Friday, May 1, 2009

MAI CHE MAI

Salam semua...

Waduh..kawan2 nampaknya dah mula buat preparation yang hebat jugak untuk this coming BB50. Mungkin dah ada yang beli baju baru dan seluaq baru. Tema BEACHWEAR kan? Adaka yang beli BIKINI baru? Hahahaha.. Tapi yang pasti, aku tau ada jugak yang tukaq imej baru. Katanya nak jadi Kenny Rogers, tapi on the dark side sikit lah..

Tak lupa jugak aku ingin mengucapkan terima kasih kepada gang yang dah confirm kan kehadiran dan especially gang yang dah pun buat pembayaran. Dan kepada gang2 yang berusaha gigih untuk menjayakan BB50 ini, tak dak ucapan untuk aku beri terhadap ketulusan anda semua.

Setelah berjumpa dengan beberapa orang kawan2 yang bersama2 aku dulu bertungkus lumus untuk menjayakan perjumpaan yang sebelum ini, ramai yang bertanya tentang "mesyuarat" yang aku adakan di Country Heights tempoh hari. Apa nak kata lagi, cuma aku nak kena minta TAL18 sediakan minit mesyuarat sajalah, sekiranya ada untuk menjelaskan keputusan yang diambil. Insyaallah, aku akan bentangkan sekiranya amat perlu.

Wah, wah...dah jadi formal habisss... Siap ngan minit mesyuarat kan? Hehehehe... Tapi aku amat berterima kasih kepada yang hadir di mesyuarat itu walaupun jemputannya secara ad-hoc saja. Pandangan serta cadangan yang diberikan amat memberangsangkan. Di situlah keputusan mengadakan majlis dari petang hingga malam dicapai. Disitu jugak lah keputusan kutipan RM60/= tercapai. Disitu jugaklah keputusan akaun bank dicapai. Cuma satu bank je yang aku tak masukkan sebab tak dapat berjumpa dengan pemegang akaun Bank Islam. Cukuplah dulu 2 bank tu. Aku rasa dah memadai.

Ada jugak yang bertanya kenapa ahli yang hadir ke mesyuarat itu masih belum memberi kata putus samada akan hadir atau tidak. Mungkin silap aku jugak sebab tak bertanya depa semua pada hari tu. Yang aku tau, Hamsan punya nama dah pun dimasukkan walaupun bukan Hamsan yang suruh aku masukkan. TAL18 ni kalau dia tak mau mai pun akan aku masukkan jugak dan paksa dia mai.Alhamdulillah dia siap sanggup bagi no. akaun supaya kawan2 dapat bank in. Hampa semua tak payah lah nak takut duit hampa kena songlap..tak berbaloi pun nak ambik RM60 tu dan hilang kawan.. 60 juta ok lah, dah boleh cari kawan baru, rumah baru, kereta baru dan mungkin bini baru!

Come on people..tinggai 19 hari lagi untuk buat pembayaran deposit MBR. Kalau slow camni, payah lah rasanya. Penat lah kawan2 yang dok all out untuk nak bagi BB50 "JADI". Kesiankan lah gang2 yang dok buat kerja tanpa bayaran ni. Kami bukan nak minta bayaran atas tenaga dan usaha yang dicurahkan, tetapi kami cuma nak mintak kerjasama sepenohnya serta komitmen yag penuh agar BB50 berjaya.

Komitmen "komiti yg tak dilantik" untuk menjalankan tugas mengurus perjalanan BB50 ni amatlah dihargai dan disanjungi. Gang2 ni menawarkan diri. Tak payah suruh. Koden ngan TAL18, sanggup mai ke Gurun untuk berbincang pasai BB50 ni dengan aku. Siap bawak pulut mempelam lagi kat aku. Mana nak cari dah kawan2 yang macam ni..Yang dibelakang tabir seperti bahagian Wanita, GM Gah, a big thank you jugak. Fazie yang memeriahkan prelude BB50 pun plays a part dalam menjayakan BB50 ni, walaupun dia diam seketika. Harap dia walk the talk setelah keputusan 0-0 dicapai..kan? Mazlee, Kamal dan semua yg terlibat, THANK YOU. Mailah beramai ramai kita jadikan kenyataan segala cadangan yang kita dah keluarkan. Mai Che Mai..

