Monday, April 20, 2009

BB50- Penerangan.

Salam..

Adus..nampaknya benar lah telahan aku..Cheh cheh cheh..telahan tuu.. Memang ramai gak yang melatah nampaknya. Kadang2 aku terasa macam apa yang aku tulih ni tak dibaca dengan sepenuhnya. Sebenaqnya apa yang aku boh kat situ aku harap mendapat feedback, mendapat cadangan yang lebih bernas, bagi persetujuan atau pun bangkangan. Program yang aku letakkan kat situ pun hanyalah cadangan sahaja. Kita ada blog ni untuk kita semua pakat2 berbincang dengan elok dan bermuzakkarah. Tapi nampak gaya, semua pakat dok tikam sana, sini. Aku pun sedih jugak bila terjadi sebegitu. Betuilah nampak gaya, ada yang mengharapkan sangat agar ada orang yang bayaq untuk depa dan depa mai macam makan kenduri. Kalau suka bagi RM10, kalau tak bagi je RM2. Majlis ni majlis kita. Kita yang sama2 nak meraikan. Kita jugak lah yang nak memeriahkan. Jadi sama2 lah kita "tong tong" untuk menjayakannya.

Aku bukan nak suruh pinggirkan yang tak mampu. Kalau dah rasa ramai yang tak mampu, cadangkanlah untuk buat di tempat yang lebih mampu untuk semua. Aku ni tak kisah tang mana pun. Aku rasa ramai jugak kawan2 di KL yang teringin sangat nak balik Kedah dan berholiday ngan kawan2 lama. Cadangan yang terdahulu kata nak buat family day tak jadi..tak materialise, jadi aku ambik kesempatan ini untuk cuba menjayakannya. Tapi, tak tau lah..nampak cam bleak je..

Bukan aku nak minta semua orang untuk tidoq sana. Kalau nak tidoq, kita boleh kira bilik. Kalau gang dari Kedah rasa tak berbaloi nak tidoq, depa boleh balik lepas majlis. Kalau yang mai dari jauh, takkan nak balik kut. Kalau buat kat Shah Alam pun serupa tu lah jugak. Gang KL mesti balik kerumah masing2. Yang mai dari jauh, takkan nak balik tengah2 malam.

Ada jugak yang kata pasai apa nak buat malam. Siang pun boleh gak. Betui..aku setuju. Memang siang pun boleh gak. Kalau dah ramai yang nak buat disiang hari, aku ikut je lah. Takkan aku sorang nak mai malam2 dan celebrate sorang2..Kan? Reason aku buat malam ni sebab aku rasa, kita boleh lah pakat2 berkumpul ramai2 dan bersembang2 tanpa gangguan. Lepas Isyak tu, dah kira free dah semuanya. Kalau siang ni, mungkin waktu kita terhad sikit. Banyak perkara yang perlu dilakukan disiang hari. Lagi pun lebih romantik bila buat malam. Cuaca sejuk, tepi pantai pulak tu..

Cadangan kawan lama tu pun aku amat setuju sekali. Cadangan Fazie yang nampak macam merajuk sikit bila TAL18 tarik balik sponsorship dia. Apa ke hai nye?

Ok lah lagi sekali aku nak betulkan lah cadangan aku sekiranya hampa atau Fazie rasa tak betui.

Check in kul 2 petang tu adalah untuk orang yang nak bermalam disitu. Majlis kita akan bermula lepas Isyak. Mai awai pun boleh sembahyang disitu. Tak dak masaalah.

Sebab yang aku setuju sangat nak buat sebelah Kedah ni agar ramai gang yang dok belah sini boleh join. Kalau buat kat KL tu, tak ramai gang Kedah yang akan hadir. Hardcore je yang akan hadir.

Pikiaq lah tengok dan bagi cadangan. Kalu jadi pun jadi lah, kalau tak jadi pun, aku rasa kami yang memulakan idea ni akan buat juga dimana2. Mungkin 4/5 orang kami saja ka?

Apa sekali pun, aku berharap sangat agar BB50 ni boleh diadakan dengan meriah sekali...

WASSALAM

ps: Disini aku masukkan email yang aku terima dari TAL18..

Salam semua kawan kawan
Disini aku sedikit mau perjelaskan tujuan BB50 dibuat mengikut pandangan aku.Tujuan BB50 dibuat adalah untuk sama sama ulangtahun kita beramai ramai mengngatkan nostalgia kita masa budak budak dulu.Disini juga untuk mengikat kembali silaturahim sesama kita.Disini juga untuk mengukur kesetiakawanan masing masing terhadapa kawan kawan yg ada.

