Thursday, February 14, 2008

YB oh YB

Assalamuallaikum,

Dah lama juga aku tak baca Utusan Malaysia n Berita Harian. N column yg aku paling syok baca is Wal Kalam Al Kalibut.
Hari ni bila baca blog ni aku rasa Dz ni ada tokoh ganti Chot gila (penulis column tu). Pandai dia kias-mengkias pada tajuk yang ceria, satira n ada message pula tu. Buat aku teruja (ceh ceh ceh, syok boleh guna perkataan ni. Hehehe) nak jampok.
Kawan kita yg nak jadi YB ni....issshhh, susah nak cakap. Kesian pun ada, meluat pun ada. Kesian sebab dia kurang matang dalam selok-belok dunia selain dari buat duit banyak2 n cepat2. Meluat pula sebab dia cakap pandai with no substance. Teringat aku kat kata pujangga Mr Wooi Cheng Kiat "DON'T TRY TO SHOW YOUR CLEVERNESS BY PROVING YOUR STUPIDITY".
N most of the time, mangkuk kawan kita yg nak jadi YB ni dok prove pujangga Pak Wooi ni memang wujud sangat2. Nak tolong nasihat pun tak masuk sebab dia ni ajaran sesat mana punya tah..., dia rasa bila dah duit banyak, semua cakap dia orang terima. Memang mangkuk ni 1st class punya Wal Kalam Al Kalibut!!!
So kalau sapa yg boleh nasihat dia ni, tolong2 la. Bukan la sayang sangat dekat dia ni tapi cakap kot mana pun, dia 59ers n SMJrian juga.
Kupas2 n fikir2 la k.
OK aku nak kena stop dah. Nak p kais petang makan petang pula ni.

Wassallam.

CIOW

KODEN

Assalamualaikum gang,

Wah teruja jugak aku dengaq Koden kata aku ada tokoh jadi Chot Gila(Nama ni tak berapa syok dengaq sikit)...Hahahha..


Anyway sorry lah sebab aku tak tau langsung sapa Chot Gila tu, bukan la aku nak aksyen ka apa ka, cuma aku ni dari dulu aku tak suka baca Utusan Malaysia sebab terlalu banyak propaganda. Bukan aku nak kata dia salah cuma bukan citarasa aku. Dari dulu aku baca The Star. Memang favorite aku lah, 2nd choice aku NST. Bukan aku nak downgrade paper melayu, hampa jangan silap. Aku tau ramai org dengaq camni kalu mesti kutuk aku. Tapi dah aku suka paper tu. Tak tau pasai apa aku jatuh cinta ngan paper tu, walaupung dia paper MCA, apa salahnya, Barisan nasional jugak kan? Kita ni kan negara demokrasi terpimpin, kita ada choice. Kita jugak ada freedom of speech, the only problem is you are not free after you speak...hahahaha.

Bila sebut pasai demokrasi di Malaysia ni memang lah terpimpin sangat. Dia pimpin kita. Dia pimpin kita suruh buat ni buat tu, pasai dia tak percaya kat kita ka? Dia tu sapa, hampa nanti tanya! Dia tu kerajaan lah. Aku ni bukan nak kutuk kerajaan tapi aku rasa depa masih anggap kita ni walaupun dah maju, dah 50 tahun merdeka tapi masih tak pandai nak pikiaq sendiri. Masih kena pimpin. Masih kena di suruh. Macam pahat dan pemukui. Tak kata tak buat. Mungkin ada orang2 yang masih perlu di suruh, di pimpin minda dia untuk berpikiaq cara yang kerajaan mau dia pikiaq so that dia tak payah nak pikiaq banyak2 camana nak tackle problem yang arise. Sebab? Bila semua orang berpikiran macam mana kerajaan mau, tak lah susah dia kan? Sama wave length. Sama kepala boleh lah berkawan. Apa dia kata kita jawab betui..

Tapi bagi orang2 yang berpikiran lain sikit, minda dia cerdas lagi, dia rasa macam terkongkong lah. nak buat camtu tak boleh, nak buat cAmni tak leh sebab dia tak sama wave length ngan kerajaan. Maka jadilah dia pembangkang. Dia pulak mula lah nak lawan apa saja kerajaan kata. Janji dia lawan.

