Tuesday, December 29, 2009

D'Zambri @ D' Kelubi











Salam....

26hb Disember, ulang tahun Tsunami yg ke 4 ke 5 ke..den dah lupo. Tapi yang aku ingat 26/12/2009 adalah hari yang bersejarah kerana adanya perhimpunan yang di ideakan oleh Mat Saman. Satu usaha yang murni.

Hari 25hb tu aku terkezut juga bila barang yang sepatutnya dihantar oleh pemandu Bas Express tiba2 muncul mukanya macam Madud kat depan kedai aku kat Pesta...Hehehe..Rupanya Madud sendiri mai ke Penang.

Malam tu Madud lepak kat Penang lah. Pagi2 26hb tu walaupun Madud set kan alarm kat phone dia, tapi aku yang dengaq. Dia dah menereloh sakan. Aku ketuk pintu bilik dia pun dia tak jaga jugak. Last2 aku kena call hp dia baru dia sedaq.

Ambik Kamal kat Bagan, teruih pi Aloq Staq. Oleh kerana Pak aku nak pi bank dan sebagainya, aku tinggai lah depa dua org ni kat kedai kopi di Lorong Panglima, atas request Madud. Tup tup Mazlee mai ambik depa dan bawak depa pi Kelubi dolu. Aku pun kontek Fazie dan kami pi bersama.

Sesampainya aku disana, aku cari Mat Saman dulu sebab ini adalah kali pertama aku berjumpa ngan dia. Senang kenai dia sebab janggut dan jambang dia tu dah jadi cam trademark pada aku lah. Yg lain daripada Mat Saman ngan Mazlee, maksud aku gang2 senior kita ni cuma nampak familiar lah tapi nama langsung tak ingat. Terdapat jugak lah gang2 "Berlagak", seperti Nordin Ahmad, Madud, Kamal, Mat Lazim, Zubir, Razak, Fatimah Zahrin, Fadzilah, Roshita dan Hjh Norhayati Ishak.

Tempat cantik, walaupun lacking sikit on the maintenance side of it, tapi kira ok lah tu. Agenda pertama adalah mendaftar. Bayaq duit dan dapat lah aturcara serta no bertuah untuk cabutan bertuah. Adalah jugak visi dan misi yang Mat sarankan untuk menubuh persatuan. Idea yang noble sekali. Tak dapat tidak, rasa cam pi seminar pulak..Hehehe...TQ Fazie kerana bayaq untuk aku..

Lepaih semua pakat sampai, gambaq beramai2 di jalankan. Satu idea yang baguih sungguh sebab kalu tunggu last sekali memang tak ramai yang tunggu sampai habih. Termasuk aku. Yang sebenaqnya bukan niat aku untuk belah awai, tetapi keadaan tak mengizinkan.

Aku jugak terkejut beruk bila tengok aturcara majlis yang tertera nama2 urusetia dimana ada nama D' Zambri Abdul Rahman dengan no. telefon yang sama ngan no aku...Hahaha, langsung aku tak tau menahu. Ni semua kerja Mazlee lah ni. Nama Kamal pun ada. Bila aku tanya Mazlee apa perlu dibuat, dia kata, "Aku nak hang duduk je di situ"..ada ka?

Bau ikan bakaq dah menusuk hidung. Masih lagi depa tak jemput makang pung..Adus lapaq. Lapaq bukan pasai perut kosong tetapi bau tu yang membuka selera. Bila depa announce je makanan dah ready dan di jemput semua makan, aku tak bagi chance dah. Gulai daging ada, ikan keli dan pari bakaq pun ada. Ulam ulaman..Sambai belacan diaaa...puh..walaupun nampak cayaq sebab blender, tapi rasa dia..Ammaa...Best betui. Madud macam selalu lah..Tamak..ambik ikan banyak2..Hahahaha..dia nak makan untuk keesokkan hari sama. Aku dah habis makan, teringat pulak pari bakaq belum makan. Bangkit seround lagi, dan masa ni lah aku bertembung ngan Azmi. Dia bertanya.." Ni DZ ke?"..Aku pun mengiakan soalannya. "Dah agak dah..." sambungnya lagi. Selamat berkenalan Mi.

Lepaih makan depa buat sessi suaikenal. Sorang2 naik bercerita. 2 org terawal tu bercakap lama dan MC (Che Man) mensarankan hanya 2 minit dibenarkan sebab program lain banyak lagi. Tup2..telepon aku berbunyi. Yang call aku tu pun, bukannya dok jauh, lebih kurang 20 kaki dari meja aku je. "Hang mai tang ni sat", Ta kata. Aku pun pi lah..Wanita dan lelaki diasingkan tempat duduk atau memang terjadi ngan sendirinya aku pun tak perasan.

Meja yang aku pi tu ada Ta, Yati, Fazie, Ain ngan sorang lagi yang aku tak kenai. Rupanya Ta dah naik gabra bila orang dok naik memperkenalkan diri masing2 dan suruh aku bercakap bagi pihak depa semua. Terdahulu, Mat Saman ada menyebut tentang kisah lama dulu dimana terdapat jurang antara form dan tingkatan dan juga menyatakan secara berseloroh yang gang form ni dikatakan berlagak walhal gang tingkatan ni sedikit koro...

