Salam kawan...
Betui cam apa yang Ain kata, masih dok teringat kampung lagi walaupun dah balik ke tempat kerja masing2. Maklumlah kan baru beberapa hari saja.
Ain dah melawat pi rumah Farizat, tak dak ka cerita2 kat dia yang kita selalu dok berjumpa? Dia dok cengeh lagi ka? Hahaha...jgn mare.. Itulah yang aku ingat pasai Farizat ni..garang dia tu..
Koden memang dah lama tak masuk blog ni, tak tau pasai apa. Mungkin puter dia rosak atau dia dok kena berebut ngan anak2 dia ka atau dia dok sibuk sangat cari duit. Tapi kami selalu keep in touch. Selalu jugak kontek mengontek. Baru tak sat jumpa di Bukit Jalil. Tempat ni nostalgia actually. Astaka sebelah Stadium tu lah kami mula2 berkumpui dulu, disebabkan aku involve ngan projek highway kat situ. Tengahhari saja mesti ada kawan2 yang akan menjenguk aku kat situ. koden pantang free, dia nanti sampai kat situ. Tapi yang paling kerap sekali masa tu adalah Dik D..aaaiihh silap..Awang...aaiiihh silap lagi..Tanggang..
Okay, kami cadang nak buat small gathering Raya dan akan menjemput semua yang berkeliaran di KL dan Selangor lah. Tapi ini tak bermakna yang lain tak dijemput. Semua yang berada dimana saja adalah dijemput. Tetapi memandangkan jauh dan harga minyak yang melambung ni, kami jemput melalui blog ni saja lah.
TARIKH : 22HB OKTOBER 2008
HARI : RABU
JAM : 1800HRS @ 6:00 PTG.
TEMPAT : KELAB SHAH ALAM
KOS : akan diberitahu kelak
Pemilihan hari dan masa ini adalah kerana kami tak nak dia bertembung ngan open house yang banyak dibuat orang pada hari minggu. Eloknya lepas kerja tu boleh lah terus ke Shah Alam. Jangan takut, kat Kelab tu ada surau yang disediakan. Kalau rasa tak puas, Mesjid Shah Alam pun ada...sikit punya besaq ka..
Klu ada apa khal dan kurang faham silalah hantar komen anda atau pun email aku seperti diatas. Insan yang dilantik untuk membuat jemputan kali ni ialah Looi Lun Toq @ Ismail Shukor.
4 comments:
Assallamualaikum,
Apa habaq my bro/sis? Jgn tekejut bila tengok aku mula menjampuk semula.
Ain, don't worry kawan u yg juga kawan bapa u ni masih dok ikut perkembangan blog n forum tapi ats sbb2 yg Dz cakap tu la yg I tak berpeluang nak menjampuk.
Kadang2 bila tajuk yg kurang arif tu, seriau sikit nak menjampuk.
Yang jampuk malam ni pun sbb i ada 1 kemushkilan tentang bahasa. Pekataan ni besangkut dgn politik.La ni ramai sungguh depa yg nak jadi No.1 dlm KERAJAAN.
Tang ni la mushkil i timbul. Nak tanya sikit.....Apa dia kata pokok sebenaq pekataan KERAJAAN. Is it RAJA or KERA?
I betoi2 confuse la Ain oi..., sbb depa ni gila nak perintah macam nak jadi RAJA tapi perangai sekoq2 macam KERA!!!
OK i nak kena stop dah sbb Q nak guna "natang puter" ni dah bejela. Lepaih ni nak kena tidoq dah. La ni asyik ujan tiap2 petang so nak kena pulun kais pagi saja la.
Orait.... Wassallam.
CIOW
KODEN
Ni perkara sensitif sikit patutnya tak leh masuk dlm blog ni.
Perangai kera ni dia melompat lompat, bergayut gayut, bising2 dan oportunis. Ada peluang dapat makan dia sapu. Masuk kut pintu depan ka pintu belakang ka dia tak kira..Tu lah resmi Kera.
Raja pulak kalau tambah "N" jadi lah Rajan...Dia kurang "a" satu saja lagi, kalau tidak campoq ngan kera jadi kerajaan lah...
I rest my case...hahahaha
Koden ni buat lawak la… nak tergelak pun ada bila baca kemusykilan bahasa dia tu….sebab u tanya I kena jawab juga la…betui che kata dasar/pokok dia “Raja” tapi bila dibubuh imbuhan “ke…..an” jadilah dia perkatan ‘kerajaan’ dan kita kategori dia sebagai kata terbitan. Bab “kera” tu saja la koden buat lawak la tu…mana ada imbuhan akhir ‘……jaan”.
p/s ada sorang lagi kawan yg dah lama dok sengap …nak tanya DZ gah awat tak masuk blog?...pi umah dia ari tu tak dan nak tanya. farizat dh tak chenge dah...i ada tanya dia masuk blog tak...dia kata cuba masuk tak dpt...pastu ingat nak tunjuk kat dia camna nak masuk, lepaih tu adik beradik dia ramai mai raya so we hv to cut short our conversations....tak puas sembang cuma dia sempat citer pasal sakit dia...katanya kalau sakit tu mai (sekali sekala) she will feel like a 100 years old lady..badan lemah apa pun tak leh buat... dia sihat cuma kurus sikit. apa2 pun i tak bimbang sgt dia sembang gelak dia cam dulu gak lagi..la ni dok mengajar sekolah Jenan itula sikit perkembangan ttg farizat
La dia tu boleh bergelak ke? Dulu ngan kami tak pernah gelak pung...Sorry lah sebab saja nak kacau dia...Mungkin dia silap address kut, pasai tu lah susah nak masuk..SMS je lah kat dia camana nak masuk. Klu dia ada email, boleh jugak tolong access...
Post a Comment