Salam...
Dah dekat kul 12 tengah malam semalam aku dapat SMS dari Mat Saman. Aku pun sebenaqnya terpinga2 jugak dengan pesanan ringkas tu. Apa ke benda ni? Memandangkan aku ada kat Batu Ferringhi masa tu jadi aku pun K.I.V dulu lah. Turun dari Ferringhi, pi kena teh susu lembu kat jalan Dato' Koyah sampai kul 2 lebih baru aku balik rumah.
Kerunaih pi kerunaih mai kat puter, baru lah terang apa yang dimaksudkan oleh SMS tu, bila aku baca blog Ibnu Saman. Barulah tau punca. Lintaq tak dak, guruh pun tak dak, tetiba ada usaha murni yang nak dijalankan oleh Alumra. Last sekali aku dengaq cita Alumra ni pun dah sekian lama jugak. Meeting yang depa buat baru ni tu emergency meeting ka? Sebab tak dengaq habaq langsung kan? Yang ada wakil 59ers kat situ pun diam seribu bahasa..Tak kisah lah tu..
"Tujuan mesyauarat malam itu ialah untuk menggerakkan program sulung ALUMRA iaitu apa yang dinamakan sebagai JOM BALIK SMJ. Program ini akan berlansung dari 3 hingga 5 Jun 2010 di SMK Jitra. Mesyuarat juga akan melantik AJK pelaksana di Kedah yang dicalunkan oleh kami pada malam itu. Mereka ialah ALIYAH, MAZLI, SATIRAH, DZAMBRI, RODIAH, BAKRI. Mereka diminta mengesahkan kehadiran untuk mesyuarat pertama di SMK Jitra pada 21.03.2010 ini JAM 10.00 pagi kepada SU Mejar Baha di HP 017 238 0944 atau kepada saya di 019 322 4895 atau kepada Koden 012 316 8555."
Kenyataan kat atas tu aku ciplak dari blog Mat Saman. Aku pun dah masuk facebook depa dan baca apa yang MaT Saman dah buat. Alhamdulillah...Baguih sungguh usaha tu. Sapa sangka Koden pun dah reti masuk facebook. Masuk YM pun tak reti, tapi facebook siap gambaq satu famili lagi identiti dia..Syabas. Mungkin dorongan abang2 dalam ALUMRA mengubah persepsi dia la nie. Jit also..Katanya strong bond ngan ALUMRA. Tahniah Jit. Tak dok diam rupanya dia ni..
Aku sokong sangat kegiatan yang sebegini. Memang best betui. Semoga cita2 suci murni ni akan berkekalan dan membawa seribu macam faedah kepada target grup tu nanti.
Aku amat berterima kaseh diatas cadangan perlantikan AJK Perlaksana untuk projek sulung ALUMRA ni. Ada aura lah tu kalau nama disebut. Tima kacih...
Dengan hati yang terbuka dan tanpa prejudis aku menolak dengan lembut dan penuh tawadduk perlantikan itu.
WASSALAM
3 comments:
Mamat jarum.
Bunyi macam ada line yang shot pun. Duk tak duk sapa tu, ibnusaman kena panggil dengan Koden.
Dz, hang pulak dgn lembut sekali hang tolak..hang memang geng akula macam tu.
Dz..x pa la hg tolak pun,aku tengok buat masa la ni hg sibuk sangat.Geng kita Koden & Jit dah ada dlm ajk tu..apa2 perkembangan depa akan komen dlm darah59
kalau hang pa mau, aku boleh masuk kan story dlam malay mail pasal alumra nii, hangpa buat laa sikit press release kaa apa kaa, aku nak cerita masukkan
Post a Comment