Friday, January 11, 2008
Pulut Ikan Kering
As usual, aku juga la yg akan melayan Dz ni. Don't worry, insyaALLAH I'll continue to contribute selagi terdaya.
Kelmarin, aku dah mula extend out the info/invitation to our GET TOGETHER DINNER. Harap kawan2 yg dah dapat sms aku tu tolong la contect 4-5 orang lagi gang2 kita and please put in some personal touches d mana yg perlu (pujuk2 gang yg malu n malas).
Macam Dz kata la, kalau ada yg perlu penginapan pun kami bisa atur. Tempat nya aja, ongkos nya tidak.
InsyaALLAH kalau ada rejeki kami bisa usahakan sponsor kadar subsidi.
Aku rasa hodoh pula mamak cakap Jawa. Balik cakap Kedah la...
Kamal dah respon. Dia tanya nak jemput gang Malay Medium ka tak? Susah juga nak jawab sebab ada 2-3 pendapat. Jangan salah faham, semua pendapat pun betoi tapi yg mana yg kita nak pakai ha?
Aku dgn Kamal sependapat yg at this age, it doesn't matter apa sejarah kita, SPM ka MCE ka. As long as we are bro/sis of SSAT n SMJ, we are birds of a feather.
Jadi aku nak dengaq la pendapat orang lain pula. Like I've said earlier, semua pendapat pun tak salah.
Halo kawan..., mau bikin dinner ka? 10 orang? kita buat... 30 orang?!? kita pun buat! Ingat.... kita nak tolong, bukan nak potong!!!!
2008 dah start dgn satu perubahan yg radikal sekali. Hasaza DAH JAWAB SMS. Panjang lebaq pula tu. Sekalung Tahniah kat sahabat aku ni.
OK cukup la jampukkan ku buatkali ni, akan ku jampuk lagi d kesempatan muka (halamak, bunyi macam drama la...).
Wassallam.
CIOW.
KODEN
Thank kayu so much my friend...Tak pernah fail dia akan komen.Sayang aku kat dia ni.
Ni ada sorang lagi yang dah lama juga mendiamkan diri, tetiba dia masuk komeng, dengan marahnya pasai aku cakap T'ganu.Dahsyat punya nasionalis Kedah...Hahaha
Assalammualaikum semua. Selamat menyambut tahun baru kepada muslimin dan muslimat semua.Semuga perjumpaan kali akan bertambah meriah akan menghidupkan kembali nostalgia yang telah lama dilupakan. Syabas dan terima kasih kepada kawan-kawan kita yang ikhlas mengaturkan perjumpaan ini. Amboi ada orang dok kat TGG baru 2 1/2 hari dah nak makang ikang dalang pinggang tepi jalang'Tak mboh ambo nok jadi mek TGG. Cek tetap tanya depa ..... laaa awat dok saja. Ayaq dah sejuk. Awat? Tak makan ayaq kopi ka? Biaq depa tau kita orang Tunku Abdul Rahman .Bapak MALAYSIA. Tok sah dok ikut depa. Be original. Nii... Pesanan penaja. Jangan marah. Melawak ja. Koden jangan nak habaq kat Zaki pulak. Thank you Jit. gambar sekolah tu memang mengimbau kembali kenangan lalu. budak yang xxxx sorang tu Law Chew Yap.tapi yang sorang lagi tak ingat sapa. Zurina Nayan tak leh mai but dia kirim salam semua.Dia pun sorang lagi kawan kita yang kita patut kesian. Ada sebab yang tak boleh mention kat sini. Nak tau tanya sendiri k. My cousin Kop @ Halim pun kirim salam kat semua.OK lah.Dah lama ni, enough for now. Till we meet again Wassalam. Gah
Jangang la marah Gah...Tak lupa aih cakap Kedah tu saja nak menceriakan lagi pertuturan pelbagai yang terdapat di dalam negara kita yang amat berwarna warni ni... Siap ada pesanan penaja tu yang kak chah nak tergelak tu..
Alaikumsalam...Thank you for the info dan dok bawa salam orang tu berat tu....I understand why tak leh mention, klu nak tanya sendiri camana? Kawan2 lain tau ke nak kontek? Klu sapa2 nak tau tanya lah Gah. Hope Kop boleh join kita for the gathering 25th ni.
Anyway, plan untuk perjumpaan tu berjalan lancar.Aku dah pung dapat confirmation tempat. The ball is now in your court.Nak pukui balik ke atau nak biaq dia meleleh camtu je...
