Friday, April 10, 2009
BB50
Adus..nampak gaya mulut Fazie ni dok terejai lagi lah. Dia main hentam je. Dia tak kisah benda tu betui ka, tak betui ka, samar samar ka, gelap ka...Macam org kata lah kan terlajak perahu boleh gostan, terlajak cakap, walaupun mintak maaf lepaih tu, kekadang orang masih dok ingat. Well untuk Fazie, just cool a bit, tarik nafas panjang2, pas tu baru boh komen. Seriously, memang ada suara2 yang rasa terentak ngan komen Fazie ni. Tapi aku dok pertahankan lah, reason dia kawan2. Aku nak minta hang makan Happy 5, bagi tenteram sikit bila nak menaip komen..Hehehe...
Walau camanapun, aku terpaksa tegur bila ditegur. Aku tau Fazie boleh terima dengan senyuman, sebab dia ni memang alright punya kaki lah..Cuma mulut sikit kena cabai..hahahaha..Tapi kalu tak dak dia, kurang meriah pulak. U win some U lose some..
Kuda Tua pun ada sentuh sikit apa yang aku kata..so here it is:
Birthday Bash 50, singkatannya adalah BB50. Bukan lah no. kereta seperti yang di pikirkan. Kalu ada no. camtu, kira dah best gila tu..Cukup tua no tu..Bujang lapok punya time daaaa.. Thank you very much KT kerana menghantar artikel di atas.
Berkenaan blur ni, dulunya memang Dude sorang je yang aku nampak. Lanie pun memang dia sorang je. Pada aku blur ni kekadang dia melayang entah kemana, pastu dia turun ke bumi balik. Kan? Hahahaaa..Oh ya lagi satu untuk kawan2 semua, link Glassman says tu kalu hampa boh komen dan hendak orang baca, hampa kena kontek kawan2 suruh baca cepat. Sebab aku rasa sistem kat situ tak berapa demokratik. Apa saja hang kata yang tak menyedapkan hati Penghulu dia, terus dia boh hang dalam ISA. Deleted...Hehehehe..
Ada satu posting dalam Manggisart yang terbaru ni, dimana Penghulu dia ingin sangat nak dengar pemahaman hampa tentang kata2 nya..Aku saja tolong promo je..Kalu rajin, layarlah ManggisArt.
Cadangan Dude tentang peti undi tu pun best gak. Cuma yang last tu jelah, rasa cam tak berapa bernas. Tak dak sapa yang boleh veto apapun, tanpa persetujuan yang lain2. Kita jugak bukan nak depend 100% atas sponsorship. Kita akan gunakan duit kita untuk jayakan majlis ni. Sekiranya ada sponsor, kita boleh memeriahkan lagi sajalah. Sekiranya semua mengharapkan sponsor sepenohnya, maka takkan meriah lah majlis ni. Mungkin Madud saja yang berseronok ngan orang yang sponsor tu..Sama2 depa berpelok sambut 50 tahun..Happy Burstday ...
Tempat yang dicadang buat masa sekarang ni adalah seperti berikut :
1. Kelab Shah Alam.
2. Port Dickson. (Walaupun pencadang ini jugak yang kata aku tak pikiaq pada gang di Jitra yang tak mampu)
3. Pendang Lake Resort.
4. Taman Negara, Pahang.
5. Jitra.
Aku ada jugak terdengaq org yang marah ngan kata2 aku dalam blog ni. Mungkin ada yang terkena lah kut. Sorry, aku tak hingin nak mintak maaf.
WASSALAM..
7 comments:
- madud said...
-
waaahh!! Pendang Lake Resort! Masa aku pi sana dulu belum ada resort lagi, foreh renjaa pun bagi tau, ayark dia ni memang macam ni, ghona teh o kao-kao. tapi dlm masa 20 ke 30 tahun lagi akan jernih lah. ikan2 pun besark2 peha punya. Tahun dia aku tak ingat lah tapi rasa2 aku, empangan tu baru siap kot? skolah rendah lagi kalau tak silap aku lah. best jugak ni. tapi,,,,
- April 10, 2009 at 7:51 PM
-
-
KALU ANAK2 KITA DOKK BACA GAKKK...ANUTY MINTA MAAF..KEY.THE BEST THING,KALU TAK BETUL JANGAN IKUT..TAPI ONCE U KNOW SAPA AUNTY..SURE NAKK BERKENALAN DGN AUNTY..I M EASY GOINGGGG..
KUDA TUA PONGG AT LAST TERTULISLA A..JUGAKK NAMAA FAZIE DLM ARTICLE NYA.SELAMA NII TAK PERNAH SEBUT PONGGG..
TOK..U R THE BESTTT..SELALU DEFENDD ANAK BUAHHH..MADUD KITA SERUPAAAA..HAHAHA..
BB50..KAT MANA PONG I WIL PARTICIPATE..KEY
FAZIE..WITH LOVE - April 10, 2009 at 8:21 PM
- darah59 said...
