Friday, January 25, 2008

Al - Fatihah

Assalamualaikum,

Kita telah dikejutkan dengan berita pulangnya ke rahmatullah En. Shukri, suami kepada sahabat sekolah kita Puan Roshita Mansor. Marilah beramai ramai kita hadiahkan Al Fatihah kepadanya......Semoga rohnya di cucuri rahmat.

Al - Fatihah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

Amin.

Jam lebih kurang 6.00 petang 24hb.Januari 2008...Aku dok bawa kereta, baru lepaih Kerteh, sms masuk kat fon aku, aku biaq dulu sebab kereta sibuk masa tu..Jalan kecik pulak kat situ.
Pas tu aku dapat call..Kelam kabut juga akau sebab hands free tak pasang lagi, sempat juga aku jolok menatang tu dan jawab...Koden on the line...Aku terus habaq kat dia kata aku baru je keluaq dari Paka dan on the way now..Definitely lambat sampai KL. Malam ni kami sepatutnya jumpa sebab nak finalise pasai gathering ni. Aku kata lagi suruh depa carry on je lah dulu without me.

Dia tanya aku hang dah tau ka? Tau apa? Shukri laki Ta baru meninggal. Aku tersepok. Aku sempat ucap Innalillah.....

Macam macam dalam otak aku masa tu. Dia tanya camana kita nak buat ni.."Kalau hang sampai awai, aku nak ajak hang balik Kedah. Kita pi ziarah. Kalau hang tak larat aku bawa kereta." kata Koden.

Aku pung tak tau nak jawab apa. Dok pikiaq letih jugak tu. Tapi kalau dah Koden sanggup aku nak ikut je lah.

"Kita tengoklah sat lagi bila aku sampai KL" aku jawab.

Dia pung kata at a loss, tak tau nak buat apa, pasai dinner lagi, berita camni lagi, nak carry on ke atau nak cancel ke...And last dia kata " Bukan senang aku nak cari orang yang satu kepala ngan aku nak balik Kedah ni..."

Ok lah..we hang up after that.

Otak aku memberontak. Terbayang juga Ta ni camana kat sana. Ada ka orang atau kawan yang tolong dia. Aku tak nak call dia sebab, this is not the right time sebab kematian tu baru sangat dan Koden kata bila dia cakap tadi Ta menangis. Lagi satu, benda benda yang sedih camni aku tak reti sangat nak handle. Lupa sat pasai Ta. Aku konfiden dia boleh handle ngan elok.

Aku tengok fon aku ada msg. Check..ada miscall dari Kamal. Oklah, mesti news yang sama. Aku call Talib. Minta dia mewakili kawan2 pi melawat Ta atau buat apa yang patut as a friend. Malangnya dia ada kat rumah anak dia di Ipoh.

Sampai lah aku kat trafik light nak masuk Kemaman..Fon bunya lagi. Aku tak dak time nak tengok sapa dah sebab dok drive...teruih jawab. Gah on the line. Gah suggest kami cancel sebab berita ni dan kata dia Roshita lah yang paling excited nak mai join. So not fair for us to be happy during her grief. Aku diam je. " Tak pa I sanggup bayaq tapi tak mau pi..U nak balik Kedah ke?" kata Gah. Aku bagi tau kata Koden intend nak balik tapi aku belum tau lagi cos I am still in T'ganu. Then I said " Janda lah Ta now dan I ni duda..." Baru Gah gelak dan kata ha eloklah kita postpone dan buat gathering tu lepas 100 hari... So aku kata kami memang nak jumpa malam ni utk finalise pasai dinner tu, then only we tetapkan lah nak "on" ke "off.". " You all ni asyik meeting saja...hahaha jangan lah marah, saja kacau ja"kata Gah sebelum we hang up.

What Gah says ada truth nya. Tapi apa yang dok main dalam kepala aku ni pung ada juga point dia.

Gaya nak keluaq dari Kemamang, fon aku bunyi lagi. "Assalamualaikum" suara Fadzillah berkumandang.

"You ada kat mana ni?..Tau kah about Ta? You tak balik Kedah ka? You all nak carry on juga ka? Gah dah confirm tak pi you know! I pun cancel tak jadi pi. La ni I nak pi rumah Ta"

"Ok lah kalau tak mau mai..Kirim salam kat Ta" jawab aku.

Pastu nyonya aku pulak call...Aku bagi tau the news and maybe we have to cancel. Dia sigh. Aku pulak tanya dia pasai apa tak sebut innalillah..dia kata"I don't know how to say but I did say in my heart "Daripada Allah kau datang, kepada Allah kau kembali"...Tersenyum aku..bangga.

Pastu mungkin nak balik Kedah ngan Koden melawat..tapi rasa letih sangat. Maybe we cancel the dinner. Dia kata good lah why don't you turn back.No need to go KL.

Tiba2 aku angry. Aku rasa macam dia ni tak suka aku nak berjumpa ngan hampa semua..aku pung sound dia "You are not happy aa with all this, me going to see my schoolmate and all!"

Wah...dia pung hot jugak pasai tone aku kata tu.."I'm only not happy if you **** another woman!!!" Dam...hang up.

Menyesal lah pulak aku.

Enough about me..

Tapi all the time masa driving tu aku dah adamant tak mau cancel gathering ni. Reason being:

1. Aku dapat tau kata ramai yang sanggup ambik cuti untuk hadir.
2. The confirmation was damn good. 30+ orang.
3. Dalam 4/5 hari ni blog aku dapat hit banyak dan aku rasa its because of the gathering.
4. Aku rasa lots of people yang akan rasa dissapointed kalau cancel or postpone.
5. Tak semestinya kita bergembira macam orang gila bila jumpa, definitely kita akan sembang pasai Ta punya kesedihan dan tumpang bersedih dengan dia dan boleh juga ajak kawan2 hadiah al fatihah kat aruah.
6. Kalau salah seorang dari kita yang kembali ke rahmatullah, aku tak akan teragak agak untuk terus cancel benda ni.

Aku dah janji ngan diri aku nak bagi tau gang yang nak berjumpa kat Penang Mari TTDI malam ni berkenaan ngan decision aku tu.

Sampai Gambang aku dah lapar. Aku berhenti dan makan nasi lemak bungkus dan minum Nescafe . Pas tu terus belah..Keluaq sat saja Hasaza call, tanya kat mana dan juga bagi tau kata dia tak leh lama malam ni sebab esok dia ada medical check up dan nak kena tidoq awai.Dia ini ada high blood pressure.

Aku pung speed lah. Kalau sempat pun sempat lah.Kalau tidak thru fon ajelah.

Aku sampai kat Ikea Hasaza call lagi. Aku pung terkezut sebab ingat dia dah belah...Bila aku kata kat Ikea, dia kata ok...Boleh tunggu...

Sampai sana , Koden, Hasaza and Ismail Ahmad ada..Kami sembang sampai tengah malam.

Alhamdulillah bila aku sembang dengan yang lain depa setuju. So I hope to see all of you tonight.

WASSALAM

dz

1 comment:

Anonymous said...

Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raajiuun. AlFatihah.