Aku harap sangat semua boleh hadir dan tak kira form atau tingkatan. Yang penting sama Sekolah. Klu sama sekolah ni, sembang kut mana pung mesti ada yang common punya,mesti ada sangkut kenai cikgu tu cikgu ni.
Koden akan jadi coordinator untuk meet ni bersama sama dengan Kamal. 2K's...
Since confirmation dah dapat, aku harap harga yang di tetapkan tu taklah membebankan sangat.30 ringgit saja. Kalau ada yang rasa beban sangat bagi tau kat Gah,dia boleh tolong bayaq,sebab dia KAYA...hahahaha. Setakat yang aku tau la ni dah 10 orang confirm dan tu tak termasuk yang dok kerja keras nak buat bagi benda ni jadi.
Petang esok hari Sabtu aku akan balik Shah Alam sebab nak settle pasai anak aku yang nak kena repot diri kat Akademi Air Asia pada 14h(Monday),so aku harap dapat jumpa Koden dan finalise benda ni ngan dia. Kami yang sebenaqnya dok cuba cari sponsor untuk buat lebih grand dan mana tau boleh panggil Mas Idayu ka mai golek depan kita...Hahahahaha.Bapak suka..
Aku harap sangat2 kalau dalam pertengahan tahun ni kita buat kagi skali,tapi kali ni kta buat sebelah utara. Aku rasa tak kan nak jadi masaalah sebab kalau dah hampa sanggup mai,tak aci lah kalau kami tak sanggup pi. Mungkin kita akan bincang tentang perkara ni masa kita jumpa nanti.Kita plan awai2 so that senang semua orang nak buat planning depa.Especially Koden lah,bila buat jauh sikit dari rumah dia je, payah lah dia nak buat decision sebab yang tu semua consider minor decision dan bukan dalam scope dia. Dia cuma buat MAJOR decision saja.
Hari ni dah masuk 6 hari aku hijrah ke Ganu...Tak larat dah makan lauk yang manis2 ni. Semalam aku ngan member dah pi ke MYDIN mall kat Bandaraya Kuala Trengganu dan beli dapor.cooker,periuk dsb untuk masak sendiri...Sardin pun jadi, janji tak manis. Tapi yang aku syok sekali dan nostalgia makan pulut ngan ikan kering ngan nyoq parut tu..Kat sini ada jual untuk breakfast. Ada juga rasa manis dia tu..Nostalgia sebab aruah Tok aku dulu suka buat benda2 ni jamu untuk org Pattani yang mai pukui padi kat kampong aku dulu. Aloq Janggus lah kampong aku....
Terasa juga nak cari bini di sini supaya dapat masak makan,tapi kalau dapat orang sini manis jugakla masakan dia kan??? Tak jadi lah..sebab aku lebih suka Chinese food...hehehe
Oklah aku dah melalut.La ni aku dok kat Corner Bean Cafe di Paka. Bawah opis aku lah kedai ni.Dia ada WIFI kat sini jadi boleh lah aku melalut dlam blog ni.
Okay guys hope so much to be able to C all of U on the 25th....
Wassalam...
P/S aku tak leh nak boh gambaq lagi sebab la ni pakai laptop baru dan belum rajin lagi nak transfer segala gambaq yang dlm laptop lama aku tu..
Wednesday, January 9, 2008
SPM/MCE/LCE/SRP...SATS/SKJ
Aku ni sejak berhijrah ke Trengganu ni kerja siang malam. Reason being, dok rumah pung nak buat apa,baik dok kat opis pikiaq apa kerja nak buat. Bila dok banyak pikiaq ni selalu untuk relax kita pikiaq lah our loved ones. The happy times that we go thru and also the bad times that come our way. Well thats life. Tak kisah punya...masa susah kita buat cara susah dan sebaliknya.
Bila aku teringat time sekolah dulu terbayang semua lah jugak. Time tu susah aku masa nak buat homework ngan exam je. Benda lain mana ada susah. Semua kita burdenkan kat mak bapak kita masa tu. Makan, pakai, buku dan duit ringgit semua pak kita punya pasai. Kan? Tapi la ni kita dah upgrade diri kita in terms of age lah, dan terjadilah kita ni mak bapak org pulak. La ni kita lah yang menanggung problem yang anak anak kita tak realise exist.
