Wednesday, June 17, 2009

Osmat

Salam semua..

Cuaca sejak dua menjak ni membuatkan aku kalah padanya hari ni. Rasa tak sedap badan. Letih dan rasa tak best lah. Lepas settlekan kerja aku pagi tadi, terus aku makan panadol dan rest kat rumah. Buat paperwork apa ka sikit, pas tu aku terus lena... Jaga kul 6 ptg., tu pun sebab housemate, Subian, welder yg bertauliah buat kerja dalam laut dan sebagainyalah balik kerumah dan ketuk pintu. Pas tu aku terus sambung tidoq. Kul 11 lebih jaga pulak sebab Nasir balik. Here I am. Badan dah rasa cergas sikit. Perut pun lapaq. Tapi kul 12 lebih dah ni, susah sikit cari makan kat Gurun ni. Buka email dan ini lah yang aku dapat...

"Assallamualikum Zambri,
Gmbr ketika menunggu bas utk ke KL sbelum balik ke Sarawak beberapa hari selepas menduduki SPM di pintu pagaq keluar SMJ 1976. Seberang jalan tu kalau masih ingat ada pokok2 kelapa dan bendang yg luas terbentang.... Kini hanya tinggal kenangan kot, dan berganti dgn bangunan moden.
Gerek mini yg ku naik tu kalau aku tak silap Koden punya atau Kak sita atau kak noraini punya. Tu di tepi pagar tepi jalan nampak muka koden. Amacam Koden..masih ingat ke ?
Salam ingatan mesra buat rakan2 smj 1972-1976.
mat"

Salam Mat... Nampak gaya darah59 juga diikuti oleh gang Sarawak. Alhamdulillah. Camana gang2 yang lain lagi? Kalau ada cerita atau berita kawan2 Sarawak yang lain, hantar2 lah. Boleh lah kita interaksi. Apa salahnya kalau gathering kita yangakan datang kita buat kat Sarawak ka? Teruja jugak aku nih.Address email Osmat ialah osmathamit@yahoo.com. Sapa2 yg nak kontek silakan lah. Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat mat yg telah menghantar gambaq dia berposing atas gerek mini tu. Siap ada muka Koden pulak tu...

Memang betul Mat..La nie kat depan tu dah siap ada township baru, ada mall lagi, siap ngan bowling alley dan serba mak nenek lah. Betul2 di depan pintu pagar SMJ terdapat sebuah restoran Nasmir la nie. Mamak lah, apa lagi kan?

Its not a bad idea kan kalau kita buat gathering kat Sarawak nanti. Lets work on it...

WASSALAM

5 comments:

KODEN said...

Salam,

Dah 3X aku taip komen tapi tak boleh post sbb line down. Kalau down lagi, aku akan try mlm ni pulak la kot.
Aku akn terus komen on this topik sbb aku amat teruja n terharu dgn artikel Osmat. Salam dari sahabat lama yg jauh d Srwak.
Sehubungan itu, aku rasa patut sangat2 lah Dz d beri pujian kerana terus cekal menghidupkan Kg. siber kita ni. Banyak dugaan n celaan yg dharungi tapi ternyata ini semua hanya terus mematangkan tingkah siber kita.
Actually aku tak ingat pun yg aku p berantaq kwn2 Srwak semasa depa nak balik slepas SPM dulu. Aku pun tak lah rapat sangat dgn ramai kwn2 Srwak ni. Maklumlah aku tak dok hostel n masa tu kita berasingan aliran (aliran melayu n aliran inggeris).
Aku sanjung sungguh2 kehadiran Osmat dlm blog kita ni n aku harap Osmat dpt terus menyumbang n tolong war-warkan semangat setiakwn kita ini kepada lain2 sahabat lama yg d Srwak yg dapat dia hubungi.
As for cadangan Dz to do 1 "perhimpunan" d Sarawak..., Great idea tu. Mai kita atoq. Rasanya susah nak dapat ramai2, tapi kalau 2-5 org pun apa salah nya.
Mai kita pikiaq utk rombongan ke Sarawak ni. Pakat2 komen sikit please.

Wassallam,

CIOW.

KODEN

osmat said...

Salam,
Sungguh2 koden taip smpai 3X baru dpt post. Jom lah ke swak.
Kamal bagi aku alamat blog ini http://ibnusamanaljalawi.blogspot.com/ dan selepas baca, teringin pula nak pi kedah.

TAL18 said...

Ok,boleh juga tu Koden pi serawak,kalau pi serawak bukan takat jumpa kawan 2 saja,boleh juga jumpa janda aku kat sana...he..he,Hai Osmat selamat berjumpa kembali,kalau yg lain ramai dah jumpa dgn aku,abg Jus dll

KODEN said...

Salam,

Cadangan ke Srwak ni d lontar oleh Dz. Aku stuju n tringin nk p jumpa dgn sahabat2 d sana yg tak berjumpa sejak ujung 1976 dulu. Hiba aku taib ni. Teruja sungguh nak ketemu. Harap Osmat n Abg Jus dpt contect lain2 sahabat SMJ 72-76 dan masukkan no. talipon n alamat e-mail mereka utk tujuan memperiratkan lagi silaturrahim sesama kita.
Mazlee pun minat nak lepak d water front. Mat Jiwang ni memang cekap dgn tempat2 romantik gini. Hehehe. Jgn marah Lee. Hehehe.
Kalau takat respon yg ada; Mazlee, Talib, aku n Dz dah nampak kearah ON. Utk Kamal yg sangat2 "instrumental" kpd semua aktiviti Darah59...., kita boleh "mencarakan" sesuatu kot. Yg penting, Kamal kena stuju. So Kamal, tak telioq nak p Srwak ke????
Yg lain2 pun pikiaq betoi2 sbb all r welcome for this trip (tu pun kalau jadi la).

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

Bulat said...

Bila tengok gambar osmat dgn gerek mini tu..seolah2 dia mengamit kita kesana..aku rasa gerek tu Roshita yg punya..osmat ni adik angkat dia laaa....