Wednesday, January 16, 2008
Tudia Dia Dok Mai..Dok Mai Kata tak Mai
Wow today depan opis aku ada pasar malam da... Aku dok opis tak senang sebab bau makanan dok masuk kut tingkap. Terus turun...Jalan punya jalan...jumpa sata ngan pulut udang yang kecik kecik tu..Aku terus beli sata 2 rial dan pulut udang 1 rial..Shooor merenam jokar. Sedap tu sata dia.
Hah...good news. Ada ramai lagi nampaknya yang kompom mai. Bestnya. Tak sabaq cek nak jumpa hampa semua. Awat Fatimah Zahrin, Hanin,Hasni, Nor Asma and sapa tu runner masa kat SATS tu tak kompom ke? Tak tau ke? Sampai hati hampa...Kami buat teruk2 tak mau mai. Norizan la nama pompuan tu kan? kalau dia cakap telepong..ya ampun..sakit telinga den sebab terlalu lama. Nak halau tak sampai hati..layan je lah...hahahaha.
Koden mengata kat aku la hari ni...tapi tak pa..dia nak balaih balik pasai aku kata bini dia order dia balik segera malam tu..Tak kisah..inilah kata2 nya:
Bila dia kata jemuan, jadi aku pung jawab kat dia yang nak mai semua pung jemuan jugak. Oklah aku cuba talakan..tapi aku nak minta tolong Hasaza suruh askar dia boh board tu yang selalu askar boh untuk tunjuk hala bagi senang semua orang.
1. Dari Federal Highway menghala ke Klang.
a)Hampa akan jumpa tol yang berharga RM1 ka atau dah naik aku pung tak ingat dah. Lepas je tol tu ada susur sebelah kiri tunjuk pi Shah Alam. Hampa masuk situ sampai ke trafik light. Keep right. Kalau hijau hampa kona kanan..Terus je tapi try to keep left. Hampa nanti nampak bangunan nama BRUNSFIELD sebelah kiri. Pas bangunan tu hampa belok kiri. Terus kalu nampak Stadium Shah Alam. Anyway ikut je jalan tu sebab dia gradually belok kiri (memang tak leh pi terus pung) hampa terus pi...nampak TESCO EXTRA sebelah kiri. Terus lagi nampak stadium Melawati (indoor) sebelah kanan. Petronas station with Dunkin Donut on your left. Terus...Jumpa roundabout. Bila hampa berhenti kat roundabout tu nak bagi kereta lain lepas, hampa tengok kat depan jauh nun disana ada satu bukit dan atas bukit tu ada bangunan. Itu lah Kelab Shah Alam. Hampa ambik pukul 12 lah kat bulatan tu dan terus jalan perlahan lahan sebab ada simpang sebelah kiri untuk nak pi kelab tu. Masuk simpang kiri, jalan sat nampak kat sebelah kanan ada pintu pagar dan ada sekuriti tunggu kat situ. Bagi lah lampu isyarat untuk belok kanan sebab kat situ leceh sikit, kereta akan ikut dari belakang hang dengan dekat sekali.
Jadi untuk mengelakkan dari sakit hati kena langgar patuhilah undang2 jalanraya. Jangan lupa angkat tangan kat sekuriti tu sebab depa pun manusia macam kita yang sedang menjalankan tugas mereka dengan dedikasi sekali. Lepas tu hampa bawa lah kereta ka lori ka terus mendaki bukit. Hampa terus saja sampai hujung dan carilah parking yang bertanda guest. Masa hampa nak masuk parking tu hampa nanti nampak lah sebelah kiri hampa tu ada entrance to tempat perjumpaan kita. Sila kunci pintu selepas keluar dari kereta dan menyusur lah ke pintu masuk yang disediakan. Masuk dalam tu nanti hampa khetiaq cari lah.Definitely kita akan ada orang usher hampa. Sebelum masuk huloq duit dulu...hehehehe. Hope u can find the way. Klu sesat just give a call kat aku ke (0162180574) atau Koden(0123168555).
b) Klu hampa mai dari PLUS HIGHWAY, sampai Rawang hampa nanti tunggu tengok signboard Shah Alam / Klang..Guthrie Expressway kut. Masuk kiri dan terus saja. hampa nanti melalui 3 toll. Toll last sekali ialah Bukit Jelutong. Hampa teruih je...Nampak lah kilang FLEXTRONICS seblah kiri. Pas tu kat depan tu hampa nanti nampak cabang 2. Satu pi KLIA dan satu lagi pi PETALING JAYA. Masuk hak kata PJ tu dan terus sampai jumpa trafik light pertama. Right hand side u will see SHELL stn. Terus lagi but try to keep right. One more trafik light. Lepas trafik light tu dia ada simpang kanan with satu lagi trafik light. Kat situ boleh nampak bangunan BRUNSFIELD sebelah depan kanan.. Masuk kanan dan terus jumpa jambatan ada sungai kat bawah dan ikut jalan tu membelok ke kiri..hampa nanti nampak TESCO EXTRA. Pas tu hampa ikut jelah macam cerita diatas.