La ni pulak sosial problem pun berlambak. Jantan betina punya cerita la, dadah la, hidu gam la, judi kuda la dan macam2 mak nenek lagi. Paling recent dalam negara kita ni adalah racial problem. Aku understand yang racial problem ni memang susah nak tackle pasai tu kita selama ni give and take saja. Aku tak tau lah hampa semua tapi selama ni aku melalui give and take ni dengan semua bangsa. Dekat rumah aku di Penang, jalan waterfall atau jalan kebun bunga tu,yang masa kecik kalau kita buat rombongan mesti pi Botanical garden, ad tokong Hindu terbesaq.Tiap kali Taipusam,samada aku beli makanan banyak2 atau aku pi holiday,sebab depan rumah aku tu nanti jam gila2 babi punya. Depa punya main muzik la, menari la, mabuk la dan sebagainya. Tak dak sapa sound apa2 pung. Give n take la tu.Hari ni hari hampa...takpa...
Mai Raya Cina...Dum dum che..Mercun ni meletup letup bagai nak rak.Diam jugak kan. Wish neighbour Gong Xi Fa Cai saja,bila jumpa dlm lift ke apa ke. Mai bulan posa,time kamilah yang ada 3 famili Muslim kat situ utk buat bising. Sebelah tu ada surau,jadi masa terawih lah bising dengan jemaah lain2. Hari Raya...surau tu tak buat sembahyang Raya, jadi diam sokmo lah kat situ.Give n take la tu.
Tapi banyak orang la ni sesama kita punng tak leh nak give n take. Dia tu orang Kelantan lah...leceh..Dia tu jawa, baik2 sikit. Mamak tu bukan boleh pakai....Dia tu kawin Cina...hemm sapa yang Islam pun tak tau...Cina tu masuk melayu...Dia tu budak tingkatan???? Ha?Ha?
Apa cerita ni...Bila SMJ main bola dulu semua org support. Rugger pun serupa.Hoki pun sama. Pasai apa mai nak buat makan2 nak mengerat kan silaturrahim nak kena pikiaq nak panggil ke dak.Bagi aku,panggil semua.Junior klu ada pung panggil juga.Kira apa , main thing kita nak berkenalan dan sembang2. Kepada sesiapa yang tak setuju permuafakatan ni, dai ada choice untuk tak menghadirkan diri.Tapi dia aku consider amat teruk punya manusia lah. Hampa ingat kita ni kat Iran ka? Ada syiah ngan sunni. Jalan je lah Kamal...aku sokong hang sepenuhnya.
Macam yang aku suggest,cubalah bawa anak2..kita ramaikan.Anak kita pun dah besaq...Depa mungkin tak syok nak join tapi nanti ni depa akan ingat. Ok lah...aku rasa Koden ngan Kamal, 2K's dok war war kan dengan bergaya sekali dan aku pulak melalui blog no je lah dapat aku sampaikan pendapat aku.Hampa suka tak suka hampa punya pasai lah...Hahahaha.Jgn marah...melawak pung tak leh ke?
Aku berterima kasih kat kawang2 yang aku nampak masuk baca blog aku ni...depa masuk diam2 dan keluaq diam2..Tapi aku tau sapa...hahahaha
Aku dah tak sabaq nak tunggu 25hb ni.Memang cun sekali sebab T'ganu cuti hari Jumaat ,macam Kedah gak.
Last sekali aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1429.
Take care.
Wassalam.
Monday, January 7, 2008
Hello gang. Apa habaq semua? WeekN lepas aku p Kuantan, tengok uncle (wife's side) yg dah uzur. Balik semalam, n ni bila dah kurang sibuk buka la blog ni nak tengok sapa yg dah menjampuk. Frust juga tengok tak dak respon dari gang.
Im sure there r times Dzamri (hero blog ni) pun rasa macam aku ni bila kawan2 tak chip in.
Guna Words pun Words lah. Asalkan Chip in..., cukup la.
Actually Im very tired n busy tak menentu minggu ni tapi bila tengok gambaq yg Jit nak kongsi dgn kita tu, aku terpanggil utk jampuk.
TQ Jit sbb gambaq tu aku dah tak dak akibat banjir besaq 2004 yg meneggelamkn rumah mak aku d 5 Taman Jitra. Infact semua gambaq2 zaman budak2 n remaja aku lingkup habih. Nostalgia aku lemas n punah dlm banjir 2004.
Jadi gambaq tu banyak buat aku sedih juga la. Beside 2 orang bro/sis kita yg dlm gambaq tu yg dah meninggal,2 orang dah migrated to Australia,ramai lagi juga yg kita tak dapat trace.
