Untuk pengetahuan semua, tadi aku dah melawat Merdeka Beach Resort ngan TAL18. Berjumpa ngan sales person dia, Adrianna, dan dibawa melawat kawasan tersebut. Kata2 aku tentang tahi lembu penoh kat situ, ternyata meleset sekarang. Anyway tak lah meleset jauh sebab dia baru in full operation sebulan yang sudah. Tempat cantik. Bangunan baru, cat masih baru, belum ada cap tapak tangan dimana2.
Seperti yang sedia maklum, pantai kat sini tak lah menarik sangat. Kalau bercadang nak mandi laut, aku suggest pikiaq 2x lah.
Facilities untuk buat BBQ party memang cantik dan menarik. Just sebelah cafeteria or coffee house dia yang tak ber aircon sebab dia macam beranda punya stail. Bersantai habis lah. Open air lah. Memang ada plan B sekiranya cuaca tak mengizinkan. Hall dia besaq dan fully aircon. Tapi tak sesuai lah kalau nak buat BBQ.
Chalet yang dia bawa kami melawat adalah Bilik Jasmin yang mengandungi 2 bilik tidur. 1 bilik c/w King size katil dan satu bilik lagi 2 katil bujang. 1 bilik air. Fully aircon dan offer dia hari tu adalah RM200. Bilik2 lain tak dapat tengok sebab fully booked. Ada seminar Belia hari ni so, ramai lah.
Next dia bawa kami melawat Dorm. Boleh accomodate 50 orang. Double decker bed. Fan. RM1k/day. Funny incident happen while walking ke Dorm ni. Sambil jalan kita pass decor depa yang berupa tiang kayu besaq. Bawah tiang tu adalah crack sikit, tiba2 aku sudah nampak kepala ulaq lidi terjongak kat situ. Tak tau apa pasai aku tak lah pulak rasa geli atau risau tengok dia. Tak membahayakan rasa aku. Bila kami jalan kat situ dia cepat2 serot balik badan dia masuk kat celah tiang tu, dan aku pun katalah, " Aih..Ulaq lah kat tiang tu".. Adrianna, sales person tu siap ngan melatah dan habaq kata dia memang geli dan takut ngan ulaq...TAL18 pulak ngan machonya berkata, "Saya tak takut ulaq2 ni semua..sebab saya memang ulaq...hahahaha". Memang ulaq.
So, tadi petang bila aku check email, quotation pun sampai. Hampa pakat2 tengok lah. Aku punya cadangan perjalanan majlis ni lebih kurang camni...
1400hrs Check in selepas makan tengah hari.
Acara bebas.
2000hrs BBQ dinner / Acara santai / Borak2 / 2 piece band performance / Games
0000hrs "HAPPY 50TH BIRTHDAY"/ Photo Session.
0001hrs Santai..sampai pagi...
0700hrs Breakfast
Hanya cadangan asas. Nanti boleh ditokok tambah sekiranya mau.
Merdeka Beach Resort
Pantai Merdeka
08500 Sungai Petani
Kedah Darulaman
Tel : 04-4377555
Fax :04437755
17 April 2009
Encik Dzamri Bin Abdul Rahman
INTERSIGNALS SDN.BHD.
Email : darah59@yahoo.com.my
Encik Dzamri,
SEBUTHARGA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-50
Salam hormat dari Merdeka Beach Resort.
Terima kasih kerana memilih MBR sebagai tempat bagi percutian keluarga Tuan. Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya di sini kami lampirkan sebutharga seperti yang diminta bagi rujukan dan tindakan Tuan selanjutnya.
Butiran
Tempahan : HARI KELUARGA
Tarikh : 6 Jun 2009
Peserta : 50 peserta
Bilik Penginapan
Daftar Masuk : 6 Jun 2009
Daftar Keluar : 7 Jun 2009
Jumlah Bilik : Sila Nyatakan
Harga Bilik
Bilik Matahari : RM500.00 bersih semalam (chalet suite 2 bilik) – 2 unit
Bilik Rose : RM400.00 bersih semalam (apartment 2 bilik) – 2 unit
Bilik Jasmin : RM200.00 bersih semalam (2 bilik tidur setiap chalet) – 5 units
Bilik Orkid : RM150.00 bersih semalam (2 katil bujang setiap bilik) – 14 units
Melati : RM90.00 bersih semalam ( cabana 2 katil) – 10 unit
Mawar : RM60.00 bersih semalam
Lily : RM150.00 bersih semalam (1 katil bujang setiap bilik) – 4 unit
Tulip : RM1000.00 sebuah semalam (50 katil setiap dorm) – 2 unit
Program : Sila lampirkan program kepada kami untuk membolehkan kami
Membuat persiapan awal.
