Saturday, July 4, 2009

TELUK NIBONG...MAT LAZIN

Assalamualaikum....

Huru hara sikit rumah aku kat Gurun ni. Nasir, hsemate aku ni, baru balik dari Filipina last week. Pas 2 hari dia dah demam. Apa lagi, dalam kepala otak aku ni kira dok nampak H1N1 je lah. Aku paksa dia pi klinik. Aku bawa dia dan Doktor bagi ubat untuk 3 hari makan. kata Doktor tu, kalau dalam masa 3/4 hari ni demam dia tak kebah, dia hendaklah terus gi ke Hospital. Pastu nampak dia pun cam ok je. Bini dia pun mai dari Seremban nak tengok dialah. 2 hari bini dia kat sini. Pas bini dia balik, dia punya demam dah semakin teruk.

Tengah hari bila balik lunch, aku tengok dia siap berselimut walaupun memakai coverall NOMEX yg kalis api tu. Panik gak aku. Petang aku bawa dia gi Hospital Yan. Lepas depa periksa dia, terus depa bawa dia ngan ambulan pi Aloq Setaq. Ghaplah aku.. Malam depa hantaq dia balik dari hospital A/Staq sampai kerumah ngan ambulan. Reason dia, sebab depa nak tau rumah dia kat mana. Dia diarah kuarantin kan diri dia didalam rumah dan mesti sentiasa memakai mask. Kami yg serumah ni pun terpaksa akurlah. H.A akan datang kerumah untuk buat pemeriksaan keatasnya hari2.

2 hari dia menunggu, HA pun tak mai. Semalam dia terpaksa balik ke Seremban..nak terima menantu jugak...hahhaaha..Nampak demam dia dah tak de lagi. Maybe result dia negatif kut, sebab tu HA tak mai lagi kerumah. Masaalahnya la nie..aku dah selsema sejak dari hari aku hantaq dia pi ke Hospital Yan hari tu..

Semalam aku dah SMS kat Mazlee kata nak ikut pi kenduri Mat Lazin. Tengah hari tadi dia mai ambik aku kat Gurun dan kami pun bertolak lah. Sampai rumah kenduri lebih kurang jam 1:15pm kut. Mat Lazin gembira sangat tengok kami.

Menu: Gulai daging ngan rebung, ayam masak kicap, acar timun dan ikan keli goreng. Pembasuh mulut pulak adalah buboq pulut hitam. Apa lagi, pulun je lah. Sambil dok makan tu, Fazie nga hubby oun sampai. Norhayati Ishak n hubby, Own n wife. Sembang lagi. Pastu kami pun pi dok sembang ngan Mat Lazin. Intention yg betui nak tunggu memba2 lain sampai lah. Yg aku dok tunggu sangat adalah Megat Fisol. Dia datang...Camana dia naik gerek dulu, camtulah dia naik moto mai. Hilang lah rindu aku kat dia. Ramai lah memba2 yg hadir. Zurina, Hamidah, Khalid Salleh, Hamzah, Jan Badak, Rashid, Hashim, Nordin Ahmad, Kamal Kassim, Kamal Attaturk, Sobri, Gah, Hamsan n wife dan ramai lagi yang aku pun tak ingat nama depa.

Planning aku nak balik awai, last2 dah jadi kul 3 baru bertolak balik. Siap berhenti kat SATS..nostalgia sungguh.


Memang dah berlainan sekali dah sekolah aku ni. Kan? Tetapi masih ada lagi bangunan yang lama tu. Cuma tak dak masa nak explore sangat. Tu pun, minta permisi pengawal keselamatan sekolah untuk ambik gambaq ni.
Mat Lazin, walaupun dah penoh poket dia, masih tak mau masuk simpan dulu sebab tak nak tinggaikan kawan2 yang mai kenduri rumah dia.
Norhayati Ishak di tengah2. Dia ni pun macam dulu jugak. Muka tak banyak berubah. Dia pun dah pencen katanya. Opt out lah tu ka atau VSS ka..
Ni dia orang yang dicari cari selama ni. Akhirnya berjumpa jugak. Megat Pistol/Fisol. Gambaq menunjukkan dia dok sembang ngan Koden on the phone.

Sampai balik kat Gurun pun dah dekat kul 5. Mazlee hantaq aku kat Petronas Fertilizer, aku ambik keta, terus balik dan postkan cerita ni...

P/s...aku bukan tak nak jawab SMS Koden, tapi aku terlupa dan la nie dok sibuk testing n commissioning projek yg aku buat di Gurun ni. Dok pulun perhabis supaya boleh balik cepat. Lagi satu aku geram gak kat hampa sebab dok arrange macam2 kat KL, walhal aku kat sini lagi..Uhuk uhuk uhuk...
Harap2 tak dak lah sesiapa lagi yang nak bersungut tak diajak untuk menghadiri kenduri ni...Kan?

WASSALAM..

10 comments:

KODEN said...