Jit, hang sorang saja yg boleh tolong dlm hal ni sebab hang sorang saja yg p training dgn James Bond,Spy Leman, Rambo, Rumbu n semua spy-spy yg termasyhur d dunia.
Wan Rohani, Foo Mooi Ai n Goot Yee hang cari dulu k.
Dzamri, hang dok diam2 n jgn dok gelak kat aku. Kalau Jit jumpa yg aku request tu, hang nanti keghenyeh lebih dari aku.
Lagi sekoq akan tumpang syok dlm diam2. Tau dak sapa???
Sapa lagi .... Dek D laaa!!!
Dah la tu, aku dah mula nak rumbu. Nak kena p kerja balik dah ni.
Gah, p la cari gambaq kelas 3B n Im sure ada cerita yg kita boleh share. 3B ada ramai juga gang dari Mat Tajudin.
OK, jumpa lagi gang, Wassallam
Ciow!!!
KODEN
Assalamualaikum gang semua,
Hari ni,hari Selasa,08.01.08. Cantik nombor tu. Cuaca pagi tadi kat Paka Trengganu ni sejuk. Basah, hujan rintik rintik. Dah tengahhari la ni,cuaca terang benderang. Angin sepoi sepoi bahasa…Kekadang terlebih bahasa sebab kuat sangat dia berhembus. Office aku mengadap laut. Buka tingkap, fresh air masuk. Tak pernah sepi dengan angin dan udara yang nyaman ni…So different from Penang, dimana angin dia dah tak cun kagi.most of the time, panas je. Life kat sini very laid back. Bila kat dalam plant baru lah nampak corporate value depa tu. Tapi still relax gak lah kerja kat sini. Semakin hari semakin syok pulak rasa
Komen kat atas tu daripada Koden lah as u all know. Kemarin aku ada hantaq sms kat dia tanya pasai kita punya get together, aku guna lah bahasa ganu,dia maki aku...kata lidah aku tergeliat ka? Hahaha saja lah. Okay kami dah sepakat nak buat gathering tu pada,
Tarikh : 25hb Januari 2008
Jam : 8.00mlm@1600hrs
Pakaian : Bebas.
Boleh bawa pasangan dan anak2.
Harga : Akan ditetapkan nanti.
Aku nak propose lah sekiranya sapa2 dari jauh nak mai, berpakat ramai2 bagi tau dan aku rasa tak dak masaalah utk kami sediakan accomodation sekiranya hampa sanggup bayaq. Bagi tau bajet, kami cari.Dlm Shah Alam pun berlambak tempat tinggal yang moderate dan mahai.
Aku berharap sangat kita semua dapat berjumpa sekali lagi sebab aku rindu lah kat hampa semua ni. seronok juga nak jumpa dan merapu. Kelab tu di buka sampai pukui 2pagi dan ada mcm2 lah kat situ.Seronok.harga amat berpatutan. Hampa jgn risau lah. Tapi klu habis banyak pun apa salah nya nak jumpa kawan lama. Nak kata setahun sekali pun dak.
Aku harap yang mai nanti bawa anak2 pun best juga.Kenai kenai kan kat semua.Macam aku kata dulu lah mana tau anak kita dok berkawan tapi tak tau mak bapak depa kawan lama.
Mat Lazim,Rogayah Baharum,WanRohani,Farizat,Wee Dek,Goot Yee,Noraini Ishak,Megat Fisol,Chandran,Herjit Singh,Tharu,Chong Nyuk Chong,Ku Azlan,Khalid Salleh,Kim Teng,Norazman,Hanafi dan ramai lagi yang aku lupa...Ada juga yg selalu communicate tu aku tak yah sebutlah...jgn merajuk pulak.
Aku harap this one goes thru and we'll meet up and just borak sampai pagi...Hahaha
C U guys...
PS: Koden terkezut beruk hari ni pasai Hasaza jawab SMS dia 2x...Improvement.
WASSALAM.
Thursday, January 3, 2008
Tiga Haribulan Januari Dua Ribu Lapan
BackRow(L-R) Roshdi,Mansor,Hasaza,Mokhtar,Dzamri,Muhiddin,Ang Hee Lai,Rajan,Lau Chen Chong,Ng Gun Heng,Teh Kok Way,Law Yam Gin,Yong Hong Loo,Lim Wee Det,Ahmad Zabidi,Aziz Md Noor.
Centre(L-R) Zainuddin Idrus,Nor Asma,Chan Mee Mee,Teh Meng Here,Foo Moo Ai,Fatimah Zahrin,xxx,Hasni,Farizat,xxx,Latifah
Lee Chooi Teen,Chandran.
