Tuesday, July 28, 2009

SERONOK

Assalamualaikum...

Dengaq habaq hampa semua pakat berseronok kat rumah kenduri anak penakan Mazlee noo.. Baguih la camtu..Mengeratkan silaturrahim sesama kita..Alhamdulillah..

Plan cerita nak ke rumah Maklang CT pun dah diwar warkan oleh Koden, tapi nampak gaya cuma yang tak leh pi je yang jawab. Tapi orang yang jawab tu aku tau dia memang tak berapa nak pi majlis camtu..Aku kenai sangat dia tu..Hehehehe..

Aku ni insyallah, kalau ada di sana masa tu, akan sampai lah aku. Tapi baguih jugak kalau kita buat rendezvous atau pun meeting point kat mana2, pastu berkonvoi bersama. Atau pun buat car pooling pung baguih gak. Save minyak cikit.

Al Fatihah.. Agar roh Yasmin@Zulkifli selamat sejahtera. Bila terima berita pemergian aruah, aku terus teringat cerita bahwa dia bukanlah gender yang dia portraykan selama ini. Camana ha? Cerita dalam paper pun cuma Kosmo je yang keluaqkan semalam..Yg lain tak dak apa pung.. Bukan niat aku nak kutuk ke apa ke, cuma kita kena ambik iktibarlah bila kes2 macam ni timbul. Mungkin juga Allah swt nak test kita camana nak handle perkara sebegini kut..

WASSALAM

3 comments:

KODEN said...

Salam,

Sejuk sungguh2 darah59 kebelakangan ni. Bukan darah59 saja yg sejuk, jemputan hi-Kopi MakLang pada 6hb (lepaih tu buat correction ke 7hb. Ogos) yg aku panjangkan dgn sms pun tak mendapat jawapan. Jit sorang saja yg jwb TAK BOLEH join.
Kata omputeh..., "read between the lines bro!". Jadi aku conclude yg tiada yg dapat hadir pada hari tu nanti atas sbb sendiri. Tak payah buat apa2 teori la ya, just hormat saja la prioriti sesama kita.
Cuma aku mengambil kesempatan ni utk ucap terima kasih atas jemputan tapi terpaksa memohon maaf kat Mat Md Saman n MakLang CT yg ia2 nak jayakan hi-Kopi ni. Tapi apakan daya, merancang tidak menjanjikan dpt dilaksanakan.
InsyaALLAH mungkin kita akan carakan di lain kesempatan kot. Harap abg/kakak kita ni tak serik la.
Masa d rumah kenduri anak penakan Lee, aku terlepas pandang yg aku aku sendiri pun tak boleh p pada 7hb tu.
Dah masuk setengah abad ni, kena refer organiser baru nampak ada komitmen lain. Nak harap pikiaq masa tu..., boleh pakiaq la!!!

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Aku tidak pernah kenal siapa dia arwah Yasmin ni sehinggalah tertonton filemnya " Mukhsin". Dilihat dari karya nya itu, ia memang berbakat besar dalam industri media kreatif. Mungkin satu dalam sejuta, kalau pun tidak satu dalam sepuluh juta seperti P. Ramleee dan Stephen Spielberg. Tidak lama lepas itu aku dengar cerita pelik tentang dirinya tetapi tidak pernah kisah sehinggalah hari kematiannya dan membaca komen Darah59ers ini.
Dari maklumat yang diperolehi, jika benar, dia adalah seorang Khunsa. Khunsa dirujuk kepada seseorang yang dilahirkan dengan mempunyai kedua-dua jenis alat kelamin yang berfungsi dengan baik. Apabila baligh, mereka diharuskan memilih salah satu daripadanya mengikut naluri jantina yang lebih cenderong ( kira demokrasi laa). Jika jiwanya lebih kepada lelaki, maka dia harus menjadi lelaki dan begitu sebaliknya. Proses pembedahan atau penukaran atau seumpamanya ini tidak salah disisi syarak kerana dia perlu melakukannya bagi memudahkan dia menjaga batas-batas hukum dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Masalah khunsa ini ada dihurai dalam kitab-kitab Fikh muktabar - bermakna ia bukan perkara asing dan pernah berlaku dan akan terus berlaku.

Khunsa berbeza samasekali dengan Pondan atau bapok atau darai. Berbeza juga dengan Tomboi. Pondan ialah mereka yang sifat-sifat fizikalnya lengkap sebagai lelaki tetapi berjiwa dan bernafsu perempuan. Tomboi pula dirujuk kepda golongan perempuan yang berjiwa dan nafsu sebaliknya. Pembedahan atau penukaran jantina atau pengubahsuaian cara hidup, pakaian, rupaparas dll bagi mereka ini dilarang oleh syarak kerana mereka mempunyai satu saja alat kelamin khusus itu dan lengkap pula dengan segala sifat-sifat fizikal bagi mengenali gender seseorang.
Konklusinya, Yasmin seperti juga manusia lain tetapi telah dipilih untuk menterjemahkan kebesaran Allah Azza Wa Jalla dikalangan hamba-hamanya. Pun satu dalam sejuta.
Arwah memang seorang yang kreatif. Bukan calang orang seni yang boleh menjadi Creative Director kepada agensi pengiklanan sperti Ogilvy & Mather dan Leo Burnett. Menghasilkan slot-slot filem iklan kepada syarikat seperti Petronas. Dan sudah tentu bukan mudah untuk mendapat pengiktirafan dunia melalui filem-filem cereka seperti yang telah dicapainya.

madud said...

Satu, dia hebat.
dua, dia tukar jantina
tiga, dia meninggal.
habis cerita.