Friday, December 25, 2009

LONDON

Salam...

Kemarin, on the way nak pi buka kedai kat Pesta dapat call dari London, hang kata. Che Da lipon aku. Dia pun becerita panjang lah, walaupun dia tak ingat aku ni yang mana satu dan aku pun tak tau dia yang mana satu. Maklum lah aku keluaq SMJ 1974 lepas LCE, 35 tahun yang lalu..Oooh lama bangat bang oi..Tapi kami bersembang ngan rancak. Aku terpaksa park kat tepi jalan sebab aku tengah drive dan respek lah dia yang call dari jauh tu..Dia cerita kata salji dahsyat la nie, ada satu hari tu dia kena jalan kaki dekat 2 batu katanya sebab bas tu tak leh masuk dek kerana salji yang tebal. Kalau kita kat sini kira banjir kilat lah kan... Dari selut ke salji kata Che Da.

Walau camanapun dia teruja gak ngan blog2 kita semua dan akan balik Raya Cina ni. Boleh lah gang2 oakat berjumpa ngan dia kan? Ada ke sapa2 yg ada gambaq Che Da masa kat sekolah dulu? Email mai sat...

Esok insyaallah aku akan sampai Kelubi ngan Kamal... Jumpa disana..

WASSALAM

2 comments:

mazlee said...

Dz..dalam blog ISA ada gambaq Che da

KODEN said...

Salam,

Alhamdulillah dengaq kata semua bejalan lancaq n ramai yg p perhimpunan d Kelubi kemarin (26hb. Dis 09). Dengaq kata +-10 org bro/sis dari geng darah59 yg hadir. Syukur, tahniah n TQ kat depa ni yg mewakili yg lain2 yg tak dpt hadir.
Terlanjur cerita CekDa ni, betoi mcm Mazlee kata gambaq CekDa ada d blog ISA. Bila aku tengok gambaq tu, teruih aku teringat muka tu. Yes aku kenai CekDa tu (tapi mungkin tak pernah sembang kot). Kalau tak salah aku, dia ni kerap juga mai Taman Jitra (area rumah aku la). Dia dok mai rumah Cikgu Zaini. Dia ni mcm Roshita, Norini, Hasni n Farizat jugak...., kayuh basikal laju gila ni.
Kalau diberi peluang, aku pikiaq depa ni ada harapan jadi pelumba basikal acara kirin yg mantap di zaman tu. Apa nak dikata, bakat yg tidak dituai.

Wassallam.

CIOW.

KODEN