Seated(L-R) Wan Aini,Teh,Maziah,Lee Poh Tee,Fong Goot Yee,Mr.Looi Ban Bee,Ong Kim Teng,Yew Kok Lik,Lau Seng Ka,Cheong Hong
Khoon,Badrunhisham.
Salam gang semua....
Hampa tengok sat gambaq diatas tu....Hampa teringat dak masa tu. Jit hantaq kat aku. Punya lah menyusahkan sebab dia hantaq format words. Alahai mamat ni..Tapi org besaq dlm kerajaan camana pung ok lah. Aku nak masukkan apa yang Jit kata....
Assalamualaikum,
Ni aku bagi gambaq budak2 cerdik tahun 1974. Aku rasa la ni depa masih cerdik, tapi kita tak tau depa dok tang mana, cuma tiga empat orang yang kita tau dan ada kontak nombor. Jadi hang guna lah apa cara yang patut untuk dapatkan maklumat depa ni. Lepas tu hang pesan kat depa suruh poskan gambaq kelas masing-masing masa Form 3 (1974) atau masa Form 5 (1976) tak kira kelas cerdik dan tak cerdik kerana pada masa ni depa semua dah cerdik. Tapi hang punya Form Five tak payah lah.
Selamat Tahun Baru.
Dia tak mau tengok gambaq Form 5 aku...Ada gak yang hampa kenai, aku,hasaza,rajan n wee dek...Tak pa lah. Sedih aku..huhuhuhu
Aku dah masukkan gambaq kita masa form 3.Mr Looi cikgu kita.Aku syok tengok muka Farizat.Dalam gambaq pun dia cenge.Yang lain tu cam biasa lah.Ain dengan rambut ketak dia dan senyuman yang tak lekang.
Teh nampak tertib sungguh ngan Wan Aini.
Hasaza kerenyeh pasai panas kut...Hasni posing sempoi...Ahmad Zabidi yang dok sebelah Jit tu la ni ada mana ha? Langsung tak dak sapa tau ka kisah mamat ni?Mokhtar yg berdiri sebelah aku tu pun kita tak tau mana kan.
Apa yang Jit kata pun betui...Klu sapa2 yang dapat kontek sapa2 gang cina ni,mesti kita dapat kontek yang lain. Lagi satu si Badrunhisham ni...mana dia pi ha?Takkan gang2 Jitra lain tak tau kut.Katanya dia jadi motivation punya pensyarah apa ka? Mungkin klu fofular cam Datuk Dr Fazilah Kamsah tu org kenai la kut no?
Mr Looi ni ajaq sains kan? Aku dah tak berapa ingat.Dia sambung where Mr.Heng left la kan. My favourite teacher Mr.Heng...dia mengajar la yang buat aku score...Cara Amin buat terkejut bila dia buat experiment sungguh membanggakan dia.hahahaha..celaka betui Amin tu kan.
Masa ni sapa lagi yg mengajar kita? Form 2 ada cikgu cina pompuan yang mengajar History tu aku suka...Mmmmhh..Putih melepak. Asyik tengok betis dia je bila dia mengajaq..hehehe.
Ha...ni ada Koden mengata sikit...
Asllkum,
By far aku paling enjoy baca crita hang "dua Ribu Lapang" ni. Somehow nostalgia Sekolah Mat Tajudin memang have a very big place in my heart la. Semua cikgu2 yang hang sebut tu aku tak payah jampuk dah sbb dah well discribed.
Hang lupa ka cikgu Std 2 kita? Miss Khoo Foo Seong. Aku syok style dia bila nak stress certain points. Lepas dia tuleh d papan hitam, dia nanti jalan n xplain. Yg best nya dia akan flick kapur balik ke papan hitam(d blakang dia)without even looking back. Memang cikgu2 kita dulu tu best.
Ustaz yg telupa nama tu, Ustaz Salleh kot. Dia ni ustaz cum coach sepak takraw. Nampak lembut tapi can be very cenge juga. Dulu dok Taman Jitra tapi rasa nya dah pindah kot, tapi masih menetap d Jitra, maybe d Kg Tok Kesop kot n dengaq kata dah makin uzur juga dah.
Head Master Mat Tajudin masa kita std 1 smpai std 6 is Mr. Thong Yin Yau @ Yin How. Cakap lembut n meleret saja. Dia ni la manusia pertama aku start belajaq mengajuk.
Nanti bila2 kita cakap pasai cikgu masa d SMJ pula. Kesian kat kawan2 yg tak p Mat Tajudin.
