Saturday, February 9, 2008

Kongsi..Kongsi..Kong sini Yah!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh....

Apa habaq semua makhluk di alam virtual ni, yang dah lama tak dengaq berita...diam semuanya. Sakan sungguh cuti raya cina hampa sampai langsung tak mau sembang ngan aku yang dok termanggu sorang kat sini..Apa nak buat, nasiblah dan aku pung tak kisah sangat. Cuma kecik hati saja...Bila aku baca pagi ni Ain dan Mc 'E' masuk jampuk barulah ada semangat sikit nak berceloteh lagi...hahahaha

Aku masih tak dapat feedback apa pung daripada cadangan yang aku put forward to you all,oops sorry, Mc E ada sentuh cikit.That part I think kita akan buat lah Mc E, tapi sepanjang pengetahuan aku yang tak berapa dalam dan tak berapa cetek ni , tak dak sapa buat lagi kut. Yang ada buat aku dengaq adalah orang yang cuba nak cari position dalam politik, tapi bukanlah dengan pemikiran yang genuine macam yang aku cadangkan, more for political mileage..Tak ikhlas..Ada udang sebalik mee. Ada agenda yang tersembunyi.

Kita punya proposal is solely untuk bagi kesedaran kat budak2 yang baru nak membesar, yang tak paham lagi kehidupan di alam yang serba canggih dan penoh dengan berbagai2 kerenah manusia yang depa belum jumpa.Mungkin pada depa lani, masaalah yang depa hadapi tu depa tengok in a very small outlook, tak jauh pemikiran depa. Aku bukan propose untuk mengajaq depa harung dunia ni bila depa lepas sekolah, aku cuma nak bagi depa aware apa yang akan depa lalui lepas sekolah. Tak semua yang boleh pi tingkatan enam, matrikulasi, IPTA, IPTS..Depa ni nanti nak buat apa? Kalau kita boleh cerita kat depa apa yang depa boleh buat untuk tidak jadi sampah masyarakat..itu sudah kira baguih dan boleh dapat pahala tu. Definitely kita takkan ada jawapan pada semua soalan, takkan dapat reach 100%, but its a step towards something yang worthwhile and aku rasa kita akan dapat satu kepuasan lah sekiranya kita dapat get the message across.

Mesti ada antara kita juga yang akan rasa "Aahh, kata ngan tak kata pun serupa juga, depa ramai...Bukan boleh dengaq semua.."..Betui, bapa setuju...Tapi so far, anak2 kita okay..Apa salah kitan oanjangkan apa yang kita dok nasihat kat anak kita tu pada yang under privilege, under achievers, its a challenge guys. Anak kita boleh lah kita hantaq pi tuition tu , tuition ni, sebab apa? Sebab kita mampu...Sebab apa? Sebab semua orang yang mampu buat camtu.Mak bapak la ni dengan bangga nya cerita anak depa pi tuition yang mahal, yang baguih,tapi yang dok di kampung, toreh getah, buat odd jobs, nak hantaq tuition ka nak makan? It is just a thought.

Ini ada satu cerita yang aku teringat dalam gambaq The Holy Man..lakonan Eddie Murphy.It goes like this...

Satu hari, oleh kerana fenomena alam yang kelam kabut la ni, tsunami maybe..sebab aku bessa tengok benda ni jadi kat penang sebelum tsunami ..banyak starfish yang telah dibawa ombak dan terus terdampar di atas pantai..beribu banyaknya...Ada sorang budak kecik ni, kelam kabut dia kutip dan buang balik ke laut.Kutip..buang balik ke laut...kutip dan buang balik ke laut. Ada pulak sorang hamba Allah ni dok perhatikan budak ni dan dia pung rasa kesian sebab dia rasa budak ni bodoh betui lah, mana boleh dia kutip dan buang semua ni pi kelaut balik..Tak mungkin dia mampu, sebab starfish tu terlalu banyak yang terdampar di pantai.
Dia pung pi kat budak tu dan berkata,"Che' dok buat apa ni?"

"Saya nak baling depa ni masuk ke laut balik, sebab kat sini depa tak leh hidup, nanti mati..mai lah pakcik tolong saya sama" jawab budak tu.

"Che' nampak dak, punya lah banyak starfish ni, mana mampu atau larat nak buat..Biaq aja lah" jawab si mamat tu.

"Saya tau banyak pakcik tapi saya nak buat takat yang saya mampu..."

"Alah, depa ni tak kisah pung....toksah dok buang masa" sambung mamat tu lagi.

"Tapi pakcik, pada yang mana saya dapat selamatkan ni, besaqlah ertinya pada dia, sebab dia dapat terus hidup"

Termanggu sekejap mamat tu...sebab dia tak terpikiaq kut situ.Pada dia, klu dah banyak sangat tak yah buatlah, biaq semua mati. Tapi budak tu telah menyedarkan dia...Dia rasa malu kat budak tu dan dia pun terus bertinggung dan start kutip dan buang ke laut.