Tahun ini kita semua sudah berumur 50 tahun.Mungkin selepas ini entah kita sempat jumpa lagi atau tidak belum kita tahu lagi,mungkin ada diantara kita sudah kembali menghadap Allah yg Maha Esa.Bila masuk usia 50 banyak juga kesihatan mula terganggu.Kalau kita sempat berjumpa lagi Alhamdulillah,Allah memperjangkan usia kita.Jadi apalah kiranya kita sama sama berjumpa dgn waktu yg panjang.Kita sama sama lupakan tugas seketika untuk berkumpul sama sama.

Kalau diukur berapalah yg kita keluar demi bersama sama kawan kawan yg ada.Jika Cik Fazie menghasud kawan kawan yg lain,demi wang yg begitu saya rasa cukup tidak logik.Tapi bagi yg rasa BB50 ini buang masa saja lupakan saja hal ini.Namun kami beberapa orang akan tetap meneruskan rancangan ini.Kalau nak ikut sibuk,semua orang sibuk,dgn tanggung jawab masing masing.

Cuma ini kita luangkan sedikit masa demi bersama sama kawan yg ada.Sebenarnya mahu dibuat dimana pun tak kisah,Cuma dibuat diPantai Merdeka ini,untuk mengingat kita kembali masa budak budak dulu,pi rombongan dan dulu waktu sekolah tingkatan 4 aku dengan kawan kawan yg lain tak pi sekolah,kami pi Pantai Merdeka,Pukoi 1.30 kami sudah ada lagi distesen bas,macam kami pun balik sekolah juga.

Sekarang terpulang kepada masing masing untuk buat keputusannya…Terima kasih

13 comments:

Anonymous said...

Jgn kata fazie dok hasutt..cuma tkilan..fazie pong sebenaq duit banyak jugak tapi tok penghulu ja yg tau banyak mana.

tok penghulu ..kita pong ada duit tok sah dok harap duit orng..key.

DDy ada bagitau tempat..
Hamsan pong ada bagi tau tempat..
so lagi bebas now nak pilih tmpat..tidak dok terikat ngan yg dok nak sponsor sat tak jadi...
tok penghulu can cal themmm..

Geng yg tak berani drive takpa..nanti kita atoq....sapa nak buat bayaran..can cal mazli..bank in kat dia..receipt ambik kat kamal.

p/s mazlee bagi no acount.

fazie with love n no heart feeling.

Anonymous said...

DDy ada bagitau tempat..
Hamsan pong ada bagi tau tempat..
so lagi bebas now nak pilih tmpat..tidak dok terikat ngan yg dok nak sponsor sat tak jadi...
tok penghulu can cal themmm..

tang mana? habark mai laa di sini, buat apa dok call2? biark semua orang tau cadangan tu di mana, betoi dak?

CHECKMATE said...

iSH..DAH JADI HAGHU HAGHA DAH NIE.. SABAQ SAT DULU PASAI COLLECTION APA NI SEMUA. HAMPA SEMUA RASA VIABLE KA CADANGAN MINAH NI HA? MAIN TERJAH JE DIA NIE. BUAT COMMITMENT LAH FAZIE. NAMPAK GAYA U BOLEH HANDLE BETTER KUT DARI PADA DEPA NI SEMUA. COMMIT LEBIH SENANG ORANG NAK IKUT.

NIKE said...

JUST DO IT.

Awat plak hughu hagha? Masuk saja duit kat Mazlee sebagai yang di cadang oleh Fazie, Kamal keluar resit.

CHECKMATE ada masalah kaa bahagian tu?

Balak Tua said...

Ini bukan hura,senang saja nak selesaikan masalah BB50 ini,la ni kita lantik Fazie sebagai ketua,dan seluruh duit kutipan diserahkan dgn Fazie.Kemudian Kamal,DZ, tarik diri dari jadi panitia BB 50.Cik Fazie lantik lah mana yg dia suka.Semua keputusan ditangan Cik Fazie dimana dia suka nak buat.Siang ka malam ka,itu ditangan cik Fazie.Mulai malam ini,semua kawan jgn bincang lagi hal BB50,kita hanya tunggu keputusan Cik Fazie nak buat dimana dan berapa duit kena bayak.Aku rasa DZ,Kamal dan yg lain2 pasti setuju.Diharap Cik Fazie sms DZ bagi number acc,biak dia masuk kat bloq.Nak buat apa bagi kat Mazlee pula.Ini lah keputusannya yg muktamad.

KODEN said...