Gah sebut pasai Saadiah. Yes I've seen her latest gambaq d kamera Dek D. Kalau jumpa memang dah tak kenai sbb nampak dia macam orang yang hati senang n makan lalu sungguh2 dah. Harap kalau Saadiah baca pun dia tak marah kot. Dari perbualan dlm phone dgn dia, dia ni memang dok sporting macam dulu juga.
Last but not least, syok dengaq Dzamri pun dah mula crita pasai anak2. At least Chino n my son Syafiq yang sama umoq kenai each other. My anak2 n ank2 Gah pun kenai each other juga.
Kan best kalau depa boleh berkenalan dgn anak2 gang kita yang lain. So Persatuan Ibubapa kena mula buat tindakan la.
OK la modai pun dah kering, ketiak pun dah basah, elok la aku stop dulu. InsyaALLAH aku akan terus menjampuk bila ada crita yang d buka.
Wssllam, Ciow.
KODEN
Betui2..Ust Salleh.Aku ingat dia mengajar cara nak mandi hadas masa darjah enam sebab dia kata dia takut ada yang dah kawin lepas tu...Aku benda2 camtu ingat sampai la ni.
Gah : Kata...
Assalammualaikum kawan semua. rindu juga lama tak run through your blog. Terima kasih kepada kawan-kawan yang hantar new year greetings. Minta maaf kalau tak sempat balas. Sory lama tak jampok sembang dengan you all. Maklum saja la hujung tahun. Terkilan la juga balik Raya tak dapat jumpa kawan-kawan sorang pun. Tak dak kereta and patah kaki la kat kampung.Raya kali ni takdak lain but kenduri saja-saja. Kakau bukan wedding korban. sejak balik hari-hari I masak sea food. Tak lalu daging and ayam. Koden, mintak maap banyak last Monday lupa macam orang tutup-tutup tennis Affiq. phone dalam beg and I kat bawah. Bila sedak dah tengah hari dah. SORRY.Today I sembang dengan Puziah and Zurina Nayan. Depa kirim salam kepada semua kawan-kawan. ada la habaq kat depa pasai blog Dzm ni. Hopefully they will join in.Ain ingat Puziah dak. Dia nak ajak I jumpa next week insyaallah. Her husband nak pi night stop 2 weeks next week.If you dapat join kan best. Sapa ingat Saadiah.Dia ada contact Puaiah. Dah lah penat la pula dok raba computer ni till next time Wassalam. GAH
Mualaikumsalam...kesian dia dok raba komputer.Awat Gah! Gelap ka sampai dok meraba tu.Anyway thank you very much for ur comments..
Selamat menempuh 2008.
Over n out...
Wednesday, January 2, 2008
Dua Ribu Lapang
Wah...aku baru sampai dari Penang. La ni kul 1:34 t/hari, 2/1/2008. Naik bas pukui 8:15 tadi. Benda pertama sekali aku buat adalah check komen hampa semua.Hahahaha syok nya aku bila hampa masuk dan participate.Cool guys...banyak ni la saja kawang kawang aku yang tau pasai komputer kut..hahahaha.
Terima kasih banyak pada yang dok hantar sms ucap selamat tahun baru.Aku tak dan nak balaih pun ada,tapi lagi satu aku rasa tahun baru ni tak dak benda lah sangat.Macam hari hari lain lah juga. Klu raya tu ok lah.. 10hb ni awal muharram...Apa kata kita break tradisi dan wish every body selamat. That'll be cool.
28 sampai 30hb Dis tu aku kat Ganu, pas tu aku balik pi Penang. Sibuk ngan gerai Glass Art dan sibuk nak cuci gerai,angkat barang sebab 31hb tu last day. Alhamdulillah it goes quite smoothly though we didn't make in terms of monetary but we did score on promotion. Lots of queries and contacts that we had which prompt me into setting a website to sell Madood's creativity world wide!!! Idea besaq..But what the heck,its worth a try and doesn't need that much money to start with anyway. But surely need support from u all semua.Bagi lah idea dan tolonglah at the same time promote product tu. Aku rasa untuk permulaan aku akan buatkan blog lagi satu yang akan menunjukkan product2 yang boleh di buat dan juga menerima tempahan.What say u guys?
Bila dah on nanti aku war warkan kat hampa semua.
La ni definitely semua orang dok sibuk ngan anak2 nak pi sekolah dan juga yang nak start semester baru. Anak anak aku dah besaq dan dah bermisai dan janggut,maklumlah mak depa tu darah keling/pakistan semua campoq jadi berbulu la depa ni.Hehehe.
