Monday, November 23, 2009

3rd DAY

Entrance ke Pesta Shoppe. Bertentangan dengan pintu Utama Pesta.

Imam sedang melakar potret pelanggan kecik.


Mak bapak dok tunggu siap..RM20 sekoping..

Salam..

Saja lah nak promo sikit..Kalu mai Pesta Pulau Pinang jgn lupa drop in. Tengok2, sembang2.. Masuk, tengok free. Bila nak bawak keluaq je kena bayaq..Hahahaha...

Alhamdulillah..so far so good..walau pun cuaca tak berapa baik. Hujan renyai2..Rahmat lah tu kan?

WASSALAM...

LOKASI PESTA..

Salam..

Mat Saman "query" posisi Pesta Pulau Pinang. Jadi aku nak boh petunjuk lah kat sini. Tapi kalau rasa tak tau jugak, kontek je Mazlee, dia boleh bawak mai teruih...Hehehehe. Kedudukan dia sebelah menyebelah ngan Stn Bas Express kat Sg Nibong , Penang.


View Penang: Sungai Nibong Express Bus Terminal in a larger map

Jumpa disana..sana..sana..

Sunday, November 22, 2009

PESTA dah START

Salam...

Semalam 21hb. Pesta Pulau Pinang bermula. Ramai jugak pengunjung yang hadir, walau pun hanya hari pertama. Alhamdulillah..semalam adalah jugak sale. Lega jugak rasanye.

Well untuk kawan2 yang nak mai tu, support lah cikit..bawak lah keluarga mai melawat.

Dekat kul 12 semalam, aku pun dah dok kira nak tutup kedai, tetiba terdengaq bunyi siren bomba yang kuat. Aku pun heran ingatkan ada kedai atau gerai mana yang terbakaq tapi rupanya ada mesin ke atau permainan Euro tu dah rosak dan ada lah customer yang trap. Tapi tak dak lah huru hara, bomba settle ngan cepat.

Pembukaan resmi akan disempurnakan oleh TYT Gabenor Pulau Pinang pada 29hb ni. Jadi la nie basically kami masih lagi dok decorate sana sini dalam Gerai ni dan berharap sangat lah kut2 Gabenor mai beli apa apa ka...

WASSALAM

Wednesday, November 18, 2009

PESTA PULAU PINANG 2009..

Salam...

Pesta Pulau Pinang akan bermula dari 21hb November sampai 31 Disember 2009.

Aku ngan Manggis akan berada kat situ lah. Kami berniaga kecil kecilan. Lukisan ada, karikatur ada, live portrait pung ada. Kebanyakkan pelukis2 ni adalah dari Majallah Ujang yg dulu punya. Depa ni semua dah belah selepas pengurusan baru take over. Kemungkinan besaq Ujang pun akan hadir sama. Aku cuba bawak depa yang ada nama ni mai on weekends lah. Jumaaat, Sabtu dan Ahad akan adalah artis nama besaq ni kat PESTA SHOPPE kami. Lokasi dia adalah betui2 bertentang ngan pintu masuk utama. Hampa masuk saja teruih nampak dah.

Produk jualan aku ada dalam Manggisart blogspot. Sila layari..

Jom lah mai Penang....

WASSALAM

Monday, November 16, 2009

KENDURI...

Salam semua...

Musim Cuti dah nak mula..Masa nilah pakat2 dok plan nak peghabis cuti masing2. Yang tamak dan nak convert cuti into something else pun ada jugak. Yang ada anak yang bersekolah lagi, masa ni lah depa nak bawak anak2 berjalan, melancung, jalan jalan, cuti cuti Malaysia. Masa ni jugak lah kenduri kenara berjalan lancar. Tiap hari cuti mesti ada punya.

Time time penghujung tahun camni lah trafik kat Penang (pulau) akan bertambah sibuk dengan kereta2 luar. Aduss..dah la Pulau ni kecik, kereta pulak bertambah banyak, nak bergerak pun susah.

Ada lagi satu jemputan kenduri yang aku terima dari Attaturk untuk di war warkan..

AZIZAN HUSSEIN
Tarikh : 7/12/2009 (ISNIN)
Alamat : 2A, Kg Padang Pekan, Mk Naga,06200 Kepala Batas Jitra.
No Tel : 0134301599

WASSALAM