Thursday, May 21, 2009
MAZLEE KATA...
Aku pastekan coretan Mazlee untuk renungan semua....
Apa yang Lee katakan tu lebih kurang lah ngan apa yang aku sarankan tempoh hari. Kelebihan coretan Lee ni adalah sebab dia bagi solution pulak camana nak tackle situasi sedemikian. Memang aku pun sedaq yang kehadiran ni tak leh nak paksa, tapi oleh kerana aku ni kepingin sangat nak jayakan majlis ni maka aku terpaksa memaksa diri untuk berkata sesuatu yang mungkin dianggap pujukan...Tapi tak sedaplah kalau sampai nak kena pujuk baru nak mai. Mailah dengan hati yang penuh keikhlasan. Bayaq pun dengan penuh keikhlasan. Tak yah lah dok pikiaq 2/3 kali tentang RM60 tu. Sekali dalam seumoq hidup saja kita dapat merayakan bersama. Takkan ada dah majlis serupa ni. Tak ramai pulak yang buat majlis meraikan 50 tahun bersama di dalam Malaysia ni.
Sebenaqnya, majlis ni juga boleh dianggap sebagai bersantai bersama keluarga di tepi pantai. Spend time ngan isteri dan anak2 di tambah pulak ngan kawan2 sekolah. Bukan senang nak dapat package yang macam ni..
MAI JANGAN TAK MAI..
WASSALAM...
ps: Aku terpaksa delete satu komen yang aku rasa terlalu berat dan tak sesuai untuk di paparkan, tambahan lagi orang yang komen tu pulak tak berani menonjolkan diri. Dok selindung di belakang Anonymous.
8 comments:
-
-
Buang masa saja nak jumapa kawan kawan,pi tang lain lagi
- May 21, 2009 at 8:27 PM
- darah59 said...
-
Selamat berjaya...
- May 21, 2009 at 10:22 PM
-
-
yg lain mana pula ni,ayah pin ka,kerajaan langit cap teko
- May 22, 2009 at 9:05 AM
-
-
Salam,
Kalau jumpa kawan2 menjadikan satu perkara yg buang masa..., jumpa sapa yg menjadikan perkara yg berfaedah?
'Amal ibadat wajib dperkayakan tapi tuntutan sesama manusia pun tersurat dlm kitab suci juga. Jadi kalau ada ramai yg macam "yg lain kata" , ramai lah yg dapat 50% saja dari tuntutan.
Sedih juga memikirkan terdapat kawan2 seangkatan kita yg sesempit pemikiran.
Harap maaf jika terkasar, teguran ni sekadar tak mau tengok kawan2 tersasar!
Pikiaq lah yg elok2, jgn nak melalut yg buruk2!
Wasallam.
CIOW.
KODEN. - May 22, 2009 at 2:46 PM
-
-
salam semua,
teruskan b50, jangan pandang belakang lagi. kalau nak ikut kehendak semua sampai bila pon tak jadi. yang mana dok pikiaq2 lagi tu buat keputusan nekad - mesti hadir. bukan susah sangat pon,kita keluaq duit sikit orang lain tolong uruskan, begitu mudah sekali. think positive!!
wassalam.
From ** KL - May 22, 2009 at 7:52 PM
-
-
Salam
"yg lain kata"..aku heran dgn otak & pemikiran yg ALLAH beri kat hang sepatutnya umur dah setengah abad kita berpikiran positive mengekalkan silatulrahim antara kita..ni dak dok.. nak pelingkup.. esok hang sakit deman..sapa pun tak p tengok...buang masa saja..tempat lain lagi baguih..
Wasalam - May 23, 2009 at 12:41 PM
- madud said...
-
masalah betoi laa yang lain kata nii,,,
- May 23, 2009 at 11:09 PM
-
-
hang cakap apa Koden?Itulah yg sebenarnya yg ada difikiran yg lain.Kalau bukan depa cakap macam tu,sudah tentu depa bagi nama awai2 lagi
- May 24, 2009 at 10:14 AM
Salam semua....
Dari hari ke hari, masa dan saat berjalan hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi BB50 tu... Perancangan telah di atur, mula aku bercadang nak p dengan Mrs aja, tapi fikir punya fikir, hanya inilah masanya aku dapat kenalkan pada anak2 aku pada kawan2 aku masa sekolah dulu, so aku ambik keputusan akan bawa semua anak2 aku p kat BB50 nanti..boleh aku bagitau kat depa, ni la kawan2 aku dari aku sekolah dulu...
Sebenarnya aku bangga punya kawan2 yang sanggup untuk sama2 berjumpa ketika kita di usia senja ni dan lepas ini generasi kita disambung pula oleh anak2 dan cucu kita.. Ketika kita berusia 50 dan ada yang 50++ kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama, alangkah indahnya masa tu.. dan kesempatan ini kita ambik dan kita gunakan sebaiknya..
Kad undangan Perkahwinan dari kawan dan saudara jauh dan dekat dihulur setiap minggu menjemput untuk bersama2 kemajlis perkahwinan anak2 mereka diterima, antara tarikhnya adalah 6.6.2009, iaitu satu tarikh yg kita telah pilih untuk bersama2. Agar tidak terhiris rasa kecewa pemanggil yg menjemput kenduri, aku menelefon mengucapkan tahniah atas kawan yang menerima menantu dan disusuli dengan memohon ampun dan maaf atas ketidakhadiran aku dan keluarga kemajlis itu nanti kerana pada aku kedatangan BB50 ini hanya sekali saja dan peluang ini tak mungkin aku sia-siakan... dan aku juga mengharap kawan dan saudara jauh dekat yang mengadakan kenduri pada hari itu faham situasi ini..
Aku juga mengharapkan kawan2 ku yang seusia ku ini dapat bersama-sama memeriahkan majlis 'KITA' ini.. harap sangat-sangat...
Salam dari ku....