Thursday, February 25, 2010

MINYAK

Salam...

Bila dok keluaq habaq angin kata petrol nak naik harga, banyak lagi cerita2 yang mengiringi nya. Antara yang paling heboh adalah kisah kononnya kita nak kena "swipe"kan Mykad kita bila nak beli minyak. Pasai apa? Untuk menghindarkan rakyat asing dari membeli minyak kita. Di sini yang aku nampak rakyat asing adalah Singaporean Kiasu ngan Siam je lah or maybe sebelah Sabah / Sarawak ada gak masuk Indon n Phillipines?

Walau bagaimanapun, aku memang tak setuju ngan cadangan pakai Mykad. Pertama, aku rasa menyusahkan. Kedua, ia akan membuatkan seseorang "kaya" untuk supply peralatan yang nak baca Mykad tu. Ketiga, aku rasa kos untuk supply Mykad reader tu mungkin akan lebih mahai lagi dari minyak yang dijual kepada orang luaq kan?

Dolu dolu masa minyak di Siam murah, ramai yang dok sebelah utara tanahair yang dok terpa pi seberang untuk boh minyak...sekali ngan buang minyak sama...hahahaha. Hari ni terbaca dalam NST, katanya plan yang aku sebut kat atas tu mungkin akan di skrapkan. Alhamdulillah...Bila dah mai nak beli barang dalam negara sendiri pun nak kena buktikan kita ni rakyatnya, aku rasa dah berat tu..

3 comments:

cbazmi said...

Salam,

Nampaknya kalau benda ni dilaksanakan bukan setakat pembekal reader saja yang buat duit, ramai juga orang nak sewakan mycard kpd orang asing beli minyak subsidi utk makan komesen nih.

Tq

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

kalau rakyat nak beli kena buktikan kerakyatan, nampaknya rakyat akan terkebelakang, tidak didahulukan..

darah59 said...

Betul betul betul...