Anak aku yang eldest Hafriz, akan start sem dia 3hb ni kat UiTM dlm bidang Broadcasting.Dah 2nd sem dia untuk degree ni.Dia ni kat kolej depa panggil dia Chino. Mujoq la dapat Universiti ini Tolong Melayu,kalau tidak banyak juga nak kena korek....Koden pun aku rasa anak2 dia tiga2 sekali ada kat UiTM gak latest one masuk January intake ni whereas abang dan kakak tu dah masuk earlier.
Anak aku yg No2,Zaqwan, tangguh sem dia kat Uni Malaysia Perlis sebab dapat Air Asia Academy. Suppose to join 14hb ni tapi belum dapat surat.Dok tunggulah tu.
Anak Din Luyen dengan bini ni, kecik2 lagi dan cute2 belaka..Tak sekolah lagi kut. Jit yang aku tau anak dia sorang ad a kat Sek Sains kut dan yang sorang lagi sekolah rendah. Anak Mc 'e sorang ada di Medan buat medic agaknya.Yg lain tak tau la pulak.Anak Dik D pun ada yg jadi Doktor dah kut.Tapi jangan tanya aku anak ngan bini mana, aku tak sure...hahahaha.
Klu hampa rajin updatelah pasai anak2 hampa,mana tau depa dok berkawan la ni..kita haram tak tau apa pung.
Hampa ingat dak masa kita SATS dulu. Aku paling ingat sekali bau krayon masa kita darjah satu tu...Krayon ngan plasticine kut.Bau dia semacam lah dan aku syok bau tu.Bila terbau la ni aku teringat sek. rendah dulu.
Aku dulu stat darjah satu kat Sek Rendah Sultan Abdul Halim kut.Kat Aloq Setaq.Dok sat saja.Aku langsung tak ingat detail dia.Pas tu bapak aku mengajaq di Jenan,baru transfer pi sekolah Ahmad Tajuddin.Di sinilah mula kenai hampa semua.Koden ngan aku ni bila rehat kamimakan bekai sama2.Masa tu sandwich lah...hahahaha.Naktergelak lah tu. Boleh share lagi.
Aku ingat klas tu Std.1C. Baju putih seluar warna choklat kut? Dlm kelas aku ada juga nama Zamri. Kami panggil dia Zamri gemok.Dia ni selalu nak pukui Koden...Koden takut kat dia. Hahaha. Tapi lepas tu dia dah tukaq sekolah kut.Tak jumpa lagi.
Guru besaq tu apa nama ha? Dari mula std.1 sampai aku belah pun dia juga kan.Yang aku ingat cikgu2 kita masa tu adalah Mr.Heng.Dia ni class teacher masa std.5.Dia juga guru rumah Pelandok masa tu.Warna Biru...kan?Tapi masa tu tiap kali sukan semua pakat seronok bila dapat kupon minum F&N...berebut2. Hadiah pulak ada tahun dapat medal,ada tahun dapat raket badminton lah,tuala lah...hampa ingat dak?
Mr.Fong..bawa volkswagon.Dia guru scout. Aku ingat dia sebab aku masuk scout dulu. Scout meeting hari Jumaat ke Sabtu..Tak berapa ingat. Tapi syoklah.Kamporee pun banyak kali juga buat kat padang sekolah. Dok dlm khemah.Tapi klu hujan semua tidoq dalam kelas.Masa tu lah belajaq buat gajet..Guna buloh buat meja dan sbgnya. Belajaq masak. Hehehe. Syok.
Mrs Chong.Dia ni klas teacher kita masa std4.Muka dia cengeh kan..But I find it very sexy...hahahaha. Dia ni kan bini Chong Eng Kong. HM SMJ. Aku , Mail Ahmad ngan Zan Loceng telah diarahkan main ngan anak dia tiap hari Jumaat kut.Nama anak dia Bahagia. Dapatlah kami merasa permainan Monopoly,Scrabble dan mcm2 lagi.Depa kan kaya.Mrs Chong nanti masak bagi kami makan.Hentam.Aku ingat lagi dia buat Mee Kicap la kut..sedaaaap..Tapi masa tu tengok laki dia aku takut..sampai lah aku masuk SMJ pun dok takut kat dia lagi.Anyway dengan Bahagia dah lost kontek, sampai la ni. Depa ni semua klu tak silap, baik ngan Tengku Abdul Rahman masa tu.Pasai tu anak dia ada nama camtu.