Salam,

Alhamdulillah kenduri Mat Lazin dah selamat dianjurkan dgn kehadiran bro/sis darah59 yg amat memberangsangkan.
Aku teruja n sayu bila tengok gambaq Megat Pistol dok ckp phone dgn aku. Setidak2 nya detik2 aku berinteraksi dgn kwn2 d rumah Mat Lazin telah drakam. TQ bro/sis semua.
Dz, hang kena hati2 n monitor keadaan kesihatan tu. Tapi jgn risau H1N1 is not as dangerous as B1N1 !!!!
Pikiaq la kot mana yg patut! Hehehe.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

madud said...

haha koden dengan hawarkkomentar dia,, hehehehe...
dz, mana ada orang dok arrange apa2 lagi, baru lontark idea saja,. tunggu McE bagi date kot? dia kata cuti sampai 8hb. Chong kata, dia pun ok, on saja.
Sambil2 dok baca blog hang, aku cari laa kot2 ada gambvark Khalid Salleh. aku harap orang yang sama yg aku dok cari, Anak cikgu salleh, sekolah tunjang. Dulu, aku ingat, dia mesti sembang bekenaan betapa hebatnya Vespa... hahahah gambark ataih tu sebelah mat lazin, sapadia, nampak cam familiar jugak, mungkin esok2 dan la kot hang tambah data2 selanjutnya,,. Thanks a million.

aku nak pi, tapi, sampai jumaat sabtu baru ada kejaa since balik dari sana.. kena miss laa trip ni.
Tahniah Mat Lazin dapat menantu..

Anonymous said...

salam semua...

i norhayati ishak.i guna blog anak2 i ni.thats y keluar username "angah-atih-abg". just bagitahu awal2.so,nati xde la yang tertanya2 pulak..

congrated 2 mat lazin 4 his sons' wedg.nyway i really hepy boleh jumpa dgn member2 lama.kredit 2 mat lazin, sebab wedg ank dia, i boleh jmpa member2 lama ni. dah lama i x jumpa dengan u all ..smpai ada yang i xbrapa cam sangat dah..yela, masing2 da 'cute2' semuanya:> sory ye 4 those yang i x cam 2.and sory 2 others yg i xsempat jumpa. InsyALLAH kalu ada coming soon event, kte jumpa k..itu pun kalu diizinkan ALLAH..

NICE 2 MEET U ALL...
SALAM...

SNQ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

TELOK NIBONG.
UNBELIEVABLE..TELOK NIBONG DAH DISURROUNDINGKAN OLEH TAMAN2 PRUMAHAN YG CANTIK2.NAK CARI TELOK NIBONG SEKARANG...SILAP2 SESATTTT..MYSELF PUN DOK KENA ADA CO PILOT ..MAZLEE..DOK BAGI JALAN ..U TERUS SAJA..HA TERUS LAGI..SAMPAI DOK DLM KERETA AIRCON PUN BERPELUHHHHH GAKK LAAA.

FOR GOOD ADVICEEE..UNT SAPA2 PUN LAA..KLU NAK TANYA JLN JANGAN LAA DOK FON MAZLEEEE...NAHASSS!!!!! HAHAHA...

DULU TELOK NIBONG SURROUNG DGN GREEN LEAF BUT NOW SURROUNDING NGAN COLOURING HARD ROCK!!!!

THANKS ALOT TO M LAZIM...MAK DIA PUN MASIH SIHAT LAGIII..

FAZIE

Anonymous said...

LUPA...KALAU TAK SILAPP TOK PENGHULU PONGG SESATT..ALL THAT FROM TELUNJUKK MAZLEEEE LAAA..I NAMPAKKK DIA TIBAIII 3 MANGKUKKK BUBUQQQ..BALAIHH DENDAMM KOTTT..

darah59 said...

Fitnah..fitnah...fitnah..1 mangkuk je. hahahaha

LeePakMat said...

salam fazie....
saya suruh masuk ikut signboard Ah Sang kedai perabut yg dok p masuk kot lain tu buat apa....lagipun tu ada tu kad perkahwinan di pacak dilorong masuk taman pasu.. tapi tak pa biar sesat kampong sendiri dari sesah kat tempat org tapi dok kata tak sesat..hehehehehehe....
Lepas fazie balik, ramai lagi yang mai termasuklah yang kita tak kenai pun mai.... salam jangan tak salam.....

Anonymous said...

salam semua,
terlebih dahulu tahniah kat mat lazim, dah dapat menantu pon. maaf banyak2 tak dapat hadir maklumlah jauhhh. banyak nostalgia masa kat sekolah sats dulu bila tengok gambaq yg dz displaykan. Kpg. telok nibong dah berubah habis, dah hilang originality. Dulu kebun getah la ni penoh dgn rumah. ingat masa sekolah sats dulu aku pernah ambil jalan short cut sorang2 balik sekolah ikut telok nibong melalui kebun getah tapi tak jumpa jalan keluaq ke kpg. padang so berpusing pusing situlah banyak kali (sebelum ni dah besa lalu jalan tu), nasib baik akai panjang, patah balik ke sekolah dan balik via lorong alif - selamat alhamdulillah.

Coretan drp Hanin Hashim

attaturk said...

Salam semua

Tahniah mat lazin dapat menantu..semoga pengantin baru d kekalkan jodoh hingga akhir hayat

Wasalam