Monday, May 18, 2009

BB50-19 hari lagi daa....

Salam semua....

Aku balik AS 16hb. Sambut B'day Pak aku yg ke 74. Ok lah kan..dia pun seronok sikit. Petang dia sudah ajak aku pi Changloon, teringin nak makan limau bali, aku pun bawak lah dia pi. O the way, hujan lebat hampa kata...Lepas beli buah(tengah hujan), semakin menjadi2 hujan nya. Ayaq dah penoh atas jalan. Kat simpang Napoh tu, siap ada keta yang tenggelam..Munkin ayaq dari tanah tinggi kut yang turun mai, pasai tu lah highway tu hampa kena berjaga2 kalau hujan lebat.

Aku singgah kat Jitra, minum kopi kat Nasmir, right in front pintu SMJ. Opposite front lah. Teringat kat Own, aku pun SMS dia dan dia jawab suruh aku tunggu 15min, dia akan sampai. Dia sampai, kami pun sembanglah. Dia tak dapat nak hadir katanya untuk 6.6.09 ni sebab ada hal kat Penang kut. Tapi aku suruh lah dia cuba make it, singgah sat pun jadilah kan?

Hari ni dah 18hb. Lusa aku nak kena pi bayaq deposit kat MBR. Aku pun tak tau lagi samada kita ni cukup korum ke tidak. Camanapun, aku konfiden yang Majlis kita ni akan berjaya. 

Nazri Bomba pun dah siap bayaq dan definitely akan hadir. Rashid, katanya scrum half SMJ dulu pun dah setuju nak hadir. Yang lain2 tu camana ha? Aku pun tak dengaq habaq langsung.

All set, cuma tinggai 19 hari lagi. Mungkin kengkawan dok tengok 19 hari tu maka belum mai semangat nak confirm. Kemungkinan besaq depa boh majlis ni sebagai No2 atau 3 dalam priority depa. Maklumlah, setakat nak jumpa kawan dan celebrate 50 tahun bersama2 mungkin tak teruja sangat. Jangan lupa bahawa majlis seperti ni sekali saja kita buat. Takkan ada lagi sebab lepas tu semua dah lebih pada 50 dah..Tunggu 60 pulak lah. Tu pun kalau aku sihat dan kuat lagi untuk melalut dalam blog ni. Tu pun kalau hampa sihat dan larat lagi lah.

Kalau boleh, lets have a head count betul2 sebelum aku pi bayaq deposit nanti..no?

WASSALAM

15 comments:

KELUANG MAN said...

Assalamualaikum ,semua kawan2 yg dok baca blog kita ni,aku teringin sangat nak ikut BB50 ni,tapi apa boleh ada hal yg sangat penting dalam hidup ini,dengan sangat terpaksa aku tak boleh ikut,hang Koden macam mana sengap saja?Kemana hilang semua,Fazie,juga diam,sunyilah kalau Fazie tak haru sikit dikg siber ini,Hoi kawan2 mai riuh semua !!!!!


WASSALAM

Anonymous said...

baghu hang sedark knorr blog dah jadi curfew? heheheeh curfew plak.. sapa pernah rasa curfew oii? detention aku pernah laaa rasa. .. masuk lokap pun pernah.. kawat cam pun pernah,,,, lawak2 hidup aku nii... semua kena tu bukan aku ada buat salah apa pun? silap orang saja....

KELUANG MAN said...

Pasai apa tak sedaq,mesti sedaq,aku dengaq DZ sampai riyauu tengok bloq kena curfew

Anonymous said...

as salam semua, aku tabik pada hangpa yang susah payah nak menjayakan bash50 ni walaupun aku sendiri tak dapat hadir. teruskan program ini walaupun bilangannya tak seberapa. aku bagi sokongan moral dari jauh shj, insyaallah jika dibuat lagi perkumpulan kita walaupun kecik dan seadanya, aku sedaya upaya akan cuba hadir. jangan putus asa teruskan saja. viva Dz.

Bulat said...

Salam semua,

Aku rasa hairan & pelik dgn hampa semua.. dulu masa buat kat Darulaman Golf Resort.. hamapa kata awat tak buat cuti sekolah..bila buat cuti sekolah macam2 alasan yang hampa bagi..toyaaaa..makalihamput..tapi tak pa aku nak tengok sambutan kat MBR macamana..

Wasallam

KELUANG MAN said...

Kalau macam tu aku tetap pi,aku tetap pi MBR,Hang jgn risau DZ..

Anonymous said...

aku tak mau pi pasai Jan Daruih tak pi
tapi kalau Jan Daruih pi aku pun nak pi jugak laaa...

darah59 said...

Aduh..sapa sorang pun aku tak kenai ni..tapi camana punTQ 4 d support.
Macam tu lah selalunya..hari yang di pilih ni tak pernah kena ngan depa.

KELUANG MAN said...

Nak bagi kena semua kacau la DZ,ini semua bukan apa,kurangnya menhayati zaman persekolahan kita,semangat kesetia kawanan itu kurang.Semuanya berasa kurang penting dalam hidup.Mereka tidak berasa apa bila jumpa kawan2 lama,depa rasa buang masa saja.Pergi mampuih la hampa semua.Zaman sekolah lama dah berlalu,tidak ada yg penting lagi.Sebab ini lah yg kurang kawan2 joint.Yg depa bagi alasan itu semua nya alasan biasa saja.Kalau depa rasa penting sudah tentu mereka semua joint.Sudah 50 tahun,hanya sekali saja tak pi makan kenduri,rugi sangat?Lainlah yg penting seperti emak bapak sakit,ada keluarga kemalangan.Hanya 1 hari saja nak jengah kawan2 lama tak boleh,pirah lah hampa semua

KELUANG MAN said...

Segalanya Telah Berakhir

Di dalam diri ini
Tersimpan duri-duri
Luka yang kau tinggalkan
Tak terpadam walaupun balutnya

Pedihnya hati ini
Mengenangkan kembali
Kemesraan cinta kita
Hancur berkecai di simpang jalan

( korus )
Mengapa tergamaknya hatimu
Menghancurkan impianku
Untuk memilikimu
Apakah tidak layak untukku
Menyuntingkan dirimu
Menghiasi kamarku yang gelisah

Segalanya telah berakhir
Tanpa kerelaan daku
Ku terima suratan takdir
Untukku melupakan dirimu
Ku terima suratan takdir
Untukku melupakan dirimu

Bulat said...

Salam semua,

Dz,Fazie,Mazlee,Kamal,Tal18,Koden, Roshita dll yg terlibat.. aku ingat this is the last gath yg kita buat..next time no more..sambutan dari kawan2 yg betul2 menhampakan..anyhow thanks 4 your effort to make this MBR come true..

Wasallam

KELUANG MAN said...

Betoi lah Bulat,kedepan ni kalau buat pun biasa2 saja,jumpa berapa orang sembang...ini kira yg last lah

Bulat said...

Salam Semua

Aku sokong hg Keluang Man...gua caya luuuu

Wasallam

Anonymous said...

Yang kedepan, pakat2 bawa cucu lawan tayang cucu2 plakkkkkkkkkkkkkkkkkk

KELUANG MAN said...

Tadi aku dengaq habak DZ dgn TAL 18 sudah pi bagi deposit diMBR,so hampa dok tunggu apa lagi confirm lah cepat2