Tapi hampa pikiaq camtu kah sepatutnya pembangkang ni? Camtu kah wakil yang kita pilih sepatut membawa diri dia? This one bukan untuk pembangkang saja juga termasuk yang dalam kerajaan. Kalau dah apa yang pembangkang kata, walaupun betui, ahli barisan tak leh setuju.Hampa tau dak? Kalau setuju kena ban. Bung Mokhtar ngan Mohd Aziz of Sri Gading kena pasai depa setuju ngan Lim Kit Siang on issue nak bawa MITI punya officer keRights and Privileges committe...Aku ingat kan kat dalam Parlimen tu hang boleh cakap apa saja, rupanya hang setuju gang lain je, hang kena lah..hehehe..Best kan? tapi hampa jangan refer aku pi kat KDN pulak pasai kata camni..Jit nanti cari aku pulak..Tapi aku mesti kata kat dia yang tulisan tu nampak macam tulisan aku, tapi aku tak pasti aku tulih , mungkin bukan aku 100%...kan.. Aku belajaq dari Lingam.

Ni membuatkan aku teringat kisah Royal Commission of Enquiry yang dok dengaq kes Lingam la, sebab masa tu dalam court tu sudah bau busk pekong macam kentut.Tan Sri Haider pun tanya lah Tun Mahathir samaada dia kentut, Tun jawab "Saya tak ingat tapi kalau kentut pun saya tak perlu tanya atau bagi tahu kat sapa2 pun".

T.Sri Hai : Awak ke yang kentut Tun Eusoff Chin?

T.E.Ch : Saya tak ingat dan kalau dah terkentut nak buat camana. Saya tak suruh pun pungkoq saya kentut, dia kentut ngan sendiri dia"

T.Sri Hai : Ini mesti lu lah Karasu(Adik Lingam)

Karasu : Bukan saya bos, dia orang suruh saya tulis surat kata saya kuntut, tapi saya tak kuntut...

T.Sri Hai : Must be you lah Lingam...

Lingam : Sounds like mine, smells like mine but not 100% mine lah unless its being tested by an expert. If its mine I will say correct,correct,correct one...

T.Sri Hai : Prof Khoo?

Khoo : Tak dak lah..Mengikut kajian sejarah saya kentut ni adalah kentut berbangsa Melayu dan...

T.Sri Hai : Sudah..Case adjourn ...

Secebis kisah di dalam Mahkamah Enquiry.

Tapi bila kita dok ikut kes ni rasa macam tertipu lah selama ni oleh Hakim yang kita pandang mulia, kena panggil yang arif tapi banyak flaws lah depa ni. Yes, depa pun manusia tapi depa ni di tatang oleh kerajaan. Gaji tinggi. Rumah dapat. Drebar, amah semua ada. Pinggan mangkuk, curtain rumah pun kerajaan bagi. Aku tau ni semua sebab dulu bini aku kerja court jaga finance dan bila mai nak Christmas je, dia kelam kabut lah ambik quotation curtain, pinggan mangkuk dsbnya sebab boss dia masa tu Datuk Augustine Paul. Hakim high court Penang masa tu. Dia belum jadi judge yang preside kes Anwar lagi masa tu. Habih camano?Hampa tau pasai apa kerajaan bagi semua ? Sebab dia kerajaan tak mau depa pikiaq benda yang remeh temeh tu. Gomen nak depa pikiaq pasai kes dalam court saja.Tak mau ganggu pemikiran depa supaya apa judgement yang keluaq tu adalah adil seadilnya. Tapi camano kalau loyat boleh dok pi holiday ngan depa?

Dulu orang cakap polis makan rasuah sebab gaji kecik, tapi yang gaji besaq makan lagi besaq. Dok tangkap hak kecik2 saja, hak besaq tak leh masuk perangkap sebab depa ni macam ikan paus, pecah pukat tu. Tak leh nak tangkap.

Hai tak tau lah apa nak jadi kat dunia la ni. Apa pung Malaysia ni paling best lah. Bila hampa pi luaq negeri baru rasa kata dia best. baru kita mengaku bersaudara dengan Cina, India dari Malaysia. Balik sini saja dah jadi Cina, Melayu dan India balik. Di luaq negeri semua ngaku Malaysian. Selagi ada parti politik ethnik susah lah. Sampai bila pun kita tak leh bersatu. UMNO ngan ketuanan Melayu nya, MCA dengan cerita Cina Kung Fu dia, India ngan Hero Samynya, semua dok fight untuk bangsa masing2, camana nak elok?

