Wednesday, August 18, 2010

ASSALAMUALAIKUM / PEACE BE UPON U

Salam...

Lama sungguh aku menghilang diri. Ramai gak kawan2 dok sound, dok tanya apa jadi, dah burn out ka dan macam2 lagi..Apa lah jawapan yang paling best aku nak bagi nih? Aku naik segan yang sebenaqnya..tak taulah pasai apa. Beberapa kali jugak aku buka dashboard untuk posting baru tapi lepas 2/3 line aku dah ghaplah...Hari ni aku ada mood....

Lepas balik dari Sarawak tu, adus aku punya lah "qadho" makan, aku pun tak tahu pasai apa. Semuanya tengok sedap. Nasik kandaq ni tok sah cerita lah...

Paling best sekali hari aku sampai dari Kuching tu ada pulak kawan2 yang buat small gathering kat Kelab Shah Alam. Depa makan makan, minum minum dan sembang2... Aku terlewat jadi part minum ngan sembang je lah yg aku dapat...hehehehe...Gah n hubby, Koden n hubby dan Kurniawati n me... There is no mistake in my posting here...Hahahahaha. It was fun. Idea untuk buat family gathering kat Ulu Langat dilahirkan disini..yet to merangkak sebab kesibukan agaknye...

Kurnia pun aku tau, pastu dia sibuk ngan student dia dari US, aku pun sibuk kat AS, bonda tak sihat sampai tak dan nk jumpa Kurnia bila dia bertandang ke Penang. Sorry..will make up next time..

MAsa jumpa ngan depa ni kat Shah Alam, banyak gak lah cerita kisah ALUMRA yang keluaq. Bangga aku dengaq habaq ramai gang2 kita yang hadir walaupun secara keseluruhan nya turn out was poor. Well...ALUMRA patut buat sebagai satu pengajaran atau pun satu learning process lah dari pengalaman yang dapat dalam menganjur perjumpaan "sehebat" ini... Banyak suara yang kedengaran adalah acara santai tu tak menjadi santai sebaliknya banyak yang berbau petai kat situ. Depa katalah..Terlalu rigid, terlalu berprotokol depa kata. Aturan kerusi pun tak santai..Camano?

Dengaq habaq banyak gak duit yang spent kat situ...Tapi tak mendapat pulangan yang sepatutnya..Pulangan disini sebenaqnya bukan monetary. Kalau harap nak monetary kena buat fun fair baru boleh...kan? Langkah pertama dah pun jalan, keputusannya pun dah nampak, next gathering mesti lebih meriah sebab AJK dah tau camana penerimaan X-SMJian ni semua. Aku mesti join next one..Hari tu ada kat MIRI tak leh lah...

FB la nie memainkan peranan yg penting sungguh dan ramai sekali yang dh berjinak jinak ngan FB. dan dh jadi mcm satu kemestian pulak FB ni. Klu tak dak, kawan2 nanti kutuk plak..hehehe. Panggil makan kenduri, sakit demam, bersunat, pendek kata semuanya main FB je lah..Teknologi lanie sakan.........

2 minggu sudah aku pi satu pejabat insuran untuk ambik perlindungan budak2 yang kerja ngan aku kat PPC. Bila nak isi borang tu, tangan sblh kanan aku rasa kebas. Aku pun tak kisah lah. Kebas ni biasa sangat dah. Duduk lama sikit kebas. Bersila lama sikit kebas...Kebas ni selului lah. Tapi yg pelek sikit hari tu, aku tak leh nak pegang pen. Ibu jari ngan jari telunjuk aku tu tak leh nak kontrol. Langsung out of control. Panik gila..Aku pun massage2 sikit pastu ok balik. Tapi jari aku tu masih tak sekuat sebelumnya. After about 10min, aku ok.

Macam2 dok main dalam kepala jemala aku nih. Jantung ke ni? Parkinson ke? Panik.... Dok esok tu aku pun relax lah sikit. Berazam lah nak makan benda2 yang sihat, kurangkan nasik dsb. Tapi aku tak pi doktor. Dok plan aku sorang2 je lah. Hari Khamis 5hb Ogos, lebih kurang kul 6 ptg, rasa kebas tu mai pulak. Aku panik gila. Cepat2 minta SNQ hantaq aku gi spital..Paling dekat masa tu Adventist Hospital Pulau Tikus. Check pi check mai, Doktor kata aku terkena MINOR STROKE. Buat mcm2 lah, wayar sana sini kat badan aku..pastu pi scan kepala dan seluruh badan pastu xray plak...Last sekali Doktor tu suruh aku cuba penginapan dan hospitality depa untuk semalam...
Bersambung......

2 comments:

KODEN said...

Salam,

Yeeeeha!!!! Puas aku dok buka blog ni tiap2 kali dpt peluang guna natang-puter ni. Alhamdulillah hari ni ada cerita baru. Bangga juga aku jadi org pertama to comment utk comeback story ni.

Infact dari mula Dz start blog ni, aku dah janji dgn dia yg aku akan terus support pblog ni supaya terus mekar. Pasai hang sakit tuuu, aku tak mau komen sbb kalau aku komen, mak hang sah senyum (stuju dgn aku)!!!!

So sambung la sambung cepat!!!!!

Malaih nak pikiaq lama2 nak suspen tunggu ni.

Wassallam.

CIOW


KODEN

kamal said...

Salam Dz..aku rasa eloklah hg kurangkan sikit nasi kandaq tu..banyak sangat aku dok dengaq pasal nasi kandaq nii..