Thursday, July 30, 2009

H1N1 @ B4B1

(Dok tengok gambaq masa sekolah rendah kat Kelab Shah Alam recently)

Assalamualaikum...

Dengaq habaq kata Madud demam teruk la nie..Aku baru dapat message dari dia, jadi kalau hampa terasa nak jengok2 dia ka atau bantu dia sikit sebanyak ke, sebab aku risau dia nak pi spital pun tak leh kut. Risau gak ngan kes segala selsema B4B1 yang dok merebak la nie...Aku dok jauh, jadi kalu rasa boleh bantu..hampa hoit2 pi lah kat dia sat..Dia tu sebatang kara..."Peti ais" dia pun dah tak dak la nie.. Koden..! Ambik pot sikit...

UiTM Merbok dah tutup, UiTM Pmtg Pauh pun dah tutup, USM kat Nibong Tebal pun tutup gak, banyak lagi yang tutup sebab suspek penyakit selsema B4B1 ni kan.. Aku kat Gurun ni pun bukan nya jauh sangat ngan tempat2 yang aku mention kat atas tu..Cuma kalau ada kes kat PFK ni maka kena quarantine satu plant lah nampak gaya nya..2000 lebih org pekerja yang terbabit tu la niee...Walau camanapun, la nie dah 4 mangsa yang meninggal..

Kemarin aku pi Pendang...melawat memba TNB dulu. Che Pazin nama dia. La nie dah Pengurus Cawangan TNB Pendang..Sembang pi sembang mai keluaq lah cita yang bini dia la nie ada kat Penang. Memang lah bini dia asal dari Penang, jadi aku pun curiga lah..Rupanya dia kena pi treatment kat Mt. Miriam Hospital everyday for 5 weeks selepas dia di diagnose as having womb cancer at stage 4A. Terkezut gak aku..Selalunya kes kes gini kita dapat tau lambat sangat kan..! Aku pun secara bodoh aku ni tanyalah samaada rahim tu boleh dibuang terus untuk mengelakkan cancer tu. Rupanya bila kata stage 4A ni, dia dah merebak ke merata tempat dah..Dan treatment yang dia dok lalui sekarang ni is more for survival dari cure. Kata Pazin, chances untuk cure tu cuma 25% saja...Kesian dia..Ghaplah gak kepala otak tu..

Nak gak kata ghaplah popia, tapi sat gi Fazie querie pulak. Actually, ghaplah popia tu orang Penang kata ghaplah yang teramat sangat lah..Aku pun tak tau camana nama popia tu boleh masuk, hampa jangan tanya. Tau sajalah gang boria ni, macam2 term depa pakai.Macam gak kita dok kata mangkok hayun lah..Camana dia boleh mai, sapa yang reka, tak siapa tau..Pakat guna dan ada interpretasi masing2.."DA OH" Semelit hampa ingat ka at one time dulu kita pakai banyak..Camana perkataan tu timbul ha? La nie dah tak dak org guna lagi term tu semua kan...! Ada orang boleh explain ka? Ada teori ka? Cita lah cikit..


2 comments:

Anonymous said...

JUST FOR INFO..IKM ALOQ STAQ DAH KENA KUARANTIN 14 ORG TMASUK I CIKGU. SO KENA LAA CUTI 9 HARI..MY HUBBY PUNG TENGAH CUTILAA..

LEBIH BHATI2 LAA..KLU TEMPERATURE DAH NAIK N GOT PENING2 N GOT SAKIT TEKAK BETTER SEE UR DOC..

TAPI KLU TEMPERATURE NAIK PASAI MINUM AIR PANAS..TUU EXCUSS LAA..

WHAT HAPEN TU MADUD?????

FAZIE

Anonymous said...

madud demam sajaaaa.... dia dah pi klinik Kejaan dah, dah buat blood test.. urine test, lepaih tu dia dapat ubat sebakoi. 5 jenis saja.untuk penin.. untuk panas badan, untuk lawas ayark kenxin dan lain-lain lagi, sampai dia tak ingat untuk apa ubat2 tu, yang masalahnya.. satu jenis di makan sebelum makan, yg lain2 di makan selepas makan, jadi dia dah makan yang di makan sebelum makan sajalah, yang di makan selepas makan semua dia belum makan lagi, tak selera nak makan.. hagrhuuuuuu hahaahaha koden tipon tadi, madud kata, hari ni hari jumaat kan,, ayat selanjut nya tanya koden lahhh
ni bab MakLangCT ni, awatnya hangpa tak pi? Aku nak kayuh beskal saja nanti pi sana. takbaik nooooo org jemput kita tak pi ooooo