Thursday, April 22, 2010

KUCING, SARAWAK

Salam...

Dari Miri hari tu aku dah terbang ke Kucing. Aku ni yang sebenaqnya, 1st time sampai ke Sarawak...Maka complete lah Malaysia ni aku dh sampai...

Waterfront Sarawak ni kan ada macam2 cenderahati dan barang2 kraftangan kat situ, maka aku pun apa lagi teruja sangatlah..

Sepanjang jalan kat kaki lima situ penoh ngan orang berniaga kek lapis dan gambir Sarawak. Nama jalan tu pun Jln Gambir, pasai tu lah gamaknya gambir di jual dengan banyak sekali..Depa kata gambir ni ubat sakit gigi...betui ka?

Aku berkenan sehelai baju kat situ, ingat nak beli kat SNQ, tapi tengok saiz XXL ngan XL je yang ada..Aku pun tanya..dia dah jawab "SIK ADA"..Terpinga pinga gak aku...Pastu baru dia cakap maksudnya "tiada". Ok ..dah belajaq satu perkataan...

Malam tu, kawan mai ambik bawak makan kat rumah dia dan berceritalah samapai kul 10 camtu, pastu kami balik hotel. Lepak kat Merdeka Palace kejap, sebab ada terjumpa memba main muzik kat situ...Budak Loq Staq plak tu, Zali yg main keyboard ngan IKLIM dulu pun ada situ..Zali ni dh lama aku kenal dah..Lepak lah ngan depa dengaq muzik...




Keesokkan hari, Boss Jabatan Ukoq mai hotel ajak pi breakfast. Dia ni close ngan memba aku nih. In the end driver dia bawa kami pi beli kek lapis ngan terubuk masin.




Yang bestnya pasai dia ada bermacam2 perasa, so depa potong semua sample dan serve kat situ, supaya hampa boleh rasa dan beli je yg mana best. I ketul kek RM10 je. Siap packing punyalah solid..
Itulah sahaja berita dari Sarawak..Hingga bertemu lagi...

Sat sangat aku dok kat sana, tak dan nak tengok perabis..Next week aku lama kat Miri, mungkin boleh lompat pi Kucing..Katanya klu travel ngan bas mengambil masa 14jam dari Miri ke Kucing...kematu pungkoq kan? Air bus aku ada..below RM50 boleh sampai Kucing in 1hr ++.

WASSALAM...

7 comments:

glassman said...

Tu la semua jari tak ada insuranss.. dah sunyi pulak dah,, termasuk jari aku

glassman said...

PS, kira tak habis Satu Malaysia lagi laa... hang dok sat saja di Kucen

attaturk said...

Betoi ke gambiaq s'wak utk sakit gigi..yg aku dok dengar org jual ubat kat lrg kulit kata utk tahan lama..mana satu yg betoi...

kamal said...

elok la hg ada d sana,beli mai terubuk masam utk aku & lee

TAL 18 said...

Aku dulu pernah la dok sat kat Kucing ,Taman Everbright Jaya dekat dgn airport Kucing dan ada sorang janda aku sorang tinggal disana,dan juga kawin sorang...ha..ha..

TAL 18 said...

Sapa 2 nak rasa kue lapis dari Medan,mai lah jumpa aku kat Penang hari ini,ada orang Medan mai jumpa aku hari ni,bila depa mai jumpa tok guru depa,depa bawalah macam2 buah tangan.

darah59 said...

Aik..ada janda? Tak leh bagi address ka kut2 boleh berkenalan...hahahaha