Sarapan Pagi : RM8.00 bersih seorang dewasa
RM5.00 bersih seorang kanak-kanak berumur 4 – 12 tahun
Makan Malam BBQ : RM35.00 bersih seorang dewasa
RM20.00 bersih seorang kanak-kanak berumur 4 -12 tahun
Lain-Lain Caj (Sekiranya perlu)
• Pengunaan Bilik Mandi : RM2.00 seorang (bagi yang tidak menginap)
• Sewa Padang : RM 200 sehari
• Khemah : RM 200 sebuah sehari (20’x20’)
• Karaoke & Technician : RM 450.00 untuk penggunaan selama 5 jam
• Live Band (3 pcs) : RM900.00
• Kek (3kg) : RM180.00
• Penggunaan Elektrik : RM150.00 sehari
• Sewa BBQ Pit : RM50.00 sehari
• Telematch : RM 5 seorang termasuk :
• Facilitators
• Games organizing
• 3 Hadiah Saguhati (Voucher)
Tempahan
Daftar Masuk bilik penginapan adalah pada pukul 2.00 petang dan Daftar Keluar selewat – lewatnya pada 12.00 tengahari. Caj daftar lewat keluar adalah RM50.00 bersih bagi setiap bilik dan selewatnya pada 5.00 petang.
Pengesahan
Sila lampirkan pengesahan tempahan selewatnya pada 20 Mei 2009 bersama 60% deposit tempahan. Pihak Hotel berhak membatalkan tempahan sekiranya tidak menerima sebarang pengesahan dan deposit pada tarikh yang dinyatakan.
Butiran Akaun : ZUBINA JUBILEE SDN.BHD.
Acc No: 5021-8400-1864
Maybank Lagenda Heights, Sungai Petani
Perubahan Tempahan/Pembatalan
Sebarang perubahan tempahan/pembatalan perlulah dilakukan selewatnya sebelum 20 Mei 2009. Sekiranya perubahan yang dilakukan selepas dari tarikh ini, caj pembatalan satu (1) malam akan dikenakan ke atas pihak Tuan.
Kami yakin semua yang dinyatakan di atas adalah jelas dan teratur. Sekiranya pihak Tuan memerlukan keterangan lanjut, sila hubungi kami.
Terima kasih dan salam hormat.
Yang Benar
MERDEKA BEACH RESORT
Anna
ADRIANNA BT ADNAN
Eksekutif Jualan & Pemasaran
019-470 3262
BBQ HI-TEA MENU
THE SALAD BAR
Potato Salad
BARBEQUED CUISINE & CHEF’S DELIGHT
Grilled Items
Fish
Prawns
Sausage Mix
Chicken
(Sauce : BBQ Sauce, Black Pepper, Air Asam, Thai Sauce)
Chef’s Delight
Telur Dadar
Fried Rice Kampung Style
HAWKER’S STALL
Char Kway Teow
Laksa
Ice Kacang
Rojak Buah
DESSERT
Assorted Mixed Fruits
Teh Tarik
Orange Cordial
THE SALAD BAR
Potato Salad
BARBEQUED CUISINE & CHEF’S DELIGHT
Grilled Items
Fish
Prawns
Sausage Mix
Chicken
(Sauce : BBQ Sauce, Black Pepper, Air Asam, Thai Sauce)
Chef’s Delight
Telur Dadar
Fried Rice Kampung Style
HAWKER’S STALL
Char Kway Teow
Laksa
Ice Kacang
Rojak Buah
DESSERT
Assorted Mixed Fruits
Teh Tarik
Orange Cordial
(Optional Charges – upon request)
Satay at RM 0.50 per stick
Free Flow Soft Drinks at RM 3.00 ++ per person
Mintak hampa baca betui2, dan bagilah feedback. No of person tu aku perlukan sebab bookings kena base on pax.
Aku suggest lah kan, kalau kita nak cheap sikit, what we do is, the men duduk kat dorm. Women folk or anak2 dapatkan chalet utk depa semua.
Buat keputusan cepat sikit dan bagi feedback.
WASSALAM
7 comments:
er, nak tarik diri bley kan? hangpa enjoy lah.. aku dah hilang mood.
Tak dak masaalah...Tapi aku tak tau sapa anonymous..
Salam,
La ni kita tengah bincang tajuk BB50. Tajuk tarik diri tak dak dlm agenda. Jadi..., tak payah tanya lah. Buat lah apa yg dirasa patut n tidak memudharatkan sapa2.
Aku kagum dgn efisyensi AJK yg 2 org yg dah p "meghisik" tempat kita pilih utk BB50. Minta kwn2 semua kompom cepat2 supaya depa ni boleh p "meminang" pulak.
Bila tengok detail yg Dz incikan utk kita mentelaah, aku tak pikiaq panjang dah....., aku stuju.
Wassallam.
CIOW.
KODEN.
Salam..semua.
1991 dolo Pak Mat famili ada buat camping kat P.Merdeka ni..semua dlm 34 org(anak n cucu2).What we do..kami ambik 4 buah shalet yg ada bilik mandi n yg lain tuu kami bawa khemah n one big kemah unt masak.kami camping 2h 2m.
shalet actually we use unt mandi.masa tu shalet baru 55rm. infact masa camping I bawa kucing I mona..n dia pun enjoy camping n dia pong tiduk kat khemah.
so the best thing kalau sapa2 nak camping...I can try to get camping punya khemah...cause mamak joe I sure chose nakk camping.
Sori yg atas tuu fr me Fazie..cuma nakk tanya Dz..masih sesua kaa kawasan tu for camping.
Fazie
Click lah kat link Merdeka Beach Resort tu dan tengoklah sendiri. Terpampang kat situ. Klu camp sendiri definitely tak leh buat dalam kawasan resort. Buatlah apa yang patut.
takatlah aku confirm sponsor dom...aku atok dgn DZ
Post a Comment