Aku tadi sudah makan nasi hantaq SMS kat Mat Lazim, saja tanya dia apa habaq...Dok sat dia call aku dan aku pun berceritalah pasai nak suruh dia lead untuk nak buat gathering kat Jitra nanti. Alangkah seronok nya bila dia kata dia sanggup dan aku akan bagi full support kat dia.

Hampa semua check out lah bila penamaan calun nanti kalau ada nama yang hampa kenai kat
N20 (Kedah) Sungai Limau. Dulu tempat ni di kenali sebagai SALA. La ni kubu Pas. BN kalah kat situ. Kalau kawan aku ni masuk aku akan berkempen habis habisan dalam Internet. Hidup 18.....

Ok lah aku nak chow dulu. Jangan lupa mengundi..Kut mana pung kita orang Malaysia. Jangan di arabkan dia.

Yang sebenaqnya tak dak choice kita ni...

WASSALAM...

2 comments:

Anonymous said...

Terasa juga ya bahang pilihanraya kat dlm blog ni...ok la tu isu2 semasa yg boleh kita sama2 share.Teringin juga nak dengar komen Umno Langkawi. koden, i agree with u yg Dz memang ada tokoh seorang columnist..kalau tak dlm BH or Utusan, well dlm majalah2 DBP pun boleh kalau DZ (or sapa2 saje) nak berkarya cerpen ke,puisi or artikel2 umum..kalau tersiar kita bayar...P/s senyum sorang2 bila baca secebis kisah di dalam mahkamah inquiry - Ain

Anonymous said...

Hello geng, bila bab politik- Dz bukan main lagi karang crita dia.. tapi syok baca sbb dia n koden ada 1st hand xperience wat's on the mind of a YB. Apa YB dok pikiaq n hw u guys bleh chot sikit dia dah syok kut.. amacam kali ni hampa nak chot YB mana plak? Critalah kat kami sama no - dia mlatah ka atau dia smakin smart sbb org asyik nak gula2 kan dia sbb dia yg YB banyak duit (in general lah... personally aku x tau sapa yg dz cakap).

Tapi aku notice rakyat Msia overallnya contented sbb negara aman, boleh cari makan n anak bleh p sekolah. Apa yg segolongan rakyat tak happy ialah org2 trtentu (political brokers/ cronies) bolot kat depa trlalu bnyak sangat RM hinggakan duit depa bolot tu klau di labur di Kubang Pasu, contohnya dah boleh buat bbrpa projek utk rakyat miskin such as specialist hospitals, drainage to avoid floods, atau upgrade sek. kita, SATS with all the latest IT facilities with latest broadband technology n also boleh beli stiap pelajar sbuah computer. Bleh subsidise anak kita pi IPTA or IPTS. Student kat IPT kadang2 mmpu makn nasi ngan teloq saja. Imagine broker dapat commission jual kapai selam, skali dapat beratus juta RM (refer to Altantuya's case, wlaupun kita tak bleh prove, tapi sapa yg stay in KL will definitely know how these money changed hands in the corridors of Putrajaya).

Tu tak kira kntrak lain lagi, bli helikopter ke (Hasaza - sori bukan hang), commission buat Hospital baru AStaq ke yg bbrapa kali kena repair tu.

My point is that govt. kita bila buat kerja trlalu banyak pembaziran yg dsalurkan kpd kroni depa
(dulu aku buat supply contract financing so more or less kita taulah cara depa brunding). Kononnya nak tolong bumi buat bisnes tapi yg kaya asyik org tu saja (dulu geng Tun).. la ni..?bak kata org Jepun, I come from the land of the rising sun but u come from the land of the rising sun-in-law... he..he

So bila hampa nak vote nnty, pikiaq habih2.. nk kena ada check n balance ka, so that "they" will not abuse our tax money or nak development ka, esp. for those staying in Klantanlah.. (mayb depa lebih maju in spiritual/ religious development.. tu pun kna pikiaq jgak..)

Let's see hw it goes sbb undi tu rahsia... unless Dz can convince us to vote his choice of candidate..

Salam from McE.

p/s Dz, tnx for yr sms - aku tak dan jwb sbb tak dak idea. Nnty aku jwb.. chow. Bila koden nk ajak teh tarik plak (yg ada bckground lagu kuch2 hota hei..)