Aku pun pi kat rostrum dan bagi salam. "Nama saya Dzamri Abdul Rahman...blah blah blah.. Saya mewakili gang2 yang berlagak...bla bla bla..." Pas tu aku panggil semua gang yang berlagak kedepan dan introduce semua one by one.

Tepat kul 3 aku dah kena blah sebab nak rush balik ke Penang..Buka kedai bro..Tiap org diberikan bag yang tertera perjumpaan hari itu berserts ngan baulu sebijik, peneram sebungkuih ngan coklat. Rasa cam pi makan kenduri pulak..Hahhaa..

Walau camanapun, aku mengucapkan jutaan terima kaseh kepada AJK yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini.

9 comments:

cbazmi said...

Salam,

Sebenarnya saya tak pernah menyangka apabila usia dah melangkau 50 an saya akan berpeluang berjumpa rakan-rakan lama masa sekolah dulu.

Tuhan maha kaya bukan setakat mempertemukan semula dengan rakan-rakan sekelas tetapi dipertemukan juga dengan rakan sekolah dari aliran yang berbeza.

Walau pun semasa pertemuan pertama hanya beberapa patah perkataan yang bertukar tetapi kenangannya tersemat didalam hati.

Insyaallah kita akan menjadi sahabat diabad ini.

Tq

KODEN said...

Salam,

Apa2 pun aku tabik kat semua yg telah menjayakan perhimpunan d Bendang dKelubi. Tak kira lah kat yg mengilhamkan ka, yg menganjur ka or yg mai meramaikan majlis..., semua pun menyumbang kpd menjayakan perhimpunan tersebut. Tahniah.
Yg mcm aku ni yg sumbang sbb tak dpt p beramai dgn bro/sis semua.
Hari Selasa lepas aku balik utara n kemarin masa nak berangkat balik KL, aku singgah la makan laksa Telok Kecai. Tengah dok menggelojohkan diri dgn laksa n pulut sambai, aku dpt sms d M-pon. Dari Razak Jusoh. Terus aku cal balik n sembang lah kami panjang lebaq walaupun aku ni samar2 nak capture balik memories yg ada Razak d zaman 35 tahun dulu. Walau mcmana pun aku teruja n TQ Razak sbb contact aku.
InsyaALLAH d function yg lain n d kesempatan yg lain kita mungkin dpt berjumpa.
Mcm CBAzmi kata la, tak terpikiaq nak dpt jumpa mesra semula selepas 30 tahun.
TAHNIAH bro/sis sekalian.

Wassallam,

CIOW.

KODEN

Attaturk said...

Salam semua,

Ucapan Terima Kasih aku pada Zuber..tang mana saja ada program yng d anjurkan..dia mesti mai punya TQ TQ..

madud said...

Amboi,!!!! Tang hak tamak semua aku? Ampehh sungguh hang nii.

Tapi aku nak puji laa tilam hang tu. Bagi aku yang dok tidoq atas papan, kaa lantai kaa carpet kaa, bila aku mangkit pagi tu langsung tak dak ada rasa sakit pinggang, brand apa tilam hang tu D'zamri? hahaahaha

Yang boleh aku sampai ke Penang dan Jitra tu, kena ucap terima kasih laa kat Mazlee yg tolong sponsor tiket bas dan lain2. Tak lupa juga Kamal yang tumpangkan aku malam tu, tak dan nak balik takut kena naik teksi bila sampai KL.

Esok tu aku kena naik teksi jugak bila sampai sebab Hiway PLUS jem gilaaa! Bertolak pukoi 4.30, sampai Kay El pukoi 11 lebih skit! Naik bas sekerat naik teksi sekerat jalan.

Nasib duit sponsor ada lebih skit. KAlau tak kena menapak sampai Setapak. hahaahahaa

Anonymous said...

salam sejahtera,
nampak sangat semua dah tua2 macam tengok pak kita masa kita dok sekolah dulu2. cepatnya masa berjalan..... zaman kita dah berlalu. he he

madud said...

Ni aku nak suruh hangpa tengok sapa yang tamak, aku ngan tiga ekork ikan keli bakark kaa? atau dia yang tangan dia sampai menyeberang meja? siap gambar? pi laa tengok sendiri, hahahahahahahahahahahahahaaha www.glassmansays.blogspot.com

ain said...

assalamualaikum

Tq DZ to come to our rescue..bila Ta minta u introduce us as a group and i suka cara u ending...."lepaih ni kami tak berlagak lagi la..."

glassman said...

kita berlagak kaa depa ada inferiority complex? macam pertama kompleks tu laaa.

ain said...

opps! jgn salah faham maksud saya.. sebenarnya statement tu diungkapkan sekadar berseloroh...bergurau senda menceriakan suasana...