Salam,

Ikutkan hati, aku tak mau menjampok tajuk tenyeh-menenyeh ni.Klau kita betoi2 ikhlas, sila lah buat cadangan yg mengekalkan kita d "highway" menuju ke penganjuran BB50 dgn jayanya.
Rasa2nya lah kita harus sama2....:- 1- Jgn buat cadagan2 sinis yg melencongkan arahtuju kita.
2- Jgn buat cadangan yg membawa kita ke haluan yg susah. (Kita dah dok ada atas "highway", kenapa nak cari bataih ban?)
3- Jgn buat cadangan yg tak berasas. (kalau ada tempat lain, sebut saja. Biaq kita pikiaq sama2.)
4- Jgn respon klau kwn2 sindir "over" sinis. Respon tu hanya akan menambah petrol d api!(Diam tu tak semestinya kalah!)

Dah tua2 ni kita patut tau apa yg melawak, apa yg menyakat n apa yg menyakitkan hati. Klau hangpa nak teruskan tenyeh-menenyeh ni..., carry on la!
Tolong lah istiqfar banyak2 n pikiaq lah yg terbaik utk mengekalkan silaturrahim sesama kita.

Wassallam.

CIOW.

KODEN.

madud said...

kalau ikut aku, sapa nak join kita terima, sapa tak mau join, kita tak marah. Kudos koden.

Sapa2 yang dok ikut perkembangan, sila utarakan cadangan2, jika ada atau tolong bagi sokongan.

Fazie, I'm here, only as anonymous. That was me after your comment above. NIKE just do it is also me.

OK, berbalik pada BB50,

1) kita dah komfom ka nak buat di mana?

2) kita dah ada senarai kaa hadirin hadirat?

Sekurangnya pun dengan ada jumlah hadirin/hadirat kita dah boleh buat bajet.

Senarai nama2/no talipon tu semua hanya senarai atau yang dah setuju?

Kita nak buat sesuatu yang kita nak enjoy. Sapa2 yang rasa dah dekat nak mati sila tarik diri lah. Pi cari sejadah. Jangan bangun2 dah.

Bulat said...

Salam semua,

Balak Tua aku setuju dgn pendapat hg..la ni kita bagi cik fazie try handle BB50 tu..bagi dia pilih tempat mana dan kita semua masukan duit dlm acc dia..cukup hari kita semua pi saja..

Wasallam

madud aka mat sebok said...

Encik Bulat, nampak nya dah konpom, Pantai Merdeka menjadi pilihan.

Tarikh dah ada. Waktu nya pulak bila? Siang ka malam?

Kemudian, bab bayarannya. Kita kena tengok apa dia kita nak buat, dari situ kita bahagi2 laa total kos B`day Bash 50 ni. Bukan susah sangat, tolak campork bahagi darab.

Koden kata buat siang macam dulu. Dz kata buat malam pasal romantik.

Rasa2 aku, kita buat siang, sapa nak sambung ke malam, boleh teruskan. amacam?

madud frust tak ramai org masuk sembang said...

Saya nak tambah sikit la disini. Perkara ini hanya ada dua sebab, Kalau tak tuan2 puan2 buta IT, atau tuan2 puan2 saja tak mau masok campork? tak best laa camni, masuk2 laa tegur sapa cakap sikit2 pun jadi laa, komen kaa melawak kaa.

Balak Tua said...

Pasai apa Cik Fazie diam pula,mana number acc,kami nak bankin.La ni Cik Fazie jadi Ketua BB50.DZ,KODEN biak pi kat depa,DZ dan kompom tarik diri.La kami dah bagi mandat kat U Fazie,U pula diam.Kami cukup seronok hang handle,Hang atoq semua siap berapa kami kena bayak,sah dah aku dgn bulat awai2 bankin.

KODEN said...

Salam,

Aku yakin Balak Tua ni baru kenai Dz. Mgkin paling lama pun sejak SMJ kot. Aku tau hati budi Dz sbb aku lah kwn pertama dia bila dia msuk SATS in 1966.
Mungkin bila tua2 ni duit ringgit kerap merubah sikap manusia tetapi aku yakin Dz tak macam tu. Dia ada prisip n he's NOT THAT CHEAP!
So Balak Tua, aku minta hang stop la dok mengapi-apikan keadaan. Kita ada matlamat yg nak dtuju, agenda sendiri n personal vandetta is NOT WELCOME.
Aku minta maaf kalau aku bunyi kasaq tapi niat aku ialah utk menghentikan cakap2 kosong yg melalut n LET'S START WORKING towards making BB50 a success.
N utk kawan2 lain yg terus memberi sokongan n sumbangan idea kpd usaha menjayakan BB50..., my heart is with u all bro/sis. I truly can't thank u enough!
Mai kita pikiaq yg positif saja k!!!!??

Wassallam.

CIOW.

KODEN.

darah59 said...

Lets rock....