-
Cayang you....
- April 11, 2009 at 11:10 AM
-
-
Salam,
Yg masaalah2 individu tu kita KIV sat la kot. Mai la jampok ramai2, campak idea sikit sebanyak camna nak jayakan BB50.
Kalau ada cadangan nak buat d Utara, kwn2 d sana pakat2 la p tengok n amek apa2 makluman tentang tempat tu. 50++ days sebenarnya dah tak lama tau.
Kesian kat Dz dok canang sorang2. Ada kwn yg rajin bagi cadangan pun..., blur. Hehehe so Dz nak kena tampi n tapih betoi2 baru dapat asingkan yg padu n yg ghumbu!
Another hal, since Dz pun banyak masa d Gurun, aku cadangkan buatlah working comm d sana. InsyaALLAH sokongan kami yg d KL ni, konsisten.
Hang Kebun kita pun kuat kewibawaan utk tolong urus BB50 ni. So Dz, contec la dia n teruih veto. Bagi kat dia tugas n im sure he won't disappoint us. Aku tau dia kerap dok ziarah darah59 ni.
Dah sampai masa kita pikiaq n bertindak utk jayakan BB50.
Wassallam.
CIOW.
KODEN. - April 11, 2009 at 11:12 AM
-
-
Ada satu masaelah, kata Nujum Raja apakanama, heheh, tiru style saja, tapi masaelah nya lain. Ada kah kawan2 ingat masa kita kecik2 dulu, kalau orang tua2 bercakap, kita dok di mana? Dok dengark orang tua2 bercakap kaa atau kena halau? Jadi di sini abang chik nak bagi tau kat adek2 yang empunya parents yang dok bersembang kat sini, jangan dok jengok lagi dah, ni tempat orang tua2 bercakap, abang ni sorang saja yang boleh join sekali. wakakakakakakakaa
- April 11, 2009 at 12:27 PM
-
-
Piiiirrrraaahhhh dude..
- April 12, 2009 at 9:12 AM
-
-
kah kah kahh!!!!!
- April 12, 2009 at 1:18 PM
Artikel 9
BLUR @ KELABU
Ungkapan d atas kerap sungguh d ulang sebut oleh Dz. Kadang2 Koden pun menyentuh perkataan ini. Madud lah yg kerap menjadi sasaran tajuk ini.
Tak hairanlah kenapa ia berlaku sebab berulang kali Madud pun mengaku kealphaannya itu(satu masa yg lalu, ada sahabat kita menyebut kealphaan @ keALPHARDan?).
Kebelakangan ni ana terasa seriau sikit. Ana seriau BLUR @ KELABU sudah menjadi wabak yg berjangkit. Seorang lagi bro/sis kita pun ana nampak kerap "melelong" dgn komen2 nya.
Sukalah ana menarik perhatian bro/sis sekalian kpd salah satu posting Tok Penghulu kita yg menyarankan supaya kita lebih berhemah memilih bahasa kerana terdapat juga "spouses" kita serta anak2 kita yg menjengok ke Kg. siber kita ini.
Tidakkah pernah terlintas d fikiran kita bahawa ungkapan yg kita gunakan mungkin boleh memorak-perandakan rumahtangga bro/sis kita yg terbabit? Ana yakin bro/sis yg menulis ungkapan2 ini tidak mempunyai niat yg serong tetapi kita harus ingat dan prihatin tentang tanggapan "spouses" bro/sis kita. Mungkin penulis ungkapan2 sebegini hanya "kabur wawasan".
Bukanlah menjadi sifat ana (d blog ini) untuk menyebut nama sasaran ana. Ana lebih minat menulis secara am sebab ana rasa kurang Gentleman/lady lah ana ini "menembak" bro/sis dan bersembunyi d belakang nama samaran. Lagi pun, ini hanyalah teguran ikhlas yg tidak berniat utk mengaibkan sesiapa.
Ana meminta utk dhayati pantulan suara teguran Tok Penghulu ini, "ada anak2 kwn2 n suami/isteri kwn2 yg menjengok2 blog kita ni". Oleh itu ana harap jgn lah kita bertanggapan seluar Dz akan muat dpakai Koden. Gitu juga baju Hamsan sah tidak muat dpakai Tal18. Kain Fazie pun sah tak muat juga pada Gah.
Ringkasnya, sporting d mata ana, belum tentu memepati piawaian sporting "spouse" Tal18. Piawaian yg ana hendak utarakan ialah piawaian isteri/suami kita. Not our piawaian.
Pengamatan ini adalah sekadar untuk renungan bersama bro/sis yg amat ana kasihi.
Oh ya, jangan lupa untuk terus menyumbangkan cadangan bagi menjayakan BB50 kita ini ya.
Berilah sepenuh kerjasama kepada Dz dan beberapa "invisible hands n forces" yg berada padu dbelakangnya. Muga2 BB50 akan berjaya dianjurkan dgn jayanya.