13 comments:

KODEN said...

Salam,

Cantik betoi lagu latar prelude BB50. Tang pulut mempelam tu, Bat@Zubir yg belanja. Marah sungguh2 dia nak belanja aku dgn TAL18. Dia warning kat aku dgn TAL18 kalau kami bayaq masa makan n tapau kat DZ tu..., dia akan bakaq kedai tu!!! Merayu2 lah budak2 kedai tu suruh Bat sabaq. So aku dgn TAL18 pun tak jadi nak berebut utk bayaq la.
Yg kami p Gurun tu, no hal le bro. Dari mula2 kita dok buat perjumpaan d Quality Hotel KL dulu, kepuasan sibuk n menyibuk ni hanyalah utk dapat menyediakan avenue utk kita berjumpa.
Ramai yg tak tau mcmana Kamal (saja tak sebut nama2 lain yg tak kurang hebat sumbangan komitmen nya) komit ke arah aktiviti2 kita. Sumbangan kita dlm RM tak dpt menyamai nilai usaha dia.
Pakat2 pikiaq n LET'S MAKE BB50 A SUCCESS k.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

TAL18 said...

Terima kasih sebesarnya kpd Kamal dgn Isterinya,tolong aku aku pukul 2 pagi,pi ambil anak pompuan aku di stesen bas Buterworth.Anak aku dari KL bas dia rusak.Nasiblah ada Kamal tolong ambil dan hantak anak aku.Untuk balas jasa Kamal dan isterinya,aku bayak untuk dia dan isterinya BB50.

CHECKMATE said...

Dia dah bayaq kat Lee dah..Balas jasa dia kut lain pulak lah..Bagi MyVi sebijik ka..ok gak..

ADIK BERADIK DUDE said...

Aku rasa Produa Kembara lebih menepati personaliti Kamal.
Harga Kembara tu taik kuku saja utk TAL18.

Kamal said...

Salam semua,

Sama2 Tal 18 ..apa guna kawan kalau x boleh tolong kawan..duit ringgit sorry..takat tenaga insyaallah..

Wasallam

Attarturk said...

Salam

Tengok pasal kawan..sanggup nak bakaq kedai tuuuuuuu...

Wallahualambissawab

Kawan Lama said...

Ada juga hanya eksyen saja.

Anonymous said...

andai kata gath bermula acara hiburan selepas waktu isyaq, di sarankan di sini, kita buat majlis tahlil pada waktu marghrib untuk semua para ayahanda bonda mana2 kawan2 kita yang pulang ke rahmat tullah

TAL18 said...

Baguih tu,Koden pun setuju dia jadi Iman

KODEN said...

Salam,

Tekejut aku bila buka komen ni tengok TAL18 tulis "Koden pun Setuju". Stakat yg aku boleh ingat, aku tak jenih "tepok2 dada mcm gorilla".
Tapi utk tujuan tak mau begomoi, dgn rendah hati aku terima kasih kat TAL18 atas kepercayaan dia kat aku. Apa nak susah, sampai waktu solat, kita p saja la. Kurang2 pun semua yg jantan dah pernah mengimamkan family sendiri. Kan?
Biasanya orang2 yg kaya ilmu d dada ni akan jadi mcm resmi padi saja. TAL18 kena pikiaq banyak2 tentang nilai2 resmi padi tu.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

darah59 said...

SETUJU KODEN..

Anonymous said...

Kawan Lama yg eksyen tu Tok penghulu ka?

darah59 said...

Bukan bos. Saya tak sangkut ngan eksyen meksyen semua..
WASSALAM