Ustaz Yaakob pun aku ingat juga.Apa yang aku ingat tentang dia ni mungkin gigi dia jongang sikit kut. Dia ajaq ugama la kan..Tak banyak yang aku boleh cerita pasai ustaz ni. Lagi pun aku ni subjek ugama ni kat sekolah aku berat betui lah.Ada lagi sorang ustaz yang aku lupa nama dia.Kurus2 tu perawakan dia dan sentiasa senyum.For that matter Ust Yaakob pun sentiasa senyum gak....hahahaha.
Chop office boy aku ingat...Kuruih tinggi.Yang ni pun senyum selalu.
Yang jaga kantin tu apa nama ha? Ada misai tu..Dia tu pun best jugak.
Tapi guru yang tak boleh lupa adalah Mr.Ainon Din.Takut gila aku kat dia ni dulu.Harap harap jgn masuk Std 6A,supaya tak jumpa dia.Smart je dia ni.Pakai kereta sport tu.MG kan. Tulisan atas papan hitam punya lah cantik.Klu dia marah pun punyalah cantik.Hampa ingat dak tiap tiap bulan ada test. Pas tu tempat duduk semua kena dok tiga2 kan. Position dlm test menentukan tempat duduk.Aduh tension la klas dia ni.Aku biasa kena pukui ngan dia ni...walaupung head prefect. Sedih gila.Tapi bila lama ngan dia hang nanti rasa dia cikgu paling best sekali. Budak klas lain tengok klas dia mesti risau.Kita pulak tengok budak klas lain jealous sebab depa banyak relax.Kita asyik homework saja.Whatever it is Mr.Ainon...we salute you.
Hari tu Gah ajak balik raya haji nak melawat guru2 kita.Anybody knows the whereabout cikgu2 kita tolonglah update kan kat aku.Gah punya gesture tu baik.Nantilah bila kita dapat gather dan buat benda tu.
Ain kata: Assalamualaikum Rasanya belum lambat lg kut i pun nak ambil kesempatan nak wish selamat tahun baru utk semua! dgn semangat baru, azam baru tentu banyak yg kita semua nak buat dlm masa yg akan datang ni...so apa2 pun sama2lah kita doakan supaya kehidupan yg bakal kita lalui ini diiringi taufik dan hidayah drpd Allah. p/s Dzamri/koden...i hairan jugak Gah tak masuk comment apa2 utk memeriahkan suasana...kita tunggulah
Gah tolong komen...kawang2 dok tanya mu ada mano nih?
Koden sampuk: Asslkum, Well done Dzamri. Ni hang dah dapat Mc E to chip in dah. All this while aku dok tak-teh taip ni is just to support ur good intend/vision. And Mc E, terus2kan la k. Tringin juga nak dengaq your version of nostalgia SSAT. Honestly I like Hasaza's version of nostalgia tapi (rasa2nya la)sayang sikit askar ni pangkat besaq sangat sampai tak pernah taip apa pun. SMS pun gagau! Kalau hampa tak percaya, please sms to his no. 0133311552. Tengok sendiri... oops sorry, dengaq sendiri la macam mana dia jawab. Im sure Dzamri, Dek D, Din ILY dah tersenyum kalau baca this statement. INGAT: JANGAN CALL DIA. SMS SAJA. OK, aku pun dah tak dak modai dah ni. Oh ya satu saja lagi, apa dah jadi kat Gah and Ain? Jgn la diam sangat. Aku selalu juga jumpa Gah sebab dia jelous kat aku dgn Zaki (husband dia) and I know for sure she's got alot of nostalgic memories of our "pra dapat i/c days". Hampa nak tau pasai apa Gah jelous kat aku/Zaki??? HAHAHA next time ok. CIOW Bro/Sis KODEN
Apa yang Koden kata pasai Hasaza tu amat lah benar sekali...hehehehe.Aku memang gelak bila baca komen hang ni.
Mc'e kata: DeZamri, hang x balik KL ke weekend ni.. hang dok lama2 di T'ganu tu nnty lupa cakap Kedah kot.. la ni pung asyik sebut ikang dalang pinggang saje.. La.. x tau pun Madud ada kat Pesta Penang, klau tau aku pi gerai dia lah, bagi moral support sikit.. ok, ada keja ganggu tpaxa stop. Cu guyz in 2008 n Selamat Tahun Baru pada smua kawan2. Salam dari McE (pronounced mcm org Kedah panggil Mc'e, not Mael).