MORAL cerita ni? Jangan bertinggung lama, nanti sakit pinggang...hahahaha....Yang sebenaqnya, walau pun benda tu banyak dan nampak mcm impossible, tapi akan ada juga yang tersentuh dan menerima apa yang kita berikan.Tak leh tolong 1000, dapat 100 pun sudah ok, tak dapat 100, mungkin 10 atau pung mungkin 1.But to that 1...it really matters. Dia akan amat bersyukur...Got it?

Tak pa lah...aku saja lah nak share benda ni ngan hampa semua.Sorang aku tak leh nak buat, tapi kalau ngan hampa semua, insyaallah...

Aku ada dapat SMS ni semalam, jadi aku nak paparkan disini...
"Depa nak buat gathering 27/07...depa kata hang bagi 500, koden bagi seribu...kira ok lah tu."
Aku jawab...
"Sapa habaq, aku tak tau pun"
Dia jawab...
"Kamal habaq kat aku...hang dah setuju bagi 500.."
Aku jawab...
"Setahu aku semua orang kena bayaq bila kita buat majlis camtu.."
Dia jawab
"Memangla semua kena bayar..tapi nak bagi 500 untuk kawan...awai hang setuju...la buat cakap banyak pula..."
Lepas tu aku pung tak jawab dah...

Penghantar SMS ni aku rasa elok anonymous lah...

Untuk pengetahuan semua, kami memang ada bagi tau kat Kamal yang kami akan support sikit daripada duit kutipan yang kit dapat dari gathering yang kita telah buat. Amaun belum di tetapkan lagi...Ini bukan personal money, ia lebih pada duit kutipan gang2 semua..ok..jangan silap haribulan.

Assalamualaikum
First of all thanks for a memorable dinner kat kelab shah alam hari tu! My family and I enjoy it walaupun we all kat situ lebih kurang 2 jam je…so sempatlah mingled around say hi….to our seniors, juniors, dan kawan2 yg I dah jumpa dulu (kat hotel Q dan dusun Talib) dan kawan2 yg I baru jumpa spt Puziah, Hasaza, rajan, rosli McE dll…nice meeting u all! Dan yg I paling tak sangka nak jumpa malam tu ialah Mahanum (kawan yan adik koden)…dia ni, tok dia dan tok i adalah best friend, so masa dulu2 bila time our tok ni berjumpa kami selalula kitaorang dok main bersama, dok makan buah moktan dan buah pelam kat depan umah dia…..memang tak sangka dpt jumpa semula! So tima kasihlah kat organizer yg bertungkus lumus berusaha mempertemukan dan mengiratkan silaturrahim antara kita semua yg jauh yg dekat yg kecik yg besak dan tak kira bangsa dan agama! As for Gah, kita ada banyak masa lagi nak berjumpa and of course kami semua amat menghormati keputusan yg u buat tu…akhir kata selamat bercuti panjang sempena hari raya cina ni….- from Ain

Glad to hear yang you enjoy the gathering..Dan amat teruja sekali bila Ain dapat mai mlm tu walaupung mula tu nampak berat sikit...Anyway thank you very much for coming...

Salam smua esp. Dz yg tak putus2 luahkan idea2 dia utk kita renung2kan. Actually dat day masa kat Klab Shah Alam I was telling Ain that its good to meet old friends yg sebaya, tak kira pernah jumpa sat atau dah lama tak jumpa, atau baru brkenalan. In fact everyone of us ada kaitan. Macam myself, spent 6 yrs in SATS sama Dz, Koden, Hasaza, Madud, Gah, Fadzillah,Rajan,Cheng,etc. then met Din Ahmad in the later yrs of SATS. Dz pulak spent 2 yrs in Teknik with Hasaza n Rajan while aku spent 5yrs with Cheng in S'ban. But in Form 1-3 they all spent time together with Kamal, Koden, Jit,?? dll. Klau bljaq maths dulu, this guy is a subset of dat guy, while org ni plak is a subset of another guy. Last skali kita ni smua ada kaitan n bleh anggap skluarga. Tak kiralah dah jadi dato' ke, atuk ke atau masih single or double (lbih kurang mcm tu lah).

Sambung balik pasai brsembang ngan Ain. Dok crita kat dia yg at this age, kita tak risau nak sembang topik apa pun tak pa, bukan nak kacau/ngorat sapa2 dah. Almost all dah ber anak pinak. Yg kita mau hanya get together. In fact, I was talking to her hubbie as well 'cos nmpak hubbie dia sporting n can get along fine although kita dok cakap slang kedah saja. Dok tak dok, tiba2 dia (Ain) dah nak balik dah, waktu tu baru pukui 10 lebih skit klau tak silap. Trpikiaq jugak kut2 kita ni salah cakap. Ain, klau salah cakap sorry no.. anyway I'm sure u got yr reason pasai apa nak balik cpat mlm tu. Rajan boleh tahan jgak, smpai jam 12 midnite. Pas2 dia dah klam kabut nak balik. Aku ngan Madud ingat plak pasai crita cinderella..

