dia. Sebenaqnya tak sembang langsung lah. Aku tegoq dia bila dia masuk tempat gathering kita tu kut pintu belakang dan aku suruh dia pi register nama. Pas tu aku dah dok sibuk menyibuk. Dia ada gak hantaq SMS hari raya tapi aku tak balaih. Maklumlah, kadang2 terlupa..dah tua..reaching the big FIVE O in 11 mths time.
Untuk Own... Cadang kita jumpa kat HUSSAIN NASI KANDAR di Plaza Jerai. Keluaq dari highway, traffic light turn left, traffic light lagi turn left dah jumpa..Food is good. Ada WIFI lagi. Ni aku dok kat kedai lah. Dah jadi site office aku kat sini. Kalu ada sapa2 kat around this area nak sembang2, sila lah hadirkan diri, Khamis ni...
WASSALAM....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Asm wm.,
Ok! Setuju at Hussain Nasi Kandar by 10.30 am.
Anak Rajan belajar taktih
Belajar taktih belaga meja
Bertemu nanti tanda kasih
Membilang hari semakin senja!
Orait...Jadik..Sorry own..hambo nak balas pantung dak reti...Dok rhyme lasung...
Post a Comment