Waduh letih jugak buat direction kat hampa ni tapi aku harap berbaloi lah. Aku ingat nak buat plan tapi rasa segan pulak nak pakai PAINT tu..Lambat dan renyah. Hampa mesti boleh sampai punya.
Mailah awai sikit sebab bilik tu kita dapat occupy sampai pukul 12 mlm. Klu rasa tak cukup kita pi kedai mamak lah...hahahaha.
Aku harap direction yang aku buat tu terang dan senang nak ikut. Kalau tanya orang kut belah Shah Alam tu pung depa tau lah aku rasa.
Hope to see you all there and have a good time...RASTAMAN..tudia dia dok mai...dok mai kata tak mai...dok mai kata tak mai....
WASSALAM MUALAIKUM WARAH MATULLAH...
dz signing off...over & out.
1 comment:
-
-
Assallamuallaikum,
Tu la aku dok kata dah...,
aku ni dah memang gian dgn blog ni. Ngam2 sampai balik dari "kais pagi makan pagi", mcm Mat Gian, aku terus ON komputer. Padahal breakfast pun dak lagi ni.
Anyway, aku suspek betoi la kat Dz ni. Aku cadang saja suruh dia buat tunjuk arah, dia respon teruih. Caya lu la Bro!!!
Tapi aku lebih setuju dgn counter cadangan Dz yg nak minta Hasaza guna papan tunjuk arah askar. Apa2 pun jgn sampai dia terbeban n di anggap salahguna kedudukan pula. Ni la yg aku maksudkan dgn KELEBIHAN N KEKURANGAN SEORANG INSAN.
Yang sebenaq nya ada 2-3 jalan lagi nak mai ke Kelab Shah Alam tu tapi aku tak berhajat nak confuse gang yg baca. Stick to the tunjuk arah yg Dz bagi n kalau hampa beteraboq juga, cal lah aku or Dz or Din Ahmad ka. Jangan cal Rajan. Walaupun dia kerja d Shah Alam, dia lebih cekap jalan d Sunway sbb tiap2 hari antaq anak2 p swimming la, tusyen la, tae kwondo la, sumo la d Sunway (pernah dengaq ka hindu masuk sumo???).
Ni la Kisah Seorang Rajan. Selagi dia boleh jolok anak dia masuk, aktiviti apa pun dia nak boh anak dia. Gah! U buka kelas masak, dgn dia2 sekali mai.
Betoi mcm Dz kata, tudia dia dok mai...dok mai dok kata tak mai...
Sampai saat ni aku tak dapat apa2 tambahan confirmation dari kawan2 yg lain. Woi... kompom la cepat!!! Kesian la kat kami yg nak budget tempat n makanan. Kalau dah kompom n baca blog ni, tolong lah war-warkan kat gang kita yg lain k.
OK takat ni saja la kot. Esok Dz tuleh lagi..., aku jampok pula.
Wassallam
CIOW
KODEN - January 17, 2008 at 11:30 AM
Assallamuallaikum,
Jen Jen Jen.... aku lagi yg mula2 jampuk. Sebelum nak jampuk ni, aku nak cerita sikit pasai kasih aku kat blog ni.
Ni nak habaq betoi2 (cakap mesjid la), yg sebenaq nya aku ni dah tak pernah tepikiaq nak rajin mengarang n bercerita gini. Mula ataih dasar kesian n nak give support kat Dz, la ni aku dah jadi dekat2 nak gian dah utk menjampuk ni. Patut la budak2 kalau dah ngadap komputer ni sampai tak mau pi mana dah. So,mulalah jampukkan ku dgn tajuk jamuan kita.
PERINGATAN: Jamuan ni jgn d salah sebut jadi JEMUAN pula, sebab kalau jemuan, taukeh blog ni sorang saja yg masuk dlm katagori tu.
Satu permintaan kpd taukeh blog ni is to do a tunjuk arah ke Kelab Shah Alam dlm blog ni d masa depan (yg terdekat). Teh dah tanya aku mcmana nak p kelab tu. Kalau nak xplain dlm sms, berkajang la. Jadi aku minta la sahabat aku jemuan yg budiman ni utk TALAkan kwn2 yg akn tergagau2 nk p ke kelab tu. Aku tau hang tere dlm hal2 tala-menala ni.
Tadi Loceng dah kompom. Correction sikit dari list, Mae dah kompom minggu lepaih lagi. Tharu pun aku dah sms n minta sms aku tu d forwardkan kat Herjit. So far no respond yet. Maybe Gah can put her personal touch kat Tharu kot. Jgn la dok personal touch kat Herjit pula....he he he.
Syok sungguh aku baca tang hang dah ready dgn 1 KISAH SEORANG BIDUAN. This shows how xcited you r to meet n begebang dgn gang kita. Prelude to that cerita, aku pun dah ready dgn 1 mukadimah to that story. Mukadimah tu bertajuk KELEBIHAN N KEKURANGAN DALAM SETIAP INSAN.
Ceh Ceh Ceh, macam Fezilah Kamsah pula nooo....
Alamak aku nak kena stop dah sbb petang ni aku start kerja at 3pm. Nak kena p dah.
Wassallam.
CIOW
KODEN