Aku ni bukan apa, saja nak melalut gak sbb Dz crita pnjang lebaq, 2 hari sapa pun tak respon. Jadi nak add spice sikit.

I know everybody is still trying to feel how Ta is feeling. Baguslah, klau kwn-kwn dok call dia so that she knows there are friends out there who can give her moral support in this challenging times.

Tntang Koden/Dz proposal nk bagi recognition award to org kpg kita, baguih tu but maybe bleh tnya exco SMJ alumni whether depa dah pernah buat mcm tu. Klau dah pernah, mungkin do smthing diferent (mcm concentrate on the underprivileged kids mcm koden/dz kata tu, etc.)

Anyway, apa cita Kurniawati. Did anybody try to cntact her. Baguih jugak klau dapat bring her into this blogsite. Mana tau kut2 nk kna kempen reunion ke, donation ke, thru abg Mehat (abg Kurniawati) as exco of SMJ/ SATS alumni, bleh go thru her (everybody ada strengths and cable masing-masing). OKla, aku melalut smpai sini sajalah. Mlm ni nak kna pack bsok nak balik makan knduri kat AStaq - bukan anak mnakan nak kawin tapi cucu mnakan... maklumlah kita ni muda lagi baru 40+...ha..ha.. salam utk smua n Kong Hee Fatt Choy (aku generasi lama, rasa pelek nk sbut Gong Xi Fa Cai mcm Dz sbut..kat kedah bleh balik main mercun yg kuat2 (mercun bom-la, ktupatla), mcm kita kcik2 dulu.. adios. (p/s Hasaza bila nk contribute to this blogsite?) McE

TQ Mc E...Cita Kurniawati tu belum sapa2 ada bagi berita lagi...definitely ni line Koden boleh handle punya. Dia rapport ngan depa ni baguih. Sooner or later dapat lah tu..Amboi sampai macam mana aku sebut Selamat tahun baru pung hang komen..Ok lah tu..Ya lah cucu penakan pun dah nak kawin..Tahun depan dapat cicit lak Mc E...Aku cucu penakan kecik2 lagi...Lambat lagi depa ni nak menikah.

2009 will see all the 59ers turn 50...Hahahaha big year..Half Century...Celebrate gila2 tu..

Wabillahhi taufik..Wassalam

dz

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, nak mencelah sikit. Mengenai next gathering yang akan diadakan pada 27/7 di utara tu akan menjadi kenyataan la. Harap2 usaha Kamal akan mendapat sokongan dari kawan-kawan semua. Insyallah saya akan membuat perancangan dari sekarang supaya dapat menghadirikan pada majlis tersebut. Saya akan pastikan Rajan ikut saya, 27/7 tu hari sabtu, dia tak hantar anak pi klas sumo. Perjumpaan yang lepas kat uatra tu maklum la buat lepas raya,saya bini orang jauh, bak kata koden `minor decision tu bini buat' jadi dok buat lepas raya, nampak gaya tak da can la nak jumpa gang2 lama. Setakat ni jumpa yang kat KL alhamdulillah la berjaya mencapai matlamat yang diharapkan.(special thanks Dz and koden). Untuk cadangan mengadakan special tropy/hadiah kepada pelajar serba boleh adalah satu cadangan yang sangat baik dan murni tapi memerlukan satu perancangan, pendekatan dan pelaksanaan yang berkesan dan mantap. Dah dok dengar banyak senior2 dan ahli koperat yang nak buat benda ni tapi tak jadi, kalau jadi pun bak kata `hangat2 tahi ayam'. Kalau nak buat perkemas betul2 supaya pelajar2 mempunyai satu tekad dari awal tahun untuk mendapat tropy tersebut bermakna satu tropy yang mempunyai `ciri dan nilai' yang boleh di banggakan dan dijadikan kenangan pada masa tua kelak. Sekian dulu dari saya, Wassalam
Hasaza

Anonymous said...

Assallamualaikum,

Baru nak start jampok, Dz cal sembang pasai macam2, panjang lebaq. Tapi yg boleh d sebut d sini is just about plan nak buat dinner d Jitra nanti.
Kami nak try identify sapa yg boleh jadi kepala untuk organise d sana. Dok terlintas Mat Lazim yg nampak tu berminat juga utk berjumpa2 ni.
Apa2 pun kena tanya dia dulu.
Aku minat sungguh jampokkan Hsza sbb dlm merapu dia tetap asker juga. Bila dia cakap pasai urusan formal yg perlu perancangan n procedure, memang la bunyi sebiji punya Ltn. Kol.
But the facts remain, memang betoi apa yg Hsza kata, jgn jadi "hot hot chicken shit"
Malam ni rasa kena stop awai la, otak dok tang lain. Tak boleh concentrate menjampok pun. Tengah sibuk n juga tengah stress kalah bidding. Tak dak rezeki nak pencen awai lagi la nampak gaya ni.

OK CIOW,

Wassallam.

KODEN