Assalamualaikum,
Aku ni sejak berhijrah ke Trengganu ni kerja siang malam. Reason being, dok rumah pung nak buat apa,baik dok kat opis pikiaq apa kerja nak buat. Bila dok banyak pikiaq ni selalu untuk relax kita pikiaq lah our loved ones. The happy times that we go thru and also the bad times that come our way. Well thats life. Tak kisah punya...masa susah kita buat cara susah dan sebaliknya.
Bila aku teringat time sekolah dulu terbayang semua lah jugak. Time tu susah aku masa nak buat homework ngan exam je. Benda lain mana ada susah. Semua kita burdenkan kat mak bapak kita masa tu. Makan, pakai, buku dan duit ringgit semua pak kita punya pasai. Kan? Tapi la ni kita dah upgrade diri kita in terms of age lah, dan terjadilah kita ni mak bapak org pulak. La ni kita lah yang menanggung problem yang anak anak kita tak realise exist.
La ni pulak sosial problem pun berlambak. Jantan betina punya cerita la, dadah la, hidu gam la, judi kuda la dan macam2 mak nenek lagi. Paling recent dalam negara kita ni adalah racial problem. Aku understand yang racial problem ni memang susah nak tackle pasai tu kita selama ni give and take saja. Aku tak tau lah hampa semua tapi selama ni aku melalui give and take ni dengan semua bangsa. Dekat rumah aku di Penang, jalan waterfall atau jalan kebun bunga tu,yang masa kecik kalau kita buat rombongan mesti pi Botanical garden, ad tokong Hindu terbesaq.Tiap kali Taipusam,samada aku beli makanan banyak2 atau aku pi holiday,sebab depan rumah aku tu nanti jam gila2 babi punya. Depa punya main muzik la, menari la, mabuk la dan sebagainya. Tak dak sapa sound apa2 pung. Give n take la tu.Hari ni hari hampa...takpa...
Mai Raya Cina...Dum dum che..Mercun ni meletup letup bagai nak rak.Diam jugak kan. Wish neighbour Gong Xi Fa Cai saja,bila jumpa dlm lift ke apa ke. Mai bulan posa,time kamilah yang ada 3 famili Muslim kat situ utk buat bising. Sebelah tu ada surau,jadi masa terawih lah bising dengan jemaah lain2. Hari Raya...surau tu tak buat sembahyang Raya, jadi diam sokmo lah kat situ.Give n take la tu.
Tapi banyak orang la ni sesama kita punng tak leh nak give n take. Dia tu orang Kelantan lah...leceh..Dia tu jawa, baik2 sikit. Mamak tu bukan boleh pakai....Dia tu kawin Cina...hemm sapa yang Islam pun tak tau...Cina tu masuk melayu...Dia tu budak tingkatan???? Ha?Ha?
Apa cerita ni...Bila SMJ main bola dulu semua org support. Rugger pun serupa.Hoki pun sama. Pasai apa mai nak buat makan2 nak mengerat kan silaturrahim nak kena pikiaq nak panggil ke dak.Bagi aku,panggil semua.Junior klu ada pung panggil juga.Kira apa , main thing kita nak berkenalan dan sembang2. Kepada sesiapa yang tak setuju permuafakatan ni, dai ada choice untuk tak menghadirkan diri.Tapi dia aku consider amat teruk punya manusia lah. Hampa ingat kita ni kat Iran ka? Ada syiah ngan sunni. Jalan je lah Kamal...aku sokong hang sepenuhnya.
Macam yang aku suggest,cubalah bawa anak2..kita ramaikan.Anak kita pun dah besaq...Depa mungkin tak syok nak join tapi nanti ni depa akan ingat. Ok lah...aku rasa Koden ngan Kamal, 2K's dok war war kan dengan bergaya sekali dan aku pulak melalui blog no je lah dapat aku sampaikan pendapat aku.Hampa suka tak suka hampa punya pasai lah...Hahahaha.Jgn marah...melawak pung tak leh ke?
Aku berterima kasih kat kawang2 yang aku nampak masuk baca blog aku ni...depa masuk diam2 dan keluaq diam2..Tapi aku tau sapa...hahahaha
Aku dah tak sabaq nak tunggu 25hb ni.Memang cun sekali sebab T'ganu cuti hari Jumaat ,macam Kedah gak.
Last sekali aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1429.
Take care.
Wassalam.
1 comment:
Assalammualaikum semua. Selamat menyambut tahun baru kepada muslimin dan muslimat semua.Semuga perjumpaan kali akan bertambah meriah akan menghidupkan kembali nostalgia yang telah lama dilupakan. Syabas dan terima kasih kepada kawan-kawan kita yang ikhlas mengaturkan perjumpaan ini. Amboi ada orang dok kat TGG baru 2 1/2 hari dah nak makang ikang dalang pinggang tepi jalang'Tak mboh ambo nok jadi mek TGG. Cek tetap tanya depa ..... laaa awat dok saja. Ayaq dah sejuk. Awat? Tak makan ayaq kopi ka? Biaq depa tau kita orang Tunku Abdul Rahman .Bapak MALAYSIA. Tok sah dok ikut depa. Be original. Nii... Pesanan penaja. Jangan marah. Melawak ja. Koden jangan nak habaq kat Zaki pulak. Thank you Jit. gambar sekolah tu memang mengimbau kembali kenangan lalu. budak yang xxxx sorang tu Law Chew Yap.tapi yang sorang lagi tak ingat sapa. Zurina Nayan tak leh mai but dia kirim salam semua.Dia pun sorang lagi kawan kita yang kita patut kesian. Ada sebab yang tak boleh mention kat sini. Nak tau tanya sendiri k. My cousin Kop @ Halim pun kirim salam kat semua.OK lah.Dah lama ni, enough for now. Till we meet again Wassalam. Gah
Post a Comment